JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Sunday, June 8, 2014

TRAJEDI MH370 (JILID 2)

Power outage on MH370 could be work of hijackers

NDTV | .

Canberra: Hijackers could have tampered with cockpit equipment of the missing Malaysia Airlines flight MH370 in an effort to avoid radar detection, investigators said on Monday.

The Australian Transport Safety Bureau (ATSB) has released a report detailing evidence of a power outage occurring on the plane less than 90 minutes after taking off from Kuala Lumpur, the Sydney Morning Herald reported.

Investigators said that after the power outage, the plane's satellite data unit (SDU) attempted to log on to a satellite in a process called a "handshake".

"A log-on request in the middle of a flight is not common and can occur for only a few reasons," the investigators said.

Read the full story here

Sumber HD - 30-6-2014


Malaysia Airlines only tried to contact missing flight MH370 twice over six hours

Sunday Express | .
MALAYSIA Airlines only attempted to contact missing flight MH370 twice over six hours, it was reported today.

Australian news website news.com.au said that the revelation came from a close examination of a 55-page report by the Australian Transport Safety Bureau (ATSB) into the disappearance of the plane.

It claimed that the report also showed that no one in the cockpit used aircraft waypoints to set the Boeing 777's course south over the Indian Ocean.

This would seem to quash suspicions that pilot Zaharie Ahmad Shah had pre-programmed the jet to crash.

It does not, however, rule out the possibility that someone used the autopilot to send the plane south.
Read the full story here

Sumber HD - 29-6-2014

MH370: Lokasi pencarian baharu diumum

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kawasan baru bagi pencarian dasar laut pesawat MH370 masih tertumpu kepada garisan lengkung ketujuh di mana pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dikatakan membuat komunikasi terakhirnya.
Operasi pencarian akan bermula pada Ogos ini di kawasan seluas 60,000 kilometer persegi dan dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan untuk selesai.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss pada sidang media hari ini.

"Kami kini beralih perhatian ke kawasan lebih jauh ke Selatan di sepanjang garisan lengkung berdasarkan pengiraan ini.

"Kawasan baru adalah sekitar 1,800 kilometer dari barat Perth, " katanya.

Sehingga kini kata beliau, carian dilakukan secara itensif dengan menggunakan kapal selam mini di sebelah utara, di mana ping dipercayai dari kotak hitam pesawat dikesan.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan MH370 terbang dalam keadaan autopilot (pemanduan automatik) sebelum hilang.

Kata beliau, penyiasatan mendapati kemungkinan untuk itu "adalah sangat tinggi". - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Sumber HD - 26-6-2014




'Highly likely' MH370 on autopilot when it went down: Australia

AFP | .
Malaysia Airlines flight MH370 was almost certainly on autopilot when it ran out of fuel and crashed, Australian officials said Thursday as they announced their search will shift further south.

Investigators have been grappling with the mystery of the jet's disappearance on March 8 with 239 people on board, with months spent scouring the Indian Ocean and finding nothing.

An expert group has reviewed all the existing information and Australian Deputy Prime Minister Warren Truss said it was now "highly, highly likely that the aircraft was on autopilot" when it went down.

"Otherwise it could not have followed the orderly path that has been identified through the satellite sightings," he told reporters.

Read the full story here

Sumber HD - 26-6-2014

Misteri MH370 belum terungkai selepas tiga bulan

DR ROSLI YAAKOP | .



SUDAH lebih tiga bulan berlalu, pencarian pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lalu masih di jalan buntu.

Tiada apa-apa tanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat ditemui di zon pencarian untuk membantu pasukan mencari dan menyelamat mengesan pesawat. Sudah timbul kekecewaaan.
Sudah ada suara yang menyatakan pencarian mungkin berlanjutan berdekad lamanya.

Baru-baru ini, dunia mendapat sedikit pencerahan baru hasil dari penemuan pasukan penyiasat yang menyiasat mengenai kehilangan pesawat MH370. Zon pencarian sudah lebih “precise”.

Menurut sumber yang dipetik dari akhbar The New York Times News Service (Selasa, 24 Jun 2014), pasukan penyiasat yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 membuat kesimpulan bahawa pesawat telah berpatah balik – membuat pusingan U – dan terbang secara “kemudi otomatik” (atau di dalam perkataan yang digunakan oleh para penyiasat “controlled flight”) sejak ia terputus hubungan dengan sistem kawalan udara sehinggalah ia terhempas di suatu lokasi; dipercayai di selatan Lautan Hindi.

Berikut adalah beberapa penemuan daripada siasatan yang telah diumumkan di Canberra, Australia baru-baru ini:

Pertama: Penelitian ke atas data dari sumber radar milik tentera Malaysia dan penelitian semula dengan lebih terperinci ke atas data-data dari sumber satelit Inmarsat mengesahkan bahawa bahawa pesawat MH370 telah berpatah ke arah barat laut dari arah asal yang ditetapkan, iaitu arah timur laut menghala ke Beijing.

Pusingan U ini berlaku di ruang udara Teluk Siam. Ia kemudian terbang menghala ke arah barat merentasi Semenanjung Malaysia dan Selat Melaka sehinggalah ia terkeluar dari jeda kawalan radar selepas merentasi bahagian utara Pulau Sumatera.

Oleh yang demikian, dakwaan awal yang menyatakan pesawat terbang merentasi ruang udara Thailand ke arah Kazhakstan adalah tidak tepat. Juga dakwaan bahawa pesawat terbang ke arah laut Andaman juga tidak benar.

Kedua: Di sepanjang penerbangan dalam arah baru itu, pesawat telah terbang mendaki sehingga ke ketinggian 45,000 kaki. Ini melebihi ketinggian maksimum yang dibenarkan, iaitu, 43,100 kaki. Ia kemudian terbang menurun dan terbang rendah ketika merentasi banjaran pergunungan di ruang udara Malaysia sebelum ia terbang mendaki semula ke ketinggian 23,000 kaki ketika merentasi ruang udara Selat Melaka.

Ketiga: Berasaskan data dari denyutan elektronik (ping) atau dikenali juga sebagai “salam perpisahan terakhir elektronik” (electronic handshake), pasukan penyiasat membuat kesimpulan bahawa pesawat berakhir di dalam laut di bahagian barat Australia dalam satu zon yang dikenali sebagai gerbang ketujuh (seventh arc) kerana di dalam lingkongan zon inilah radar satelit merekodkan salam perpisahan elektronik terakhir pesawat. Sebulat suara penyiasat menyatakan bahawa di dalam zon itulah pesawat kehabisan bahan bakar dan terjadilah apa yang terjadi ke atasnya.

Analisis yang dibuat oleh penganalisis komunikasi swasta juga membuat kesimpulan yang sama, iaitu, pesawat berakhir di zon gerbang ketujuh. Jeda zon gerbang ketujuh ini adalah kira-kira 400 batu panjang dan 60 batu lebar. Kini, operasi mencari dan menyelamat ditumpukan di zon ini sahaja.

Keempat: Di sepanjang penerbangan sejak ia berpatah balik sehinggalah ia kehabisan bahan bakar, pesawat terbang secara kemudi automatik. Apabila kehabisan bahan bakar, enjin pesawat terhenti dan ia jatuh dengan kederasan tinggi ke permukaan laut dan pada tabiienya, berkecai.

Dalam keadaan biasa, iaitu, pesawat masih di dalam kawalan juruterbang, pesawat boleh dipandu menggelongsor sehingga sejauh 100 batu sebelum menyentuh permukaan air laut dan badan kapal terbang berkemungkinan tidak berkecai.

Kelima: Ada di kalangan para penyiasat menyimpulkan bahawa salah sorang daripada juruterbang telah bertindak memesongkan hala penerbangan pesawat berniat untuk membunuh diri. Penemuan ini mendapat liputan meluas oleh media massa antarabangsa.

Dalam responsnya, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyatakan ketidakpersetujuan beliau dengan kesimpulan ini dan menganggapnya sebagai “khabar angin”.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan termakan dengan khabar angin ini. Namun, beliau tidak pula membuat apa-apa pendedahan mengenai hasil penyiasatan pihak berkuasa Malaysia sendiri mengenai dakwaan bahawa juruterbang berkait dengan kehilangan pesawat.

Keenam: Ada anggota-anggota pasukan penyiasat yang membuat kesimpulan bahawa berlaku kebakaran kecil di dalam pesawat mengakibatkan semua penumpang dan anak kapal tidak sedarkan diri di keadaan pesawat dalam mod kemudi otomatik sehinggalah ia kehabisan bahan bakar dan terhempas.

Nampaknya, hasil penyiasatan masih tidak mampu merungkai pelbagai persoalan, di antaranya, kenapakah pesawat berpatah balik? Kenapakah pelbagai alat kemunikasi pesawat dimatikan dan siapakah yang mematikannya?

Dalam keadaan di mana tiada apa-apa bahagian dari badan pesawat dan benda-benda yang boleh dikaitkan dengan pesawat ditemui di kawasan lautan di mana ia dipercayai berakhir, usaha mencari dan menyelamat tetap melalui jalan sukar dan mencabar.

Mungkin kehilangan pesawat MH370 akan kekal menjadi misteri. - HARAKAHDAILY, 26/6/2014



Sumber HD - 26-6-2014



Tergelak orang luar kalau baca kenyataan menteri kita




"Inilah Tahap Menteri Kita Dalam Membuat Keputusan. Anda Nilailah Sendiri"


Dulu yakin-yakin ja kau dan sepupu kau Najib kata MH370 berakhir di Laut Hindi. Hari nih dah kata belum kenal pasti lokasi sebenar MH370.

Tergelak orang luar kalau baca kenyataan menteri kita. Senang-senang kata dekat satu dunia MH370 kat Laut Hindi lepas itu buang duit mencari lepas tak jumpa kata pula belum kenal pasti lokasi baru.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 24-6-2014

Flight 370: New hope through private search?

Inquisitr | .

The mystery of Malaysian Airlines Flight 370 has only deepened over the past few months, but Australia has announced that it has not given up on finding the plane just yet.

Last March, Flight 370 had a regularly scheduled flight to Beijing from Kuala Lumpur, Malaysia. However, the jet suddenly veered off of its course and seemingly vanished into the night. A large search involving several countries failed to find the jet last April, even after the ocean floor was searched where it was believed that the flight’s data recorders were sending out detectable pings. The exhaustive search did not yield one piece of wreckage from Flight 370, and the pings were believed to have come from another source.
MH370 Map

The disappearance and lack of evidence has left experts and loved ones of the 239 passengers and crew from Flight 370 mystified.

Australian officials have decided to expand its search for the plane in the south of where searches were originally conducted. New data has not surfaced, but the data used to pinpoint where to look for the plane has been refined.

Read the full story here

Sumber HD - 22-6-2014



Who gagged the search for MH370?

Clive Irving | .

It’s not just the airplane. When 239 people disappear without trace, as they did with Malaysia Airlines Flight 370, there is an urgent public interest in knowing why.

After 15 weeks, this interest has not been met. For the families of the passengers this has caused its own kind of unimaginable and prolonged distress for which there is no precedent. For journalists covering what is, without doubt, the greatest aviation mystery in history, it has turned out to be a frustrating exercise in trying to report the unreportable.

This weekend, there were reports from London that the pilot, Captain Zaharie Ahmad Shah “was the most likely perpetrator if deliberate human action is to blame.” But the same report quoted a Malaysian spokesman saying “The police investigation is still ongoing. To date no conclusion can be made as to the contributor to the incident and it would be sub judice to say so. Nevertheless the police are still looking into all possible angles.”

This is just the latest example of contradictory and unsubstantiated information from unnamed sources leaking from Kuala Lumpur.

Read the full story here

Sumber HD - 22-6-2014



Sistem MAS tergendala petang semalam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Sistem daftar masuk Malaysia Airlines mengalami gangguan petang semalam, lapor Mstar Online.

Menurut laporan itu, gangguan tersebut menyebabkan kesesakan di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan stesen KL Sentral.

"Difahamkan, sistem yang dikenali sebagai SITA itu tergendala buat sementara waktu dari pukul 5 petang.

"Sehingga pukul 9.10 malam, pasukan teknikal di KLIA masih cuba untuk menyelesaikan masalah ini," laporan portal iu dipetik. - HARAKAHDAILY 21/6/2014

Sumber HD - 21-6-2014

MH370: K'jaan belum putus Kertas Putih, RCI

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata kerajaan belum memutuskan untuk membentangkan Kertas Putih berhubung kehilangan pesawat MH370.

Katanya, kerajaan juga belum bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ataupun Jawatankuasa Khas Parlimen untuk menyiasat keseluruhan insiden itu.

"Keputusan mengenainya akan dibuat setelah pesawat yang hilang ditemui, siasatan mengenai insiden dijalankan dan punca tragedi dikenal pasti.

"Usaha mencari pesawat MAS MH370 akan diteruskan," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Kluang) semalam.

Liew ingin tahu sama ada Kementerian Pengangkutan bercadang untuk membentangkan kertas putih berhubung tragedi MH370 di Parlimen berdasarkan Nota Kabinet yang diberikan oleh Hishammuddin pada 14 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 19 Jun 2014

Sumber HD - 19-6-2014

Cheapest airlines found in Asia: report

AFP | .

No-frills airline Firefly out of Malaysia has emerged as the cheapest carrier in the world, according to number crunchers at a flight comparison site.

After averaging the cost of one-way ticket prices operated by low-budget airlines around the world, Whichairline.com has deduced that the cheapest airlines are located primarily in Asia, with Firefly taking the top spot for offering one-way flights that average as low as €30 -- including checked baggage fees.

Firefly is followed by India’s SpiceJet, where average one-way fares go for €52 and Onur Air in Istanbul, where flights average €56.

Popular low-budget airline AirAsia out of Malaysia, meanwhile, comes fourth on the list.

Read the full story here

Sumber HD - 19-6-2014

Outside group tells governments where to search for Flight 370

Mike Ahlers | .

Washington (CNN) -- The doubters have spoken.

A group of independent experts -- who prodded authorities to release satellite data on Malaysia Airlines Flight 370 -- says it thinks it knows the approximate location of the missing aircraft.

Five separate computer models all place the plane in a tight cluster of spots in the south Indian Ocean — hundreds of miles southwest of the previous search site.

"We recommend that the search for MH370 be focused in this area," the group said in a statement late Tuesday.

"While there remain a number of uncertainties and some disagreements as to the interpretation of aspects of the data, our best estimates of a location of the aircraft (is) near 36.02 South 88.57 East," according to the statement, which was approved by 10 named experts.

Read the full story here

Sumber HD - 19-6-2014

MH370 searchers not looking in crash 'hotspot': Inmarsat

AFP | .

The search for Malaysian Airlines Flight MH370 is yet to target the most likely crash site after being distracted by what are now believed to be bogus signals, British company Inmarsat claimed Tuesday.

Inmarsat's scientists told the BBC's Horizon programme that they had calculated the plane's most likely flight path and a "hotspot" in the southern Indian Ocean in which it most likely came down.

The flight lost contact on March 8 en route from Kuala Lumpur to Beijing with total of 239 passengers and crew on board.

Hourly pings sent by the plane were received by Inmarsat's spacecraft, leading scientists to calculate its likely path.

Read the full story here

Sumber HD - 17-6-2014



Rakyat musykil apa isi sebenar kargo MH370 - Husam

Husam: Rakyat Masih Musykil Apa Sebenar Isi Kargo MH370?

Rakyat masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dibawa oleh kargo MH370, penerbangan yang telah hilang sejak 100 hari yang lalu, demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa di dalam satu ceramahnya di Sungai Rambai Melaka malam tadi.

"Kenyataan awal menyatakan penerbangan itu membawa bertan-tan buah manggis ternyata tidak masuk akal kerana bukan musim manggis, kemudian dinyatakan bateri lithium sedangkan China adalah pengeluar utama bateri sedemikian, bagaimana mungkin ianya mengimport bateri lithium dari Malaysia?" soal Husam.

Baca lagi

Sumber HD -15-6-2014

100 hari MH370 hilang, di manakah berakhir?

SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing.

Sejak 100 hari pada hari ini, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai berhubung lokasi paling tepat pesawat itu mengakhiri penerbangannya.

Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan dan model ke-404 yang bina oleh syarikat Boeing.

Kehilangan itu juga menjadi tajuk berita utama dunia untuk beberapa minggu dengan laporan dan analisis khas mereka dalam memberikan petunjuk kehilangan dianggap antara paling misteri dalam sejarah penerbangan moden.

Pencarian itu melibatkan empat lautan yang bermula di Laut China Selatan meliputi Semenanjung Malaysia ke Selat Melaka, Lautan Andaman dan akhirnya ke Selatan Lautan Hindi.

Pelbagai teori dan spekulasi berlegar di laman maya nasib MH370 sejak hari kehilangannya dengan pertamanya mendakwa pesawat itu mendarat di Nanming, China selepas beberapa jam pesawat MH370 disahkan hilang.

Pencarian mencari dan menyelamat MH370 digerakkan lebih 20 buah negara melibatkan pelbagai aset udara, darat dan laut serta penggunaan satelit pengimejan berkuasa tinggi milik kuasa besar dunia namun tidak membuahkan hasil positif.

Antara teori MH370 yang popular adalah pesawat itu ‘disorok’ oleh Amerika Syarikat di pangkalan Tenteranya di Kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi kerana pesawat itu membawa aset ketenteraan bernilai tinggi.

Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.

Namun teori disanggah oleh White House yang mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam insiden itu.

Terdapat beberapa petunjuk salah, termasuk tumpahan minyak ditemui di Laut China Selatan dan serpihan. Bagaimanapun semakan kemudian mendapati ianya bukanlah minyak atau serpihan daripada pesawat MH370.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kejadian 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria.

Kejadian itu mirip kehilangan MH370 apabila hilang daripada radar di menara kawalan apabila transponder pesawat itu didakwa dimatikan.

Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.

Sebelum ini, seorang pelayar laut warga Britain mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar berdekatan Thailand pada pagi pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Menurut laporan media Australia News Corp Australia Network, Katherine Tee memberitahu kerajaan Australia, semasa belayar di Lautan Hindi pada Mac lalu, beliau melihat kepulan asap hitam naik ke langit, dipercayainya berpunca daripada pesawat MH370 yang hilang itu.

Beliau ketika itu belayar dari Kochi, India menuju ke Phuket, Thailand bersama suaminya, Marc Horn melihat objek seakan pesawat besar terbakar di tengah laut.

Katanya ketika itu beliau melihat satu objek seolah-olah pesawat panjang mengeluarkan cahaya jingga terang, dengan kepulan asap hitam keluar di belakangnya.

Katherine memberitahu akhbar Thailand, Phuket Gazette, semasa malam kejadian antara 7 hingga 8 Mac beliau sedang berjaga di atas kapal layar miliknya yang bersaiz 40 kaki.

Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak didakwa lemah dalam pengurusan krisis kehilangan pesawat itu apabila kenyataan tidak konsisten sejak minggu pertama khususnya melibatkan radar awam dan tentera.

Persoalan timbul sikap TUDM yang tidak menghantar pesawat pemintas apabila MH370 hilang dari radar awam di Laut China Selatan dan berada di ruang udara empat negeri Semenanjung Malaysia tanpa sebarang tindakan.

Mantan Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud, berkata adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.

Menurut beliau antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.

Pimpinan kerajaan juga dikecam kerana tidak mengambil pendirian sama seperti tragedi Feri karam di Korea Selatan yang memaksa Perdana Menteri Korea Selatan meletak jawatan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyatnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata banyak persoalan misteri kehilangan pesawat itu belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu.

Namun, empat hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Dalam satu tinjauan firma penyelidikan bebas, Merdeka Center menunjukkan 50 peratus daripada 513 responden menyatakan rasa tidak puas hati, manakala hanya 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.

MH370 dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam yang dibantu Fariq Ab Hamid, 27, yang berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007.

“Kita semua meletakkan harapan tinggi supaya pesawat ini akan dijumpai, ditambah dengan keberkatan bulan Ramadan yang bakal tiba, kita banyakkan doa agar pesawat tersebut dapat dijumpai dalam masa terdekat.

“Angka 100 hari merupakan satu jangka masa yang agak lama, tetapi berapa lama pun tempoh yang diambil, masyarakat Malaysia seharusnya tidak melupakan tragedi ini dan turut sama berdoa,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Sumber HD - 15-6-2014



100 hari kehilangan MH370 terus tinggalkan kesedihan

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengulangi komitmen dengan semangat baharu untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 100 hari selepas kehilangannya.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha melakukan yang terbaik dalam pencarian itu tanpa meninggalkan sebarang aspek.

"Selepas 100 hari kehilangan MH370, kehilangannya terus meninggalkan kesedihan kepada semua rakyat Malaysia dan di seluruh dunia. Usaha ini tidak boleh dihentikan sehingga MH370 ditemui.

"Kita tidak boleh dan tidak akan meminggirkan keluarga anak kapal dan penumpang MH370. Kami akan dengan izin Allah, mencari pesawat yang hilang ini dengan memulakan proses penyembuhan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia bertuah kerana tidak bersendirian dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan antarabangsa terutama rakan kongsi tiga negara - Australia, China (dan Malaysia) selain jiran negara Asean, Amerika Syarikat dan anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Hishammuddin juga percaya Malaysia akan dipuji kerana melakukan usaha terbaik dalam situasi hampir mustahil dan sejarah akan menilai negara, kerana melaksanakan usaha itu.

"Lebih 14 minggu telah berlalu sejak kerajaan Malaysia mula-mula menyelaraskan operasi pencarian pesawat. Usaha pencarian ini sukar dan kompleks membabitkan 26 negara semasa di kemuncaknya.

"Malaysia sebuah negara kecil tetapi berbangga kerana menjadi perintis - walaupun dikritik, kita membuktikan kepada dunia bahawa kita boleh bekerja bersama-sama, dalam semangat kemanusiaan dan keakraban," katanya.

Beliau berkata insiden seperti itu mengingatkan kita tentang kehidupan yang tidak terjamin dan menghargai ikatan sesama kita.

"Sebagai seorang bapa sempena Hari Bapa, saya memahami kesedihan yang dilalui oleh anggota keluarga. Tiada ungkapan yang dapat meringankan seksaan jiwa mereka kerana tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap insan yang disayangi.

"Seperti lazimnya, saya menyampaikan ucapan simpati yang mendalam dan semoga berada dalam keadaan baik untuk semua anggota keluarga - di mana sahaja mereka berada.

"Dalam tempoh dugaan ini, kita bersatu dalam doa bersama, yakin kepada takdir, terutama menjelang sambutan bulan Ramadan, kita akan terus berharap semoga babak hitam dalam sejarah penerbangan global baru-baru ini, terungkai," katanya.

Hishammuddin juga menyampaikan penghargaan kepada golongan lelaki dan wanita yang mempertaruhkan nyawa mereka di barisan hadapan dalam usaha pencarian terbesar setakat ini.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, kami mengucapkan terima kasih untuk pengorbanan anda dan kita akan terus berdoa untuk keselamatan anda dalam mengemudi di perairan yang belum pernah diterokai itu," katanya.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing. - Bernama

Sumber HD - 15-6-2014

Keluarga penumpang MH370 enggan terima pampasan

BERNAMA | .

ALOR SETAR: Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau mayat Chew.

Kakaknya, Chew Kar Hui, 33, berkata keluarganya enggan menerima pampasan itu selepas diberi taklimat oleh pihak Malaysia Airlines bulan lepas.

Beliau berkata tidak ada gunanya wang pampasan itu diterima keluarganya sedangkan bukti penemuan bangkai pesawat dan mayat adiknya tidak diketahui hingga kini.

"Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Chew berkata keluarganya juga enggan menguruskan hal berkaitan dengan insurans walaupun Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sebelum ini bersetuju mempermudahkan proses prosedur tuntutan.

Chew berkata keluarganya enggan melakukan sebarang proses bagi membuat tuntutan selagi kehilangan pesawat tiada sebarang berita.

"Duit bukan keutamaan buat masa kini dan kami tetap berharap dan berharap agar dia (Kar Moi) pulang dengan selamat," katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semalam mengumumkan tujuh waris pesawat MH370 iaitu enam dari Malaysia dan seorang dari China menerima pampasan sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Pada 8 Mac lepas pesawat boeing 777-200ER yang membawa 329 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. - Bernama

Sumber HD - 13-6-2014



MH370: Australia masih berunding kongsi kos pencarian

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Negara-negara yang terlibat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, masih belum membuat keputusan bagaimana perkongsian kos dapat dilakukan.

"Kami masih berunding beban perkongsian contohnya dengan Malaysia," kata Ketua Agensi Pusat Penyelarasan Bersama Australia Angus Houston kepada sebuah televisyen Australia pada Selasa.

Setakat ini, Australia dilaporkan negara yang membelanjakan kos paling tinggi untuk misi pencarian MH370 tersebut iaitu sebanyak USD43 juta atau (RM138 juta).

Ia diikuti Amerika Syarikat yang telah membelanjakan sebanyak sebanyak USD$11.4 juta atau RM36.6 juta.

Malaysia pula telah membelanjakan RM27.6 juta setakat ini, manakala Vietnam pula sebanyak USD$8 juta (RM25.7 juta).

Kesemua kos-kos ini dibelanjakan untuk fasa pertama pencarian.

Difahamkan wakil Malaysia masih berada di Canberra untuk membincangkan fasa seterusnya dalam pencarian MH370 di dasar laut.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sebelum ini telah mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian dasar laut itu yang dijadual bermula Ogos tahun ini.

Pencarian fasa dua berkenaan yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan bergantung kepada keadaan cuaca.

Dalam pada itu, The Canadian Press melaporkan, kerajaan Australia menjangka membelanjakan USD90 juta (RM289 juta) lagi untuk fasa kedua pencarian.

Malaysia bertanggungjawab bagi operasi carian kerana Pesawat MH370, Boeing 777 itu didaftarkan di Malaysia.

Bagaimanapun Australia dilantik sebagai penyelaras kepada operasi pencarian kerana kedudukannya paling dekat dengan Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai telah terhempas. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014

Countries searching for missing plane yet to decide who will pay for seabed search

The Associated Press | .


CANBERRA, Australia - Countries searching for the missing Malaysian plane have yet to agree on how to share costs, an Australian search leader said Tuesday.

Malaysian officials were in the Australian capital Canberra to discuss the next phase of the seabed search for Malaysia Airlines Flight 370 that is thought to have crashed in the southern Indian Ocean on March 8 with 239 people on board.

Malaysia is in charge of the search because the Boeing 777 is registered in that country. But Australia is co-ordinating the search because it is the closest country to where the plane is thought to have crashed. Most of the passengers were Chinese and their government is active in the search.

"We're still to negotiate the burden-sharing with, for example, Malaysia," Australia's Joint Agency Coordination Center head Angus Houston told Australian Broadcasting Corp. television.

A seabed search of the most likely crash site, using an unmanned remote controlled submarine, ended last month without finding any trace of the plane.

Read the full story here

Sumber HD - 11-6-2014





MH370: Tubuhkan segera RCI - Tian Chua

LYN NASIR | .
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua (gambar) berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) perlu ditubuhkan segera walaupun kotak hitam pesawat MH370 masih belum ditemui.

Jelasnya lagi, penubuhan Jawatankuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam kerana ia melibatkan isu keselamatan rakyat dan perlu disiasat segera.

“Kita tak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam, baru nak tubuhkan RCI, sebab RCI itu adalah Jawatankuasa Khas yang penting untuk membuat siasatan terhadap MH370.

“Isu ini melibatkan keselamatan rakyat, pemantauan dan sistem radar juga perlu disiasat, sebab itu kita kata RCI ini penting dan perlu ditubuhkan segera,
“Jangan tunggu jumpa kotak hitam baru nak tubuhkan RCI, itu tindakan yang sangat tidak betul,” katanya ketika dihubungi.

Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya akan mempertimbangkan penuubuhan RCI dan PSC untuk menyiasat kehilangan MH370, hanya selepas kotak hitam dijumpai.

Menurutnya lagi, fokus kerajaan kini adalah mencari kotak hitam pesawat yang merekodkan segala insiden berlaku dalam kokpit kapal terbang itu untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

“Saya tak faham kenapa kerajaan mengambil tindakan untuk berdiam diri bila kita desak untuk segera tubuhkan RCI dan PSC.

“Dalam isu sebegini, kita perlu tolak fahaman politik masing-masing dan sama-sama selesaikan isu yang berkaitan dengan keselamatan rakyat, kerana baik Umno BN mahupun Pakatan Rakyat, kita semua adalah pemimpin kepada mereka,
“Jangan pentingkan diri dalam isu ini, sama-sama cari jalan untuk selesaikan masalah, itu lebih baik.” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (gambar) percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.

Tambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ,” ujarnya.

“Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?,” soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.

Pada 9 Mac, media melaporkan radar utama milik TUDM mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar awam.

Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan dan ditumpu ke kawasan barat.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat yang berpengkalan di Britain.

Bagaimanapun, syarikat satelit itu pada 29 Mac berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat itu “berakhir di Lautan Hindi”.

Terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengiystiharkan bahawa pencarian di selatan Lautan Hindi adalah sia-sia.

Namun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata pencarian pesawat itu akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada.

Dalam pada itu, Imran turut mengulas keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.

ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.

Menurut Imran, keputusan meneruskan carian di Lautan Hindi hanya akan membazirkan wang rakyat bagi menampung kos pencarian sekiranya ia berakhir dengan sia-sia.

“Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat, kenapa sibuk nak mencari di kawasan yang semenangnya tidak ada MH370? Kenapa tak percaya dengan teknologi yang kita sendiri ada?” soalnya.- KeadilanDaily

Sumber HD - 8-6-2014

No comments:

Post a Comment