JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Friday, June 13, 2014

KELANTAN SERAMBI MEKAH

Penghulu bantu kekalkan kepimpinan ulama

MIJIE YUSOF | .


KOTA BHARU: Tanggungjawab dan pengorbanan setiap penghulu diakui antara penyumbang bagi mengekalkan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama di Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, penghulu memainkan peranan bagi menjelaskan dasar kerajaan negeri kepada masyarakat di kampung-kampung.

Katanya, penghulu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan termasuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di kampung.

“Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua bekas penghulu yang berkhidmat membantu kerajaan sebelum ini.

“Mereka menjadi mata dan telinga kerajaan menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dan menyampaikan masalah rakyat kepada kerajaan,” katanya di majlis penyampaian ganjaran kepada penghulu 2006-2008 di Dewan Teratai Kota Darulnaim, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan dan Pengarah Majlis Penghulu Kelantan, Jamaludin Ishak.

Seramai 200 bekas penghulu mukim dari seluruh Kelantan hadir pada program berkenaan. Bekas penghulu-penghulu terbabit menerima ganjaran berjumlah RM178,800.

Menteri Besar berkata, tanpa kerjasama dan bantuan penghulu tentunya kerajaan negeri sukar mengurus seramai 1.6 juta rakyat Kelantan. - HARAKAHDAILY 6/7/2014

Sumber HD - 6-7-2014

Larang kuliah di masjid, bukan Islam bantu Ustaz Azhar

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata walaupun ada larangan ke atasnya untuk mengadakan kuliah di masjid dan surau di lokasi tertentu tetapi ada pihak menyediakan tempat mengadakan kuliah termasuk bukan Islam.

“Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar, yang siap segera dibersihkan seawal hari hendak diadakan kuliah walaupun tapak itu sebelum itu digunakan menyimpan jentera bagi kerja-kerja berat.

“Pemilik bukan Islam itu telah beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.

“Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya itu,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium di sini petang semalam.

Sementara di Kulai, Johor pula, kata Ustaz Azhar, sebelum diadakan kuliah, sejak awal lagi surat telah dihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau.

Ekoran itu, seorang bukan Islam telah bermurah hati memberikan tapak miliknya untuk digunakan dengan sewaan yang sangat rendah dan kuliah Ustaz Azhar itu berjaya diadakan dengan dihadiri lebih 10,000 orang.

“Larangan supaya tidak mengadakan kuliah agama di masjid dan surau itu menggambarkan sikap sesetengah muslim di negara kita,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/7/2014

Sumber HD - 5-7-2014

Ustaz Azhar bidas penentang memberi sedekah

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


Ustaz Azhar menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium, petang semalam. (Foto UKMB)

KOTA BHARU: Pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus membidas golongan yang anti amalan berkebajikan termasuk memberi sedekah dan sumbangan kepada pengemis dan golongan gelandangan.

Sambil menyifatkan golongan itu tidak ‘menyumbang’, bahkan ada sesetengahnya terbabit dengan saham haram, melakukan penyelewengan harta benda rakyat, namun kini mahu menghalang umat Islam bersedekah dalam bulan Ramadhan.

“Manusia seperti itu, datanglah bulan apa pun, hatta bulan Ramadhan pun, mereka tetap tidak suka kepada perkara kebajikan.

“Jangan hairankan sikap mereka itu. Pergi sajalah memberi sumbangan kepada golongan dhaif dan memerlukan itu,“ katanya ketika menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium di sini petang semalam.

Turut hadir pada program Sepetang Di Madinah Ramadhan – Bicara Bersama Selebriti Dakwah Ustaz Azhar Idrus (siri Ihya’ Ramadhan 1435 Hijriah) itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Hadir sama Imam Solat Tarawih Madinah Ramadhan dari Mesir Syeikh Hisham Abdul Bari.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenyataan pihak tertentu yang bertindak tidak selaras dengan kehendak Islam termasuk dalam perkara pemberian sedekah dan sumbangan kepada pengemis dan gelandangan.

Ustaz Azhar membidas pihak berkenaan yang disifatkannya ‘berpenyakit’ sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud) “dalam hati mereka itu ada penyakit, (maka) Allah akan tambahkan lagi penyakit”.

“Itulah sikap munafikin, yang menyuruh berbuat perkara mungkar, dan melanggar perkara berkebajikan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/7/2014



Sumber HD - 5-7-2014




12,000 bungkusan kueh Purnama untuk tentera

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Kakitangan Kerajaan Negeri (Purnama) kini menyiapkan 12,000 bungkusan kueh untuk anggota keselamatan sempena Aidilfitri.

Pengerusi Purnama, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid berkata, kerja-kerja pembungkusan dilakukan ahli-ahli Purnama sejak sebelum Ramadan lagi.

“Aktiviti membungkus dilakukan lebih awal berbanding biasa bagi mempercepatkan proses pembungkusan sebelum dapat diagihkan.

“Sebab itulah kami memulakan kerja-kerja membungkus kueh bermula sebelum Ramadan lagi,” katanya ketika ditemui di JKR 604 di Kampung Sireh.

Setiap tahun Purnama mengagihkan kueh mueh sempena hari lebaran kepada anggota-anggota pasukan yang bertugas pada Aidilfitri.

Bungkusan kueh tersebut akan diserahkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menjelang Aidilfitri kepada wakil-wakil pasukan keselamatan termasuk tentera, polis, kastam, Bomba dan Penyelamat.

“Kami tidak pernah lupa anggota keselamatan khususnya yang bertugas di negeri ini ketika Aidilfitri. Pengorbanan mereka begitu besar kepada keamanan negara,” katanya. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014

Kelantan bebas asap rokok sempena Ramadan

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kelantan melancarkan kempen bebas asap rokok di samping mengurangkan pembuangan sampah sempena Ramadan tahun ini bagi mengelakkan tomahan mengatakan rakyat negeri ini kurang cakna kebersihan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, asap rokok juga boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan orang ramai dan bukan sekadar perokok sahaja.

“Asap rokok mendatangkan kesan negetif kepada kesihatan manusia berbanding pencemaran lain. Oleh itu kita mahu Ramadan kali ini Kelantan bebas asap rokok.

“Kita mahu bersihkan daripada asap rokok. Dan begitu juga tandas-tandas awam, masjid, surau, madrasah hendaklah ditingkatkan kebersihan,” katanya pada perasmian Madinah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, malam tadi.

Perasmian itu juga serentak dengan pelancaran karnival buku Islam yang diadakan di sebelah khemah tarawih. Pameran buku diadakan sehingga penghujung Ramadan.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Adnan Husin.

Menteri Besar berkata, usaha menjaga kebersihan itu Ramadan kali ini diharap dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal termasuk sisa-sisa kelapa muda di bazar Ramadan.

Menurutnya juga program Karnival Buku Islam boleh menjadi nilai tambah kepada orang ramai bagi menambah ilmu di dada ke arah melahirkan masyarakat madani.

“Selain datang menunaikan solat sunat tarawih di Madinah Ramadan, orang ramai turut berpeluang menambah ilmu dengan mengunjungi pameran buku,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui Menteri Besar membayangkan kerajaan negeri akan membayar bonus kepada penjawat-penjawat awam negeri, seperti diumumkan Perdana Menteri bagi kakitangan awam di peringkat pusat, baru-baru ini.

Kata beliau kerajaan negeri pada dasarnya mengikut apa yang diputus kerajaan pusat bagi memberi bonus kepada kakitangan awam.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Daud bagaimanapun berkata, keputusan rasmi mengenai pemberian bonus akan dibuat kerajaan negeri minggu hadapan. - HARAKAHDAILY 4/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014






JK Hudud: Kelantan serah 12 nama kepada menteri

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan 12 nama calon mewakili negeri itu bagi menganggotai Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) di peringkat persekutuan.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat kedua jawatankuasa teknikal di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad yang terlibat sejak awal penggubalan undang-undang tersebut akan mengetuai delegasi itu.

"Kita telah menetapkan 12 nama calon yang akan mewakili Kelantan, ia akan diserahkan kepada menteri.

"Selain itu jawatankuasa juga bersetuju untuk mengadakan kunjungan hormat secara rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam waktu terdekat ini," jelas beliau dipetik Sinar Harian.

Beliau turut memaklumkan, satu sekretariat turut dibentuk di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang dipengerusikan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan dibantu Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Datuk Hassan Mahmood serta Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusof.

Selain tiga jawatankuasa kecil ditubuhkan untuk mengawal dan menyusun perlaksanaannya.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal tersebut turut memaklumkan mesyuarat semalam berjalan lancar kecuali Tun Salleh Abas dan Profesor Aziz Bari tidak dapat hadir. - HARAKAHDAILY 4/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014







Kelantan tetap terus tuntut royalti - MB

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kelantan tetap meneruskan tuntutan royalti petroleum biar pun Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan kerajaan negeri bagi mendapat dokumen berkaitan di bawah jagaan Petronas.

Panel lima hakim mahkamah yang diketuai Tan Sri Abdul Hamid Embong juga menolak dipanggil saksi-saksi untuk diberi keterangan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, walau pun Kelantan dikenakan kos oleh mahkamah sehingga RM150,000 namun kerajaan negeri tetap meneruskan tuntutan dengan kaedah lain.

“Kerajaan negeri tetap meneruskan tuntutan biar pun tanpa melibatkan dokumen yang dimiliki Petronas.

“Saya akan membincangkan isu tersebut pada mesyuarat Exco sebelum diambil tindakan lanjut untuk mendapatkan hak yang dinafikan.

“Kita akan meneruskan perjuangan menuntut royalti kerana ia adalah hak rakyat Kelantan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurutnya Kelantan tidak akan berputus asa bagi meneruskan usaha menuntut hak ke atas royalti sebagaimana terkandung dalam perjanjian dengan Petronas pada 1975. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

YAB UDAY - 
http://www.youtube.com/watch?v=Nxr3KJCX-VE

Sumber HD - 3-7-2014

Stadium di Bukit Merbau tetap dibina

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Stadium Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh tetap akan dibina kerajaan negeri biar pun di negeri-negeri lain kemudahan pembiayaan disediakan kerajaan pusat.

Sedangkan kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Abdul Fattah Mahmood, stadium itu dibina bagi kegunaan anak-anak muda terutamanya sukan bola sepak.

“Di negeri lain pembinaan stadium turut mendapat bantuan daripada kerajaan Persekutuan tetapi di Kelantan kita terpaksa pula kena buat sendiri.

“Memandangkan keadaan itu kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pembinaannya,” kata beliau di sini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini Adun Selising, Zulkefli Ali dan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad membangkitkan isu pembinaan stadium di Bukit Merbau, Selising selepas pecah tanah dilakukan pada Mac 2013.

Pecah tanah dilakukan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu sebagai Menteri Besar Kelantan. Reka bentuk stadium dirancang berbentuk bulat seperti rebana.

Abdul Fatah juga berkata, kerajan negeri telah mengeluarkan surat niat kepada syarikat KMC dan Top Sun Co Ltd dari Korea selepas perbincangan diadakan dengan syarikat terbabit sebelum ini.

“Surat niat bagi membina stadium tersebut telah diberi kepada syarikat berkenaan. Di kawasan itu juga akan dibangunkan bandar baru,” ujarnya.

Ditanya bila pembinaan akan dijalankan kata beliau kontraktor terbabit memberi komitmen tinggi terhadap projek tersebut.

Kata beliau juga reka bentuk stadium berkenaan masih mengekalkan reka bentuk asal dengan sedikit pengubahsuaian di mana fasa pertama boleh memuatkan sehingga 35,000 penonton.

“Dan sekiranya diperlukan fasa kedua boleh ditambah tempat duduk penonton sebanyak 10,000 lagi menjadikan jumlahnya 45,000 orang,” katanya. = JARAKAHDAILY 3/7/2014

Sumber HD - 3-7-2014








Royalti K'tan: Mahkamah putus tidak perlu panggil saksi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada keperluan untuk memanggil saksi-saksi dalam saman pelanggaran kontrak yang dibawa kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung royalti minyak.

Oleh itu, saman itu akan dibawa semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk diselesaikan dengan cara menentukan dari sudut undang-undang tanpa perbicaraan penuh mengikut Perintah 14A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 22 Julai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.

Dalam keputusan itu, lima anggota panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata tiada pertikaian fakta dalam kes ini yang memerlukan mahkamah memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan.

Hakim Abdull Hamid yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Zainun Ali semalam berkata mahkamah mendapati rayuan dalam saman itu adalah komprehensif dan mencukupi bagi mengecualikan mengadakan keterangan lisan dan saksi-saksi.

"Tafsiran perjanjian itu (royalti minyak)) tidak memerlukan testimoni saksi-saksi dan tidak ada keperluan untuk memanggil saksi memberi keterangan," katanya.

Hakim Abdull Hamid juga berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Januari 2012 yang membenarkan permohonan Petronas dan kerajaan persekutuan supaya saman itu dilupuskan.

"Kami dapati tiada kesilapan salah arah di pihak hakim Mahkamah Tinggi dan oleh itu tidak memerlukan campur tangan mahkamah (Mahkamah Persekutuan)," kata Hakim Abdull Hamid.

Oleh itu, beliau menolak rayuan kerajaan negeri Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 April, 2012, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan kerajaan negeri membayar RM150,000 sebagai kos kepada Petronas.

Mahkamah juga menolak rayuan kerajaan negeri Kelantan berhubung penemuan dokumen berhubung saman itu.

Pada 30 Ogos, 2010, kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti ditetapkan dalam perjanjian carigali petroleum.

Kerajaan negeri Kelantan turut menuntut gantirugi dan kos. Bagaimanapun, ia tidak meletakkan jumlah keseluruhan yang dituntut daripada Petronas.

Dalam saman itu, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang dimeterai pada 9 Mei, 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar secara tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.

Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac dan pada atau sebelum 1 September.

Dalam saman itu, kerajaan negeri Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan tunggal. Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berjaya dalam permohonan untuk menjadi pencelah dan dinamakan defendan kedua dalam saman itu.

Peguam Tommy Thomas mewakili kerajaan negeri Kelantan manakala Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan persekutuan. - Bernama

Sumber HD - 3-7-2014

Dr Mustafa Ahmad penggawa pertama miliki PhD

ASLANI M | .

BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang memiliki ijazah PhD pertama di Malaysia.

Dr Mustafa Ahmad, 46 kini bertugas sebagai Penggawa Daerah Bekelam menamatkan pengajian di peringkat tertinggi itu pada Mac lepas di UKM.

Kajiannya “Politik Kelantan Zaman Barisan Nasional 1974-1990” disiapkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2010.

Sebelum itu beliau menyiapkan tesis sarjana bertajuk “Kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah Dalam Politik Kelantan” di bawah seliaan Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif.

Beliau mendapat ijazah pertama pada 2003 melalui pengajian jarak jauh di Fakulti Sains Kemasyarakatan UKM.

Beliau dilahirkan di Keting, Gaung Bachok merupakan anak kedua kepada pasangan petani, Ahmad Hassan dan Fatimah Sulaiman.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Keting. Di peringkat menengah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok.

Dr Mustafa berkata, beliau bertugas sebagai penggawa ketika berusia 26 tahun pada 1995. Ketika itu beliau bertugas di Daerah Gunung.

“Pada 2006 saya ditukar ke Daerah Gual Periuk, Rantau Panjang dan pada 2007 kembali bertugas di Gunung, Bachok,” katanya di sini.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang pendidik, Azimah Daud dan dikurniakan lima cahaya mata.

Biar pun memiliki ijazah Doktor Falsafah namun beliau masih lagi meneruskan kerjayanya sebagai seorang penggawa sehingga sekarang. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

Sumber HD - 2-7-2014











Kebersihan: Kelantan terima pakai Akta 672

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju menerima pakai Akta 672 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 bagi meningkatkan lagi tahap kebersihan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kajian mengenainya sebelum ini dibuat Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen).

Katanya, kerajaan negeri menerima cadangan daripada Upen dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta Alam Flora Sdn Bhd.

“Kerajaan negeri akan membuat keputusan muktamad sebelum majlis menandatangani perjanjian dibuat,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Akta 672 digubal bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawal seliaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh semenanjung Malaysia.

Akta itu juga memberikan kuasa untuk kerajaan Persekutuan mengambilalih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada PBT di seluruh Semenanjung Malaysia.

Abdul Fattah berkata, penyerahan pengurusan sisa pepejal kepada Alam Flora akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

“Ia akan dimulakan di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI)dan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.

“Alam Flora hanya akan ambil alih soal kutipan dan kebersihan awam. Misalnya di pasar Alam Flora yang akan membersihkan parit, taman, pemotongan rumput dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau juga memberitahu MPKB-BRI belum membuat sebarang keputusan untuk menjadikan Bulatan Jam sebagai tempat pelancongan baru memandangkan terdapat pokok kurma yang menjadi tumpuan ramai.

Katanya, MPKB BRI tidak menghalang orang ramai untuk melihat pokok kurma berbuah dari dekat.

“Bagaimanapun diharap orang ramai tidak mengambil buah tamar sesuka hati kerana ia belum lagi masak,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain MPKB-BRI akan membina sebuah masjid dua tingkat di Terminal Bas Lembah Sireh yang bernilai RM5.5 juta.

Katanya lokasinya terletak bersebelahan tapak terminal bas ekspress yang ada sekarang.

Menurutnya masjid berkenaan akan dibina di kawasan seluas 1.8 ekar dan apabila siap dapat mampu menampung kira-kira 1,000 jemaah. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

Sumber HD - 2-7-2014

Sistem beraja lebih mudah laksana syariah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Keupayaan Brunei dan beberapa negara Arab melaksanakan perundangan Islam dilihat antara faktornya kerana sistem beraja yang memayungi kerajaan.

Penganalisis politik, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, negara-negara yang mengamalkan sistem beraja dilihat lebih mudah melaksanakan perundangan syariah berbanding sistem presiden.

“Ini kerana raja menjadi payung atau pelindung kepada rakyat. Raja tidak boleh disingkir seperti Presiden. Jadi apabila minat mendalam datang dari istana maka pelaksanaan perundangan Islam akan menjadi lebih mudah.

“Lagi pun di Malaysia sultan sebagai ketua agama Islam. Kejayaan di Brunei kerana sultannya sendiri mahu perundangan Islam dijalankan di negara tersebut,” katanya di sini.

Pada 4 April lalu kerajaan Kelantan mengumumkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi mendapat kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Usaha itu dilakukan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu kerajaan akan menyokong mana-mana negeri membawa usul berkaitan hudud ke parlimen.

Dr Abu Hassan yang juga Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan berkata, perkenan Raja-Raja Melayu dianggap lebih utama berbanding halangan perlembagaan.

Katanya, rakyat akan akur apabila ada Raja-Raja Melayu bertitah mengenainya kerana mereka mengharapkan suasana kehidupan lebih tenteram.

“Kalau dilihat di Brunei, sultan sendiri yang mahu maka rakyat negara itu terpaksa menerimanya dengan terbuka,” katanya.

Sebaliknya beliau berkata, di negara-negara yang mengamalkan sistem presiden mahkamah perlembagaan menjadi penentu seperti yang berlaku di Pakistan. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

Sumber HD - 2-7-2014














Dinar jadi rebutan musim cuti sekolah

HARAKAHDAILY | .
KOTA BHARU: Kelantan Golden Trade (KGT) berjaya menjual dinar bernilai RM150,000 sepanjang cuti persekolahan awal Jun lalu.

Pengurus Besarnya, Khalili Ab Kadir berkata, permintaan agak luar biasa ketika musim cuti sekolah baru-baru ini kerana ramai pengantin baru menjadikan dinar sebagai mas kahwin.

Katanya, jumlah jualan itu agak tinggi berbanding sebelum ini yang hanya sekitar RM100,000.

“Peningkatan permintaan dinar kerana kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menyimpan nilaian emas untuk jangka masa panjang,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, KGT akan memperkenalkan produk baru iaitu satu dinar dan dua dinar dalam bentuk baru.

Berita lanjut dalam Harakah terbaru edisi Jumaat.

Sumber HD - 2-7-2014

Kerjasama antara kerajaan bukan UG – MB

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan hendaklah bersama-sama mengekalkan kepemimpinan ulama ke arah memperkasakan lagi dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, mereka mempunyai sumbangan besar bagi mengekalkan kerajaan di bawah ulama sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, ia adalah inspirasi rakyat Kelantan bagi mengekalkan Serambi Mekah sebagai pangkalan gerakan Islam di negara ini.

“Kita hendaklah sama-sama mengekalkan perjuangan Islam sebagai sebuah parti yang memerintah. Kalau ditakdir berlaku sesuatu tentunya sukar bagi kita bertapak semula.

“Suasana yang ada sekarang patut kita pupuk supaya menjadi satu kekuatan bagi memperkasakan lagi MBI,” katanya di sini.

Sebelum ini difahamkan terdapat usaha bagi memindahkan tempat mengundi dalam kalangan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan selepas Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai kerajaan negeri.

Malah ada juga yang meluahkan rasa kecewa selepas Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa tidak berada lagi dalam saf Exco kerajaan negeri.

Berita lanjut dalam Harakah terbaru Edisi Jumaat.

Sumber HD - 2-7-2014
















Google Adwords bantu IKS promosi produk

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) kini berpeluang mengiklankan perniagaan mereka dengan cara mudah dan murah melalui Google AdWords.

Hanya dengan peruntukan sekurang-kurangnya RM20 hingga RM40 sehari peniaga mampu mempromosi produk mereka dalam talian yang kini diakses 20 juta rakyat Malaysia.

Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, sekarang kadar penembusi maklumat melalui telefon pintar meningkat lebih 35 peratus.

“Terdapat potensi yang hebat bagi peniaga merebut peluang mengiklan produk dengan cara mudah dan cepat.

“Lebih-lebih lagi sekarang Google AdWords dalam bahasa Melayu telah dilancar pada awal Mei lalu di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di sini.

Google merupakan enjin pencarian maklumat di internet yang diminati ramai pelayar internet di Malaysia.

Zeffri berkata, 60 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini bertutur dalam bahasa Melayu sebagai pengantaraan harian mereka.

“Di rantau ini terdapat kira-kira 40 juta penutur bahasa Melayu dan lebih 220 juta menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar di seluruh dunia.

“Kosa kata bahasa Melayu telah berkembang kepada 83,000 perkataan sekarang kerana telah dijadikan sebagai lingua franca sejak 600 tahun lalu,” ujarnya.

Katanya juga peluang memasarkan produk dalam talian di Malaysia sekarang hanya sekitar 15 peratus, sedangkan di negara ini terdapat 700,000 pengusaha IKS.

Beliau berkata, kata kunci AdWords yang disasar membolehkan pengiklan memilih senarai perkataan yang ada kaitan dengan perniagaan mereka.

“Ini kerana lebih separuh daripada populasi dalam talian di Malaysia lebih gemar mencari maklumat harian dalam talian, dan ia jauh lebih besar daripada pengguna media cetak.

“Kami berharap lebih banyak peniaga IKS datang ke dalam talian bagi memasarkan produk mereka,” tambahnya.

Maklumat lanjut boleh diakses melalui google.com.my/adwords. - HARAKAHDAILY 1/7/2014

Sumber HD - 1-7-2014  

Serambi Mekah pangkalan gerakan Islam

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan hendaklah bersama-sama mengekalkan kepemimpinan ulama bagi memacu dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, mereka mempunyai sumbangan besar bagi mengekalkan kerajaan di bawah ulama sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, ia adalah inspirasi rakyat Kelantan bagi mengekalkan Serambi Mekah sebagai pangkalan gerakan Islam di negara ini.

“Kita hendaklah sama-sama mengekalkan perjuangan Islam sebagai sebuah parti yang memerintah. Kalau ditakdir berlaku sesuatu tentunya sukar bagi kita bertapak semula.

“Suasana yang ada sekarang patut kita pupuk supaya menjadi satu kekuatan bagi memperkasakan lagi MBI,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Sebelum ini difahamkan terdapat usaha bagi memindahkan tempat mengundi dalam kalangan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai kerajaan negeri.

“Tidak wajar sesetengah daripada kita mahu memindahkan tempat mengundi di kampung halaman masing-masing kerana ia bercanggah dengan hasrat rakyat.

“Kita tidak tahu apa tujuan sebenar mereka sama ada hendak memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor atau Pulau Pinang,” ujarnya.

Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat turut memberitahu tidak pernah wujud usaha-usaha ke arah kerajaan perpaduan (UG) seperti digambarkan sesetengah pihak sebelum ini.

Kata beliau ada sesetengah pihak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Ada orang kata sebut UG, sedangkan ia tidak pernah berlaku. Kita tetap taat setia kepada keputusan parti.

“Kalau ada perbincangan dan rundingan sebelum ini ia adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, dan bukan sekali-kali melibatkan parti.

“Di Malaysia ada tiga kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Jadi hubungan antara kerajaan itu dijalin bagi kepentingan rakyat,” katanya.

(Temubual lanjut dalam Harakah edisi cetak)

Sumber HD - 30-6-2014


















1 Ramadan, munajat royalti minyak sekolah YIK

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berharap agar seluruh rakyat negeri ini berdoa supaya pemimpin Kerajaan Persekutuan hari ini lembut hati untuk menyerahkan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan.

“Dengan doa dan munajat yang berterusan ini, insya-Allah akan dipermudahkan lagi oleh Allah SWT terhadap segala usaha kita,” kata Menteri Besar pada Perutusan Menteri Besar mengenai tuntutan royaltI minyak untuk Kelantan.

1 Ramadhan 1435 Hijriah diisytiharkan Hari Munajat Royalti Minyak Peringkat Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Program itu diadakan bermula 8.30 pagi, disertai semua guru dan pelajar, dengan harapan dapat membuka hati dan minda pihak tertentu supaya membayar royalti minyak kepada Kelantan, seterusnya boleh mempertingkatkan lagi pembangunan dan prasarana termasuk pada Sekokah YIK.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Kelantan sentiasa serius terhadap tuntutan royati minyak yang diyakini menjadi hak milik rakyat Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri bernaung di bawah Persekutuan Malaysia.

Dan sikap itu tidak pernah berubah semenjak pentadbiran mantan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sehinggalah sekarang.

“Saya menyerahkan sendiri surat daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada Perdana Menteri agar beliau memandang serius isu ini yang sudah berlarutan hampir lima tahun,” tegas Menteri Besar.

Perutusan Menteri Besar sempena Munajat Royalti Minyak itu dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus di SMU (A) Taqaddum Al-Maarif, Pasir Tumboh.

Turut hadir Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, wakil Pengarah YIK Mandur Yahya dan Pengerusi Majlis Pengetua SMU (A) Bantuan Kerajaan Zulkipli Yusof serta para Pengetua Sekolah YIK.

Sumber HD - 30-6-2014

Mohon sumbangan untuk bina Kompleks Al-Fateh

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .



KOTA BHARU: Kompleks bernilai RM4.8 juta akan dibina di Pasir Tumboh. Kompleks empat tingkat diberi nama Kompleks Al-Fateh itu dicadang dibina di atas tapak seluas 4,804 kaki persegi, berhampiran dengan Pondok Pasir Tumboh, di atas Lot 7243, Mukim Guntong, Daerah Limbat, 16150 Kota Bharu.

Kompleks mengandungi pejabat pentadbiran, musalla, dewan serbaguna, Pejabat PASTI, rumah kedai, ruang riadah dan asrama itu akan dibina PAS Kawasan Kubang Kerian dengan anggaran kos RM4.8 juta.

Kompleks itu dijangka siap dan boleh digunakan pada 2017.

Pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan semalam, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob telah menerima RM20,000 derma daripada kalangan ahli dan perwakilan yang hadir, dan diserahkan kepada pihak urusetia pembinaan kompleks.

Setiausaha PAS Kawasan, Mustaffa Salleh (Gambar kanan) berkata kepakaran pembinaan kompleks itu direka penyokong dan ahli PAS sendiri.

“Bagi menyiapkan pembinaan Kompleks itu, ia turut dijual secara ‘wakaf’ dengan harga RM100 bagi setiap satu kaki persegi.

“Cadangan pembinaan Kompleks Al-Fateh ini diharap mendapat sambutan dan sokongan derma dari rakyat Malaysia, khususnya daripada kalangan korporat anak Kelantan dan perantauan yang berada di luar negeri.

“Derma ahli, penyokong dan orang ramai dialu-alukan dan bolehlah menderma kepada: Kompleks Al-Fateh, No. Akaun BIMB 03-111-01-016306-6,” ujarnya semasa ditemui di Pasir Tumboh dekat sini.

Sumber HD - 29-6-2014





















MB Kelantan lancar Tabung Ihya' Ramadan

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sambutan Ihya’ Ramadan 1435 Hijriah yang dijalankan di Kelantan tahun ini memperlihatkan kelainan apabila pengisian sambutannya diperbanyakkan berbanding sambutan pada Ramadan yang lalu. Ini termasuk sambutan pada peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang berlangsung di Madinah Ramadan, Dataran Stadium di sini.

Difahamkan, tahun ini pihak Kerajaan Negeri mensasarkan lebih RM1.5 juta kutipan derma untuk Tabung Ihya’ Ramadan.

“Dijangka pungutan lebih dari itu, ini dilihat kepada minat bersedekah yang tinggi dalam kalangan masyarakat, bahkan sedekah juga diterima daripada kalangan non-muslim.

“Mereka melihat amalan Ramadan dalam kalangan masyarakat muslim sangat mulia, bahkan ia mampu mempertingkatkan hubungan silaturrahim selain melipatgandakan ibadat,” kata Menteri Besar pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan 1435 Hijriah di Medan Ilmu.

Sempena kedatangan Ramadan, sambutan Ambang Ramadan 1435 Hijraiah diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri, dengan gerak kerja ke arah mencetuskan kasih dan sayang masyarakat terhadap Ramadan al-Mubarak, selain menyampaikan buah tamar, beras dan minyak masak kepada kumpulan sasaran.

Kesedaran ke arah memperbanyakkan amalan membaca al-Quran serta amalan sunat yang lain dijalankan penganjur di samping digalakkan diadakan kuliah keagamaan, berbuat baik kepada anak yatim, jiran tetangga dan fakir miskin.

Pada pengisian sambutan itu diadakan juga gerai pameran buku dan demonstrasi penusilan Seni Khat. – HARAKAHDAILY 28/6/2014

Sumber HD - 28-6-2014

Gigih kayuh beca di usia 95 tahun untuk tunai haji

ROSMAWATI ZAWAWI | .

KOTA BAHARU: Meskipun mencecah usia 95 tahun, Omar Osman tetap meneruskan rutin harian mengayuh beca yang menjadi punca rezekinya membesarkan sembilan anak sejak 40 tahun lepas.

Warga emas ini tetap bersemangat meneruskan pekerjaan bermandikan keringat itu demi impian untuk mengerjakan haji dengan hasil mengayuh beca.

Pengayuh beca tertua di Kelantan ini bersyukur dengan kesihatan baik hasil daripada pekerjaannya itu yang menurutnya merupakan senaman semulajadi.

"Sepatutnya pada usia emas ini pakcik dah boleh berhenti memandangkan duit bulanan anak-anak dah sediakan, tetapi disebabkan hasrat pakcik untuk ke tanah suci dengan hasil duit mengayuh, jadi pakcik lebih bersemangat.

"Anak-anak turut membantu menyediakan duit untuk tujuan tersebut dan pakcik harap ada pihak dapat membantu mempercepatkan hasrat pakcik ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini.

Masih menggunakan beca usang dan berkarat yang dibelinya pada harga RM1,200 pada 40 tahun lalu itu, Omar berkata beca itu banyak berjasa kepadanya dalam menyara keluarga dan memberi pelajaran kepada anak-anaknya.

"Kayuh beca ini adalah senaman semulajadi, menyihatkan dan memberi pendapatan.

"Rugi anak-anak muda yang mengganggur dan masih banyak tenaga tidak menjadikan pekerjaan kayuh beca sebagai kerjaya...jadi pengayuh beca bergantung kepada rezeki," katanya yang kini tinggal di Kampung Sungai Keladi di sini.

Menurutnya, tiga daripada anaknya telah meninggal dunia manakala isterinya telah kembali ke rahmahtullah beberapa tahun lepas.

Katanya keadaan sekarang adalah amat jauh berbeza berbanding ketika mula menjadi pengayuh pada tahun 1970-an.

"Kalau dahulu pakcik mengayuh dengan jarak jauh tetapi belum tentu untuk dapat RM3, tetapi kini dengan jarak yang dekat pakcik dah dibayar sebanyak RM3.

"Ada juga pelanggan memberikan upah antara RM3 hingga RM10 sekali perjalanan di bandar Kota Baharu, selain RM50 sebagai tanda penghargaan dalam jarak yang dekat," katanya.

Omar berharap hasratnya untuk mengerjakan haji akan tercapai dan berdoa agar diberikan kesihatan baik untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. - Bernama

Sumber HD - 27-6-2014






















Kelantan tetap pertahan penarik beca

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BHARU: Kerajaan menggalakkan golongan belia terutamanya yang masih mengganggur membuka bengkel membaiki beca sebagai punca pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, ini kerana di Kelantan sekarang masih terdapat lebih 100 beca.

Katanya, sebahagian besar penarik beca yang ada sekarang berumur antara 60 hingga 70 tahun.

“Kita perlu beri kesedaran kepada golongan belia yang mengganggur, mereka juga boleh mencari rezeki halal sebagai penarik beca.

“Beca masih diperlukan khususnya untuk kegunaan warga bandar dan pelancong yang bertandang,” katanya program anjuran Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di Gelanggang Seni, semalam.

Program itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara penarik beca dan pemimpin kerajaan negeri.

Lebih 30 warga penarik beca terutamanya warga emas hadir pada program berkenaan. Pada majlis itu kerajaan negeri menyampaikan bantuan Ramadan sebanyak RM150 seorang kepada 41 penarik beca.

Di Bandaraya Melaka ramai golongan muda bekerja sebagai penarik beca.

Md Anizam juga berkata, kerajaan negeri tetap mempertahankan beca terutamanya sebagai produk pelancongan.

Malah kerajaan negeri menghapuskan lesen sejak 1990 bagi meringankan bebanan golongan terbabit. - HARAKAHDAILY 27/6/2014

Sumber HD - 27-6-2014

MDPP bangun bandar baru di Tok Bali

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Tok Bali yang kini merupakan pelabuhan perikanan utama di Pantai Timur bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila kawasan seluas 2.5 ekar dibangun sebagai bandar baru.

Majlis Daerah Pasir Puteh dengan Syarikat Pingat Harmoni Sdn Bhd akan membina 13 kedai dua tingkat dan 27 rumah teres dua tingkat.

Hasil kerjasama tersebut MDPP akan mendapat dua unit kedai dan enam unit rumah teres, di mana kesemuanya bernilai RM2.5 juta.

Perjanjian kerjasama projek berkenaan ditandatangani antara MDPP dengan Pingat Harmoni disaksikan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada perjanjian terbabit MDPP diwakili Yang Dipertuanya, Mat Jusoh Hussin, Setiausaha MDPP, Mohd Shargowi Derahman dan Ketua Whip, Che Bisi Hassan.

Manakala syarikat berkenaan pula diwakili Ketua Pengarah Eksekutifnya, Md Rasid Mohamad.

Mohd Amar ketika berucap pada majlis itu berkata, majlis-majlis daerah di Kelantan digalakkan mencari pelaburan baru bagi membangunkan kawasan di bawah pentadbiran mereka.

“Projek pembangunan baru rumah kedai dan perumahan wajar dilaksanakan di tempat-tempat yang berpotensi menjadi tarikan ramai.

“Selain mendapat manfaat kepada majlis-majlis daerah, masyarakat setempat juga mendapat limpahan pembangunan,” ujarnya.

Pelabuhan juga sedang dibina di Tok Bali. Selain itu terdapat banyak jeti pendaratan ikan di sepanjang Terusan Tok Bali termasuk dimiliki Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia .- HARAKAHDAILY 27/6/2014

Sumber HD - 27-6-2014

Madinah Ramadan pernah ungguli anugerah TPO

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Qaryah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV pernah memenangi anugerah pada persidangan Tourism Promotion Organization for Asia Pacific Cities (TPO) tahun lepas.

Lokasi tersebut yang menjadi tumpuan rakyat Kelantan setiap Ramadan menjelma, kini disiapkan menjelang malam 1 Ramadan ini.

Kerja-kerja memasang khemah, tempat ruang solat Tarawih sedang giat dijalankan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Kini ia dikenali sebagai Madinah Ramadan.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sarafi Wan Mustapha berkata, lebih RM1.2 juta diperuntuk bagi menjayakan Ihya Ramadan di Madinah Ramadan tahun ini.

Bagaimanapun katanya, sebahagian besar kos tersebut ditaja pelbagai pihak termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan minum imam tarawih dari Mesir.

Selain itu kata beliau kemudahan alat siaran raya dan keperluan lain.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua penaja kerana ramai mengambil bahagian dalam program Ihya Ramadan ajuran MPKB BRI,” katanya

selepas meraikan imam Madinah Ramadan di sini, semalam.

Imam terbabit dari Mesir iaitu Sheikh Ahmad Ramadan, 50 sudah tiga tahun menjadi imam di Qaryah Ramadan. Bagaimanapun tahun ini akan diundang imam tarawih di Masjid Al Huda, Tumpat.

Tempatnya diganti Sheikh Juddah Mohamed Juddah, 26 penampilan pertamanya di Kelantan. Sheikh Hissam Abdul Bari merupakan kali kelima menjadi imam tarawih di Qaryah Ramadan.

Wan Sharafi juga berkata, banyak aktiviti disusun sepanjang Ramadan di Madinah Ramadan termasuk ekspo buku Islam, pertandingan syarahan Badar Al Qubra, kempen Inovasi Kelantan Bebas Asap Rokok (Ikbar).

Selain itu bersama selebriti dakwah Ustaz Azhar Idrus dan pameran sejarah Qaryah Ramadan di Kelantan dan seluruh dunia di Anjung Galaksi Madinah Ramadan.

Ekspo buku Islam diadakan 5 Ramadan, kuliah Ustaz Azhar Idrus (6 Ramadan) dan pertandingan syarahan Badar Al Qubra bermula (16 dan 17 Ramadan).

Sementara itu Konsert Ambang Ramadan bersama bekas vokalis anggota Raihan, Nazery Johani akan diadakan malam 27 Jun di Menara Tinjau (Tambatan DiRaja).

Nazri berkata, program berkenaan diisi dengan bacaan al Quran oleh qari jemputan, tazkirah dan nasyid.

"Kedatangan Ramadan ini kita memulakan dengan berselawat beramai-ramai semoga kita dapat menjalankan ibadah dengan sempurna," katanya ketika ditemui di sini.

Orang ramai yang hadir berpeluang menderma tabung pembinaan Al Tahfiz Bayu Sahadah, Ranau, Sabah, diusahakan Nazri. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Sumber HD - 26-6-2014

























Perjuangan R selaras manifesto Pakatan Rakyat

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Aktivis royalti memperjuangkan tuntutan royalti 20 peratus kerana ia selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13.

Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman berkata, Kelantan satu-satunya negeri pengeluar minyak yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Oleh itu katanya, tidak seharusnya kerajaan negeri mengetepikan manifesto berkenaan, lebih-lebih lagi tindakan serupa telah dilulus di persidangan Dun Sarawak.

“Cadangan usul itu selaras dan seiring dengan perjuangan negeri-negeri pengeluar minyak yang lain. Sekiranya bayaran royalti 20 peratus diperolehi Sarawak, maka Kelantan juga patut menerimanya.

“Ini kerana ia juga berasaskan perjanjian royalti pada 9 Mei 1975 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pertubuhan R mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah bagi mencadangkan dibawa usul tuntutan royalti 20 peratus pada persidangan Dun 24 dan 25 Jun lalu.

Nazri berkata, biar pun agak terkejut kerana usul tersebut belum sempat dibawa, namun difahamkan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) bercadang membawa usul terbabit pada persidangan Oktober hadapan.

“Pihak BBC bercadang untuk membawa usul ini pada sidang akan datang yang dilihat lebih relevan dan sesuai.

“Oleh itu kami menyokong penuh langkah tersebut bagi memastikan hak rakyat Kelantan dapat ditunaikan,” katanya di sini.

Pada persidangan Dun baru-baru ini Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri memfokus mendapat hak ke atas royalti lima peratus dan penyelesaian kes terbabit di mahkamah. – HARAKAHDAILY 26/6/2014

Sumber HD - 26-6-2014

PKINK kekal prestasi kewangan cemerlang

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) berjaya mengekalkan kecemerlangan pengurusan kewangan cemerlang sejak 2008 sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Keusahawan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, tahun lepas agensi itu mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM41.5 juta.

Katanya, pada 2012 keuntungan sebelum cukai RM49.7 juta, 2011 (RM37.3 juta), 2010 (RM43 juta), 2009 (RM22.9 juta) dan 2008 (RM19.8 juta).

“Kerajaan negeri merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pengurusan PKINK dan anak-anak syarikat kerana berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang memberangsangkan,” katanya pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga berkata, PKINK melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi membantu usahawan-usahawan tempatan termasuk menyediakan ruang niaga, kawasan perniagaan hab halal di Pengkalan Chepa, Medan Ikan Bakar di Kedai Buluh, bengkel automotif dan premis perniagaan di Tok Bali.

Selain itu kerajaan PKINK juga menganjurkan ekspo perdagangan dan membawa usahawan tempatan menyertai pameran perniagaan di luar negara bagi memasarkan produk serta menjalinkan rangkaian perniagaan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, sehingga Mei lalu seramai 34,174 rakyat Kelantan menyertai Skim Khaira Ummah.

Katanya, skim tersebut menawarkan perlindungan khairat kematian sebanyak RM3,000 dan upah haji RM2,000.

“Jika peserta telah mengerjakan haji, baki RM2,000 boleh disumbang kepada badan-badan kebajikan, masjid dan pusat tahfiz berdasar persetujuan peserta.

“Jumlah peserta yang telah menerima manfaat takaful tersebut sehingga sekarang seramai 176 orang,” katanya.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sebanyak 22 kawasan Dewan Undangan Negeri telah dipasang wifi percuma bagi memudahkan pengaksesan internet.

Katanya, kerajaan negeri merancang memasang wifi di kesemua 45 Dun dan 14 kawasan parlimen di Kelantan bagi kemudahan orang ramai mendapat sambungan internet. – HARAKAHDAILY 26/6/2014

Sumber HD - 26-6-2014

Dun Kelantan lulus enakmen kawalan agama

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam (1981) pindaan 2014 bagi menyekatkan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Rang undang-undang tersebut mendapat sokongan sebulat suara Adun termasuk pembangkang yang hadir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, hampir kesemua negeri di Malaysia mempunyai enakmen tersebut kecuali Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, enakmen itu selaras dengan Islam sebagai agama persekutuan.

Katanya, biar pun Islam sebagai persekutuan, namun agama-agama lain bebas untuk diamalkan di negara ini.

“Kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Adun yang menyokong penuh pindaan enakmen tersebut bagi menghalang penyebaran agama lain kepada orang Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut pada persidangan Dun hari ini.

Sebelum itu tiga Adun mengambil bahagian berbahas menyokong rang-rang terbabit iaitu Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Dr Md Yusnan Yusof (PAS-Melor) dan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning).

Dr Md Yusnan berkata, pindaan berkenaan dibuat selaras dengan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menyekat penyebaran agama bukan Islam terhadap orang Islam.

Mohd Alwi memberitahu pindaan tersebut dibuat tepat pada masanya dan ia dianggap sebagai keperluan mendesak ketika ada usaha memperlekehkan agama Islam.

“Kita perlu sepakat bagi mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu biar pun berlainan ideologi politik. Perbezaan pendapat tidak menghalang kita bersatu mempertahankan Islam.

“Hentikan perbalahan demi untuk Islam. Lagi pun sekarang ada pertubuhan yang berani mengadakan perhimpunan mempersendakan Islam. Kita tidak mahu jadi macam negara-negara lain,” katanya.

Mohd Roseli pula berkata, sekarang bukan sahaja orang bukan Islam yang mempersendakan Islam, malah ada orang Melayu juga melakukan tindakan serupa.

“Sebelum ini kita pernah mendengar ada pemimpin menyebut kalau hendak makan sup tangan boleh datang ke Kelantan,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri mendapatkan surat persetujuan daripada kerajaan pusat bagi menyokong usul mengenai hudud di parlimen bagi membolehkan dilaksanakan di Kelantan.

Semalam Dun Kelantan juga melulus penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Kelantan bagi memperkasakan lagi sektor tersebut di negeri ini. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014

Pemimpin Umno guna nama keluarga mohon tanah

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Ada pemimpin Umno memohon tanah kerajaan negeri sehingga 128 ekar di Kuala Krai menggunakan nama anggota keluarganya bagi menyembunyikan status sebenar mereka.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah mengingatkan wakil rakyat BN tidak mendesak kerajaan negeri mendedahkan nama pemimpin Umno terbabit.

“Untuk itu jangan sewenang-wenangnya menuduh kerajaan negeri bertindak zalim kononnya merampas tanah milik rakyat,” katanya ketika menggulung

perbahasan rang undang-undang Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Kelantan (PKPK) pada persidangan Dun petang semalam.

Sebelum itu Mat Yusof Abdul Ghani (BN-Nenggiri) mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk dijadikan projek Ladang Rakyat.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri tidak pernah merampas tanah rakyat, sebaliknya ada penduduk meneroka tanah kerajaan secara haram.

“Kerajaan negeri juga telah menyelesaikan lebih 70,000 fail permohonan tanah rakyat dalam tempoh 23 tahun sejak 1990.

“Daripada jumlah itu sebahagiannya dimiliki pemimpin Umno dan ahli keluarga mereka sendiri,” ujarnya.

Kata beliau juga dianggar sebanyak 32,000 fail permohonan lagi akan diluluskan dalam masa terdekat ini. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014

Laluan bertingkat: Janji wakil BN belum jadi kenyataan

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Janji anggota parlimen Barisan Nasional (BN) Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz untuk membina laluan bertingkat melintasi landasan kereta api di Tanah Merah belum menjadi kenyataan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih lagi menunggu janji pemimpin terbabit.

“Malah ketika saya berjumpa dengan anggota parlimen terbabit baru-baru ini beliau menyebut peruntukan sudah ada.

“Namun sehingga ke hari ini belum ada hitam putih lagi projek berkenaan. Kita masih tunggu sehingga sekarang. Saya harap Adun BN yang ada di Dewan Negeri memperingatkan kembali wakil rakyat terbabit,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Bakri Mustapha (BN-Gual Ipoh) pada persidangan Dun hari ini.

Sebelum ini kerajaan negeri membina laluan bertingkat melintasi landasan kereta api di Pasir Mas selepas janji yang ditabur pemimpin Umno tidak dilaksanakan.

Projek tersebut tidak disenaraikan kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membinanya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat Bandar Pasir Mas.

Semasa kempen pilihan raya umum lepas orang ramai di Tanah Merah memberitahu pemimpin Umno terbabit menjanjikan projek membina jejantas melintasi landasan kereta api.

Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri masih lagi menunggu keputusan kerajaan pusat sama ada mahu meneruskan projek berkenaan atau sebaliknya.

“Kalau kerajaan pusat tidak berminat membinanya, kerajaan negeri berusaha mencari peruntukan untuk dimasukkan ke dalam bajet tahunan,” ujarnya.

Sementara itu menjawab soalan Zulkifle Ali (BN-Selising) Abdul Fattah berkata, stadium sukan di Bukit Merbau Selising akan dibina dengan kerjasama sebuah syarikat.

Katanya, pembinaan stadium itu dibuat menggunakan konsep siap baru bayar.

Bagaimanapun katanya, beberapa pengubahsuaian dilakukan termasuk kapasiti penonton dikurangkan kepada 35,000 orang.

“Bagaimanapun tapak struktur tapaknya boleh diperbesarkan pada bila-bila masa sehingga boleh menampung 45,000 penonton apabila diperlukan kelak,” katanya.

Beliau juga berkata, sebelum ini kerajaan negeri pernah memohon pinjaman sebanyak RM500 juta daripada kerajaan pusat bagi membina stadium di kawasan seluas 45 ekar di Bandar Baru Tunjung.

Namun katanya, pinjaman itu tidak diluluskan dan tapak di Tunjung pun sekarang sudah dimiliki pihak lain. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014



























Royalti: Kelantan akan terus desak selagi tak bayar

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Isu tuntutan royalti dibangkit kerajaan negeri dan rakyat Kelantan kerana kerajaan pusat dan Petronas tidak memenuhi perjanjian yang ditandatangani pada 1975.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, permohonan secara baik telah dilakukan sejak 2009, namun tidak dipedulikan pihak terbabit.

“Bila dah dapat apa yang menjadi hak kita, maka isu itu tak akan menjadi geger (bising) lagi,” ujarnya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Kelantan pada persidangan Dun petang semalam.

Sebelum ini kerajaan negeri menghantar surat kepada kerajaan pusat dan Petronas bagi mendapat hak tersebut selepas mengetahui minyak dan gas disedut di perairan Kelantan sejak 2004.

Malah pada pertemuan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir tahun lepas, isu tuntutan royalti juga disentuh.

Kerajaan negeri juga membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah bagi mendapatkan pengadilan melalui undang-undang.

Abdul Fattah juga berkata, Pengerusi pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengakui hak Kelantan bagi mendapatkan royalti seperti dinikmati negeri pengeluar minyak lain.

“Pemimpin Umno jangan membuat tuduhan kerajaan negeri membuat bising, sedangkan hak yang sepatutnya dibayar dinafikan,” katanya.

Sebelum itu ketua pembangkang Datuk Norzula Mat Diah menyifatkan tindak tanduk kerajaan negeri menguar-uar isu tuntutan royalti menyebabkan kerajaan pusat enggan membayarnya.

Abdul Fattah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan turut merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pertubuhan R kerana konsisten memperjuangkan tuntutan royalti.

Katanya, anak-anak muda yang bernaung di bawah R sanggup mengorbankan masa mereka untuk menuntut hak rakyat Kelantan. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014

RM4.43 juta untuk 8,845 pelajar cemerlang

MOHD NOR YAHYA | .

KOTA BHARU: Sejak 2006 sehingga tahun ini seramai 8,845 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM mendapat saguhati daripada kerajaan negeri berjumlah RM4.43 juta.

Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bayaran saguhati itu diberi sebanyak RM500 kepada setiap pelajar terbabit.

“Anugerah kecemerlangan itu diberi bermula pada 2006 iaitu membabitkan seramai 795 pelajar,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah (PAS-Limbongan) pada persidangan Dun hari ini.

Bayaran saguhati pada 2007 membabitkan seramai 880 pelajar melibatkan peruntukan sebanyak RM440,000, 2008 seramai 904 pelajar (RM452,000), 2009 seramai 732 pelajar (RM366,000).

Pada 2010 seramai 1,228 pelajar (RM614,000), 2011 seramai 943 pelajar (RM471,000), 2012 seramai 1,110 pelajar (RM555,000), 2013 seramai 1,112 pelajar (RM556,000) dan tahun ini seramai 1,141 pelajar (RM575,000).

Beliau berkata, dalam tempoh sembilan tahun seramai 8,845 pelajar cemerlang SPM, STPM dan STAM menerima saguhati disumbang kerajaan negeri.

Menjawab soalan tambahan Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) katanya, kerajaan negeri akan mempertimbangkan pemberian anugerah kepada guru-guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang cemerlang pada sambutan Hari Yik.

Beliau juga menjelaskan sehingga sekarang belum ada laporan guru sekolah di bawah Yik yang tidak datang mengajar tanpa ada sebarang alasan.

“Kalau ada laporan mengenai minta wakil rakyat atau mana-mana pihak kemukakan nama kepada Yik untuk diselidiki. Kita akan pastikan sama ada mereka sakit atau ada sebab lain,” ujarnya.

Sumber HD - 25-6-2014





























Wakil kerajaan negeri akhirnya anggotai Kesedar

MOHD NOR YAHYA | .
BACHOK: Setelah hampir 24 tahun, akhirnya wakil kerajaan negeri dilantik semula menganggotai Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Tiga wakil negeri yang dilantik lembaga pengarah agensi kerajaan pusat itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (gambar), Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan.

Che Abdullah ketika ditemui menyifatkan perlantikan tiga wakil negeri itu sebagai membawa harapan baru untuk sama-sama membangunkan Kelantan Selatan dengan lebih sempurna.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih di atas perlantikan wakil kerajaan dalam ALP Kesedar ini dan akan menjalankan tugas sebaik mungkin demi untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Kesedar," ujar beliau.

Berita lanjut dalam Harakah terbaru edisi Jumaat.

Sumber HD - 25-6-2014

35 peratus Orang Asal di Kelantan beragama Islam

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Hasil gerakan dakwah secara berterusan kira-kira 35 peratus daripada 13,761 penduduk Orang Asal yang tinggal di pedalaman Kelantan kini menganut agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, gerakan digembling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) dengan kerjasama pelbagai pihak.

Antaranya Jabatan Kemajuan Orang Asal (Jakoa), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan kumpulan jemaah Tabligh.

“Kerajaan negeri juga melantik seramai 12 mualim yang bertugas di penempatan Orang Asal di kawasan pedalaman.

“Sehingga sekarang sebanyak tujuh rumah dibina bagi menempatkan mualim di kawasan penempatan Orang Asal bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti dakwah.

“Setiap hari mualim menziarahi rumah-rumah penduduk. Selain itu mengajar fardhu ain dan kelas-kelas al Quran,” katanya menjawab soalan Abdul Aziz Yusof (BN-Galas) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga pelbagai usaha lain dijalankan di penempatan Orang Asal termasuk Ihya Ramadan, majlis Hari Raya, ibadat korban dan tajaan mengerjakan ibadat umrah oleh Yayasan Sultan Kelantan.

Selain itu membiayai persekolahan tiga anak penduduk Orang Asal belajar di Maahad Muhammadi Gua Musang dan menyertai tilawah al Quran kalangan saudara kita.

Menjawab soalan tambahan Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) Nassuruddin berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau tindakan pihak tertentu membawa masuk arak ke penempatan Orang Asal yang beragama Islam.

“Kerajaan negeri juga berharap mendapat kerjasama Adun Galas bagi memantau gerakan Kristian yang menyelinap masuk ke penempatan Orang Asal di pedalaman Gua Musang,” kata menjawab soalan tambahan Abdul Aziz.

Sebelum itu wakil rakyat terbabit mendakwa seramai 1,155 penduduk Orang Asal kini menganut agama Kristian dan terdapat tujuh gereja. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014

Hidro Pergau: Kelantan tandatangani perjanjian baru

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menandatangani perjanjian baru dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) terhadap penggunaan tanah oleh syarikat utiliti terbabit di Empangan Hidro Elektrik Pergau, Jeli.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sekarang TNB membayar sebanyak RM513,000 setahun terhadap tanah yang terbabit dengan terowong di Empangan Pergau.

“Bagaimanapun TNB tidak berminat untuk memiliki sepenuhnya tanah di kawasan berkenaan dan hanya membayar penggunaan secara tahunan,” katanya ketika menjawab soalan Abdul Rasul Mohamed (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.

Pada 2011 kerajaan Kelantan pernah menuntut tunggakan daripada TNB terhadap bayaran kawasan tadahan air di Empangan Hidro Elektrik Pergau semenjak 1990.

Tuntutan tersebut adalah selaras dengan perjanjian asal antara kerajaan negeri dengan TNB. Empangan Hidro Elektrik Pergau membabitkan kawasan seluas 37,000 hektar dengan kawasan takungan seluas 400 hektar.

Empangan Hidro Elektrik mampu membekalkan tenaga sebanyak 600MW.

Malah pada awal pembinaan projek empangan Pergau yang bernilai RM1.8 bilion, kerajaan negeri menuntut bayaran pampasan pengambilan tanah bernilai hampir RM90 juta.

Keengganan TNB membayar jumlah pampasan itu menyebabkan kerajaan negeri menahan jentera berat daripada memasuki kawasan pembinaan terowong peralihan air di Km 24, jalan raya timur barat.

Sementara itu menjawab soalan Adun sama, Menteri Besar berkata, kadar premium tanah yang dikenakan kerajaan negeri terhadap lot kebun getah kurang RM500 sehektar.

Manakala lot dusun kurang RM300 sehektar dan lot padi kurang RM50 sehektar. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014































Hotel lima bintang berkonsep Islam di Kelantan

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .

KOTA BHARU: Kelantan melangkah setapak lagi ke hadapan apabila sebuah hotel berkonsep ‘meningkatkan iman dan mendekati Islam’ dibina di negeri ini.

Hotel itu melibatkan kos RM300 juta setinggi 30 tingkat dikenali Damai Hotel & Suites (Damai HS) akan dibina di Jalan Telipot dekat sini.

Upacara pecah tanah pembinaannya disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini.

Damai HS milik syarikat Usahasama Seri Cemerlang Sdn Bhd (USC) dimiliki sepenuhnya Bumiputera.

Pengerusi USC Tengku Datin Fatihah Al-Marhum Sultan Ibrahim berkata, hotel tersebut berciri mesra alam bertaraf lima bintang yang pertama seumpamanya di Kelantan.

Katanya, Damai HS berkonsep senibina Islam yang melambangkan Islam itu progresif, berdaya saing serta maju ke hadapan.

“Hotel terbabit menghayati konsep dan ciri-ciri senibina Islam termasuk reka bentuk dan operasinya nanti berlandaskan ciri-ciri syariah.

“Konsepnya juga bertepatan dengan lanskap budaya dan resam Kelantan yang berpegang kepada ajaran Islam sebagai amalan kehidupan di Serambi Mekah ini,” katanya pada majlis tersebut.

Pembinaan hotel itu dijangka siap pada 2018, terletak berhadapan Istana Telipot dan tidak jauh dari Masjid Sultan Muhammad V. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014

Jangan hanya tahu 'ternak' anak - Mumtaz

SALMAH MAT HUSEIN | .



KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi mengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak mereka sebaiknya dan bukan hanya ‘menternak’ anak.

Katanya, tindakan sebahagian ibu bapa yang lebih cenderung ke arah itu berbanding memberi pendidikan yang baik menyebabkan golongan muda kini jauh tersasar dalam matlamat hidup.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Wanita Peringkat Negeri Kelantan, di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.

Program tahunan itu dianjurkan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

Menurut Mumtaz lagi, peranan ibu bapa buka sekadar memberi makan atau tempat tinggal semata-mata, sebaliknya menjaga mereka tentang kewajipan sebagai hamba Allah.

Berita lanjut dalam Harakah bil. 1956 Edisi Jumaat. Dapatkan naskah anda.

Sumber HD - 18-6-2014































Menteri Besar setuju kontrak saya ditamatkan - Fadhli

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Fadhli Shaari menjelaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersetuju dengan permohonannya agar kontrak perkhidmatan sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014.
“Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut penjelasan beliau.

Hari ini terlalu ramai yang menghubungi saya melalui telefon, SMS mahupun mesej peribadi di laman sosial bertanyakan status jawatan saya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar berikutan khabar angin bahawa saya telah meletakkan jawatan.

Pada peringkat awal, saya tidak ingin memberikan sebarang respons memandangkan ia hanyalah urusan dalaman pejabat sahaja, namun apabila sahabat-sahabat ramai yang meminta ulasan, saya perturunkan jawapan ringkas saya.

Saya akui bahawa telah menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan untuk memohon agar kontrak perkhidmatan saya sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014. Ia berikutan perbincangan saya dengan beliau dengan melihat beberapa aspek secara menyeluruh. Pihak YAB Ustaz Datuk Menteri Besar telah menyatakan persetujuan di atas permohonan yang saya lakukan.

Saya juga telah memaklumkan keputusan ini kepada pihak Yang Berhormat Tuan Guru Datuk Bentara Setia memandangkan perlantikan saya dibuat oleh beliau semenjak 7 Februari 2010 iaitu lebih empat tahun yang lepas.

Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan.

Saya rakamkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kepercayaan yang diberikan oleh YB Tuan Guru serta YAB Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan kepada saya selama ini. Kenangan manis dan pengalaman yang saya timba akan saya kenang sebagai bekal dalam perjalanan perjuangan yang masih panjang. Tidak lupa kepada semua sahabat-sahabat yang telah membantu saya selama memikul tanggungjawab ini. Juga kepada para wartawan dari semua agensi media yang saya sifatkan sebagai ‘lawan tapi mesra’, saya ucapkan terima kasih banyak.

Saya doakan YAB Ustaz Datuk Menteri Besar diberikan taufik dan inayah oleh Allah SWT sepanjang memimpin parti dan kerajaan Insya-Allah. Dalam hal ini, saya sifatkan pilihan YB Tuan Guru ke atas beliau untuk menggantikan tempat sebagai Menteri Besar Kelantan sebagai satu pilihan yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Ramai sahabat yang bertanya, apakah kerjaya rasmi saya selepas ini? Jawapannya, saya masih belum membuat keputusan berhubung dengannya. Di atas kertas, saya adalah kakitangan KIAS yang dipinjam ke pejabat Menteri Besar Kelantan. Namun, saya tidak fikir untuk kembali semula sebagai seorang pensyarah.

Justeru, pejabat rasmi saya untuk tujuan sebarang urusan bermula 1 Julai 2014 ialah di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan iaitu di Bangunan Syabab Point, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. - HARAKAHDAILY 15/6/2014

Sumber HD - 15-6-2014
































Apa kata ganti pokok getah dengan kurma


GAMBAR POKOK KURMA BERBUAH LEBAT DI KB...APA KATA KITA GANTI POKOK GETAH PULAK DENGAN POKOK KURMA !!!

 



POKOK KURMA SESUAI DENGAN IKLIM DI MALAYSIA...............

Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.


Pokok Kurma KB - 
https://www.youtube.com/watch?v=yOUd3y_vYxQ

Sumber HD - 14-6-2014

YB DNANA - Isu Tajaan Pelajaran Kerajaan Qatar
http://www.youtube.com/watch?v=8WWnpWD5aEY

No comments:

Post a Comment