JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Sunday, June 8, 2014

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT - SELANGORKU

Bernama nafi berita kata MB S'gor letak jawatan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional (Bernama) menafikan berita palsu berhubung perletakan jawatan Menteri Besar Selangor yang tersebar menggunakan nama agensi berita itu.

"Bernama telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai perletakan jawatan MB Selangor," maklum agensi itu melalui Twiter dan juga di laman webnya.

Sejak pagi tadi satu mesej paslu menggunakan nama Bernama tersebar mendakwa Tan Sri Abdul Khalid telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor.

Mesej palsu itu turut mendakwa Exco Kerajaan Negeri Iskandar Abdul Samad telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru dan akan mengangkat sumpah jam 2 petang ini.

Mesej palsu ini menyusul selepas satu lagi mesej yang tersebar sejak malam semalam.

Kandungannya antara lain menyebut kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya hari ini.

Ia bagaimanapun dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Difahamkan, akibat penyebaran mesej palsu itu, sekumpulan wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang sejak tengahari tadi. - HARAKAHDAILY 7/7/2014

Sumber HD - 7-7-2014

Tindakan proaktif penting untuk bekalan air berterusan

ABAS ABDULLAH & KEVIN STARLING | .
GANGGUAN bekalan air baru-baru ini di beberapa buah kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Hulu Langat adalah akibat permintaan air mendadak sebanyak 197 juta liter sehari (mld) atau pertambahan setara sebanyak 4.3 peratus, permintaan melebihi pertambahan terunjur purata lazim sebanyak 3.5 peratus setahun.

Keadaan bertambah buruk apabila bekalan elektrik di Loji Sungai Selangor 1 (SSP1) terputus selama tiga jam pada 24 Jun 2014. Pada masa yang sama tiga buah loji pembersihan air di Sungai Selangor mengalami pengurangan pengeluaran air kerana perbezaan masa melepaskan air daripada empangan dan kolam-sungai. Oleh itu, koordinasi rapi di antara semua pihak yang berkaitan amatlah penting untuk memastikan masa pelepasan air diselaraskan demi mencegah insiden sebegini berulang.

Sebagai langkah pencegahan segera, Kerajaan negeri telah mengarahkan SYABAS untuk mengenal pasti kawasan-kawasan permintaan tinggi melalui Meter Imbangan Air (WBM) dan Zon Permeteran Kawasan (DMZ) untuk mengatasi kemungkinan gangguan akibat permintaan tinggi. Walaupun saling penyambungan punca air berlainan menggalakkan kefleksibelan mengagih bekalan air di antara kawasan, tetapi apabila menghadapi keadaan semasa, SYABAS didorong untuk menerima pakai amalan terbaik mengenal pasti punca pertambahan permintaan mengejut sebelum menyalurkan air dari satu punca ke punca yang lain, yang boleh mengakibatkan gangguan bekalan air di kawasan-kawasan lain.

Model Rangkaian Lengkap Ditentukur

Untuk mengurus dan meminimumkan gangguan, model rangkaian lengkap ditentukur (fully network calibrated model) adalah amat penting untuk mengatasi isu Air Tidak Berhasil, meningkatkan daya tahan sistem pengagihan dan paling penting mengenal pasti permintaan puncak. Pelaksanaan model rangkaian lengkap ditentukur amatlah kritikal demi memudahkan proses membuat keputusan, terutamanya impak menyalurkan bekalan air dari satu punca ke punca yang lain, yang pada lazimnya mengakibatkan gangguan bekalan air di kawasan lain, dan mengenal pasti masalah potensi pengagihan air.

Pasukan Petugas Air

Pada bulan Julai 2012, menyahut deklarasi Pelan Respons Kecemasan SYABAS, pasukan petugas air telah ditubuhkan, di mana Kerajaan Negeri dengan serta-merta mewujudkan sekumpulan pakar untuk membantu Kerajaan Negeri dan SYABAS mengurus krisis air. Mesyuarat telah diadakan secara tetap dengan penglibatan perunding luaran membincang, mencadangkan dan melaksanakan pelan tindakan untuk menangani isu permintaan dan pembekalan air. Dalam kes gangguan air baru-baru ini, SYABAS sepatutnya memaklumkan Kerajaan Negeri mengenai permintaan air tinggi luar biasa dan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi dan menyelesaikan isu-isu secara terselaras.

Pelan Alternatif

Melalui perlaksanaan penstrukturan semula air, Kerajaan negeri komited untuk memastikan rakyat Selangor terus mendapat bekalan air bersih pada harga yang berpatutan. Sementara menunggu pelaksanaan penstrukturan semula air, Kerajaan negeri telah melaksanakan berbagai-bagai inisiatif, termasuk pelaksanaan “Pelan B” untuk mencegah dan menangani krisis air, seperti berikut:

1. Kajian Penambahan Pembekalan Air demi membolehkan pemindahan air dari Loji Sungai Selangor 1 dan 3 ke Hulu Langat dan kawasan-kawasan lain.
2. Pelaksanaan projek mitigasi 1 dan 2 bernilai RM374 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja pemasangan paip, pembinaan rumah pam baharu dan kerja-kerja penggantian aset di loji pembersihan air.
3. Menjalankan kajian semula kapasiti keupayaan kemudahan rawatan air utama untuk meningkatkan kapasiti, termasuk kajian semula potensi ke atas loji pembersihan air Jelutong dan kajian Penyusupan Tebing Sungai di Jenderam Hilir, Dengkil, berhampiran loji pembersihan air Sungai Semenyih.
4. Kajian beberapa skim penyimpanan luar sungai, seperti Sistem Penambahan Luar Sungai Hibrid (HORAS 3000 dan 600) dan bekerjasama dengan Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) untuk mengoptimumkan penggunaan air hujan di kolam Bestari Jaya dengan jumlah pelepasan air dari empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi. Inisiatif ini mengimbangi dua punca bekalan air mentah yang memastikan tiada kehilangan air dan juga memantau pengaliran air keluar. Usaha-usaha ini dilaksanakan demi memastikan kemapanan sumber air dan bekalan air yang berterusan kepada pengguna.
5. Pembenihan awan telah dijalankan sejak April 2014 dan sehingga kini Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM680 ribu. Selain daripada usaha ini, Kerajaan negeri telah melantik “Biro Membuat Hujan Diraja dan Penerbangan Pertanian Thailand” untuk kepakaran dan nasihat untuk meningkatkan teknik pembenihan hujan di kawasan tadahan.
6. Sebahagian daripada pelan mitigasi untuk meminimumkan gangguan bekalan air di kawasan Hulu Langat dan Cheras, Kerajaan Negeri sedang menimbangkan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dengan kadar 300 juta liter sehari sehingga 600 juta liter sehari melalui terowong ke Sungai Langat. Pelan-pelan ini apabila siap dan beroperasi akan meletakkan loji pembersihan air Langat dan Cheras dalam kedudukan lebih berdaya tahan.

Satu Entiti

Walaupun semua inisiatif terlaksana, masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan demi memastikan rakyat Selangor dapat menikmati manfaat perkhidmatan air yang terkini dan boleh dipercayai.

Bab baharu dalam saga air berikutan persetujuan SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd dengan tawaran pengambilalihan Kerajaan Negeri untuk memudahkan penstrukturan semula air negeri Selangor.

Pengambilalihan ini memungkinkan, selepas kebuntuan sekian lama, perkhidmatan air diurus olah satu entiti dan pelan perniagaan untuk menangani isu-isu pengeluaran dan pengagihan

- Abas Abdullah dan Kevin Starling ialah Jawatankuasa Pasukan Petugas Air Negeri Selangor

Sumber HD - 7-7-2014

Henti sebar mesej palsu, kata Khalid

SELANGORKINI | .
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pihak yang yang menyebarkan berita palsu berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor supaya menghentikan perbuatan itu.

Abdul Khalid berkata dakwaan itu tidak benar kerana hari ini beliau pada sebelah pagi mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam.

Kenyataan Abdul Ibrahim itu sekali gus menafikan berita tersebar kononnya beliau bakal meletakkan jawatan, hari ini.

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor di twitternya menyeru orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan itu.

“Tan Sri Khalid Ibrahim masih MB. Jgn percaya kepada khabar-khabar angin,” tulis Iskandar.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, satu lagi mesej WhatsApp tersebar, kononnya daripada agensi Berita Nasional (Bernama) yang menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah pun meletakkan jawatan dan Pesuruhjaya PAS Selangor dijangka mengangkat sumpah jawatan pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, Bernama menyebarkan berita terkini melalui twitter yang menafikan penyebaran berita peletakan jawatan Abdul Khalid. - HARAKAHDAILY 7/7/2014

Sumber HD - 7-7-2014

5 kawasan mungkin alami gangguan bekalan air

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam mungkin mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah mulai 10 malam tadi.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata ini ekoran penutupan sementara sebahagian operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) selama 10 jam sehingga 8 pagi esok.

"Ia bagi membolehkan kerja pembaikan kecemasan pada 'switch gear transformer' yang membekalkan elektrik kepada loji rawatan itu yang mengalami kerosakan," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan tempoh gangguan bekalan air dan tekanan rendah itu akan pulih sepenuhnya kerana ia bergantung kepada beberapa faktor.

Ini termasuk kedudukan sesuatu kawasan sama ada di kawasan tinggi atau rendah serta kedudukan sistem bekalan air di sesuatu kawasan sama ada di permulaan atau di penghujung.

"Pihak Syabas menjangkakan bekalan air akan pulih secara berperingkat sejurus selepas operasi loji rawatan itu dibuka semula," kata Priscilla.

Kenyataan itu juga tidak memberikan senarai penuh kawasan perumahan yang akan terlibat dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah itu.

Tambahnya, sebagai persediaan Syabas telah meletakkan lori tangki air dalam keadaan siap siaga untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

Namun keutamaan bantuan akan disalurkan kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian dan kenduri.

Syabas juga menjangkakan para pengguna akan mengalami kesukaran menghubungi Pusat Panggilan Syabas (Puspel) kerana kesesakan talian dan mereka diminta bersabar jika terpaksa menunggu lama sebelum panggilan dilayan. - Bernama

Sumber HD - 6-7-2014

Masalah meter air individu dijangka selesai

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menyelesaikan isu pemasangan meter individu penduduk pangsapuri yang sebelum ini berdepan masalah.

Dengan penstrukturan baru air di negeri itu, kerajaan negeri menjangkakan isu meter individu ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan Syabas mengenai cara untuk membantu dari segi kos pemasangan yang dianggarkan berharga kira-kira RM70 setiap satu.

"Syabas menggaji kontraktor dan kontraktor perlu dibayar.

"Kerajaan negeri akan duduk bersama dengan Syabas bagi membincangkan jaminan kos," katanya pada konvensyen mengenai meter air di Shah Alam semalam.

Pertukaran tersebut kata beliau melibatkan rumah bertingkat yang dibina sebelum 2010 yang tidak mempunyai meter individu.

Pemasangan meter individu bakal membolehkan penduduk pangsapuri menikmati pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan kerajaan negeri.

Sebelum ini, mereka perlu membayar meter pukal setiap bulan dan tidak mendapat keistimewaan air percuma tersebut.

Walau bagaimanapun, Abdul Khalid berkata terdapat beberapa masalah, seperti bil air tertunggak, yang terpaksa diberi perhatian.

"70 peratus (penduduk) telah membayarnya manakala yang lain tidak. Kita perlu menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu," katanya.- HARAKAHDAILY 6/7/2014

Sumber HD - 6-7-2014

Salah tangkap: Jais perlu beri penjelasan - MB

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi penjelasan berhubung kes tangkap khalwat membabitkan empat orang yang berpindah rumah.

Katanya, tindakan terbaru Jais itu telah sekali lagi menimbulkan polemik dan boleh menimbulkan kesusahan.

Menurut Abdul Khalid, Jais seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya dengan berlandaskan tatacara yang betul.

"Harap JAIS dapat belajar sebab ada beberapa langkah yang diambil JAIS tidak ikut tatatertib.

"Penangkapan adalah perkara menyusahkan,” katanya dipetik Selangorkini.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu, di Shah Alam, semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan dua penguatkuasa Jais menahan empat individu yang didakwa melakukan khalwat ketika semua mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Dalam kejadian pada 22 Jun lalu, Hanisha Abdul Rahman, 29, ditahan bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerja lain selepas dipantau selama lima minit.

Ketika tangkapan dilakukan, Hanisha sedang berada di dalam rumah bersama dua kakitangan yang juga rakan serumah sementara Muhammad berada di luar.

Mengulas kejadian itu, Abdul Khalid, berkata Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menasihati Jais dalam isu membabitkan orang Islam.

"Malangnya, Jais hanya perlu memberitahu Kerajaan Negeri dan Exco apabila membabitkan sebarang tindakan kepada orang bukan Islam.

"Tetapi kalau orang Islam, Jais tidak perlu meminta pandangan Kerajaan Negeri," katanya.- HARAKAHDAILY 6/7/2014

Sumber HD - 6-7-2014



Selangor tidak pernah lulus pusat judi lumba kuda

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa negeri itu meluluskan cadangan pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda yang terbesar di Asia, di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata syarikat pemaju terbabit pernah memohon kebenaran membina pusat judi lumba kuda itu namun Kerajaan Negeri menolak permohonan itu, lapor Selangor Kini.

“Memang ada permohonan dari pihak pemaju, tetapi kerajaan negeri sudah menolak permohonan cadangan pembinaan itu,” katanya kepada Selangor Kini menerusi SMS.

Beliau berkata kerajaan negeri berpendirian tidak akan membenarkan sebarang pembinaan seperti yang didakwa.

Kelmarin, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi membantah cadangan pembinaan itu.

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan.

Sebelum ini, Yang Dipertua PAS Hulu Selangor, Muhammad Idris Ahmad berkata, pihaknya menyangkal dakwaan pemaju yang mendakwa pembinaan pusat terbabit diterima oleh masyarakat Melayu kawasan itu.

Malah, pada awal tahun 2011, Merdeka Centre mengadakan satu kaji selidik berhubung pembinaan pusat lumba kuda terbabit dan hasilnya majoriti masyarakat Melayu di kawasan itu menolak pembinaannya.

Difahamkan pembinaan itu adalah bertujuan untuk memindahkan pusat lumba kuda yang terletak di Sungai Besi pada tahun 2004 lagi, namun ia tertangguh apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Sejak 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu tidak lagi mengeluarkan lesen bagi premis rumah urut dan hiburan dan dasar terbabit diteruskan sehingga kini.

Sumber HD - 5-7-2014

Selangor beri bonus raya sebulan gaji

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan.

Menurut laporan Selangor Kini, beliau menjelaskan Exco negeri bersetuju untuk memberikan bonus sebulan gaji mengikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini dan keputusan berkenaan dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lepas sehingga 30 Jun 2014.

“Pada tahun lepas dalam tempoh sama, jumlah kutipan hasil adalah RM1.136 bilion dan pada tahun ini ia berjumlah RM1.162 bilion,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), petang ini.

Sumber HD - 2-7-2014





Mesyuarat air Selangor: SYABAS hantar pekerja bawahan

NORHAYATI UMOR | .
PELABUHAN KLANG: Barisan Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri ketika diminta menghadiri mesyuarat bagi membincangkan status pembangunan dan penyaluran air seluruh Selangor yang dilaksanakan setiap dua hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dalam mesyuarat yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Kushrin Munawi itu hanya dihadiri 50 kakitangan bawahan termasuk pihak lain berkaitan tanpa pengurusan tertinggi.

“Apabila kita adakan mesyuarat tersebut, kita panggil pegawai tertinggi Lembaga Urus Air Selangor (LuAS), Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN) termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. mereka semua datang tetapi lima pegawai eksekutif tertinggi SYABAS yang kita jemput tak datang.

Air-Syabas MBa“Mereka (SYABAS) hantar kakitangan yang purata gaji mereka tak sampai RM150,000 sebulan sedangkan lima mereka itu kumpulan gaji hampir RM3 juta sebulan tapi tidak hadir.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri masih belum menguasai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang menyalahkan Kerajaan Negeri berkenaan gangguan bekalan air terbaru yang berlaku di negeri itu.

Beliau berkata, pihak tertentu seharusnya memahami kedudukan Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk meminda pengurusan SYABAS bagi menyelesaikan masalah air sebelum pengambilalihan industri air dapat dilakukan.

Malah, dalam masa yang sama, katanya, semua pihak diminta memberi peluang kepada Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya enam bulan selepas pengambilahan sebelum menimbulkan sebarang pertikaian.

“Untuk ini, kita sudah minta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk menyiapkan program pengambilalihan .

logo syabas“Katakan bulan Julai kita ambil, kena bagi masa enam bulan untuk urus, tetapi jika kita ada masalah baru boleh kata Kerajaan Negeri tidak cerdik urus air. Kena bagi kita masa kerana dalam perniagaan juga diberi masa,” katanya.

Beliau berkata, sebelum proses sepenuhnya pengambilalihan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa penuh kepada SYABAS.

“Kalau kita mempunyai kuasa penuh nanti bolehlah kalau nak kata Kerajaan Negeri bodoh ke tolol. Jadi, waktu ini tidak boleh kata Kerajaan Negeri tidak buat kerja,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili juga kesal dengan tindakan SYABAS kerana gagal memastikan pengagihan air dilakukan secara lancar. - SELANGORKINI

Sumber HD - 28-6-2014

Tender terbuka: Selangor jimat RM100 juta setahun

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Polisi Kerajaan Selangor melaksanakan tender terbuka bagi projek dikendalikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memberi penjimatan sehingga lebih RM100 juta setahun, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata penjimatan itu membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan lebihan itu kepada projek pembangunan lain untuk dinikmati rakyat Selangor.

“Kita bukan hendak harga rendah sampai merugikan kontraktor tetapi hendaklah keuntungan yang tidak melampau.

“Polisi tender terbuka ini menjimatkan wang rakyat seperti mana direkodkan pada 2012 menunjukkan lebih RM100 juta dijimatkan dan lebihan itu dapat disalurkan kepada projek lain,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dalam usaha menambah kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan negeri, sejak 2008 Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menghapuskan amalan penganugerahan projek atau rundingan terus kepada mana-mana syarikat.

Langkah yang diambil itu ternyata memberi kesan positif terhadap kewangan negeri.

Sumber HD - 27-6-2014








758,976 rumah alami gangguan bekalan air

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Menurut Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, katanya beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Ini, katanya berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut yang sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu.
Dalam kenyataan melalui laman Sybas, beliau berkata walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya.

Sementara itu, jelasnya beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

Katanya, pengurangan pengeluaran air terawat dari LRA SSP1 dan LRA SSP3 mengakibatkan penurunan paras kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji rawatan air tersebut dan mengakibatkan gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

Beliau berkata, berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh Syabas tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan.
Antara kawasan yang telibat adalah seperti berikut:-

WILAYAH GOMBAK

Air panas
Aman Siara
Ampang Jaya
Ampang Water Front
Andaman Ukay
Astana Gemilang
AU1 – AU5
Balai Polis Gombak
Bandar Baru Ampang
Bandar Baru Selayang
Bandar Baru Wangsa Maju
Beverly Height
Bukit Antarabangsa
Bukit Idaman/Idaman Hills
Bukit Indah
Bukit Lela
Bukit Setiawangsa
Bukit Wangsa Mas
Dagang Jaya/ Halaman Indah
Dataran Ukay
Desa bakti
Desa Hussein Onn
Desa Lembah Pantai
Desa Melawati
Desa Minang
Gombak Setia
Harmonis
Industri Bolton
Intan Baiduri
Jalan Ampang
Jalan Chung Hwa Gombak
Jalan Genting Kelang
Jalan Hulu Kelang
Jalan Kepong
Jinjang Baru
Jinjang Selatan
Kampung Ampang Campuran
Kampung Ampang Indah
Kampung Baru Ampang
Kampung Cangkat
Kampung Dato Mufti
Kampung Datuk Keramat
Kampung Kemensah
Kampung Kerdas
Kampung Klang Gates
Kampung Kok Doh
Kampung Lee Kong Chian
Kampung Melayu Ampang
Kampung Melayu FRIM
Kampung Padang Balang
Kampung Pasir Hulu Kelang
Kampung Puah
Kampung Setia Jaya
Kampung SPG 3 Gombak
Kampung Sri Gombak Indah
Kampung Sungai Mulia
Kampung Sungai Sering
Kampung Tasek Permai
Kawasan Perindustrian Bebas Hulu Kelang
Kemensah Heights
Kepong Baru
Kepong Interprenuer
Keramat Hujung
Kuala Ampang
Magna Villa
Megan Setapak
Metro Prima
One Selayang
Pesona Villa
Pinggiran Batu Caves
Platinum Victory
Prima Melawati
Prima Selayang
Puncak Setiawangsa
Pusat Kepong
Rampai Niaga Business Park
Residen Sri Utara
Rimbunan Melati
Selayang Baru
Selayang Height
Selayang Jaya
Selayang Pandang
Selayang Permai
Selayang Segar
Selayang Sejati

Selayang Utama
Sering Ukay
Setapak Jaya
Sri Edaran Kepong
Sri Gombak
Sri Melati
Sri Murni
Taman Ampang Indah
Taman Ampang Mewah
Taman Ampang Prima
Taman Ampang Utama
Taman Andaman Wangsa Maju
Taman Beringin Jinjang
Taman Bidara
Taman Bukit Ampang
Taman Bukit Ampang Permai
Taman Bukit Jaya
Taman Bukit Jubina
Taman Bukit Kemensah
Taman Bukit Mas Melawati
Taman Bukit Mewah
Taman Bukit Mulia
Taman Bukit Utama
Taman Bunga raya
Taman Cahaya Indah
Taman Cemerlang
Taman Danau kota
Taman DAR
Taman Desa Setapak
Taman Fadason
Taman Faizura Ampang
Taman Gombak Jaya
Taman Grandview Ampang Jaya
Taman Halaman/ KESUMA
Taman Harmonis
Taman Hijau
Taman Hillview
Taman Ibukota
Taman Kamariah
Taman Kelab Ukay
Taman Kemensah Indah
Taman Kepong
Taman KOSAS
Taman Melati
Taman P.Ramlee
Taman Pandan Ria Ampang
Taman Permai Jaya Ampang
Taman Permai Jaya Ampang
Taman Permata
Taman Perwira 2 Ampang Jaya
Taman Perwira Gombak
Taman Pinggiran Ukay
Taman Puncak Utama
Taman Raintree
Taman Rasmi Jaya
Taman Selayang Baru
Taman Setapak Indah
Taman Setapak Permai
Taman Setia Gombak
Taman Setiawangsa
Taman Sri Ampang
Taman Sri Bayu
Taman Sri Jaya Ampang
Taman Sri Keramat
Taman Sri Rampai
Taman Sri Segambut
Taman Sri Ukay
Taman Sri Watan
Taman Suria Setapak
Taman TAR
Taman Uda Jaya
Taman Usahawan
Taman Wahyu
Taman Wangsa Jaya
Taman Wilayah
Taman Zooview
Taman/ Kampung Tasek Tambahan
Ukay Bistari
Ukay Height
Ukay Perdana
Villa Sri Ukay
Villa Wangsa Mas
Wangsa Maju
Wangsa Melawati
Wangsa Ukay

Jumlah Pintu Rumah: 218,940

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

Bandar Putera
Batu 3 Shah Alam
Batu 8 Bukit Kemuning
Bukit 5 Jalan Bukit Kemuning
Bukit Naga
Bukit Jelutong
Jalan Harum Estate
Jalan Hulubalang
Jalan Kebun
Jalan Kebun Nenas
Jalan Sellathevan
Kampung Baru HICOM
Kampung Bukit Lanchong
Kampung Kebun Bunga
Kampung Lombong
Kota Kemuning
Lorong Seri Gambut
Puncak Perdana
Putra Height
Seksyen 1, Shah Alam
Seksyen 2, Shah Alam
Seksyen 3, Shah Alam
Seksyen 7, Shah Alam
Seksyen 8, Shah Alam
Seksyen 9, Shah Alam
Seksyen 11 – 13, Shah Alam
Seksyen 16, Shah Alam

Bukit Rimau
Jalan Kebun
Kampung Lombong
Berjaya Park
Johan Setia
Seksyen 22, Shah Alam
Seksyen 25 (Axis), Shah Alam
Seksyen 26, Shah Alam
Seksyen 27, Shah Alam
Seksyen 28, Shah Alam
Seksyen 32, Shah Alam
Seksyen 33, Shah Alam
Seri Lembayung
Subang Mas
Taman Alam Nyata
Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam
Taman AMJ
Taman Cahaya SPK
Taman D’Kayangan
Taman Desa Kemuning
Taman Desa Latania
Taman Kandis Permai
Taman Samarinda
Taman Sentosa
Taman Sunway Suria
Taman Subang Impian

Jumlah Pintu Rumah: 390,861

WILAYAH PETALING

Seluruh USJ Subang

Jumlah Pintu Rumah: 2,300

WILAYAH KUALA LUMPUR

Flat DBKL Dato Keramat
Jalan Padang Tembak
Jalan Semarak
Jalan Gurney
Kementah
Pulapol
Wisma tanah
JUPEM
Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
FELDA
Pusat Latihan Telekom
Jalan U-Thant
Jalan Ampang Hilir
Taman Pandan Jaya
Taman Cempaka
Taman Bakti
Taman Nirwana

Kampung Pandan Dalam
Taman Cahaya
Pandan Cahaya
Taman Dagang
Taman Shamelin Perkasa
MINDEF
Taman Tenaga
Taman Miharja
Taman Kobena
Desa Pandan
Flat Sri Melaka
Jalan Kent 1 hingga 7
Taman Putra Sulaiman
Taman Pandan Utama
Bandar Sri Permaisuri

Jumlah Pintu Rumah: 146,875

Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif disalurkan ke kawasan yang terjejas. Ini kerana secara keseluruhan kapasiti bekalan air terawat sedia ada di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rezab bekalan air berada di sekitar kurang dari 1% atau negatif apabila berlaku permintaan puncak.

Pihak Syabas menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak Syabas terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat. Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri.

Pihak Syabas akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa.

Pada masa sama, pihak Syabas menjangkakan para pengguna juga mungkin menghadapi kesukaran untuk menghubungi Pusat Panggilan Syabas (PUSPEL) kerana kesesakan talian telefon PUSPEL dan mereka diminta bersabar jika terpaksa menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab.

Para pengguna di kawasan yang terjejas atau tidak dengan gangguan bekalan air diminta agar sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan. Sebarang penjimatan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

Sumber HD - 26-6-2014

Mais serah Bible dirampas kepada Tim. Pendakwa Raya

HARAKAHDAILY | .

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menyerahkan kesemua kitab Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) Januari lepas kepada pihak Pendakwa Raya negeri untuk tindakan selanjutnya.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata beliau telah menulis kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri berhubung perkara itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan cadangan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini.

Minggu lepas Sultan Sharafuddin menitahkan supaya Mais menyelesaikan isu rampasan Bible itu mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

Abdul Gani pula mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak berhubung rampasan Bible itu dan kes berkenaan ditutup.

Katanya, Pejabat Peguam Negara telah meneliti fakta dan bukti yang terkandung dalam kertas siasatan berhubung rampasan itu dan memutuskan ia bukan tulisan yang diterbitkan mengikut Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Mohamad Adzib berkata Mais akur dengan keputusan Peguam Negara itu dan kini menyerahkan kitab berkenaan kepada pihak Pendakwa Raya untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik.

"Sebenarnya kami berhak melupuskannya dengan sendiri. Tapi sebab kami pentingkan keadilan dan keharmonian, kami dah pulangkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa balik ke mahkamah mengikut prosedur," katanya ketika menutup Konvensyen Pemerkasaan Ummah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, hari ini.

Katanya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat rampasan itu mengikut undang-undang di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pada 2 Jan lepas, Jais menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim, di sini dan merampas 300 naskhah Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban sebagai langkah menyekat penggunaan kalimah 'Allah' di dalam Bible yang didakwanya bercanggah dengan enakmen itu. - Bernama

Sumber HD - 26-6-2014








'Permintaan mendadak' punca gangguan bekalan

BERNAMA | .
SHAH ALAM: Gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang sejak kebelakangan ini berpunca daripada peningkatan permintaan berikutan cuaca panas dan kering.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Priscilla Alfred berkata kapasiti air terawat sedia ada kini belum dapat menampung peningkatan permintaan mendadak, terutama pada waktu puncak.

"Setakat ini, terdapat dua hingga lima peratus peningkatan dalam penggunaan air di Lembah Klang dengan purata 225 hingga 300 liter penggunaan air bagi seorang individu sehari sejak cuaca kering berlaku.

"SYABAS memantau situasi ini dari semasa ke semasa, dan segala aduan serta maklum balas yang kita terima akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita dalam satu program santai di Taman Botani Negara semalam.

Beliau berkata gangguan bekalan yang dilaporkan berlaku sebelum ini telapun pulih namun beberapa kawasan di Hulu Langat masih terjejas dan pihaknya telah menggerakkan lori tangki bagi menyalurkan bekalan kepada orang ramai di kawasan
itu.

Program santai itu, yang bertujuan menyedarkan masyarakat berkaitan kepentingan sungai sebagai sumber air, disertai lebih 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda dan SMK Seksyen 24(2). - Bernama

Sumber HD - 26-6-2014

Unisel antara IPTS terbaik, ada 70 pensyarah PhD

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan memilih Universiti Selangor (Unisel) untuk menyambung pengajian mereka di peringkat tertinggi.

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, hal itu kerana Unisel adalah salah satu institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diakui terbaik di negara ini dengan lebih 70 pensyarah berstatus doktor falsafah (PhD), lapor Selangor Kini.

Katanya, 50 daripada kesemua 86 kursus pengajian ditawarkan turut menerima pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kita tawarkan program terbaik dengan harga yang sangat rendah.

“RM26,000 kita tawarkan untuk tiga tahun pengajian, sedangkan IPTS lain jumlah itu hanya untuk setahun, malah ada yang setakat boleh tampung pengajian satu semester sahaja,” katanya dalam sidang media di kampus Bestari Jaya.

Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali yang terdahulu melakukan lawatan ke asrama pelajar perempuan yang siap dibaik pulih.

Sementara itu, Anuar mengakui terdapat peningkatan yuran dilakukan namun ia tidak melebihi kadar ditetapkan kementerian sebanyak 30 peratus daripada kadar sebelumnya.

Menurutnya, sesetengah yuran bagi program tertentu memang dinaikkan tetapi tidak lebih 30 peratus.

“Katakan sebelum ini RM10,000, selepas dinaikkan menjadi RM15,000 dan ini masih rendah berbanding IPTS lain takkan dapat harga begini.

“Kita juga tidak boleh naikkan tinggi, kerajaan negeri tidak benarkan,” katanya lagi.

Sumber HD - 25-6-2014








Kelantan juarai Majlis Tilawah al-Quran Braille

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .


SHAH ALAM: Peserta yang mewakili negeri Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara Majlis Tilawah al-Quran Braille peringkat kebangsaan yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, 22 Jun lalu.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Urusan KL Braille Resource, Datuk Mah Hassan Omar berkata, PPAS menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja kepada orang awam malah kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

Golongan OKU kini boleh memperolehi bahan bacaan dalam tulisan braille yang disediakan pihak pengurusan perpustakaan, katanya.

Menurut beliau, sebuah bilik khas di tingkat dua disediakan di perpustakaan yang menyediakan bahan bacaan khusus untuk mereka yang mengalami kecacatan penglihatan.

"Kalau dahulu, mereka terpaksa datang ke Brickfield untuk mendapat bahan bacaan, tetapi kini dengan kerjasama perpustakaan awam ini, urusan ini lebih mudah.

"Ramai orang cacat penglihatan yang berminat untuk mendalami al-Quran tetapi tiada kemudahan itu, maka kita ambil inisiatif ini untuk sediakan kepada mereka," jelas beliau.

Majlis yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali itu disertai 12 peserta dari seluruh negara.

Turut hadir Pengarah PPAS, Mastura Muhammad.

Berita lanjut dalam Harakah terbaru Edisi Jumaat.

Sumber HD - 25-6-2014

Ugut pancung kepala: Perkasa burukkan imej Islam

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Ugutan seorang pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memancung kepala pihak yang dikatakan memperkotak-katikkan agama dan memperlekehkan sultan akan memberi kesan buruk kepada keharmonian kaum dan memberikan imej buruk kepada agama Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan media menyatakan kekesalan kerajaan negeri terhadap ugutan Perkasa itu dan ia hanya akan memberi kesan buruk kepada keharmonian pelbagai bangsa dan agama di Malaysia khususnya di Selangor.

Menurut beliau, ugutan yang dibuat oleh Perkasa tidak memberi manfaat bahkan telah memberi persepsi negatif terhadap agama Islam yang sebenarnya menitikberatkan persaudaraan, keadilan, keharmonian, saling hormat menghormati dan kesederhanaan.

"Kita melihat kenyataan sebegitu hanya mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam.

"Kerajaan Selangor menyeru semua pihak berhenti mengambil kesempatan di atas isu Bible demi kepentingan diri atau politik dan menghormati titah DYMM Sultan Selangor agar kes ini diserahkan kepada mahkamah," tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Lim Chee Wee berkata, ancaman pemimpin Perkasa untuk memancung leher pihak tertentu boleh menjadi kesalahan di bawah rang undang-undang (RUU) baru untuk menggantikan Akta Hasutan.

RUU Jenayah Kebencian Bangsa dan Agama itu merangkumi kesalahan “memberi ucapan kebencian dengan niat untuk mengugut atau menyebabkan kecederaan kepada individu atau kumpulan lain” dengan asas agama atau bangsa, lapor Malaysiakini. - HARAKAHDAILY, 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014








Paip pecah: Pulau Ketam, Sg. Lima terputus bekalan air

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dua kawasan iaitu Pulau Ketam dan Sungai Lima terputus bekalan air ekoran saluran paip di dasar laut sepanjang 18 kilometer pecah, maklum Syabas dalam satu kenyataan.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kejadian paip pecah itu dilaporkan berlaku pada 21 Jun lalu di jajaran paip bersaiz 450mm, jenis High Density Polyethylene (HDPE).

Saluran itu menurut beliau membekalkan air bersih kepada 1,184 akaun pengguna di Pulau Ketam dan Sungai Lima.

Ketika ini kata beliau, pihak kontraktor dilantik sedang giat mengesan lokasi terbabit dengan menggunakan kaedah pengesanan (tracing).

“Berdasarkan pengalaman lepas, pengesanan lokasi kejadian paip pecah sukar dilakukan dan mengambil masa yang lama untuk dikenalpasti disebabkan keadaan semasa laut yang berlumpur," katanya.

"Setelah lokasi kebocoran dikesan, Syabas memerlukan tempoh sekurang-kurang seminggu untuk melakukan kerja-kerja pembaikan kerana kedudukan paip berkenaan berada jauh di dasar laut," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pelan tindakan kecemasan Wilayah Klang juga telah diaktifkan dan bantuan awal telah digerakkan.

Pihak Syabas katanya telah menyediakan 2,500 botol air mineral berkapasiti 5 liter setiap satu akan ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa untuk diagihkan kepada pengguna.

"Dalam masa yang sama turut membuka Pusat Perkhidmatan Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam, yang berfungsi sebagai pusat infomasi, bantuan bekalan air kecemasan dan interaksi terus dengan penduduk setempat dan juga wakil-wakil penduduk,” katanya. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014

Isu MB: Ambil kira pandangan rakyat - Iskandar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad berkata, tidak wajar hanya mengambil pandangan kelompok tertentu dalam membuat keputusan Menteri Besar perlu ditukar.

Menurut beliau, dalam isu ini, pandangan rakyat juga perlu diambil kira dan bukan pandangan pemimpin politik semata-mata.

"Pemimpin politik perlu juga turun ke bawah untuk mendapatkan pandangan sebenar di peringkat akar umbi.

"Jangan sama sekali hasrat rakyat biasa diketepikan. Mereka juga mempunyai hak kerana seorang Menteri Besar itu bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu yang mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, berkata pada pilihanraya umum ke-13 lalu, parti-parti politik telah turun merayu kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.

Maka ujarnya, adalah wajar di saat-saat seperti ini lebih-lebih lagi melibatkan perubahan besar seperti pertukaran Menteri Besar perlu juga mendapat pandangan mereka.

"Sekiranya rakyat tidak merestui jika pertukaran berlaku maka kesannya akan diterima pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

"Pakatan Rakyat mesti mesra rakyat dan ini termasuk peka kepada kehendak rakyat.

"Biarlah pandangan kesemua kelompok dan peringkat rakyat diambil kira, bukan hanya kumpulan-kumpulan tertentu sahaja," tegasnya. HARAKAHDAILY 22/6/2014

Sumber HD - 22-6-2014








Kidex: Jalur jalan belum ada, bantahan tidak patut timbul

LIZAWATI MADFA | .
SHAH ALAM: Pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) masih belum dimasukkan dalam mana-mana rancangan tempatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga masih belum memberi cadangan jajaran untuk pembinaan lebuh raya itu.

Oleh itu, katanya, desakan untuk Kerajaan Negeri tidak seharusnya timbul pada peringkat ini kerana ia masih dalam perancangan secara dasar sahaja.


“Kita mengikut tatacara dengan LLM akan memberikan jalur-jalur jalan yang mereka mahu bina, kemudian baru Kerajaan Negeri akan memberikan kepada PBT untuk hebahan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Oleh sebab kita masih belum dapat dari LLM, Kerajaan Negeri pun belum meminta PBT untuk mengumumkan perancangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini, semalam, yang turut dihadiri Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

Baru-baru ini, beberapa ADUN Selangor dalam satu sidang media mendesak Kerajaan Negeri tidak memasukkan pembinaan Kidex dalam pelan rancangan tempatan di peringkat PBT.

Sehubungan itu, Abdul Khalid juga mengingatkan semua pihak untuk tidak berbincang perkara yang masih di peringkat dasar dan belum ada hitam putih.

“Isu itu sebenarnya tidak timbul sebab belum dapat dari LLM. Kalau sudah dapat baru lepas itu masyarakat boleh pantau, bincang dan tentukan sama ada boleh diteruskan atau tidak.

“Kalau belum ada apa-apa terjadi dan kita tidak tahu mana jalur jalannya, macam mana kita nak buat,” katanya lagi. – Selangor Kini

Sumber HD - 22-6-2014

S'gor bantu keluarga Ustaz Ahmad Mustafa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor akan membantu segala keperluan balu dan anak-anak bekas Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

Semalam, kerajaan negeri melalui Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada isteri Allahyarham, Nurazira Ahmad Bashir ketika melawat mereka di kediaman Kuarters Masjid Negeri.

Selain itu, menurut Rodziah, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan pihak Jabatan Agama Islam (Jais), supaya membuat pembayaran penuh kos rawatan Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM130,000.

Katanya, pihaknya juga akan melihat keperluan balu Allahyarham dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

“Jadi kita akan lihat keperluan mereka yang lain dan cuba membantu dari segi pendidikan anak-anak dan sebagainya," katanya dipetik Selangorkini.

Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di IJN akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia antara 11 tahun hingga tiga bulan.

Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008.

“Kita juga akan menyumbang sumbangan khairat kematian kepada keluarga arwah. Kita tahu tabungan ini tidak akan cukup, namun sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka.

Selain itu, menurut Rodziah pihak Jais juga akan membayar pampasan kepada keluarga Allahyarham selama tempoh perkhidmatan arwah. - HARAKAHDAILY 21/6/2014

Sumber HD - 21-6-2014








Tukar MB: Khalid tak kisah, anggap cerita lama

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan gesaan agar beliau berundur dari kerusi Menteri Besar Selangor yang kembali kedengaran sebagai isu lama.

Khalid ketika menjawab soalan pemberita semalam berkata, beliau tidak kisah dengan ungkitan gesaan itu dan menghormati pandangan pihak tersebut.

“Tidak mengapa, itu pandangan mereka. Saya sudah dengar semua ini sejak tahun 2013 lagi,” katanya dipetik Selangorkini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaian sumbangan dana kepada enam sekolah Tamil di Kuala Selangor, semalam.

Gerakan untuk menukar Khalid bermula ketika 'Kajang Move' yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun 'projek' tersebut sedikit terganggu apabila Anwar hilang kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dalam isu fitnah liwat II.

Bagaimanapun gesaan ini kembali kuat kedengaran sejak kebelakangan ini ekoran beberapa isu yang berlaku di negeri itu di mana Khalid dilihat lebih bertindak bersendirian dan mengenepikan pandangan ketiga-tiga parti yang berkongsi kuasa di negeri itu.

Antaranya isu pembinaan Lebuhraya Kidex, isu rampasan bible Melayu, serta isu penstrukturan semula industri air. - HARAKAHDAILY 21/6/2014

Sumber HD - 21-6-2014

Baik pulih PPR: S'gor peruntuk RM3,000 setiap rumah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan menanggung kos baik pulih RM3,000 bagi setiap unit kediaman di beberapa kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata ianya melibatkan sejumlah 1,717 unit kediaman kesemuanya.

“LPHS sudah diarahkan untuk membuat kertas kerja dan maklumkan kepada mesyuarat Exco supaya mengeluarkan dana bagi membolehkan urusan baikpulih dapat dipercepatkan.

“Kita perlu lakukan segera (baikpulih) supaya kediaman itu dapat dipenuhi secepat mungkin,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.

Harga sewa kekal

Sementara itu, Iskandar berkata kadar rumah sewa kepada penghuni PPR dikekalkan pada nilai RM124 sebulan bagi yang berpendapatan di bawah RM1,500.

“Manakala yang berpendapatan lebih daripada itu bayar RM250,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri menetapkan 30 hingga 40 peratus daripada kediaman yang dibina di negeri ini adalah rumah mampu milik.

Ianya bertujuan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Harga bagi setiap unit di bawah polisi Rumah Selangorku kata beliau, antara RM42,000 hingga RM250,000.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, berkata satu badan khas khusus bagi membina rumah mampu milik akan ditubuhkan. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014








Gangguan bekalan air 18 kawasan di KL - Syabas

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Sejumlah 17,500 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di 18 kawasan sekitar ibu kota mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Kenyataan Syabas semalam menyebut gangguan bekalan air itu disebabkan penurunan paras air di kolam-kolam utama yang menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Ia berkata masalah itu timbul berikutan permintaan air yang tinggi yang telah melebihi kapasiti bekalan.

Kawasan yang terlibat adalah Jalan Lapangan Terbang Lama (TUDM), Sungai Besi, Chan Sow Lin, Wisma Putra, Belemy, Kerayung, Jalan Sanpeng, Dataran FNN, seluruh Taman Seputeh dan Bukit Seputeh.

Selain itu, kawasan lain adalah Jalan Syed Putra, Taman Segar, Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Kencana, Maju Jaya, Lembah Maju dan Taman Tayton View.

"Pengguna di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan bekalan air itu diminta sentiasa menggunakan air secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor supaya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252.

- Bernama

Sumber HD - 20-6-2014

S'gor salur lebih RM10 juta kepada 479 sekolah

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan RM10,903,000 melalui Program Bantuan Sekolah (Fasa 1) bagi Tahun 2014 kepada 479 sekolah seluruh negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata agihan itu bertujuan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah Selangor.

“Sebelum 2008, SAR tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri atau Pusat. Kemudahan insfra di kebanyakan sekolah ini berada dalam keadaan yang lemah termasuk sistem pendawaian, tandas, kipas dan bilik darjah dalam keadaan tidak terurus dengan baik.

“Jadi, bantuan seumpama ini amat diperlukan pihak sekolah dalam memberi persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar,” katanya dipetik Selangorkini.

Untuk rekod, peruntukan Program Bantuan Sekolah bagi penggal itu masih kekal kepada RM16 juta.

Agihan itu membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan bantuan RM2,302,000, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM3,077,00 dan bakinya Rm5,506,000 untuk Sekolah Agama Rendah (SAR).

Agihan cek bagi SJKT dilaksana pada 18 Jun lalu, manakala SJKC akan dilaksanakan pada 24 Jun ini (lokasi akan diberitahu kelak), sementara SAR pada 7 Julai ini bertempat di Kolej Integrasi tahfiz tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS) di Pancang Bedena, Sabak Bernam.

“Kita mahu setiap pemberian diuruskan pihak sekolah dengan penuh amanah. Kita bercadang untuk tubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memantau setiap penggunaan dana supaya apa yang sekolah minta di dalam borang dilaksanakan selepas Kerajaan Negeri memberi bantuan,” katanya. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Sumber HD - 19-6-2014








Najib juga tidak setuju dengan Mais

http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | .

Setelah beberapa hari berlakunya polemik mengenai kitab Bible yang enggan dipulangkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Peguam Negara, Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataannya petang semalam dengan harapan kemelut itu dapat diakhiri dengan baik.

Peguam Negara memutuskan tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan terhadap Persatuan Bible Malaysia yang didapati memiliki Bible bahasa Melayu serta terdapat kalimah Allah didalamnya dan mengarahkan kitab itu dipulangkan semula kepada persatuan terbabit.

Bagaimanapun, Majlis Agama Islam Selangor atau Mais yang menaungi Jais enggan mematuhi arahan Peguam Negara itu dengan alasan mereka di pihak yang betul serta mendakwa rampasan Bible itu mematuhi peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (kawalan pengembangan di kalangan orang Islam).

Najib mengeluarkan kenyataan ini kerana di sebalik Jais atau Mais diminta mematuhi arahan Peguam Negara itu, semakin keras pula pendirian tidak mahu memulangkannya. Ini seolah-olah mengundang ketegangan yang berpanjangan.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri menggesa Mais berunding dengan Peguam Negara jika ia berpendapat Peguam Negara perlu mengkaji semula keputusannya dalam isu rampasan kitab Bible oleh Jais.

Apa maksudnya? Jelas bahawa Najib mahukan Mais berunding dengan Peguam Negara dan bukannya terus membuat keputusan tidak mahu memulangkan Bible itu sebagaimana yang dilakukannya sekarang ini.

Maknanya, Najib tidak setuju dengan pendirian Mais yang yang tidak menggunakan kaedah rundingan dengan Peguam Negara, sebaliknya terus menyatakan tidak setuju dengan keputusan Peguam Negara serta enggan pula mematuhi arahan yang diberikannya.

Perdana Menteri menambah lagi, penyelesaian isu rampasan kitab Bible milik Perstuan Bible Malaysia itu hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan dan semangat Perlembagaan serta Undang-undang Negara supaya ia dapat diterima oleh masyarakat.

Kajian semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara semestilah berasaskan kepada lunas undang-undang negara ini dan semua pihak mesti menghormati keputusan yant dibuat, demikian kata kenyataan oleh Najib itu lagi.

Apakah pula maksudnya? Ia tidak lain meminta Mais menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang menetapkan kuasa pendakwaan adalah terletak di tangan Peguam Negara. Jika Peguam Negara mengatakan tiada kes, keputusan itu hendaklah dihormati kerana itulah semangat memahami undang-undang dan Perlembagaan.

Namun demikian, sekiranya tidak berpuas hati, ia boleh dirayu atau dibincangkan kemudian dengan baik, tetapi bukannya dengan membantah secara terbuka. Membantah secara terbuka samalah dengan tidak menghormati Perlembagaan dan Undang-undang Negara.

Dalam kenyataan seterusnya, Najib juga berkata, kerajaan negeri Selangor, Mais dan Jais yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan dan pentadbirah hal ehwal Islam di Selangor hendaklah menentukan sama ada untuk memulangkan kitab Bible tersebut atau sebaliknya.

"Sebagaimana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kesucian Islam dan umat Islam dari dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

"Manakala Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, juga memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan juga kerajaan negeri untuk mengawal atau menyekat perkembangan doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam," kata Najib dalam kenyataannya itu lagi.

Sangat jelas bahawa Najib ingin mengatakan bahawa walaupun Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain juga boleh diamalkan, dengan syarat tiada sebarang percubaan menyebarkan agama lain kepada orang Islam.

Dalam konteks kitab Bible yang dirampas, ia dirampas di pejabat Persatuan Bible Malaysia dan dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak yang sememangnya kerajaan telah membenarkan penggunaan kitab Bible berbahasa Melayu di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam masa yang sama, kitab Bible itu juga difahamkan diletakkan di tempat terbuka ketika rampasan dilakukan. Ini bermakna tiada kebarangkalian ia digunakan secara sembunyi atau cuba diedarkan secara sulit kepada umat Islam di Semenanjung.

Bukan saja tiada bukti Bible itu sebagai alat menyebarkan doktrin agama lain kepada umat Islam, bahkan kitab itu juga diletakkan di premis yang jelas kaitannya dengan agama Kristian.

Walaupun Najib menyerahkan kepada kerajaan Selangor, Mais dan Jais membuat keputusan akhir, tetapi adalah jelas beliau mahukan keputusan itu sentiasa dalam ruang lingkup menghormati Perlembagaan dan Undang-undang serta memahami kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Najib ini, tidak terselindung juga niat dan kemahuannya agar keputusan Peguam Negara itu dihormati oleh Mais. Kerajaan Selangor sendiri sudah pun akur dengan keputusan Peguam Negara itu, hanya Mais saja yang berkeras ketika ini.

Dengan penjelasan Najib agar menghormati undang-undang dan Perlembagaan, mengadakan rundingan jika tidak setuju dan memahami kebebasan beragama yang diamalkan, adalah diharapkan Mais dapat memahami bahawa bersikap keras, langsung tiada toleransi dan tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan, lebih mencemarkan Islam itu sendiri di mata bukan Islam.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 18-6-2014








Beza Kerajaan PR dengan BN hargai jasa PBT

PERBEZAAN ANTARA KERAJAAN PR DENGAN KERAJAAN UMNO/BN DALAM MENGHARGAI SUMBANGAN DAN JASA KAKITANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT).

Ini bukannya cerita dogeng yang direka cipta fakta dan bukti tetapi ianya kenyataan dengan rakaman sebagai bahan berbicara.

Semasa Umno/BN berkuasa dan memerintah Negeri Selangor cara kerajaannya menghargai dan memperingati akan sumbangan para kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri tersebut ialah memberikan hadiah penyapu sedangkan kerajaan PR pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim pula memberikan dan menghadiahkan sijil penghargaan.

Rakyat dan kakitangan agensi kerajaan di bawah pemerintahan PR dihargai dan dilayan seperti insan yang mempunyai harga diri dan maruah sedangkan zaman Umno/BN dilayan macam sampah... amat jauh beza.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 17-6-2014

Mais disaran buat semakan kehakiman isu bible

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) digesa membuat semakan kehakiman jika tidak bersetuju dengan arahan Peguan Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung isu pemulangan semula naskhah bible kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily berkata tindakan tersebut adalah wajar bagi menyelesaikan konflik membabitkan bible.

"Dalam isu bible ini kita melihat ada dua kuasa autonomi iaitu Mais dengan keputusannya untuk tidak mahu memulangkan balik.

"Manakala bagi pihak Peguam Negara dan Kerajaan Negeri Selangor arahan pemulangan itu telah dikeluarkan.

"Bagi menyelesaikan isu ini adalah lebih baik Mais membuat semakan kehakiman bagi mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Sebelum itu, Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan semula naskhah bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dikeluarkan susulan kenyataan Abdul Gani Patail yang menyebut, kes itu kini ditutup dan pendakwaan tidak akan diteruskan.

Abdul Gani dalam kenyataannya menyebut, fakta dan keterangan menunjukkan bahan rampasan itu bukan tulisan yang diterbitkan bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Jais telah merampas sebanyak 321 bible versi bahasa Melayu dan 10 bahasa Iban di dalam 16 kotak ketika melakukan serbuan ke pejabat BSM pada 2 Januari lalu. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014








PAS mahu kuasa eksekutif Mais dikaji semula

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS Selangor menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pindaan itu perlu dibuat agar kuasa Mais tidak mencelarukan pentadbiran negeri Selangor.

"Jais diarahkan oleh Mais, minta kerajaan Selangor kaji balik kuasa ini. Kerana Mais ini dilihat rapat dengan Sultan Selangor,"katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikin merujuk kepada rampasan bible berbahasa Melayu oleh Jais atas arahan Mais pada Januari lalu bagaimanapun Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan bible dan kes itu ditutup.

Ekoran itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Jais memulangkan semula kitab tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Tiada kaitan dengan PAS

Khalid juga menegaskan tindakan Mais dan Jais dalam kes ini tidak ada kena mengena dengan PAS.

"Saya tegaskan ini kerana media sosial menyalahkan PAS yang memegang portfolio agama negeri Selangor yang bertindak sedemikian rupa terhadap agama lain.

"Sedangkan apa yang berlaku Exco sendiri tidak tahu. Mais bukan dilantik oleh kerajaan negeri,"katanya dalam sidang media di parlimen.

Khalid berkata, tindakan Mais itu sekali gus mencemarkan imej agama Islam kerana memberi gambaran seolah-olah Islam tidak menghormati kitab agama lain.

"Kitab ini diambil daripada stor dan tiada timbul untuk disebarkan kepada orang Islam. Perbuatan ini juga mencemarkan agama dan imej kesultanan negeri ini,"katanya.

Turut bersama dalam sidang media itu Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahamud dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014








S'gor peruntuk RM17 juta bina Maahad Tahfiz Sains

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dijangka memperuntukkan kira-kira RM17 juta bagi membiayai pembinaan sebuah Sekolah Maahad Tahfiz Sains Integrasi dalam Belanjawan 2015 nanti, lapor Selangor Kini.

Sekolah yang dibina mengikut spefikasi berdasarkan piawaian standard Kerajaan Selangor itu dibina berikutan peningkatan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama sekaligus melahirkan lebih ramai ilmuan agama dari kalangan anak muda negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata, sekolah itu akan dibina mengikut spefikasi tetap berdasarkan piawaian yang ditetapkan kerajaan negeri.

Menurutnya, pada masa ini kerajaan negeri ada kecenderungan untuk menjadikan Maahad Tahfiz Alam Impian yang dibina bersekali dengan masjid sebagai model.

“Kalau mengambil Sekolah Maahad Tahfiz Alam Impian sebagai model, kos pembinaannya memerlukan RM30 juta tetapi kalau tanpa masjid iaitu sekolah sahaja lebih kurang RM17 juta bagi membina sebuah sekolah yang mempunyai bangunan tiga tingkat yang lengkap,” kata Sallehen ketika ditemui Selangor Kini dalam majlis Pecah Tanah Fasa 1 Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang, semalam.

Menurut Adun Sabak itu lagi, kerajaan negeri akan menambah bilangan Sekolah Maahad Tahfiz Sains Intergrasi lebih banyak lagi dalam belanjawan akan datang.

“Pada masa ini kita masih mengkaji lokasi pertama untuk pembinaan Maahad Tahfiz itu walaupun ada kecenderungan untuk dibina di Hulu Langat dahulu sebab ada tawaran pihak yang mewakafkan tanah di sana.

“Sebenarnya di Ijok juga ada penduduk yang setuju mewakafkan tanah seluas 40 ekar untuk tujuan ini. Walaupun sebenarnya Kuala Selangor belum termasuk dalam rancangan kita tetapi sekiranya prosesnya lebih mudah kita sedia mempertimbangkan,” kata beliau lagi.

Sebelum itu, Sallehen merasmikan Majlis Pecah Tanah Fasa 1 Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang.

Sumber HD - 16-6-2014








Al-Kitab - Horses’ Mouths – 16 June 2014

Harakahdaily - TS | .

Al-Kitab controversy

The reason given by the attorney-general in not prosecuting those involved will cause confusion among the Muslims.

Mohamad Adzib Mohd Isa, Selangor Islamic Council (MAIS), insisting on not returning the Bibles it seized from the Bible Society of Malaysia (BSM) last January

We are concerned that they are behaving as if they do not acknowledge the official stance of‎ the government chosen by the rakyat. Their actions are tantamount to separating the Sultan of Selangor from the rakyat.
Khalid Samad, Shah Alam MP

The question is therefore why can't the state government control them? The answer is more political than legal. MAIS and JAIS (Selangor Islamic Religious Department) are religious bodies, they are seen to be under the sultan. So the state government does not want to be seen as being against the sultan, even though in reality it is their duty to keep Jais and Mais in check.
Syahredzan Johan, lawyer

The sultan has been allowed by the federal constitution to act on his own without or against government advice. Religion is a state matter. The AG has no power over the states. This is the law.
Abdul Aziz Bari, constitutional expert

I have made a statement before this. I do not wish to elaborate further except for that I still hold to my opinion.

Abdul Gani Patail, Attorney General, standing firm on his decision to close the case on the 321 copies of Bible that were seized by the Selangor Islamic Religious Department (Jais) in January

Miri blackout

The cause of the power outage is still under investigation.
Sarawak Energy Berhad (SEB), Sarawak’s sole electricity supplier, on the power outage which hit certain parts of Miri City yesterday

Suing Najib, Rosmah

This claim has only been filed now due to the very recent emergence of new evidence linking the sequence of events which took place on the night of July 3, and morning of July 4, 2008 and which now appears to implicate all the defendants as having combined to play significant roles in perpetrating this alleged wrongdoing against the plaintiffs and the deceased.

Americk Sidhu, counsel to the family of the late P Balasubramaniam, on suing nine individuals, including Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor, for damages for being forced into exile in India for nearly five years

Kidex

These figures cited by the DAP assemblypersons were not plucked off the sky or produced on our own, but are extracted directly from the very documents which Fadhillah claimed were presented to MBPJ. Hence we will like to challenge the works minister to present his 'research' which allegedly supports the estimate of an overall reduction of 20 to 30 percent in traffic in Petaling Jaya and Puchong.

Tony Pua, Petaling Jaya Utara MP, accusing Work Minister Fadhilah Yusof of attempting to mislead the public by claiming that the Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) will reduce traffic in Petaling Jaya and Puchong by 20 to 30 percent.

Sumber HD - 15-6-2014

LLM sedia kertas kerja lebuh raya S'ngor termasuk KIDEX

AFEEQA AFEERA | .

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memberi tempoh seminggu kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menyediakan kertas kerja berhubung kemajuan lebuh raya di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada LLM dan mereka bersetuju untuk menyediakan kertas kerja mengikut tempoh ditetapkan.

“Kita dah panggil LLM berbincang dan mereka minta diberi masa seminggu untuk sediakan kertas kerja tentang kemajuan lebuh raya di Selangor,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Taklimat Pelabur I-City untuk pembangunan I-City Mall, dekat sini semalam.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memaklumkan akan memanggil pihak LLM ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi memberi penerangan berhubung cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan lebuh raya lain di Selangor.

Abdul Khalid berkata, LLM yang bertanggungjawab mengawal selia lebuh raya bertol perlu memainkan peranan penting untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada orang ramai khususnya kepada penduduk di Petaling Jaya.

Beliau berkata LLM bertanggungjawab memastikan keperluan sosial dan alam sekitar dipenuhi selain menjadi pakar rujuk dalam pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol. - Selangor Kini

Sumber HD - 13-6-2014








Exco diminta bantu Jais pulangkan Bible

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menyambut baik kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah memutuskan tiada kes terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan tiada pendakwaan akan dibuat.

Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan agar kesemua Bible yang dirampas sebelum ini dipulangkan kepada BSM.

"Kerajaan negeri juga telah dinasihatkan oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu mengikut perundangan dalam mengendali barang kes yang telah diambil oleh Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) daripada BSM.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB Salehen Mukhyi dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor, Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman untuk membantu Jais memulangkan semua barang kes tersebut," ujar beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Abdul Khalid menambah, Ustaz Salehen dan Jais juga telah diminta untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang terlibat khususnya BSM bagi menyelesaikan perselisihan pendapat secara baik dan adil demi keharmonian beragama yang dituntut dalam Islam dan agama-agama lain.

Kerajaan Selangor, tambahnya berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara di atas nasihat yang diberikan juga kepada BSM yang memberikan kerjasama baik kepada Jais ketika siasatan berjalan.- HARAKAHDAILY, 13/6/2014

Sumber HD - 13-6-2014








Speaker: Flip-flop isu hudud buang masa dewan

SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mempunyai tanggung jawab memelihara integriti dewan dan tidak menjadikannya sebagai gelanggang politik.

Hannah (gambar) berkata demikian bagi mengulas tindakan Adun Sungai Air Tawar (Umno), Kamarol Zaki Abdul Malik yang menarik balik notis untuk perbahasan isu Undang-Undang Hudud yang sepatutnya akan dibahaskan ketika sidang dewan, bermula 16 Jun ini.

Beliau berkata, pejabatnya menerima notis itu hari ini selepas semalam beliau mengumumkan menerima usul itu dibahas dalam sidang dewan.

“Tiada sebab diberikan bagi keputusannya untuk menarik balik usul itu. ADUN boleh melalui notis secara bertulis dihantar kepada kerani dewan mengeluarkan sebarang notis usul sebelum ini yang diberikan olehnya seperti Tetap Perintah 29 (1).

“Walaupun ia adalah hak seorang Adun itu menarik balik usul, amalan ini adalah tidak digalakkan,” kata Hannah dalam kenyataan medianya, di sini, hari ini.

Katanya, tindakan Adun Umno itu sebagai aksi politik terang-terangan dan sewajarnya tidak membuang masa dewan dengan tindakan demikian.

“Jika wakil rakyat tidak bersedia untuk berdebat dan berdiri dengan kehendaknya, dia tidak perlu membuang masa dewan.

“DNS adalah tempat sebenar setiap Adun yang dipilih mewakili suara rakyat bagi pengundi mereka dan membabitkan diri secara terhormat serta produktif dalam proses perundangan,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias, berkata BN Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu.

Shamsuddin berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Adun Sungai Air Tawar menyerahkannya kepada Hannah. - Selangor Kini

Sumber HD - 13-6-2014








Tiga lagi Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Selangor

SAIDAH HAIRAN | .
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad memaklumkan tiga lagi Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) akan ditubuhkan di negeri ini pada akhir tahun ini.

Menurut beliau, cadangan penubuhan MITS itu telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Beliau yang juga Ahli MMKN berkata, keputusan akhir penubuhan tiga MITS itu berada di tangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, manifesto Pakatan Rakyat Selangor pada pilihan raya umum lalu menjanjikan penubuhan tiga MITS jika diberi mandat semula mentadbir Selangor.

Menurut Iskandar, perancangan terperinci telah disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan kerjasama pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembinaan Insan negeri, Dr Halimah Ali dan pejabat Exco Hal Ehwal Islam, Ustaz Sallehin Mukhyi.

Menurut beliau, kerajaan negeri amat memahami hasrat ibu bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan peringkat menengah berteraskan Islam.

"Ramai daripada mereka terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah swasta di negeri ini atau ke sekolah-sekolah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Insya Allah MITS akan dapat memenuhi keperluan mereka di masa akan datang," katanya.

Kerajaan negeri bercadang menubuhkan MITS di Bagan Terap, Sabak Bernam dan dua lagi di daerah Sepang dan Selayang. - HARAKAHDAILY, 13/6/2014

Sumber HD - 13-6-2014

Air: Puncak Niaga akhirnya terima tawaran k'jaan S'gor

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: Tawaran Kerajaan Selangor untuk mengambilalih 100 peratus pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan 70 % saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah diterima secara prinsip oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga).

Keputusan Puncak Niaga untuk menerima tawaran pengambilalihan PNSB dan SYABAS oleh Kerajaan Selangor telah dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun 2014. KDEB pula dalam balasan suratnya kepada Puncak Niaga semalam menyatakan persetujuan secara prinsip dengan persetujuan tawaran itu.

"Kedua-dua pihak telah menyatakan persetujuan dengan terma dan syarat pengambilalihan 100 peratus pegangan saham dalam PNSB dan 70 peratus dalam Syabas dengan pertimbangan tunai bersih berjumlah RM1,555.3 juta," kenyataan dari Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri dipetuk.

Sebagai sebahagian daripada tawaran pengambilalihan itu, Kerajaan Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, (KDEB) akan mengambilalih pegangan saham Puncak Niaga dalam PNSB dan SYABAS termasuk semua aset dan liabiliti. Bagaimanapun, aset, liabiliti dan usaha niaga yang tiada kaitan dengan industri air adalah dikecualikan.

Melainkan pengecualian aset, liabiliti dan usaha niaga PNSB yang tiada kaitan dengan Perjanjian Konsesi, kesemua terma dan syarat ini adalah selari dengan terma dan syarat yang terkandung dalam tawaran akhir KDEB kepada Puncak Niaga bertarikh 26 Februari 2014.

Kerajaan Selangor juga telah diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah Puncak Niaga telah membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia pada akhir dagangan hari ini bagi mengesahkan persetujuan secara prinsip untuk menerima tawaran pengambilalihan ini.

Antara lain, tawaran pengambilalihan ini adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Puncak Niaga pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan oleh Puncak Niaga dalam waktu terdekat ini.

Dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam, Lembaga Pengarah Puncak Niaga telah dimaklumkan perkembangan terbaharu ini dan juga telah dimaklumkan oleh Tan Sri Rozali Ismail mengenai niatnya untuk mengundi bagi menyokong tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Selangor pada EGM akan datang memandangkan hak dan kelayakan beliau sebagai pemegang saham sebanyak 41.32% secara langsung dan tidak langsung dalam Puncak Niaga.

Penerimaan tawaran pengambilalihan ini adalah susulan rayuan yang telah dibuat oleh Puncak Niaga kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 15 Mei 2014 bagi menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menyambut baik perkembangan terbaharu ini dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Selangor kerana sudah berada di peringkat akhir dalam usaha mengembalikan hak air kepada rakyat.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada Kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dihasratkan WSIA.

Abdul Khalid berkata, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerana itu, Kerajaan Negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2 seperti yang telah dipersetujui menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) Air yang ditemeterai antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari 2014.

Beliau juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Sumber HD - 11-6-2014








Pembinaan Rumah Selangorku jana perolehan RM3 bilion

NAZLI IBRAHIM | .

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat Selangor memiliki kediaman.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu dapat dilihat apabila PKNS dijangka membina 31,086 unit rumah mampu milik dengan sumbangan hampir RM3 bilion kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2008 hingga 2030.
“PKNS dikenali dengan usahanya membangunkan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perniagaan, pelaburan dan pembangunan usahawan.

“Beralih ke fasa baru, PKNS kini menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik melalui program pemilikan Rumah Idaman PKNS atau di peringkat negeri dikenali sebagai Rumah Selangorku.

“Sehubungan ini, patik amat menggalakkan PKNS supaya menjalani perniagaan lebih bebas tanpa dibayangi Kerajaan Negeri,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan alu-aluannya kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Majlis Perasmian Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini, malam Khamis lalu.

Katanya, usaha itu membolehkan PKNS berkembang sebagai perbadanan lebih berdaya maju dan mampu bersaing dengan syarikat swasta lain, sekali gus menjana keuntungan lebih besar dan menyalurkan kembali kepada rakyat Selangor.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS turut berbangga terhadap kejayaan demi kejayaan yang ditempa perbadanan yang bakal berusia genap 50 tahun pada 1 Ogos ini.- Selangor Kini

Sumber HD - 8-6-2014








788 guru dan pegawai pendidikan JAIS terima durian runtuh

LIZAWATI MADFA | .

SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Rabu lalu meluluskan kenaikan pangkat 788 guru dan pegawai pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, untuk itu Kerajaan Negeri akan membuat pembayaran tunggakan berjumlah RM5.7 juta dengan perbezaan daripada Januari hingga Disember sebanyak RM2.4 juta.

Katanya, kenaikan pangkat itu akan dibuat secara ‘time based promotion’ kepada guru dan pegawai pendidikan melibatkan tangga gaji DG 29, DG 32, DG 41, DG 44, DG 48 dan DG 52.

“Hari ini ada berita gembira apabila MMKN luluskan pelaksanaan kenaikan pangkat kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan JAIS.

“Kita harap Kerajaan Negeri akan terus menghargai sumbangan guru-guru yang berkhidmat cemerlang dalam JAIS.

“Harap kelulusan ini juga akan mendorong semua untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam usaha melahirkan insan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat MMKN, 4 Mei lalu.

Kenaikan kali ini melibatkan seramai 399 orang bagi penjawat pegawai perkhidmatan pendidikan, 353 orang bagi pegawai di tangga gaji DG 29, 37, orang pegawai (DG 32), tiga orang (DG 41), seorang (DG 44), empat orang (DG 48) dan seorang (DG 52).- Selangor Kini

Sumber HD - 8-6-2014

No comments:

Post a Comment