JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Saturday, June 7, 2014

HALEHWAL NEGERI JOHOR



Label “betina” suntik semangat PAS Johor

LAN JUSOH | .
TUMPAT: Tohmahan Umno mengatakan PAS menang dengan cara “betina” pada pilihan raya umum (PRU) 2004 di Dun Senggarang menyuntik semangat aktivis dan pendokong PAS di Johor meningkatkan lagi perjuangan.

Pada pilihan raya tersebut Dr Mohd Ramli Md Kari menang tanpa bertanding di Dun Senggarang, mencatat sejarah kemenangan sulung PAS di Johor.

Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan berkata, tohmahan itu dilempar Umno ekoran kemenangan sulung PAS di negeri kelahiran Umno.

Malah katanya, pemimpin Umno Johor sebelum itu dengan angkuh memberitahu tunggu keli bersisik dahulu untuk membolehkan PAS menang di Johor.

“Biar pun dilemparkan pelbagai tohmahan dan penghinaan namun pejuang dan pendokong PAS di Johor tidak mudah patah semangat.
“Malah hasil gerak kerja dan kesungguhan secara berterusan menyebabkan PAS menang berganda pada pilihan raya umum 2008.

“Dan pada pilihan raya umum lepas sekali lagi PAS mencatat kemenangan berganda berbanding PRU 2008,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh semalam.
Hadir sama Yang Dipertua (YDP) PAS Tumpat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan YDP, Mohd Zaki Ibrahim dan Naib YDP, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Pada PRU 2008 PAS menang di Dun Maharani melalui Dr Mohd Taslim dan Dun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh.

Dan pada PRU 2013 kerusi PAS bertambah kepada empat iaitu Aminolhuda di Dun Parit Yaani apabila menang dengan majoriti 1,188 undi mengalahkan Teo Yew Chuan (BN).

Selain itu di Dun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim mengalahkan Datuk Haris Salleh (BN) dengan majoriti 3,813 undi.

PAS juga menang di Dun Maharani melalui Dr Mohd Taslim mengatasi Datuk Zulkhairi Ahmad (BN) majoriti 3,136 undi.

PAS juga menang di Dun Puteri Wangsa melalui Ustaz Abdullah Husin apabila menewaskan Soorianarayanan A/L Muniandy (BN) dan calon Bebas, Ravindaran A/L Doraisamy (Bebas) dengan majoriti 3,469 undi.

“Pada PRU 2008 masih ada calon PAS yang hilang wang deposit, biar pun begitu kita tetap istiqamah dalam perjuangan walau pun kalah dalam pilihan raya.

“Dan hasil perjuangan tanpa mengira penat dan lelah pada PRU 13 tidak ada lagi calon PAS yang hilang deposit.

“Sebaliknya apa yang berlaku sekarang BN pula bimbang hendak bertanding terbaru berlaku pada pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Pulau Pinang apabila BN tidak meletakkan calon,” kata Adun Parit Yaani itu. - HARAKAHDAILY, 22/6/2014

Sumber HD - 22-6-2014


Kawal pemilikan warga asing - PAS Johor

HARAKAHDAILY | .


JOHOR BAHRU: PAS Johor menyarankan kerajaan negeri menggubal mekanisme kawalan kemasukan pelabur asing sama ada sebagai pembeli hartanah kediaman ataupun sebagai pemaju perumahan bagi mengelak harga hartanah kediaman yang melambung tinggi seperti dialami di wilayah Iskandar Malaysia (IM).

Pesuruhjaya PAS negeri, Aminolhuda Hassan (gambar) berkata, langkah ini wajar bagi memastikan keseimbangan pembangunan di IM khususnya di antara pemilik tempatan dan warga asing.

"Kita memang memerlukan pelabur asing datang ke negara kita bagi merancakkan ekonomi serta sektor hartanah. Walaubagaimanapun perlu ada mekanisme kawalan kemasukan pelabur asing dalam negara sama ada sebagai pembeli hartanah kediaman atau sebagai pemaju perumahan.

"Jika kawalan tidak dilakukan maka kesannya akan ditanggung oleh rakyat tempatan dalam bentuk kenaikan kos sara hidup disamping harga hartanah kediaman akan melambung tinggi seperti yang kita alami sekarang ini di IM," ujarnya ketika bangun berucap membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Aminolhuda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani mencadangkan agar nisbah atau peratus pemilikan warga asing ke atas hartanah ditetapkan supaya tidak melebihi 50 peratus atau lebih di sesuatu kawasan.

"Kerajaan sepatutnya belajar dari pengalaman Palestin di mana warga Yahudi membeli tanah melalui broker tempatan yang akhirnya tanah Palestin berjaya di miliki oleh Yahudi," katanya.

Beliau berkata penubuhan LPHJ adalah tepat pada masanya memandangkan perumahan adalah keperluan kepada setiap keluarga.

Industri perumahan, katanya sentiasa diselubungi pelbagai masalah seperti projek perumahan terbengkalai, perumahan siap tidak mengikut jadual dan tidak berkualiti, kekurangan rumah kos rendah atau mampu milik dan sebagainya.

Beliau berharap LPHJ dapat berperanan sebagai pusat sehenti supaya proses penyelesaian masalah perumahan dan pembangunan hartanah boleh dilakukan secara cepat dan berkesan.

Aminolhuda turut membentangkan tujuh cadangan PAS berhubung aspek perumahan dan hartanah negeri bagi pertimbangan kerajaan negeri.

Antara cadangan yang dikemukakan beliau adalah meminta LPHJ menguatkuasakan peraturan mewajibkan pembangunan kediaman melebihi lima ekar mempunyai 40% rumah kos rendah dengan harga M35,000 hingga RM40,000.

"Penguatkuasaan polisi ini penting bagi memastikan rakyat yang berpendapatan rendah khususnya bawah RM2,000 sebulan boleh memiliki rumah sendiri," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan kuota Rumah Kos Sederhana Rendah berharga RM70,000 hingga RM80,000 bagi rakyat berpendapatan tidak melebihi RM3,500 sebulan; Rumah Mampu milik (A) berharga RM120,000-RM150,000 bagi rakyat berpendapatan tidak melebihi RM4,500 sebulan dan kediaman mampu milik (B) berharga antara RM160,000 – RM220,000 bagi mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM6,000 sebulan.

"LPHJ juga perlu membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pemilik kediaman bertingkat antaranya kelewatan dalam pengeluaran hak milik strata, penubuhan Joint Management Body (JMT), penubuhan Management Corporation (MC), isu yuran penyelenggaraan, Singking Fund, isu penyelenggaraan bangunan, Tribunal Pengurusan Strata dan sebagainya," ujar beliau.

Aminolhuda turut mencadangkan supaya LPHJ meletakkan tempoh pajakan tidak melebihi 99 tahun bagi semua hartanah warga asing memandangkan rakyat Johor di Kg. Melayu JB, Kg. Melayu Kangkar Pulai dan Kg. Baru turut diberikan tempoh pajakan tanah.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap isu pengambilan tanah rakyat secara paksaan atas nama pembangunan sedangkan masih ada tanah kerajaan yang berdekatan dengan projek pembangunan.

"Persoalannya mengapa ambil tanah rakyat sedangkan rakyat hanya memiliki tanah tersebut sejak turun temurun," ujarnya. - HARAKAHDAILY, 10/6/2014

Sumber HD - 10-6-2014


MB akui tugas lantik anggota LPHJ satu "cabaran besar"

BERNAMA | .

NUSAJAYA: Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang diluluskan rang undang-undang penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri di sini semalam dijangka memulakan fungsinya pada suku pertama tahun hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membayangkan bahawa, pemilihan sumber tenaga manusia bagi lembaga itu akan memberikan satu cabaran yang amat besar kepada kerajaan negeri.

"Suku pertama tahun depan. We have to get the right human resource, get the right CEO...it is a very challenging task, (Kita perlu dapatkan sumber manusia yang betul, dapatkan CEO yang betul...ia tugas amat mencabar)," katanya pada sidang akhbar selepas itu.

Ditanya sama ada ahli-ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif itu nanti akan terdiri daripada rakyat negeri ini, Mohamed Khaled berkata, ia masih awal baginya menjawab soalan itu kerana rang undang-undang LPHJ itu baharu sahaja diluluskan.

Rang undang-undang tersebut telah diluluskan dengan 10 pindaan terhadap lapan fasal.

Pindaan rang undang-undang berkenaan antaranya membabitkan Fasal 4 (3) Keanggotaan Lembaga iaitu ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja, dipinda kepada ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Pindaan lain adalah membabitkan Fasal 12 (2) Pelantikan Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat iaitu pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja, yang dipinda kepada segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.

Kerajaan negeri katanya berharap tiada lagi mana-mana pihak yang meragui atau berasa sangsi dengan usaha menubuhkan LPHJ itu kerana ia jelas mendukung dan mempertahankan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan selama ini.

Menurutnya, kerajaan negeri menerima hakikat prinsip utama dan asas dalam soal itu adalah Raja bertindak atas nasihat Menteri Besar dan ia juga jelas termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor.

"Saya ingin menyatakan bahawa pindaan yang dibuat ke atas LPHJ itu sudah dimaklumkan kepada Sultan Johor di mana baginda juga tiada halangan untuk pindaan itu dibuat kerana baginda tahu sebarang tindakan perlu dibuat atas nasihat Menteri Besar.

Beliau turut menolak bahawa pindaan itu dibuat selepas mendapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk daripada keanggotaan Umno sendiri di dalam media massa.

"Saya teruskan juga usaha pembentangan ini, kerana saya dapati dari segi pandangan diberi ia berkisar kepada satu iaitu tidak tahu apa mereka cakap dan keliru dengan komen yang mereka buat berdasarkan kepada fakta yang diputarkan," katanya.

Beliau bersangka baik dengan semua laporan dan komen ke atas liputan yang dibuat pelbagai pihak berhubung penubuhan itu, namun pihaknya tetap meneruskan usaha itu kerana menyedari pentingnya LPHJ.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberi jaminan undang-undang lembaga tersebut boleh dipinda dari semasa ke semasa sekiranya ia perlu menepati kehendak dan keperluan zaman sebagaimana undang-undang lain. - Bernama

Sumber HD - 10-6-2014





Pakatan Rakyat Johor gesa RUU LPHJ ditangguh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor menggesa agar Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang dibentangkan Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini ditangguhkan bagi membolehkan beberapa pindaan penting dibuat.

Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan berkata, walaupun pada dasarnya PAS Johor bersetuju dengan beberapa pindaan yang dibuat dalam rang undang-undang itu, masih terdapat beberapa perkara terutama berhubung dengan keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah LPHJ memerlukan penelitian lanjut.

"Kita menyokong semangat yang ada dalam RUU tersebut, bagaimanapun beberapa pindaan perlu dibuat untuk kebaikan rakyat dan negeri ini.

"Sehubungan itu kita pohon agar RUU ini ditangguhkan pembentangannya dan dibawa semula ke dalam dewan setelah pindaan dibuat," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily seusai sidang Dun Johor.

Aminolhuda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani berkata, antara kelemahan yang dikenal pasti dalam Fasal 4 RUU berkenaan adalah ketiadaan wakil daripada Kerajaan Persekutuan seperti mana yang wujud dalam Perbadanan Johor (JCorp).

PAS Johor berpendapat, wakil Kerajaan Persekutuan penting dalam LPHJ bertujuan memberikan nasihat dalam perkara-perkara tertentu yang negeri tiada mempunyai kepakaran.

Semalam, PAS Pusat menyatakan pendirian agar institusi raja tidak dibabitkan dalam urusan eksekutif khususnya LPHJ bertujuan menjaga martabat institusi raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, PAS konsisten bahawa sistem raja berpelembagaan harus dipertahankan.

Menurut Mohamad, sebarang tindakan mengheret institusi raja ke dalam urusan eksekutif akan merendahkan martabat dan mencemarkan institusi raja berpelembagaan di negara ini.

Beliau menambah, kuasa eksekutif dalam menentukan hal berkaitan tanah dan perumahan perlu dikekalkan.

Mengulas isu yang sama, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat berkata, tindakan Kerajaan Johor yang berhasrat membabitkan sultan secara terus dalam pentadbiran adalah sesuatu yang membimbangkan.

"Tindakan ini bakal mengheret institusi Diraja Johor ke situasi yang terdedah kepada kritikan luar yang serius.

"Fungsi legislatif dan eksekutif perlu terus kekal dalam konsep negara Raja Berperlembagaan. Maka lebih baik RUU ini ditangguhkan terlebih dahulu," tegas beliau. - HARAKAHDAILY, 9/6/2014

Sumber HD -  9-6-2014




LPHJ: Surat terbuka kepada MB Johor

HARAKAHDAILY | .
Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:012-793-11-48)
Tarikh: 7hb Jun 2014


Kepada
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor

YAB Datuk Seri,

Asalamualaikum Saudara,

PER: RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR

1. Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.

2. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).

3. Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-

a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;

b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu;

c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;

d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

4. Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.

5. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

6. Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi benteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan.

Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review).
Sanggupkah saudara melihat ke bawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!

7. Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata "Yes" sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu, nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja.

8. Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional.

9. Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudara Umno/BN menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen.

10. Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihan raya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka.

11. Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggung jawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda.

Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa.

Terima kasih.

Yang benar,

Hassan Karim

_______________
Nota: Para 12 hingga 16 daripada surat terbuka ini tidak disiarkan atas pertimbangan pengarang.

Sumber HD - 9-6-2014





Akur desakan: Rang Undang-undang LPHJ dipinda

HARAKAHDAILY | .

NUSAJAYA: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini dpinda khususnya yang membabitkan peruntukan menyentuh peranan raja.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan Bernama sebagai berkata, pindaan itu dibuat selepas pihak berkuasa negeri mengambil kira tohmahan dan reaksi pelbagai pihak selain mahu memelihara sistem Raja Perlembagaan yang diamalkan selama ini.

"Ada fasal yang akan dipinda dengan dinyatakan secara khusus peranan raja adalah atas nasihat Menteri Besar terutama dari segi pelantikan ahli lembaga pengarah lembaga tersebut.

"Yang paling penting, lain-lain fasal ditiadakan. Hanya itu sahaja yang menyentuh peranan raja. Lain-lain semua digantikan dengan Pihak Berkuasa Negeri," katanya pada penggulungan perbahasan persidangan DUN di sini.

Mohamed Khaled berkata pindaan juga dibuat untuk menunjukkan kerajaan negeri berniat ikhlas terhadap penubuhan lembaga terbabit selain tidak mahu seolah-olah kuasa eksekutif diberikan kepada raja walaupun kandungan enakmen baharu yang akan diwujudkan itu sama seperti kandungan yang sudah ada dalam akta di peringkat kebangsaan.

Beliau bagaimanapun melahirkan kehairanan kerana rang undang-undang itu mendapat kritikan kononnya raja akan diberi kuasa mutlak dengan raja akan mengurus perjalanan lembaga atau mempunyai kuasa eksekutif sedangkan semua peruntukan dalam rang tersebut juga adalah sama dengan rang penubuhan Johor Corporation (JCorp) sebelum ini.

Mohamed Khaled menegaskan fasal-fasal di dalam enakmen itu kelak juga tidak akan melanggar prinsip Raja Berpelembagaan kerana ia dibaca bersama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh raja adalah atas nasihat Menteri Besar.

"Sekiranya enakmen Johor dianggap bertentangan dengan Perlembagaan, maka semua akta di peringkat persekutuan juga bertentangan.

"Jadi kita harap pindaan itu nanti tidak akan menimbulkan lagi apa-apa masalah kerana apa yang kerajaan negeri usahakan adalah demi rakyat," katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini dilapor akan membentangkan rang undang-undang untuk menubuhkan lembaga berkenaan esok yang jika diluluskan, akan menyaksikan pembabitan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Hasrat kerajaan negeri itu menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi termasuk tentangan sesetengah pihak.

Sumber HD - 9-6-2014 





NGO Melayu sokong pembabitan Sultan Johor dalam LPHJ

BERNAMA | .

JOHOR BAHARU: Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) menyuarakan sokongan penuh pembabitan Sultan menerusi enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Bendaharinya, Zaini Atan berkata, ini adalah penting untuk mengimbangi pembangunan hartanah dan kemajuan perumahan di negeri ini.

"Sultan perlu diberi ruang untuk memastikan Johor berkembang pesat dengan seimbang kerana jika dilihat pembangunan yang ada kini didakwa banyak meminggirkan orang Melayu daripada tinggal dalam kawasan bandar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Rakyat berpendapatan rendah tidak mampu beli rumah berharga tinggi yang banyak dibangunkan di negeri ini, katanya.

"Orang ramai seharusnya ingat semula dengan perkenan Tuanku yang mengizinkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Stulang dahulu sehingga orang yang kurang berkemampuan di bandar raya ini mampu memiliki kediaman sendiri," katanya.

GABUNG menggesa pemimpin dari luar Johor tidak terlalu beremosi dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang lalu menghentam rang undang-undang baharu itu.

Di Dewan Undangan Negeri semalam, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang dibentangkan hari ini akan terdapat pindaan fasal khususnya peruntukan yang menyentuh peranan raja. - Bernama

Sumber HD - 9-6-2014





JK khas kaji bukti baru Pulau Batu Puteh

BERNAMA | .

NUSAJAYA: Kerajaan Johor bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan dikelola Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi mengkaji dan mendapatkan bukti baharu berkaitan Pulau Batu Puteh.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata permohonan untuk menyemak semula keputusan dalam kes Pulau Batu Puteh perlu dibuat sebelum tempoh 10 tahun daripada tarikh penghakiman berdasarkan Artikel 61(5), Bab III, Akta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

"Di dalam kes Pulau Batu Puteh, tarikh penghakimannya adalah pada 23 Mei 2008 dan ini bermakna, tempoh rayuannya akan tamat pada 23 Mei 2018.

"Dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, ia dapat mengkaji serta mengumpul segala bukti baharu yang tidak dikemukakan pada proses penghakiman terdahulu," katanya pada penggulungan perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalami.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu juga selari dengan Artikel 61(1) akta sama yang menyatakan bahawa setiap rayuan berhubung penghakiman terbabit hendaklah disertakan dengan bukti baharu yang kukuh.

Mohamed Khaled berkata bagaimanapun, segala rayuan mesti menerusi kerajaan Persekutuan memandangkan penghakiman itu adalah antara kerajaan Malaysia dengan Singapura, dan kerajaan negeri akan memohon kerjasama kerajaan Persekutuan untuk menanggung segala perbelanjaan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ketika perasmian pembukaan penggal persidangan kedua DUN Johor ke-13 pada 29 Mei lepas, bertitah agar kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji untuk merayu keputusan ICJ berkaitan Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar, bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri akan meneliti kesesuaian pelaksanaan penyeragaman cuti mingguan Johor antara agensi kerajaan dan swasta dalam sektor seperti perindustrian, perbankan dan kewangan selain faktor keluarga dan sosial.

"Kita juga akan membuat perbandingan dengan penggunaan cuti mingguan dengan negeri-negeri lain yang telah lama mempraktikannya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan," katanya.

Mohamed Khaled berkata semua pihak mengetahui hasrat Sultan Johor menukar cuti mingguan ke hari Jumaat dan Sabtu ialah untuk menerapkan nilai agama dalam institusi keluarga, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

Beliau berkata bagaimanapun, kerajaan negeri menyedari kebimbangan rakyat terhadap kurangnya masa bersama keluarga apabila cuti mingguan antara agensi kerajaan dan swasta tidak diseragam.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak akan sesekali membenarkan pusat kasino beroperasi di Johor.

Menjawab isu yang dibangkit Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (BN-Kempas), Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sejak awal telahpun bertindak menghindari budaya judi dalam kalangan rakyat Johor, antaranya menerusi pemberhentian pemberian permit hiburan keluarga.

Mengulas isu pemberian kontrak keselamatan di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia kepada sebuah syarikat asing yang turut dibangkit Tengku Putra Haron Aminurrashid, beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah memberi kontrak kepada syarikat keselamatan luar bagi menjaga keselamatan Johor.

"Segala permit membabitkan syarikat keselamatan memerlukan kelulusan daripada kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Dalam Negeri. Jadi tidak adil untuk menuduh kerajaan negeri sebagai menggadai keselamatan negeri kepada syarikat asing," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 9-6-2014

PAS on controversial housing bill: Don’t tarnish constitutional monarchy

Harakahdaily - TS | .

PAS deputy president Mohamad Sabu said that the institution of constitutional monarchy should be defended, and as such, any attempt such as the Johor Housing and Real Property Board Enactment 2014 (“Johor Bill”) that would grant the Sultan of Johor administrative powers would tarnish the good name of the royal institution.

“PAS continues to support constitutional monarchy. Any attempt to drag the royal institution into the executive will lower the dignity and smear the constitutional monarchy itself,” Mat Sabu stressed in a press conference at party headquarters yesterday.

Mohamad said PAS central committee had agreed to oppose the controversial bill because under constitutional monarchy, it was not right for the royal institution to be involved in the state’s housing and real estate matters.

On the other hand, Johor PAS deputy commissioner Mazlan Aliman urged to postpone the tabling of the controversial bill, citing the importance to protect the separation of powers between institutions in law.

Despite drawing brickbats from all quarters, including within UMNO itself, Johor Menteri Besar Khaled Nordin insisted that the bill would be tabled on Monday with amendments.

In front of the state legislative assembly today, Khaled said a provision specifically stating that ‘the role of the Johor Ruler is on the advice of the Menteri Besar’ would be inserted in the Johor Housing and Real Property Enactment Board Bill 2014.

According to The Star Online, Khaled said the clause ‘Johor Ruler’ would be substituted by the clause ‘state authorities’ in the controversial bill.

Besides politicians, businessman such as former Johor Corporation (JCorp) chief executive officer and president Muhammad Ali Hashim also joined the chorus of opposition to the Johor Housing and Real Property Enactment Board Bill 2014.

“My personal experience in JCorp clearly shows the absolute power of Menteri Besar as JCorp chairman had been compromised by state political leaders. JCorp chairman that time, although having full executive power, failed or feared to use the power enshrined by the law to him and more interested to obey whatever he called as ‘decree from Sultan of Johor’,” he said.
Sumber HD -8-6-2014




RUU Perumahan: Campur tangan dalam eksekutif cemar institusi raja

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS berpendapat sebarang campur tangan institusi raja ke dalam eksekutif hanya akan mencemarkan institusi raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, PAS konsisten bahawa sistem raja berpelembagaan harus dipertahankan.

PAS terus menyokong raja berpelembagaan dan sebarang (tindakan) mengheret instusi raja ke dalam eksekutif akan merendahkan martabat dan mencemarkan institusi raja berpelembagaan itu sendiri.

"Kami berpendirian raja berpelembagaan perlu terus dipertahankan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat PAS Pusat di Pejabat Agung PAS hari ini.
[LIHAT VIDEO SIDANG MEDIA]

Pendirian itu dinyatakan beliau sebagai mengulas cadangan pembentangan Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) esok, yang didakwa akan memberikan kuasa eksekutif kepada sultan.

Menurut Mohamad, kuasa eksekutif dalam menentukan hal berkaitan tanah dan perumahan perlu dikekalkan.

"Sekarang tanah bawah kuasa eksekutif yang boleh dikritik, diperbaiki, dihentam oleh pembangkang dan sebagainya.

"(Keadaan) itu perlu kekalkan," katanya. - HARAKAHDAILY 8/6/2014

Sumber HD - 8-6-2014




Apa yang terkandung dalam rang undang-undang LPHJ?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Walaupun menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pihak dalaman parti, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tetap dengan keputusan membentangkan rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini.

Menurut Khaled, enakmen baharu tersebut tidak melanggar konsep Raja Berpelembagaan yang digunakan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

“Insya-Allah… kita tengok Isnin ini. Dari segi sama ada ia melanggar konsep Raja Berpelembagaan, saya tidak fikir ia begitu.

“Seperti saya katakan, enakmen ini mesti dibaca bersama-sama Undang-undang Tubuh Negeri Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Tuanku adalah dengan nasihat Menteri Besar,” katanya seperti dilapor media tempatan semalam.

Bagaimanapun pandangan Khaled tidak dikongsi bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Johor (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Dalam satu kenyataan media semalam, Muhammad menjelaskan, walaupun Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mengakui mempunyai kuasa mutlak seumpama kuasa Pengerusi Jcorp, ia bukan alasan yang boleh diterima untuk meneruskan RUU LPHJ.

“Pengalaman peribadi saya di JCorp jelas membuktikan kuasa mutlak Menteri Besar selaku Pengerusi Jcorp pernah dikompromikan pemimpin politik negeri.

“Pengerusi Jcorp ketika itu, sekali pun berkuasa eksekutif penuh, gagal atau takut menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang kepadanya dan lebih berminat mematuhi sepenuhnya apa yang beliau katakan sebagai ‘Titah Sultan Johor’,” jelas beliau.

Sehubungan itu, RUU LPHJ ujarnya adalah cadangan yang tidak dapat diterima rakyat kerana bercanggah dengan Perlembagaan, juga satu duluan (precedent) pentadbiran yang berbahaya kerana ia pasti merosakkan kepentingan besar rakyat dan negara.

Media tempatan melaporkan bahawa Rang Undang-undang Enakmen LPHJ 2014 ini akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Petikan daripada enakmen setebal 36 muka surat yang dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 menjelaskan lagi kebimbangan pelbagai pihak terhadap campurtangan istana dalam pentadbiran negeri.

Antara peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang LPHJ 2014 adalah:

* LPHJ dipengerusikan oleh Menteri Besar dengan Ahli-ahli Lembaga boleh dibayar elaun seperti ditentukan Raja.

* Fungsi Lembaga adalah:
  • Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalak dan memudahkan pemajuan perumahan hartanah.
  • Membina, menyelenggara, membaiki, memulih, mendiami semula dan menggunakan sebarang struktur, bangunan atau kerja-kerja di dalam mana-mana rancangan perumahan atau hartanah.
  • Menetap dan melaksanakan dasar dan panduan bagi memperuntukkan jenis-jenis perumahan dan kategori pembeli di sebarang pemaju perumahan.

* Dengan kelulusan Raja, dari semasa ke semasa boleh menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang ditentukan Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan Lembaga.

* Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, melaksanakan kuasa lain dan mentadbir serta membelanjakan apa-apa wang lain yang diperuntukkan kepadanya oleh kerajaan negeri.

* Lembaga perlu memberikan penyata, laporan akaun dan maklumat kepada Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan harta dan kegiatannya seperti diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri termasuk membentangkan sebarang cadangan, pelan berhubung sesuatu projek.

* Segala pelantikan Pengarah hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja.

* Lembaga hendaklah menerima pakai peraturan, kaedah, dasar dan pekeliling serta arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri.

* Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa negeri bersama-sama satu salinan.

* Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urus niaga Lembaga.

* Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menghantar penyata kepada raja dan pihak berkuasa negeri yang menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun lepas.

* Raja berkuasa untuk mengarahkan Lembaga digulung dan dibubarkan.

Fasal 4(1) LPHJ menyenaraikan struktur Keanggotaan Lembaga yang terdiri daripada:

a) Menteri Besar sebagai Pengerusi.

b) Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi.

c) Lima orang ahli atas nama jawatan, dan mereka hendaklah orang orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dan Pengarah Unit Peracangan Ekonomi Negeri.
d) Tidak lebih dari empat orang wakil dari apa apa perbadanan, agensi atau mana-mana orang yang akan membawa munfaat kepada Lembaga yang dilantik oleh Raja. - HARAKAHDAILY, 8/6/2014

TPP - http://www.youtube.com/watch?v=PyGqxJ3CNts

Sumber HD - 8-6-2014

















Penguasa politik Johor lemah – Tan Sri Muhammad Ali

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 (LPHJ) yang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Isnin ini turut mendapat kritikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Muhammad menyifatkan tindakan memberi kuasa undang-undang kepada Sultan Johor untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri secara langsung akan mencemarkan kedudukan Sultan dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

“Ia juga akan memburukkan lagi kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran di negeri Johor, yang sejak kebelakangan ini banyak terjejas setelah terdapat campur tangan secara langsung atau tidak langsung Istana Johor.

“Jika dibiarkan, kecelaruan ini pasti merosakkan kepentingan besar rakyat Johor, terutama apabila terdapat campur tangan dalam pentadbiran tanah atau urusan GLC negeri,” ujar beliau.

Menurut Muhammad, rakyat Johor semakin bimbang melihat tanah dan harta serta perniagaan strategik milik Johor terlepas kepada kepentingan asing atau milik individu terpilih, dengan mengetepikan kepentingan jangka panjang rakyat dan negara.

Beliau yakin kecelaruan ini berpunca daripada kecuaian kepimpinan serta kelemahan tindakan penguasa politik Johor.

“Perkara ini sepatutnya tidak timbul jika penguasa politik negeri proaktif, terlebih dahulu bertindak tegas mempertahankan Perlembagaan negara dan tidak mengkrompomikan status Sultan Johor sebagai Raja Berperlembagaan tanpa kuasa mutlak,” tegas beliau.

Menurut Muhammad, walaupun Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mengakui mempunyai kuasa mutlak seumpama kuasa Pengerusi Jcorp, ia bukan alasan yang boleh diterima untuk meneruskan RUU LPHJ.

“Pengalaman peribadi saya di JCorp jelas membuktikan kuasa mutlak Menteri Besar selaku Pengerusi Jcorp pernah dikompromikan pemimpin politik negeri.

“Pengerusi Jcorp ketika itu, sekali pun berkuasa eksekutif penuh, gagal atau takut menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang kepadanya dan lebih berminat mematuhi sepenuhnya apa yang beliau katakan sebagai ‘Titah Sultan Johor’,” jelas beliau.

Sehubungan itu, RUU LPHJ ujarnya adalah cadangan yang tidak dapat diterima rakyat kerana bercanggah dengan Perlembagaan, juga satu duluan (precedent) pentadbiran yang berbahaya kerana ia pasti merosakkan kepentingan besar rakyat dan negara.

Kes duluan ini, ujarnya berpotensi mengancam masa depan JCorp dan agensi negeri kerana apabila kedudukan Raja Berperlembagaan dikompromi, terdapat kemungkinan semua pihak akan tededah tanpa soal kepada campur tangan atau titah perintah istana.

“Rakyat Johor telah banyak menyaksikan keputusan kerajaan kebelakangan ini yang tidak disenangi ramai. RUU LPHJ akan hanya menambahkan kekeruhan situasi di Johor kerana apabila kedudukan Raja Berlembagaan dikompromikan, ia berpotensi lebih merosakkan dan menjejas kepentingan jangka panjang rakyat Johor khasnya dan warga Malaysia amnya,” tegas beliau. - HARAKAHDAILY, 8/6/2014

Sumber HD - 8-6-2014









Kebimbangan disebalik RUU Perumahan Johor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk dikalangan BN sendiri mula meluahkan kebimbangan dengan rang undang-undang perumahan baharu yang akan dibentang di Dewan Undangan Negeri Johor, Isnin ini.

Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014 ini bakal memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan dengan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Menurut laporan, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga berkenaan.

Ramai melihat, jika perkara ini berlaku, ianya dibimbangi berlaku pertindihan kuasa istana dengan kuasa eksekutif.

The Star dalam laporannya mendakwa, dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang tidak mahu dikenali, mahu Rang Undang-Undang ditangguh untuk membolehkan lebih banyak masa untuk menelitinya.

"Kuasa untuk menubuhkan lembaga ini terletak pada Dewan Undangan Negeri Johor dan oleh itu, kuasa untuk membatalkan atau membubarkan ia perlu di DUN," kata seorang daripada ahli dewan.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Johor dari DAP Dr Boo Cheng Hau, turut melahirkan kebimbangan berkata, Pakatan Rakyat akan membuat pendirian rasmi selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri pada Ahad.

Sementara itu Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula menegaskan penglibatan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri bukan menjadi satu isu kerana kuasa eksekutif dipegang menteri besar.

Mohamed Khaled berkata menteri besar adalah pengerusi secara automatik dan apa-apa tindakan Sultan Johor adalah atas nasihat menteri besar. - HARAKAHDAILY 7/6/2014

Sumber HD  - 7-6-2014

Housing Board Saga: MB insists power in his hands, Dr M says otherwise

Harakahdaily - TS | .

The proposal to grant Sultan of Johor executive power in the Johor Housing and Real Property Board Bill 2014 has now turned into a political storm.

It was understood that, the unprecedented bill, if passed, would allow Sultan of Johor to have executive power in Johor Housing and Real Estate Board to determine the formation and dissolution of board members, allowances and perks and oversee the board's accounts.

In short, the bill would give wide powers to the Sultan of Johor on housing matters.

Johor MB: It’s ok

Defending the bill, Johor Menteri Besar Khaled Nordin brushed aside concerns the impact of involvement of Sultan in state administration by insisting that the menteri besar holds the executive power, and the Sultan merely would only act under the advice of the latter.

“Any decision on the state administration is still made by me because the executive powers rest with the menteri besar.

"The menteri besar will be the chairman of the board while the chairman of the housing and local government committee will be the deputy chairman," Bernama quoted Khaled as saying.

The setting op of the Johor Housing and Real Estate Board, argued Khaled, was similar to the setting up of the Johor Corporation (JCorp), where the menteri besar was automatically appointed as the chairman.

"We are emulating the setting up of Johor Corporation (JCorp) and the enactment must be read with the Johor state constitution," he added.

Warning from Mahathir

Meanwhile, Dr Mahathir Mohamad, in a blog posting, had indirectly opposed the attempt to grant Sultan of Johor’s power in the housing bill, citing foreign interference.

“It is seen that some quarters are making use of royalty to overcome national policies and objectives. These people must stop especially when they are foreigners.

I will write more about this but as the Johor State Council is about to change certain rules, I deem it necessary that these attempts to effectively change the Constitution be realised by the citizens of this country,” the former prime minister said.

Mahathir reminded that such attempt would further fuel the existing feeling of disrespect for the royals.
“Although by and large the Malays are for the institution of the monarch, when their ability to defend is eroded, they might forego their adat (tradition),” he warned.

While acknowledging the constitution could be changed, Mahathir reminded that no one, including the rulers, could alter it without the approval from the federal parliament and government.

Sumber HD - 7-6-2014

No comments:

Post a Comment