JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Sunday, June 8, 2014

LAJNAH TANAH, PENEROKA DAN HALEHWAL ORANG ASAL : SDR MAZLAN ALIMAN


Kg Chubadak: 14 hari tanpa perobohan

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Permohonan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan, DBKL dan pemaju Sentul Murni telah dibenarkan.

Penduduk diberi masa 14 hari untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan maka dalam tempoh ini tiada sebarang perobohan rumah penduduk boleh dilakukan.

Menurut peguam mereka Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami, dalam tempoh untuk membuat rayuan nanti pihaknya akan memastikan tidak ada sebarang tindakan perobohan yang dilakukan .

"Kita harap tidak ada tindakan meroboh dibuat sebelum raya nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Malah beliau yang juga Pengerusi Ngo Anak Warisan akan berusaha mencari jalan perundingan yang terbaik dengan semua pihak bagi menyelesaikan masalah ini.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tanah Peneroka Bandar PAS Pusat Mazlan Aliman berpendapat penduduk di kampung tersebut sepatutnya diberi pengiktirafan dengan memberi pemilikan tanah.

"Kemudian naikan taraf kampung ini dengan segala kemudahan asas agar menjadi perkampungan moden, kekalkan kampung warisan bangsa. Mereka bukan setinggan dan pendatang asing.

"Pihak kapitalis yang didalangi BN begitu mudah tafsirkan mereka sebagai setinggan, walhal penduduk terokai kawasan ini dari awal lagi," katanya.

Kampung Chubadak Tambahan salah satu kampung warisan ditengah-tengah kota Kuala Lumpur, dan ianya menjadi lubuk emas bagi pelabur-pelabur di negara ini.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran. - HARAKAHDAILY 1/7/2014

Sumber HD - 1-7-2014

Kg Chubadak: Bekas ketua Umno songlap RM12 juta?

Bekas Ketua Umno songlap RM12 juta pampasan untuk Kampung Chubadak?













Menurut bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak seperti mana yang dilaporkan oleh SelangorKini, pampasan untuk penduduk Kampung Chubadak telah dibayar awal tahun 70-an.

Jumlah yang dibayar oleh pemaju ialah RM12 juta untuk kira-kira 1,200 ke 1,400 orang penduduk ketika itu.. jadi seorang akan memperolehi sekitar RM10,000. RM10,000 ketika awal 70-an.. besar jumlahnya itu..

Tapi malangnya dah kena tapis oleh Ketua Umno Cawangan sampai satu sen pun tak sampai ke tangan penduduk yang berhak..

Tapis tu biasalah dalam Umno ni.. sementara nak sampai kepada golongan yang disasarkan .. dari banyak tinggallah seciput...

Baca lagi

DBKL CEROBOH KG CHUBADAK -https://www.youtube.com/watch?v=Ayyz2IhMlqQ
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 26-6-2014

Makcik Wahida berjaga malam bimbang rumah diroboh

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida terpaksa berjaga malam secara bergilir-gilir dengan suaminya kerana risau rumahnya diroboh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara mengejut.

Makcik Wahida merupakan seorang penduduk di Kampung Chubadak Tambahan merupakan salah seorang mangsa apabila rumah mereka dirobohkan DBKL sebelum ini.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily memberitahu akan terus mempertahankan rumahnya walaupun DBKL tetap bertegas untuk merobohkannya.

"Sekarang makcik terpaksa berjaga setiap malam bergilir-gilir sebab takut rumah ini diroboh secara mengejut.

"Makcik akan terus mempertahankan rumah ini selagi tidak ada keadilan untuk makcik, menang atau kalah makcik akan tetap duduk di sini," katanya.

Beliau yang menjelaskan pernah menolak pembangunan tetapi kerajaan perlu bersikap adil dan memberi pampasan yang sewajarnya dan bukannya mengambil kesempatan.

"Hormatilah orang tua seperti makcik, kita tidak pernah menolak pembangunan tetapi biarlah keadilan diberikan sewajarnya dan jangan mengambil kesempatan dari usia makcik ini," jelasnya yang turut mengidap sakit jantung, paru-paru dan darah tinggi.

Ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah yang akan diketahui esok 26 Jun yang berkemungkinan DBKL akan terus bertindak merobohkan rumahnya, beliau memberitahu akan terus mempertahan dari rumahnya diroboh.

"Harapan makcik kepada pemerintah atau orang yang berkenaan tolong beri kerjasama dan beri inisiatif terbaik untuk kami sepertimana yang kami pohon.

"Makcik cekal hati Allah tetap melindung orang yang benar, apa yang akan terjadi makcik akan pertahankannya," sambung beliau yang telah menetap di Kampung Chubadak hampir 45 tahun.

Harakahdaily sempat meninjau sekitar rumah yang telah diroboh itu memdapati keadaan tidak terurus untuk seorang warga tua.

Beliau yang kini mendiami rumah yang dibina sebelah tapak rumah asal secara bergotong royong penduduk setempat hanya sekadar tempat untuk berteduh, manakala untuk kemudahan bilik air beliau terpaksa pergi ke tempat rumah asal yang telah diroboh. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

1. http://www.youtube.com/watch?v=mBgpKEgiHSw

Sumber HD - 25-6-2014



Kampung Chubadak wujud sebelum 1800

NAZLI IBRAHIM | .


WALAUPUN tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi.

Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.

Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.

Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.

Walaupun selepas status tanah rezab Melayu Kampung Chubadak dibatal melalui Pengistiharan Rezab pada 22 Jun 1932, Pegawai Daerah Kuala Lumpur pada 1960-an menyediakan pelan lakar bagi memecah tanah itu kepada lot-lot yang dibahagi-bahagi kepada penduduk kampung.

Ini diperkuat dengan kewujudan pelbagai kemudahan yang dibangunkan pihak berkuasa seperti dua balai raya, tiga masjid, bekalan air dan eletrik, perkhidmatan telefon, klinik, jalan berturap, pusat aktiviti wanita dan beberapa sekolah agama antara 1960 hingga 1990.

Malah ada bukti menunjukkan sebelum pembentukan Wilayah Persekutuan, Kerajaan Selangor telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Committee of Village Development and Security (CVDS).

Peranan CVDS yang diketuai ketua kampung itu menyamai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada masa ini.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf Pelan Bandar Kuala Lumpur (KLCP) 2020 mengkategori Kampung Chubadak sebagai penempatan setinggan bersama lima kampung.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Tindakan DBKL yang mungkin didalangi Kerajaan Persekutuan itu mengkhianati generasi awal penduduk Kampung Chubadak, selain turut mengkhianati Kerajaan Selangor.

Lebih mengecewakan, tanah itu dijual pula kepada sektor swasta, STLR Sdn Bhd pada 26 Oktober 1985 yang kemudian dijual kepada Sentul Murni Sdn Bhd (SMSB).

Mujur penduduk Kampung Chubadak Tambahan memperoleh perintah Mahkamah Rayuan bahawa mereka boleh mendiami kawasan itu dan kampung itu diiktiraf sebagai bukan setinggan.

Sungguhpun begitu, DBKL tidak mengendahkan fakta itu sebaliknya tergamak meroboh rumah penduduk yang akhirnya menghadirkan perlawanan rakyat. - Selangor Kini



Pn Wahida - http://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

Sumber HD - 25-6-2014

Chubadak: Lebih 100 demo desak DBKL hormati mahkamah

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang penduduk Kampung Chubadak dan badan bukan kerajaan berhimpun di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini bagi menyatakan bantahan terhadap perobohan kediaman mereka.

Mereka membawa kain rentang bertulis "Datuk Bandar jangan angkuh dan biadap', 'Hormati Keputusan Mahkamah' dan ' Mempertahan, Membina dan Memperkasa Kampung Warisan' bagi menyuarakan penentangan mereka.

Mereka juga menggesa agar Datuk Bandar Kuala Lumpur lebih perihatin penderitaan yang dihadapi pendudukan dan meminta DBKL tampil berunding dalam mencari jalan penyelesaian.

Seorang penduduk Kampung Chubadak yang hanya dikenali sebagai Pak Daud meminta agar Datuk Bandar lebih profesional dan tidak mencabar kesabaran penduduk kampung.

Katanya, sikap Datuk Bandar yang terlalu ghairah untuk meneruskan perobohan rumah-rumah di Kampung Chubadak Tambahan terutamanya kampung-kampung warisan akan menyebabkan lebih banyak lagi kampung Melayu akan hilang.

Himpunan aman itu turut dihadiri beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO), termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan PAS.

Selain itu turut hadir adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah.

Dalam pada itu, satu memorandum telah diserahkan oleh Pengerusi NGO Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi kepada Pegawai Pejabat Datuk Bandar Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Norjannah Appendi.

DBKL sebelum ini telah meroboh dua buah rumah di kampung tersebut, sementara enam lagi gagal diroboh kerana mendapat bantahan dari penduduk.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi. - HARAKAHDAILY 23/6/2014

AZAKA - http://www.youtube.com/watch?v=Pq7PY7CkulE

HMS - http://www.youtube.com/watch?v=MU3N5eQM6Q8

Sumber HD - 23-6-2014








Datuk Bandar jawab Ameno World isu Kg. Chubadak


Selalunya orang-orang berpangkat ini sombong. Persepsi klise la kan. Tapi bukan sekadar persepsi je kerana sememangnya ada yang betul-betul sombong. Tapi berbeza pula dengan Datuk Bandar yang mengetuai DBKL.

Dalam isu Kg. Chubadak, ada kenalan yang berhasil mendapatkan no telefon Datuk Bandar KL. Maka kami pun mula meng'WhatsApp' Datuk Bandar dengan harapan dapat menyelamatkan riwayat hidup Kg. Chubadak tersebut.

Dan berikut kat bawah ialah jawapan dari Datuk Bandar mengenai pertanyaan-pertanyaan aku:


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 21-6-2014








Isma, Perkasa dijemput sertai himpunan solidariti Kg Chubadak

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal mempelawa semua NGO masyarakat untuk menyertai himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak pada Isnin ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, beliau turut menjemput Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) untuk turun ke himpunan tersebut.

Menurut Mazlan, beliau menghargai usaha Perkasa yang turun melawat penduduk Kg Chubadak Tambahan biarpun agak lewat.

"Bagi saya meskipun tindakan Perkasa agak lewat, ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.

"Saya juga telah menghantar surat kepada Isma dan badan NGO lain untuk menyemarakkan himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak pada isnin ini," kata Mazlan.
Sebelum ini Mazlan dalam kenyataannya melahirkan rasa kesal dengan sikap NGO yang mendakwa mahu membela nasib orang Melayu tetapi membisu dalam isu Kg Chubadak.
Ekoran kenyataan itu, Perkasa kemudian dilihat turun bertemu penduduk kampung terbabit.

Himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak akan diadakan Isnin ini di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpr (DBKL) bermula jam 9 pagi.

Himpunan ini anjuran Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) dengan kerjasama Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat.

"Kerajaan mesti kekalkan Kg Chubadak, Kg Puah Seberang dan saki baki kampung tradisi melayu di Kuala Lumpur.

"Jadikan ia kampung warisan, naik taraf perkampungan dan kemudahan asas demi survival umat Islam di bandar," kata Mazlan. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-6-2014

Adakah DBKL pilih kasih roboh rumah Kg Chubadak?

ARIF ATAN | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat bersikap pilih kasih dalam operasi perobohan antara rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dengan premis yang sedang dalam pembinaan.

Seorang pembaca menghubungi Harakah memberitahu operasi merobohkan sebuah bangunan batu di Jalan Pantai Baharu, 3 Jun lalu mulanya didatangi jentolak dengan tidak kurang 10 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL).

"Saya sempat ambil gambar ketika penguatkuasa mereka datang mahu meroboh jam 10.30 pagi itu tapi tak jadi selepas berlaku rundingan dengan pemilik restoran itu.

"apakah yang berlaku semasa rundingan tersebut? Bagaimana dapat sambung air bermeter? Bumbung pula masuk rizab jalan. Bomba sudah tentu susah nak buat pusingan," ujarnya yang juga seorang pesara.

Tinjauan Harakah petang semalam (17 Jun) di lokasi tersebut yang terletak kurang 20 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baharu mendapati terdapat beberapa buruh sedang meneruskan kerja di bangunan dua tingkat itu.

Kelihatan juga semburan cat "ROBOH 03/06/14 PTGWPKL" pada premis yang difahamkan di atas tanah rizab kerajaan telah dipadamkan.

"Saya geram kerana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan sekitar Sungai Gombak itu begitu cepat diroboh tetapi bangunan ini tidak jadi pula," ujar pelapor itu lagi. HARAKAHDAILY 18/6/2014

Sumber HD - 18-6-2014












YB DMO - 

http://www.youtube.com/watch?v=GTNsb26V8bU&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

PENEROKA TUNTUT LESEN - 

http://www.youtube.com/watch?v=NHWIBnn53WY&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

PENEROKA FELDA DATANG KE PARLIMEN - 

http://www.youtube.com/watch?v=S1Y0Hu6w4gM&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

DBKL, PTG Wilayah langgar perintah mahkamah

ARIF ATAN | .


Mahfuz menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Chubadak Tambahan sambil diiringi Mazlan dan Tian Chua (terlindung).

KUALA LUMPUR: Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan sejak 23 Oktober tahun lalu meroboh rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan tanpa perikemanusiaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Ramli Ahmad, 45, berkata, operasi perobohan dilakukan walaupun beberapa keputusan mahkamah berpihak pada penduduk termasuk pada tahun 2000 ketika kes dibawa ke Mahkamah Rayuan.

"Selepas lebih 20 tahun, isu Kampung Chubadak Tambahan masih belum selesai sehinggalah kes kita dibawa ke mahkamah baru-baru ini oleh Termizi & Co.

"Hakim pun siap tanya, isu kampung ini belum selesai lagi?" cerita Ramli kembali pada pertemuan NGO Anak Warisan dengan penduduk pada 15 Jun lalu.

Beliau berharap tindakan DBKL dan PTG yang dilihat tidak menghormati perintah mahkamah yang membenarkan penduduk tinggal harus dibahaskan di Parlimen.

"Bukan Kampung Chubadak Tambahan saja jadi mangsa. Beberapa kampung lain termasuk tanah bergeran juga akan dimangsakan seperti Kampung Padang Balang dan Kampung Bandar Dalam.
"Sikap kepimpinan yang ada pada hari ini dengan menggunakan cara mereka berfikir saja dan tidak mengikut demokrasi yang mereka laungkan. Kita ada perintah mahkamah pun tidak dihormati," ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, kes membabitkan pengambilan tanah begitu menjadi-jadi di seluruh negara.

"Baru-baru ini, saya melawat tapak kubur Cina di Kampung Sungai Kapal, Pengerang. Saudara Ah Chai, aktivis Pengerang berjalan sejauh 500 kilometer tuntut simpati kerajaan supaya tidak dikorek kubur yang menjadi warisan keluarga puluhan tahun.

"Tapi sedang beliau berjalan kaki itu hampir 100 kubur berkenaan dikorek oleh pihak PTG daripada 277 kubur di kampung itu," dedahnya.

Selain itu, ujar Mazlan, insiden di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru yang menyaksikan ratusan kediaman warisan Melayu sebelum PRU 2008 ranap menyembah bumi.

"Walaupun PM (Perdana Menteri) ketika itu Pak Lah minta tangguhkan perobohan tetapi tidak sampai 10 minit selepas bercakap dengan Setiausaha Politik PM dalam masa tiga hari saja, 300 rumah itu dimusnahkan," jelasnya lagi.

Menurut Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, banyak kes melibatkan kampung tradisi tidak memihak kepada rakyat. Pampasan bernilai RM18,000 untuk beberapa kampung tradisi di Johor Bahru pun sampai hari ini pemaju enggan berikan.

Difahamkan, terdapat beberapa pihak terlibat dengan pembangunan Kampung Chubadak Tambahan iaitu Melati Ehsan Holdings Bhd, Pembinaan Kery Sdn Bhd dan Sentul Murni Sdb Bhd.

Dalam hal berkaitan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam ucapannya di majlis yang dihadiri lebih 100 penduduk kampung itu berkata, tidak wujud koordinasi antara DBKL dengan pihak berkaitan.

"Kalau mereka ditawarkan rumah kos rendah sepatutnya pemaju menanggung kos sewa sepanjang mereka tunggu rumah siap, nampaknya ini tidak berlaku dalam kes Kampung Chubadak Tambahan," ujarnya lagi.
Pada 12 Jun lalu, seramai 58 penduduk kampung berkenaan memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai usaha menghalang operasi perobohan selepas ini.

Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan penghakiman ex-parte (sebelah pihak) menghalang pemaju dan DBKL daripada merobohkan rumah penduduk sehingga 26 Jun ini.

Sementara itu pada 14 Jun, PAS Kawasan Batu telah menganjurkan majlis Makan Mustad'afin PAS Batu bagi meraikan para peneroka Bandar Kampung Chubadak Tambahan.

Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan, Cikgu Ishak Surin dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Ariffin.

Keesokan harinya, Lajnah Tanah PAS Pusat turut menganjurkan majlis bertemu penduduk dengan dihadiri Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Selain majlis dialog, penduduk turut menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Mahfuz.- HARAKAHDAILY, 17/6/2014


Keluarga ini terpaksa menumpang teduh di bangsal tempat letak kereta setelah rumah mereka dimusnahkan DBKL.

Sumber HD - 17-6-2014













Himpunan bantah perobohan Kg Chubadak 23 Jun

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Satu himpunan akan diadakan pada 23 Jun ini di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakan perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak Tambahan.

Jurucakap penganjur himpunan, Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) berkata, himpunan tersebut diadakan bagi membantah tindakan zalim DBKL itu.

Himpunan diadakan dengan kerjasama Lanjah Tanah PAS Pusat.

Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata DBKL bertindak tidak profesional apabila meroboh tiga buah rumah tanpa mempedulikan injunksi yang diperolehi penduduk daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam proses mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.

"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadan hampir tiba," jelasnya.

Beliau turut melahirkan kerisauan terhadap rumah-rumah penduduk yang lain.

"Kita mensasarkan seramai dua ribu orang akan hadir membantah tindakan DBKL.

"Kita menyeru atas dasar keperihatinan dan sikap perihatin, seluruh rakyat negara ini termasuk NGO perlu hadir memberi sokongan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggung jawab semua dan perlu dipertahankan.

Jelasnya, tindakan DBKL membelakangi prosiding mahkamah dilihat sebagai tidak menghormati serta menghina mahkamah.

"Kita ingin tegaskan kes Kampung Chubadak Tambahan masih lagi dalam prosiding mahkamah.

"Tindakan DBKL meroboh adalah dilihat tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah, ini merupakan satu malapetaka kepada penduduk kampung tersebut," katanya.

Menurut beliau, pada himpunan tersebut itu nanti satu memorandum hasil perbincangan dengan penduduk akan diserahkan kepada Datuk Bandar DBKL.

Pihanya juga berharap DBKL tidak akan melakukan apa-apa kerja meroboh sehingga Hari Raya Aidilfitri dan menghormati prosiding mahkamah.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyatakan kesediaan untuk memperjuangkan isu ini sehingga penduduk menerima keadilan. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sdr MA - http://www.youtube.com/watch?v=JOS_bdlVMHc

Sumber HD - 17-6-2014

Kerajaan mesti naikkan harga getah – Mazlan

ISMAIL HASHIM | .


JERANTUT: Dalam tinjauan Lajnah Tanah PAS Pusat bersama NGO, Muslim Care di sekitar Taman Negara, di kawasan Parlimen Jerantut baru-baru ini mendapati keadaan kehidupan Orang Asal dan penduduk pedalaman begitu perit akibat kadar harga getah begitu rendah sekali. (Gambar atas: Kaum wanita suku kaum Batek menerima sumbangan peralatan solat dan pakaian daripada Muslim Care)

Sehubungan dengan itu, pengerusi lajnah itu, Saudara Mazlan Aliman mendesak Perdana Menteri khususnya Kerajaan Pusat agar menaikkan harga getah sehingga RM4 sekilogram.

“Kami sudah setahun lebih memohon untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib bagi menyampaikan hasrat besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah.

“Namun malangnya sehingga ke hari ini, pihak PM masih belum bersedia untuk menerima kami bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat dari golongan penoreh.

“Apapun, kami tidak akan berputus asa untuk terus berusaha untuk menyampaikan sendiri hasrat rakyat dan berharap PM boleh melapangkan masanya,” tegasnya.

Mazlan berkata demikian ketika bertemu dengan penduduk Orang Asal di Kampung Berjuang, Batu Balai dan rakyat pedalaman di Pekan Damak.

Ucapan ringkasnya mengenai isu harga getah di dalam satu majlis sumbangan di Pekan Damak yang dihadiri semua kaum turut mendapat tepukan gemuruh. (Gambar kanan: Mazlan Aliman (berbaju putih) ketika menziarahi seorang penduduk Orang Asal di Kampung Berjuang diringi Tok Batin Sudin (berkopiah), Azli (tengah) dan Zulkifli Nani (kiri)

Ini membuktikan isu berkaitan harga getah ini sangat menyentuh hati mereka yang hidup sehariannya sebagai penoreh getah serta berada dalam lingkungan miskin.

Selain Mazlan, turut serta dalam kedua-dua majlis itu adalah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jerantut, Ustaz Yuhanis Ahmad, YDP Kawasan Shah Alam, Azli Yusof dan Ketua Misi Muslim Care, Zulkefli Mohd Nani.

Sepanjang program ziarah itu, anggota rombongan 30 orang itu diiringi oleh Ketua Kampung, Tok Batin Sudin Yoh, 52 yang tidak lekang dek senyuman.

Ketika rombongan menziarahi perkampungan Orang Asal di Kampung Berjuang, ramai dalam kalangan penduduk menyuarakan permasalahan seharian mereka ekoran pendapatan berkurangan dan pada masa sama kenaikan harga barangan yang semakin memeritkan.

“Cuba bayangkan ramai dari kami yang menoreh pokok getah milik orang lain. Hasilnya terpaksa dibahagi dua dengan pemilik, apalah yang boleh kami gunakan dengan pendapatan yang sedikit itu,” keluh seorang penduduk di situ.

Menurut Tok Batin Sudin, Orang Asal di Kampung Berjuang seramai 140 orang dari 18 keluarga dari suku kaum Batek berasal daripada Kuala Krau. Menurutnya, mereka datang dan menetap di situ sejak 1968.

“Anak-anak kami bersekolah kebangsaan di Batu Balai sejauh 7 km dan sekolah menengah di Pekan Damak sejauh 14 km dengan menaiki van sekolah.”

Selepas mereka memeluk Islam, Jabatan Kebajikan Orang Asli datang mengajar agama di surau di situ biasanya tiga kali dalam seminggu.

Ketika membuat pertanyaan rambang oleh Zulkifli tentang kemampuan anak-anak membaca surah mudah al-Quran, kelihatannya sebahagian besar mereka tidak berupaya.

“Kita mempunyai tugas dakwah yang masih besar,” tegas seorang dalam kalangan anggota rombongan.
Menyentuh tentang sumbangan kepada mereka oleh pihak berwajib, mereka berkata, inilah sumbangan yang mereka dapat sejak beberapa lama sebelum ini.

Di Pekan Damak, seramai 51 rakyat pedalaman pelbagai keturunan menerima sumbangan barangan keperluan seharian mendapat mendapat manfaat.

Setelah siap meninjau kehidupan dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian di dua lokasi berasingan, rombongan meneruskan misi ziarah ke Taman Negara pula.

Menurut seorang pemandu pelancong, juga berketurunan suku kaum Batek yang tinggal di dalam Taman Negara, mereka seramai 1,400 orang tinggal di beberapa kampung berasingan.

Menurut Hazuan, 30, kebanyakan kaumnya menyara hidup dengan mencari hasil hutan yang banyak dan pelbagai di situ.

Beliau sendiri bernasib baik kerana pada awalnya bekerja dengan agensi pelancongan dan kini mendapat peluang pekerjaan lebih baik sebagai pemandu pelancong yang bayarannya mengikut trip dan pakej tertentu.

Seorang pemandu pelancong berbangsa Melayu yang sering berulang alik dari jeti Kuala Tahan ke Lata Berkoh, Pak Mat, 56, pula bercerita, kaum Batek itu sentiasa berpindah randah.

“Mereka akan kembali ke tempat asal dan tidak lama berpindah lagi kecuali mereka yang tinggal di kampung sentiasa dikunjungi pelancong yang membeli hasil jualan mereka seperti sumpit, sepit rambut dan buatan rotan lain,” ujarnya.

Setelah selesai tugasan di Taman Negara, rombongan kembali ke kawasan penempatan Melayu di Kuala Tahan untuk melihat kehidupan rakyat marhaen secara lebih dekat.

Zulkefli dan Azli mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih dan mendoakan kebaikan kepada semua penyumbang yang turut menjayakan program bantuan selama ini.

Anggota rombongan yang menyertai misi penuh adalah Zulkefli, Azli, Halim Redzuan, Ahmad Sayuti Bashiron, Mohd Fitri Tan, Yazsid Md Rashid, Kamarul Ariffin, Bob Khairul, Haji Shakif Mohd Nawi dan penulis.

Selain 10 peserta rombongan dari Lajnah PAS Pusat dan Muslim Care veteran, Emir Sherifuddin, ikut serta adalah wakil PAS Kedah yang diketuai Rashidi Abdul Razak dan tiga pemuda termasuk daripada Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. (Gambar bawah: Di Pekan Damak pula, seramai 51 penerima sumbangan daripada berbagai kaum)



Sumber HD - 11-6-2014















Kg Chubadak: Mana NGO Melayu – Mazlan

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: “Mana suara-suara NGO yang kononnya jaga Melayu dan Islam,” tanya Mazlan seperti yang ditulis dalam Facebook beliau semalam. (Gambar atas: Rumah dirobohkan ketika penghuni masih ada di dalam rumah)

Ulasan itu rentetan dua buah rumah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul dalam suatu operasi semalam.

Kawasan ini menjadi pertelingkahan apabila pemaju mahu penduduk berpindah ke kawasan lain kerana mahu memajukan kawasan ini.

Lokasi Kampung ini yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya.

Kawasan ini telah diteroka sejak tahun 1980-an lagi dan penduduk dikatakan telah memperoleh pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 - yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka bandar dan mereka perlu dibayar ganti rugi sekiranya kawasan ini ingin dimajukan. (Gambar kanan: Salah seorang penduduk mencari sisa barangan yang boleh digunakan)

Pertelingkahan mula timbul pada tahun 1996, apabila DBKL membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Sejak itu, sedikit demi sedikit penduduk kampung ini dikeluarkan dan yang terbaharu membabitkan dua buah rumah.

“Kerajaan yang dipimpin oleh manusia seagama dan sebangsa tega bertindak zalim,” ulas Mazlan lagi.

Yang menyedihkan, dalam keadaan Ramadan makin hampir nasib mereka masih samar-samar di sebuah negara yang pemimpinnya Melayu dan beragama Islam.

Sumber HD - 11-6-2014

KEMPEN BANTU PEKEBUN KECIL GETAH:

MA - http://www.youtube.com/watch?v=iOTYH5G2pNg

No comments:

Post a Comment