JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Saturday, June 7, 2014

KEMALANGAN MAUT

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com

Jaga anak baik-baik, kata-kata terakhir Sarjan Bayong

BERNAMA | .
KUCHING: "Jaga anak baik-baik," demikian kata-kata terakhir Sarjan Bayong Burma kepada isterinya Nancy Garang sebelum keluar berkonvoi pada pagi hari kejadian (Khamis lalu) dari Kem Lapangan Tebang Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan menembak.

Sarjan Bayong, 36, seorang 'gunner' di Alpha Skuadron Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, meninggal dunia selepas kereta perisai yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar.

Mayat mendiang Bayong tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira 11.50 pagi tadi.

Mendiang berkhidmat dengan tentera kira-kira 18 tahun.

Terdahulu, mayat itu diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang jam 7 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum bertolak jam 10 pagi ke Kuching.

Ketika ditemui pemberita, Nancy, 31, yang kelihatan masih sedih dengan pemergian suaminya itu tidak banyak berbicara, mendukung anak bongsu mereka Casper Lukas, berusia 10 bulan.

Nancy merenung sayu keranda yang membawa mendiang suaminya sambil ditenteramkan oleh Panglima 3 Briged Brigadier Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami.

Selain Casper, pasangan itu yang mendirikan rumah tangga sejak 2002, mempunyai dua lagi anak lelaki - Aldraien Mark, 11, dan Benedict Moses, 8.

Aldraien kelihatan masih tidak memahami apa yang berlaku.

Ketika ditanya hanya menggelengkan kepala sambil berkali-kali menyebut 'Daddy'.

Keranda mendiang yang tiba, diusung oleh sembilan anggota dari Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja, Kem Penrissen ke van tentera dan kemudian dihantar ke kediaman keluarganya di Taman Desa Indah, Sri Aman, kira-kira tiga jam perjalanan dari sini.

Jadual pengkebumian belum diumumkan.

Kejadian yang berlaku Khamis lalu itu turut meragut nyawa Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail.

Beliau meninggal ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy anak Barlabas, menerima rawatan di hospital sama. - Bernama

Sumber HD - 5-7-2014

Kereta perisai terbalik, 2 anggota tentera maut

HARAKAHDAILY | .

IPOH: Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar pada Khamis.

Sarjan Bayong a/l Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy a/l Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa telah dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di sini.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

"Apabila kita lihat kesemua mangsa telah dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sumber HD - 4-7-2014


Buaya muncul timbul keraguan mangsa bot karam

BERNAMA | .

KUALA LANGAT: Kemunculan buaya berhampiran jeti pangkalan nelayan Kampung Kelanang menimbulkan keraguan tentang kemungkinan ada di antara 20 mangsa yang masih hilang akibat bot karam di perairan Sungai Air Hitam Selasa lalu, dibaham buaya.

Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor Mohd Jaman Haris berkata orang ramai membuat pelbagai andaian mengenai baki mangsa yang masih belum ditemui.

"Buaya ini ditemui oleh beberapa orang nelayan tempatan di sungai berhampiran jeti, namun saya tidak berani mengatakan ia berlaku kerana kita tidak tahu hal sebenar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor dan telah menjadi nelayan sejak 20 tahun lepas, menegaskan bahawa spesies buaya yang ditemui itu juga merupakan spesies buaya air tawar dan mustahil untuk buaya-buaya ini masuk ke laut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Langat, Supt. Azman Abdul Razak berkata, polis tidak pernah menerima sebarang laporan serangan buaya di kawasan sekitar jeti Pangkalan Nelayan Kelanang setakat ini.

Bagaimanapun menurut sumber polis, enam mangsa yang mungkin di antara mereka yang hilang telah melarikan diri ke lokasi yang belum dikenalpasti.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan kira-kira enam atau tujuh mangsa sempat melarikan diri ke lokasi yang belum dikenalpasti," katanya.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan jumlah mangsa hilang kekal 20 orang, 63 selamat dan 14 orang maut.

Sembilan daripada 14 mayat telah dituntut dan akan dihantar pulang ke Acheh, Indonesia esok. - Bernama

Sumber HD - 21-6-2014




Lagi bot bawa 27 penumpang karam pagi ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Belum pun selesai usaha mengesan mangsa tongkang karam di Banting semalam, satu lagi kejadian bot karam berlaku di Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi ini.

Bot pancung yang membawa 27 penumpang itu dilaporkan karam perairan Beacon Air Gila di perairan Sepang kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Klang Utara.

Menurut Pengarah Operasi Daerah Maritin 4 Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Ya'acob 18 mangsa berjaya diselamatkan, manakala sembilan lagi dilaporkan masih hilang.

Dalam pada itu, perkembangan uasaha menyelamat penumpang tongkang karam di Banting hari ini menemui satu lagi mayat yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebayak 10 orang.

Tragedi tongkang karam itu berlaku pada awal pagi Rabu di luar pantai Selangor, berdekatan Sungai Air Hitam, Banting.

Tongkang tersebut membawa 97 penumpang yang terdiri daripada pendatang asing Indonesia.

Mayat yang ditemui semalam telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Sehingga malam tadi, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 62 orang (49 lelaki, 12 wanita dan 1 kanak-kanak) dengan 26 dikhuatiri masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini diteruskan dengan operasi di laut dan tinjauan melalui udara.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada mangsa yang barangkali terselamat dan bersembunyi kerana takut berdepan dengan tindakan undang-undang.

Difahamkan, jarak lokasi kejadian dari daratan adalah kira-kira 200 hingga 300 meter. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Sumber HD - 19-6-2014









Eurofighter jet crashes at Spain military base

Sky News | .


A Spanish air force Eurofighter jet has crashed at a military base near Seville, killing the pilot.

The air force captain, 30-year-old Fernando Lluna Carrascosa, was the only person on board when the plane smashed into the runway as it returned to the base around 2pm (1pm UK time).

"A Eurofighter has crashed on landing on the runway of the Moron base," confirmed a defence ministry spokeswoman.

Mr Carrascosa, who was married with a young daughter, had more than 600 hours' experience flying Eurofighter jets, the statement added.

Europa Press reported that the plane was taking part in a routine training exercise but the cause of the accident is still unclear.

Read the full story here

Sumber HD - 9-6-2014

Bayi 9 bulan antara tiga maut kemalangan di Tanah Merah

BERNAMA | .

TANAH MERAH: Tiga sekeluarga termasuk ibu yang hamil tujuh bulan, maut dalam kemalangan jalan raya di Km 55 Jalan Kota Baharu-Jeli, Kampung Bechah Laut di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah ACP Mohd Fadzir Manap berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 5 petang itu ialah pemandu kereta jenis Proton Wira Yus Zairi Yusof, 29, isterinya Hafiza Abdul Halim, 30, dan anak lelaki mereka Zafri, sembilan bulan.

Yus Zairi dan anaknya maut di tempat kejadian manakala Hafiza yang sarat mengandung meninggal dunia di Hospital Tanah Merah di sini kira-kira pukul 9 malam, katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohd Fadzir berkata kejadian yang melibatkan tiga kenderaan itu berlaku apabila kereta yang dipandu Yus Zairi dari Machang ke Jeli, dikatakan gagal memotong kenderaan yang berada di hadapannya menyebabkan keretanya bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan.

Kereta mangsa kemudian dikatakan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di belakang kereta Proton Waja juga datang dari arah bertentangan, katanya.

Beliau berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan manakala pemandu kereta Proton Waja tidak mengalami kecederaan.

Mayat Yus Zairi dan anaknya turut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Sumber HD - 7-6-2014

No comments:

Post a Comment