JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, June 16, 2014

PAS PULAU PINANG (JILID 2)



Kuliah Ustaz Azhar Idrus buat kejutan di Pulau Pinang


Berita Sempoiii !!! Kuliah Azhar Idrus Buat Kejutan Di Penang.


KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG YANG DITUDUH MACAI-MACAI UMNO SEBAGAI ANTI ISLAM PEKAT, MENYEDIAKAN BAS PERCUMA KE KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS.


Dituduh dan ditohmah negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP/PR anti Islam, benci Islam dan tindas Islam tetapi masjid-masjid dibenarkan malahan digalakkan diguna untuk membuat kuliah maghrib perdana termasuk masjid negeri ... tiada larangan dan pengharaman pun ... tidak disuruh buat di gelanggang futsal maupun di kawasan padang .

Yang lebih menarik lagi kuliah UAI disediakan bas oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang... UAI menyebut dalam kuliahnya sebagai sesuatu yang baru dan Kejutan.. Apa pun admin telah berada di sana pada malam tersebut..

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 28-6-2014



Pelancaran Suara Rakyat edisi maya

MOHD SABRI SAID | .

PULAU PINANG: Memandangkan berbagai kes sosial yang semakin menjadi-jadi, maka Lajnah ICT PAS Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif membantu Kerajaan Negeri dengan menubuhkan Suara Rakyat edisi internet.

Pengerusinya, Zahar Zainul ketika ditemui berkata, pelancaran tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan telah pun mendapat persetujuan dalam mesyuarat.

"Buat pertama kalinya PAS Pulau Pinang menubuhkan Suara Rakyat untuk orang ramai mengadu apa jua kes seperti kemiskinan, jalan berlubang, maksiat dan sebagainya," terang beliau.

Katanya, sesiapa yang berhasrat membantu Kerajaan Negeri boleh menghantar gambar foto atau video ke ruang ini.

Sebelum disiarkan sambung Zahar, ia disaring oleh urusetia yang bertugas supaya masalah yang tiada berkaitan tidak dimasukan ke alam maya.

Cara demikian sambungnya, boleh melahirkan wartawan dalam kalangan orang kampung pada masa depan. Mereka akan menjadi mata dan telingga kerajaan Pakatan Rakyat untuk selesaikan apa juga masalah.

"Melalui Suara Rakyat semua pihak bertanggungjawab menjagainya dengan adap tidak boleh sesuka hati menulis dengan kata-kata kasar. Jangan jadikan Suara Rakyat sebagai surat layang, " pesannya.

Sumber HD - 16-6-2014

No comments:

Post a Comment