JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, June 16, 2014

SAMBUTAN HARI MERDEKA DAN MALYSIA 2014

Pertandingan cipta logo Merdeka dilanjut 29 Jun

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS akan menganjurkan sambutan Hari Merdeka dan Malaysia selama sebulan bermula 16 Ogos hingga 15 September depan bermula di Temerloh, Pahang dan akan berakhir di Kuching, Sarawak.

Bagi memeriahkan sambutan ini, satu pertandingan mencipta logo bagi Hari Merdeka dan Hari Malaysia itu dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 29 Jun ini.

Demikian dimaklumkan oleh Tan Sri Muhammad Mohd Taib selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia pada julung kali ini.

Selaras dengan slogan PAS for ALL, penyertaan dialu-alukan dari semua warganegara Malaysia dengan mendapatkan borang penyertaan dari laman sesawang rasmi PAS (http://www.pas.org.my) dan menghantarkan softcopy logo dan borang penyertaan tersebut kepada emel logoharimerdeka@pas.org.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 untuk pemenang logo terbaik. Hadiah berkenaan dijangka akan disampaikan kepada pemenang pada sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi, Jabatan IT PAS Pusat yang bertindak sebagai sekretariat kepada pertandingan atau emel terus kepada logoharimerdeka@pas.org.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - HARAKAHDAILY 16/6/2014

Sumber HD - 16-6-2014

No comments:

Post a Comment