JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Saturday, June 14, 2014

PEMUDA PAS KAWASAN CIPTA KELAINAN


Blog berkaitan : 

http://pascawangansriraya.blogspot.com/


Piala Dunia: Pemuda PAS Hulu Langat cipta kelainan

HARAKAHDAILY | .



HULU LANGAT: Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat mencipta kelainan apabila pihak panitia telah memilih tema Piala Dunia 2014 sebagai konsep mesyuarat agungnya yang berlangsung hari ini.

Para perwakilan, pemerhati termasuk perasmi memakai jersi pasukan Piala Dunia bagi pasukan yang disokong masing-masing dan majlis dirancakkan lagi dengan gimik perasmian oleh Exco Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Magasus yang menimbang bola lebih daripada tiga sepak secara berterusan diikuti dengan laungan takbir dan video montaj.

Di samping itu, beberapa anugerah kepada lajnah, program dan Dun terbaik juga turut menyelitkan unsur Piala Dunia dengan bola Brazuca sebagai hadiah iringan.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Adun Dusun Tua, Razali Hassan. - HARAKAHDAILY 14/6/2014



Sumber HD - 14-6-2014

No comments:

Post a Comment