JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Sunday, June 8, 2014

ARTIS BANTU PERJUANGAN ISLAM

Eksklusif, kisah hijrah Neelofa di Ikim fm

http://www.phat.my | .

Alhamdulillah seorang dari artis yang terkenal dengan imej yang agak seksi telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah dari tidak menutup aurat kepada berhijab.

Jadi secara ekslusif beliau berkongsi apa yang membuat beliau berhijrah atau pun bagaimana beliau mendapat hidayah.


Sumber HD - 7-7-2014

Tahniah, Neelofa ambil keputusan bertudung

HARAKAHDAILY | .
neelofa tudung sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Keputusan yang diambil Neelofa untuk bertudung tentunya memberi impak positif kepada para peminat.

Dipetik daripada blog beautifulnara.com, jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa atas keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

Penulis blog itu suka dengan langkah menutup aurat yang diambil oleh artis-artis muda semenjak dua ini.
Berita gembira ini telah pun disampaikan oleh adik Neelofa yang bernama Ameera menerusi akaun Instagramnya.
The beautiful month of ramadan has a lot in it. Especially if you allow yourself to be closer to Allah by doing more and more Ibadah everyday.

For kak love though, ramadan this year has made her realize that covering her hair with hijab has brought peace and calmness to her, that she’s decided to wear it forever starting this month.

You are so beautiful no matter what. And yes, you are prettier this way. I love so much kak love. I’m sharing my joy for the decision you’ve made. Can’t be more happier for you. I love you kakak.


Penulis blog itu seterusnya mengucapkan tahniah kepada Neelofa atas penghijrahan itu.
"Semoga akan ramai terutamanya di kalangan peminat yang akan mengikuti jejak langkah anda. Semoga terus istiqamah dalam menutup aurat lebih-lebih lagi dalam bulan baik ini," tulisnya lagi.

Sumber HD - 2-7-2014

Bertudung: Saya nak benda ini berterusan - Uqasha Senrose

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose sudah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau sudah bertudung melalui akaun Instgram.

Justeru, ada yang bertanya sama ada benar beliau sudah berhijrah atau sekadar satu lagi tuntutan watak dalam drama yang perlu dipenuhi.

Dalam kenyataan kepada portal GUA beberapa hari lalu, beliau mengesahkan sudah bertudung

“Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini,“ jelasnya kepada portal itu.

Beliau juga menafikan keputusannya untuk bertudung didorong oleh faktor luaran terutamanya lelaki dan berharap perkara baik itu akan kekal.

“Saya pakai tudung atas diri saya sendiri," jelasnya.

Menurutnya, jika memakai tudung kerana dipaksa, perkara itu tidak akan kekal.

"Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan.

Sehubungan itu, beliau berharap orang mendoakan yang baik-baik untuknya.

Sumber HD - 14-6-2014




Kes cerai: Tuan Guru Nik Aziz hubungi Abby

SALMAH MAT HUSIEN | .

PRIHATIN MURABBI UMMAH... Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghubungi Abby Abadi bertanyakan perkembangan terkini kes cerai artis tersebut dan menasihati beliau agar bersabar.

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesedihan di atas berita perceraian Abby Abadi dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Ketika menghubungi Abby pagi tadi di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menasihati Abby supaya bersabar ketika menghadapi dugaan hidup apatah lagi setelah menyertai jemaah Islam.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 disahkan bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Pasangan ini bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. - HARAKAHDAILY, 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014

Nazri Raihan cadang dana khas untuk artis hijrah

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya Kelantan dan Selangor, dicadang menyediakan dana khas untuk artis-artis hijrah bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Bekas vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazrey Johani berkata artis-artis yang berhijrah seringkali menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya ekoran perubahan ke arah kebaikan yang mereka lakukan.

Antara risiko yang dihadapi sebilangan mereka, jelasnya adalah ‘digam’ daripada program televisyen atau pun radio.

Ini, katanya sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian artis-artis hijrah.

“Akibatnya mereka yang cuba berjinak dengan perjuangan Islam tidak berani untuk berbuat demikian dan tidak hairan ada yang terpaksa berpatah balik kerana dibimbangi periuk nasi mereka akan terjejas.

“Kerana itu penafian atau menyepi diri dari jemaah Islam sering berlaku kerana tidak sangup berhadapan dengan situasi itu,”ujarnya.

Nazrey mengulas kecenderungan artis khususnya artis wanita yang semakin ramai mengambil keputusan untuk menutup aurat.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk geran yang perlu diperuntukkan kerajaan negeri kepada artis hijrah.

Beliau turut berharap agar pihak penganjur tidak melupakan artis-artis lama yang telah menyuburkan industri nasyid selama ini.

“Terus terang saya nyatakan ada yang terasa apabila golongan artis yang baru berhijrah lebih diutamakan,” ujarnya.

Berhubung artis wanita yang semakin ramai menutup aurat, beliau melahirkan rasa syukur dengan keadaan itu.

Bagaimanapun, Nazrey menyarankan agar mereka didampingi golongan beragama.

“Ajak mereka ke kelas agama atau sediakan kelas agama yang khusus untuk mereka dengan mengumpulkan beberapa orang artis baru dan lama yang telah berhijrah.

“Insya Allah mereka tidak akan mudah mengalah dengan ujian dan mehnah dunia yang sering mengganggu keimanan mereka,”ujarnya lagi.

Beliau juga menyarankan penganjur program membabitkan artis, sama ada di pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan, agar kreatif dalam mencipta program.

Selain program hiburan, artis hijrah juga boleh dilibatkan dalam program sosial dan agama di masjid atau surau.

Nazrey berada selama seminggu di Kelantan untuk memenuhi jemputan beberapa program peringkat Dewan Undangan Negeri.

Pada masa yang sama beliau turut mempromosikan pembinaan Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah.

Nazrey yang pernah menjulang kegemilangan Kumpulan Raihan turut diundang untuk menyampaikan tazkirah Maghrib dan ceramah motivasi kepada para pelajar sepanjang seminggu berada di Kelantan. – HARAKAHDAILY, 8/6/2014

Sumber HD - 8-6-2014

No comments:

Post a Comment