JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Wednesday, June 11, 2014

LUAR NEGARA : MESIR

Keputusan mahkamah Mesir tak masuk akal - Aljazeera

MUSLIHAH MOHD AMIR | .

MESIR: Aljazeera menyifatkan keputusan hukuman penjara tujuh ke 10 tahun oleh mahkamah Mesir ke atas tiga wartawan mereka sebagai bertentangan dengam logik akal dan bersalahan dengan prinsip keadilan.
Pengarah rangkaian produksi Aljazeea Dr.Mustafa berkata, perkara itu merupakan satu insiden yang mengejutkan, lapor agensi berita itu.
Mustafa berkata, pihak Al-jazeera akan terus memepertahankan rakan-rakan wartawan mereka yang telah di jatuhkan hukuman tertsebut sehingga keadilan ditegakkan.
Menurut beliau lagi, kesemua wartawan agensi itu menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan profesional dan pihak Aljazeera berjanji untuk meneruskan kempen mereka bagi menuntut kebebasan wartawan tersebut.
Pengarah Aljazeera English Al Anstey turut melahirkan rasa kecewa dan menggambarkan hukuman ini sebagai 'bertentangan dengan logik'.
Beliau berkata hukuman ini sebagai cubaan menghapuskan survival wartawan.
Katanya, mereka di anggap 'bersalah' kerana mereka telah menjalankan tugas secara jujur dan profesional serta mempertahankan keadilan yang berlaku di sekeliling mereka.
Tambah beliau, hukuman penjara ke atas wartawan itu dibuat tanpa adanya sebarang bukti kukuh, berdasarkan tuduhan palsu serta tempoh perbicaraan itu yang terlalu pendek sehingga ke tahap dakwaan dan penelitian yang tidak masuk akal.
Semalam, sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun ke atas tiga wartawan stesen televisyen Al-Jazeera atas tuduhan membantu gerakan Ikhwanul Muslimin.
Antara yang dikenakan hukuman itu termasuk warga Australia, Peter Greste yang dipenjara tujuh tahun bersama-sama seorang lagi wartawan, Mohamed Fadel Fahmy.
Manakala, penerbit rancangan, Baher Mohamed dikenakan dua pertuduhan yang membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan tiga tahun bagi pertuduhan kedua.
Ketiga-tiga mereka adalah antara 20 defendan dalam perbicaraan yang menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa kerana bimbang dengan sekatan media yang semakin meningkat di Mesir. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

*Penulis adalah pelajar Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang sedang menjalani latihan praktikal di Harakahdaily

Sumber HD - 24-6-2014

Dihukum mati: Ini jawapan Badie kepada hakim

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Semasa perbicaran semalam, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammed Badie yang dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah tentera, mengeluarkan kata-kata yang cukup memberi inspirasi kepada pejuang agama Allah.

Dalam satu kenyataan kepada hakim, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata hukuman mati sedikitpun tidak menakutkan beliau, tetapi beliau cuma kecewa kerana tiada lagi keadilan di bumi Mesir.

"Hukuman mati tidak menakutkan saya. Saya tidak takut menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Jihad terbaik adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.

"Saya mengadu kepada Allah tentang tiada lagi keadilan. Saya bertukar dari mangsa kepada tertuduh di bawah rejim rampasan kuasa tentera.

"Anak lelaki saya, Ammar dibunuh dan kejadian itu tidak pula pernah disiasat atau dibawa ke mahkamah mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah itu," katanya dipetik Ikhwanweb.com.

Mohamed Badie dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan tanpa kehadiran beliau dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Ini adalah ibu segala ketidakadilan, terutamanya apabila pendakwa mengenakan tuduhan rekaan kepada saya dan tertuduh yang lain," katanya lagi.

Mohamed Badie dituduh menyerang dan membakar ibu pejabat polis Odoua di wilayah Minya, serta membunuh seorang anggota polis pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun ketika kejadian, Mohamed Badie dikatakan berada di Kaherah dan bukannya di Minya.

Sehingga kini 1,100 penyokong Presiden Dr Mohamad Morsi telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dibawah rejim rampasan kuasa Mesir. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014


Surat dari tabir besi

IKHWANWEB.COM | .

WALAUPUN terpenjara, Presiden Mesir yang sah, Mohamed Morsi terus-menerus meniupkan semangat perjuangan kepada rakyat Mesir yang cintakan Islam dan keadilan. Yang berikut ialah surat beliau yang disiarkan dalam laman web ikhwan.

Surat daripada Presiden Mesir yang sah, Mohamed Morsi untuk semua rakyat Mesir. Presiden yang dipilih, kini berada dalam penjara yang dikuasai oleh tentera yang merampas kuasa, menghantar mesej kepada rakyat Mesir, menggesa mereka untuk meneruskan Revolusi secara aman.


Wahai rakyat kebanggaanku yang berjiwa patriotik dan para pejuang revolusi

Allah telah menetapkan bahawa hari yang diberkati (25 Januari), Revolusi kita berdepan dengan pelbagai ujian dan halangan di jalan-jalan raya untuk kemenangan muktamad. Sementara itu, Dia memberkati para pejuang revolusi terbaik yang pernah ada - lelaki dan wanita yang membuat Mesir berdiri sama tinggi dalam kalangan negara-negara lain.

Kepada semua lelaki dan wanita yang tabah dan cekal hati dalam revolusi

Laluilah jalan revolusi aman seteguh gunung, dengan keazaman seperti besi waja. Revolusi anda akan menang tidak lama lagi, insya-Allah. Di belakang kamu, majoriti rakyat sedang menunggu untuk anda memimpin mereka dalam gelombang kebangkitan, untuk menunjukkan kepada dunia yang membisu terhadap kejayaan memboikot pilihan raya yang berusaha memberikan kuasa yang lebih kepada pemimpin rampasan kuasa

Perampas kuasa cuba memperdaya rakyat tetapi terkejut dan dihina oleh kesedaran dan daya tahan rakyat Mesir. Oleh itu, rapatkan barisan, jangan berpecah belah dan jangan berbalah sesama sendiri, supaya anda tidak akan lemah atau berputus asa.

Allah adalah saksi saya, saya tidak pernah lupa dalam usaha dalam membanteras rasuah dan jenayah, melalui prosedur undang-undang dan tindakan revolusioner. Saya betul dan saya juga bersalah. Tetapi saya tidak pernah mengkhianati anda atau tanah air ini, dan saya tidak akan berbuat begitu. Saya meluangkan masa yang panjang dalam hidup saya menentang rasuah dan jenayah, dan saya akan terus berbuat demikian selagi hidup.

Wahai rakyat kebanggaanku yang berjiwa patriotik

Anda telah dikagumi diseluruh dunia dengan pemberontakan aman yang berterusan. Andalah masa kini masa depan, dan hari esok... andalah rakyat Mesir sejati. Revolusi bergantung kepada keazaman anda. Saya percaya, anda akan terus dan tabah sehingga memperoleh kemenangan. Teruskan Revolusi aman anda, dengan keteguhan dan kesabaran. Saya boleh melihat anda, generasi selepas saya, beritahu anak anda bagaimana anda istiqamah dan menang, bagaimana anda berkorban dan kuasa Revolusi anda.

Semua negara-negara merdeka yang tidak mengiktiraf rejim ini dan tentunya terima kasih kepada rakyat yang mempertahan Revolusi aman ini - tidak ada negara yang merdeka di seluruh dunia akan mengiktiraf mana-mana prosedur yang palsu atau tindakan yang berasaskan kepalsuan ini.

Kesimpulannya, kepada para pejuang: lihatlah perjuanganmu dan matlamat murninya. Jangan sia-siakan darah para syuhada, mereka yang tercedera, dan mereka yang dipenjara kerana perjuangan politiknya, tidak sama sekali - selagi revolusi ini mempunyai lelaki dan wanita yang istiqamah megibarkan bendera perjuangan, yang meyakini prinsip perjuangan dan berusaha mencapai matlamatnya.

Saya tahu jalan ini penuh ranjau, tetapi saya percaya penuh kepada anda dan saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa akan memberikan kamu kemenangan.

Moga Allah merahmati kamu dan tanah air ini

Teruskan revolusi aman.

Mohamed Morsi
Presiden Republik Arab Mesir

Sumber HD - 17-6-2014


Subhanallah! Apabila Muhammad Khairat ditangkap tentera Mesir terserlah satu rahsia


Subhanallah! Apabila Muhammad Khairat Asy Syathir ditangkap tentera Mesir terserlah satu rahsia yang mengejutkan

Apabila Naib Presiden Ikhwanul Muslimin, Muhammad Khairat Asy-Syathir ini ditangkap oleh tentera Mesir, maka terserlah satu rahsia yang disembunyi oleh beliau melalui hard disk yang dirampas oleh tentera Mesir itu bahawa ia telah menyumbang dan menderma sebanyak 30 juta pound Mesir (sekitar RM15 juta) setiap bulan kepada 750 ribu keluarga miskin di Mesir. Ia salah seorang jutawan muslim di bumi Mesir yang secara sembunyi bersedekah kepada rakyat Mesir bagi membantu kesusahan mereka.

Di zaman Mubarak ia pernah dipenjara secara zalim selama 12 tahun, namun sifat yang warak dan alim yang dimilikinya itu teruji lagi di zaman Jeneral Fatah As-sisi ini. Yang hairan ada lagi yang bergelar ustaz di Malaysia ini sanggup mempertahankan kezaliman As-sisi itu...





Sumber HD - 12-6-2014

Muslim Brotherhood to Al-Sisi: Election wholly null and void

Ikhwanweb | .


The Muslim Brotherhood issued the following statement regarding the recent illegitimate presidential elections:

On the anniversary of the 1967 (war with Israel) setback, which was the natural result of the army 's preoccupation with politics at the time, the presidential elections committee announced the result of the recent blood ballot farce – which was ridiculed all over the world, as all nations watched Egyptians' persistent boycott of the cheap soap opera in its entirety.

In this regard, the Muslim Brotherhood affirms the following:

First: This result will not change any coup realities on the ground. Needless to say, what is built on falsehood is false itself.

Second: Our great people, along with the whole world, know that the real ruler of Egypt since the coup is that same murderer, and that he is responsible for all the tragic events that hit the country, including political, economic and social destruction. He is also primarily responsible for the genocide executed ruthlessly by his security forces, the army, the police and the judiciary. All these are crimes with no statute of limitations. Very soon, the people of this homeland will hold fair and prompt trials for these crimes, for the murderous mastermind and all his political, military and judicial henchmen.

Third: The end of the presidential blood ballot is the beginning of the last round of the conflict between our great people – of whom more than 90% boycotted that farce – and the coup. The result of the conflict is well known beforehand. The people shall not be defeated.

The Muslim Brotherhood is confident that this round will not take long, God willing, with the patriotic revolutionaries' steadfastness, selfless devotion and ingenuity in their peaceful revolt as all Egyptians rally around them in every inch of this country.

Very soon, the people will celebrate the end to the coup and reclaim their freedom and independence of will.

"They say: ‘When will that be?’ Say: ‘Sooner than you think’!" (Quran 17:51)

Sumber HD - 11-6-2014

No comments:

Post a Comment