JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, June 16, 2014

SPRM (JILID 3)

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com



SPRM perlu siasat tiga Adun T'ganu

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan teliti terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Terengganu yang mengumumkan keluar parti kemudian menarik balik keputusan itu pada hari berikutnya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) tidak menolak kemungkinan wujud unsur habuan kewangan berikutan tidak sampai 48 jam mereka menarik balik pegumuman keluar parti.

"Sama ada habuan atau ada penglibatan kewangan yang membuatkan tiga Adun terbabit menarik balik (keputusan keluar parti).

"Ini satu peluang bagi SPRM untuk meminta Adun yang keluar parti isytihar harta sama ada berlaku pertambahan harta selepas menarik balik pengumuman keluar parti," katanya.

Dalam sidang media yang sama Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong membidas SPRM yang sepatutnya menyiasat tindakan tiga Adun terbabit yang keluar masuk parti dalam tempoh yang diragui.

Katanya, SPRM wajar menjalankan siasatan tanpa menunggu laporan kerana insiden itu sudah menjadi pengetahuan umum.

Terdahulu dalam jawapan bertulis Perdana Menteri kepada beliau, Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan tiga Adun BN Terengganu yang keluar parti pada 13 Mei lalu bukan di bawah bidang kuasa SPRM.

Sebaliknya jika isu tersebut dilaporkan kepada SPRM dan wujud elemen rasuah, suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berdasarkan kesalahan-kesalahan yang diperuntukan di bawah Akta SPRM 2009.

Tegas Kok Seong, tindakan keluar parti oleh tiga Adun terbabit menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan di Terengganu.

"Bahkan tindakan mereka menarik balik perletakan jawatan sekali gus telah memainkan kepercayaan rakyat Terengganu," katanya. - HARAKAHDAILY, 16/6/2014

Sumber HD - 16-6-2014

No comments:

Post a Comment