JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Friday, June 13, 2014

KERAJAAN NAJIB ( JILID 2 )

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com

Amaran 13 Mei: Jangan cetus api perkauman

HARAKAHDAILY | .

WALAUPUN telah lama berlalu, peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei 1969 masih menjadi modal bagi Umno-BN untuk menakut-nakutkan rakyat. Terbaharu, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengingatkan rakyat tentang kebarangkalian berulangnya peristiwa hitam itu dilihat sebagai sesuatu yang kurang wajar.

Kenyataannya itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut menyatakan rasa kurang senangnya dengan kenyataan Muhyiddin itu.

Yang berikut pernyataan penuh beliau.

1. Kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin minggu lalu yang menyatakan bahawa tidak mustahil Peristiwa 13 Mei 1969 boleh berulang sangat menyinggung perasaan dan menggusarkan hati sebilangan besar rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

2. Sekalipun kenyataan itu mungkin bertujuan sebagai satu peringatan, ia tetap menimbulkan persoalan dan gambaran di sisi rakyat bahawa YAB TPM melihat sejarah tragedi hitam negara itu masih belum berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak kerajaan sehingga membuat andaian kemungkinan berulangnya peristiwa hitam itu pada masa akan datang.

3. Lebih membimbangkan jika kenyataan itu dikaitkan pula dengan kenyataan-kenyataan konsisten pemimpin-pemimpin utama negara termasuk Perdana Menteri sendiri yang turut mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan prejudis terhadap bangsa- bangsa lain khususnya pasca PRU13.

4. Pada masa yang lain pula, pihak radikal kaum tertentu terus dibiarkan subur dan lantang mengapi-apikan semangat perkauman menggunakan premis membela nasib kaum sendiri sehingga membelakangkan prinsip hormat-menghormati dan toleransi antara satu sama lain dalam kerangka demokrasi sehingga boleh menjejaskan keharmonian perpaduan antara kaum.

5. YAB TS Muhyiddin Yasin harus sedar bahawa peristiwa berdarah itu sangat pahit dan sensitif untuk diungkap semula, dan jika ia bertujuan sebagai penceritaan sejarah dan peringatan, maka ia mestilah dalam ajakan ke arah keharmonian, bukan berbaur apatah bermotif ugutan terhadap bangsa lain.

6. Islam konsisten menolak faham perkauman sempit dan sebarang usaha menjadikannya asas perjuangan adalah seperti menghidupkan kembali bangkai jahiliyah yang telah dikuburkan oleh baginda al-Rasul semenjak lebih seribu tahun lepas. Islam sebaliknya menyeru kepada perpaduan kaum dan rakyat dengan menjadikan nilai-nilai manusiawi yang tinggi dan mulia sebagai matlamat dan penyatu kepada keamanan sejagat.

7. Saya menuntut agar YAB TPM menjelaskan semula kenyataan beliau sebelum ini kepada rakyat Malaysia agar segala kebimbangan terlerai. Kerajaan juga harus memperbetulkan prinsip dan polisi kerajaan agar lebih mesra perpaduan kaum dan dapat mengukuhkannya.

Sumber HD - 8-7-2014

Selepas ugut halau, Ku Nan baru fikir wujudkan rumah perlindungan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini semalam.

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.

"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.

"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.

Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan. - Bernama

Sumber HD - 6-7-2014


Undang-undang sedia ada cukup atasi peminta sedekah

ZALINA MAIZAN NGAH | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu melaksanakan peraturan mendenda pemberi sedekah dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu, demikian menurut beberapa peguam.

Seorang peguam kanan di sebuah firma guaman, Datuk Dr Radzuan Ibrahim berkata, kerajaan hanya perlu fokus pada undang-undang sedia ada kerana ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah peminta sedekah dan gelandangan di ibu kota.

Bagi pengemis kanak-kanak serta orang tua yang bergerak melalui kegiatan sindiket, tindakan boleh diambil atas pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda, katanya kepada Bernama.

"Mereka boleh ditangkap dengan mudah dan ada antaranya dengan berani membawa surat daripada jabatan agama, sekolah tahfiz dan kementerian. Jika ditangkap dan disiasat tentang siapa penganjurnya (aktiviti mengemis) didapati dokumen adalah palsu," katanya.

Beliau berkata apa yang perlu dilakukan ialah penguatkuasaan secara serius kerana mereka mengemis secara terang-terangan di pusat beli belah, restoran dan stesen minyak.

Radzuan berkata demikian apabila diminta mengulas berhubung cadangan kerajaan mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah itu.

Beliau berkata memandangkan perlakuan peminta sedekah dan gelandangan di negara ini berlaku secara terang-terangan, ia sepatutnya memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan mengikut peruntukan sedia ada.

"Bagi saya tidak perlu mewujudkan undang-undang khusus membabitkan pengemis ini sebab masalah orang miskin dan gelandangan sememangnya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Untuk selamatkan mereka..itu adalah tanggungjawab kementerian terbabit yang perlu menyediakan tempat tinggal, pekerjaan dan pusat pemulihan bagi melatih mereka dengan kemahiran untuk memperbaiki diri," katanya.

Beliau berkata bagi pengemis yang membabitkan warga asing, kebanyakan mereka berada di negara ini tanpa visa dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Imigresen.

"Jika pihak Imigresen tangkap mereka, setiap hari lakukan pemeriksaan, takkan ada lagi mereka ini...semua akan lari. Tidak susah untuk laksanakan," katanya.

Berhubung cadangan mengenakan denda RM150 kepada pemberi sedekah yang dijangka dilaksanakan tidak lama lagi, Radzuan berkata tindakan itu dianggap sebagai keterlaluan dan 'pemikiran yang tidak dinilai semula'.

"Islam sendiri menggalakkan umatnya bersedekah. Apabila adanya undang-undang tersebut ia seolah-olah menyekat masyarakat berbuat kebaikan," katanya.

Beliau berpendapat bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu memberi kesedaran dan membuat hebahan secara berterusan kepada orang ramai berhubung cara menyalurkan derma atau segala bentuk bantuan kepada pihak yang berhak.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya Dr Siti Zubaidah Ismail berkata selain peruntukan dalam Kanun Keseksaan bagi kes jenayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudahpun mempunyai Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Katanya, di bawah akta berkenaan, DBKL diberi kuasa untuk mengatasi masalah kacau ganggu di kalangan pengemis terhadap orang awam.

"Saya berasa undang-undang sedia ada telah cukup jika dilaksanakan dengan sempurna. Pengemis kadang-kala memberi gangguan kepada orang awam namun jika pihak kerajaan ingin membendung masalah ini, mereka perlu melihat dari pelbagai aspek termasuk mengkaji bagaimana dan punca lambakan pengemis," katanya.

Bagi cadangan mengenakan denda kepada pemberi sedekah, Siti Zubaidah berkata "ia pendekatan di luar kebiasaan."

Presiden Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, turut tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan peraturan itu kerana ia adalah satu bentuk tekanan bagi golongan miskin yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Mungkin ada di antara pengemis yang terlibat dengan sindiket namun ia boleh diatasi dengan peruntukan yang telah ada dalam Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan beberapa akta di bawah JKM. Kerajaan bukan sahaja perlu menangani tetapi juga perlu mengkaji kemelut (pengemis) yang tidak berkesudahan ini," katanya.

Beliau turut berharap agar cadangan pelaksanaan denda terhadap pemberi sedekah tidak dilaksanakan kerana ia akan menjadi bahan ejekan.

"Tidak ada di dunia ini orang yang memberi sedekah dikenakan denda. Denda itu akan menghalang orang lain daripada membuat kebajikan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 5-7-2014



Derma 50 sen, boleh didenda RM150?

HAMBALI AKRAM | .

KETIKA umat Islam sedang menjalani ibadah puasa Ramadan, tiba-tiba meletus isu DBKL akan menyaman pemberi sedekah dan menangkap pengemis dan gelandangan di sekitar kota raya Kuala Lumpur.

Yang paling mengejutkan ialah kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Hah, biar betul! Dari satu sudut, niat mahu membersihkan Kuala Lumpur daripada golongan pengemis dan gelandangan wajar disokong jika betul pelaksanaannya.

Namun, selain daripada mendenda penderma, tidak adakah cara lain yang lebih sesuai dan cerdik untuk mengatasi masalah ini?

Sikap bermurah hati ini memang ada dalam mana-mana masyarakat di dunia, tidak kira bangsa dan agama. Walaupun kadang kala, ada pihak yang mengambil kesempatan daripada sifat dermawan ini.

Sudah habis ideakah pihak berwajib untuk membasmi pengemis dan gelandangan ini? Janganlah semudah itu disalahkan pemberi sedekah dan penerimanya.

Mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk mengatasi masalah ini. Antaranya, meningkatkan taraf pusat jagaan warga gelandangan, memperbaiki taraf hidup golongan bawahan, menggunakan wang zakat bagi membantu golongan miskin, memperketatkan kemasukan warga asing yang turut mengemis di negara ini, mengoptimumkan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai cara lagi.

Janganlah malas berfikir dan hanya mencari salah orang lain termasuk pemberi sedekah!

Sumber HD - 4-7-2014




Diplomatic immunity not licence to commit crimes

Eric Paulsen, Executive Director, Lawyers for Liberty | .

Lawyers for Liberty is shocked and appalled that the Malaysian Government has asserted diplomatic immunity to protect Muhammad Rizalman from what is obviously a serious case of sexual assault and burglary, acts of which are unconnected with his diplomatic role.

This is a clear abuse of the diplomatic immunity privilege that will certainly jeopardise the inter-governmental relations between Malaysia and New Zealand and also possibly with other States as Malaysia is not able to guarantee that its diplomats will be able to respect the laws and regulations of the receiving host State.

We remind the Malaysian Government that diplomatic immunity is essential for diplomats to work without harassment in a foreign state, but it is not a licence to commit crimes and certainly not to be used in the present case.

The idea that Muhammad Rizalman, an officer from the Ministry of Defence should only be court martialed for the alleged crime is preposterous as this is not a disciplinary issue but serious criminal offences that have been allegedly perpetrated against a woman.

Further, the alleged crimes were committed in New Zealand and obviously, the most convenient forum to try the crime would be in New Zealand and it would be absurd and extremely burdensome to get all the witnesses and evidence to be brought to Malaysia.

New Zealand is one of the world’s best governed states. It has consistently ranked among the best for good governance, democracy, rule of law, human rights, development and there is no reason why Muhammad Rizalman cannot receive a fair trial in New Zealand.

We therefore call upon the Malaysian Government to waive Muhammad Rizalman’s diplomatic immunity and to extradite him immediately to New Zealand so that he can be investigated and if necessary, be tried in their court of law.

Sumber HD - 2-7-2014 







Beberapa ekor kerbau bawa lumpur 1Malaysia terpalit

A KADIR JASIN | .

KALAU pada satu masa dulu kita benci kepada "the ugly Americans" - orang Amerika yang berperangai buruk apabila di luar negara, kini kita berdepan dengan kecelakaan yang sama.

Semakin ramai warganegara Malaysia membuat kerja-kerja kotor di luar negara sehingga membusukkan nama negara.

Ada yang ditangkap kerana menyeludup dadah dan hidupan liar. Ada yang ditangkap kerana menipu kontrak. Ada yang menjadi anggota sindiket judi dan pelacuran. Ada yang dipenjarakan kerana mendera anak.

Bernama melaporkan yang dalam enam bulan pertama tahun 2012, seramai 2,500 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara atas pelbagai kesalahan. Dewan Negara antara kesalahan yang dilakukan ialah menyeludup dadah, membunuh, memalsukan kad kredit, kesalahan komersial, mencuri, kesalahan imigresen, menipu serta memalsukan dokumen, dan penyeludupan manusia.

Yang terbaru seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikenali sebagai Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas di Suruhanjaya Malaysia di New Zealand dituduh pecah rumah dan mencabul kehormatan.

Masya-Allah! Kalau betul dakwaan kerajaan New Zealand itu, malu besarlah kita. Melayu dan Islam pula tu!

Kita mempunyai perhubungan yang sangat baik dengan negara itu. Ia telah memberi bermacam-macam bantuan kepada negara kita sejak tahun 1949-an lagi, termasuk memerangi komunis.

Kalau orang Islam dan orang Melayu tidak mahu terpalit dengan lumpur akibat peristiwa ini, mereka wajib mengutuknya. Sungguh malang. Nama ambil sempena Nabi tetapi perangai, masya-Allah.

Kalau Wisma Putera dan Kementerian Pertahanan tidak bertindak tegas, mereka juga wajib dikutuk. Saya cabar Menteri Luar dan Menteri Pertahanan agar bertindak tegas demi membersihkan nama negara.

Saya kenal siapa kedua-dua menteri itu. Jadi tidak perlulah saya sebut nama mereka di sini. Yang dari Sabah itu saya kenal zaman mudanya sebagai ahli perniagaan. Yang dari Johor saya kenal sejak dia menteri belia lagi. Bapanya pun saya kenal.

Mengenai ATM, saya tidak mahu ulas panjang. Kita semua sudah tahu prestasi ATM, khususnya TUDM, dalam peristiwa kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Sebagai haiwan purba yang tidak putus, saya nostalgia mengenai masa lampau ATM yang cemerlang melawan komunis dan mengharumkan nama Malaysia di Congo dan merata pelosok dunia.

Jadi bapak-bapak menteri dan bapak-bapak jeneral tolonglah tunjuk kesungguhan dan profesionalisme.

Janganlah lembek, lembut dan apologetik tidak kena tempat.

Khusus buat para YB menteri, sila buktikan yang anda ada tulang belakang.

Jangan biarkan 1Malaysia terpalit kotor akibat beberapa ekor kerbau yang bawa lumpur.

Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com

Sumber HD - 2-7-2014








Harmony Bills: not too late for NUCC to backtrack

Wan Saiful Wan Jan, Chief Executive, IDEAS | .

It was reported that the Perkasa Secretary General, Syed Hassan Syed Ali, has said that he and thousands others will quit Umno if the three draft national unity bills published by the National Unity Consultative Council (NUCC) are accepted by the government. In the current scenario, I doubt Perkasa actually has any choice other than UMNO. I cannot see the possibility of Perkasa switching allegiance to MIC. But, I would not dismiss this threat completely because it certainly will put the government under pressure when dealing with recommendations from the NUCC.

This whole mess could have been avoided if the NUCC's Working Committee on Law and Policy did not hastily and without a clear strategy or aim publish the three draft bills while everybody else in the NUCC is still busy collecting and analysing data. The methodology deployed by the committee is wrong. And their actions put the wider work of the NUCC at risk because they have have published the draft bills without providing any context or background information.

The NUCC Working Committee on Law and Policy is now inviting the public to comment on their three draft bills. This is an irrelevant request.

If I were to put up a shiny antique mahogany desk to the public, and ask for the public to tell me what they think, it is almost certain that everyone would say the desk is a beauty. But if, several months down the line, I inform the public that the desk was bought for use by 4-year old children in a village kindergarten, only then we would realise what a silly purchase that was. The context is missing when the consultation was first initiated, therefore completely misleading the public.

Without a clear context, public consultation is a futile exercise. In reality, everyone, including the members of the working committee themselves, are talking and commenting in the dark because the full big picture is not yet presented. We do not know how the findings of the other working committees feed into each other, and we are not even told what data have been found by the NUCC secretariat led by prominent and respected researchers from UKM's Institute of Ethnic Studies (KITA-UKM). In such darkness, how can anyone make any comment at all?

And in such darkness, it is no surprise that the rejection against the NUCC is getting stronger. By bulldozing through their draft bills without a proper plan or strategy, the Law and Policy Working Committee has effectively given detractors their much needed ammunition to kill off the NUCC as a whole.

The NUCC's own member, Datin Paduka Marina Mahathir, once said the NUCC's biggest challenge is the trust deficit among the public of anything the government does. She hit the nail on the head with this statement. But unfortunately some members of the NUCC ignored her warning. Now, due to the mistake of this one committee, the trust deficit has widened.

Let me make it clear. I want to see the NUCC succeed. All the transformation taking place in the country today would be worthless if we end up becoming a divided nation. At the rate we are going today, it seems like some quarters are bent on dividing us, and they would probably be happy if we end up with ethnic and religious strife. For the sake our country's future wellbeing, the success of the NUCC is absolutely imperative.

But to ensure NUCC's success, they have to work more strategically and not sabotage each other whether intentionally or not. For that reason, the draft bills must be rescinded immediately.

In an event with the NUCC in early June, I was the first person to propose that the NUCC should publish a White Paper explaining their full intentions and vision. I want to reiterate that suggestion here because my intention has always been to see a successful and well-accepted NUCC. Even if the NUCC does not want to draft a White Paper because of bureaucracy, they must firstly publish a holistic document to explain the big picture, and then only gradually move to the technicalities.

We have done this before and the proper sequencing should be obvious. Malaysia has seen the publication of the New Economic Model (NEM), followed by the launch of the Economic Transformation Programme (ETP), and then only followed by the various initiatives and legal reforms. You go from 30,000 feet macro-view to 3-foot implementation mode. Not the other way round.

So, before it is too late, the NUCC must rescind the draft bills and focus on drafting the big picture instead. They must do this immediately.

Sumber HD - 2-7-2014










After MH370, Malaysia leaders face another test in scandalous diplomat

Harakahdaily - TS | .

After the mysterious disappearance of Malaysia Airlines flight MH370, Malaysia finds itself in the international media limelight again.

Again, it is for the wrong reason.

This time is about Muhammad Rizalman Ismail, a staff assistant on the defence portfolio, with the rank of a warrant officer II in Malaysian High Commission in Wellington, who now at the centre of an alleged sexual assault scandal storm in New Zealand.

Earlier today, Foreign Minister Anifah Aman had confirmed that the news involving the military official, who had returned to Malaysia last month using diplomatic immunity.

Muhammad Rizalman’s name surfaced in media today after the New Zealand High Court overturned the District Court’s suppression order on his identity after a court challenge filed by local media organisations, including the New Zealand Herald.

He was said to have been arrested by Wellington police after he allegedly followed a 21-year-old woman to her Brooklyn home on May 9 when the alleged assault occurred.

The burglary and assault with intent to rape charges against him was dropped a day after he was charged following his decision to invoke diplomatic immunity.

New Zealand had formally asked for Malaysia to waive diplomatic immunity, but the request was declined.

Anifah said a defense ministry panel has been established to investigate the junior official. He gave an assurance that the investigation would be transparent, being fully aware that Malaysia’s good name is at stake.

Prime Minister John Key said it was New Zealand’s expectation that Muhammad Rizalman would be held to account in his home country.

Can Malaysia leaders show our country is a land of justice in their investigation of Muhammad Rizalman’s alleged misconduct?

Can they prevent another meltdown under pressure like their mishandling of the press in the MH370 incident, where it exposed the country’s lack of class leadership to the whole world?

Anifah said the Malaysia government is taking the issue seriously.

Ok, lets us see how serious is Prime Minister Najib Razak in handling the issue that could potentially sour the ties between Putrajaya and Wellington.

Will we ever see a Najib' issue a statement on this? Or we will see his elegant silence as usual? Then we will know how serious Malaysia top leaders are in protecting the good name of the country.

Sumber HD - 1-7-2014









Saifuddin letak jawatan, protes penyingkiran Prof Redzuan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bagi menunjukkan solidariti dan simpati terhadap tindakan pentadbir Universiti Malaya 'menyingkirkan' Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Pengumuman itu dibuat Saifuddin (gambar, kanan) di laman facebook beliau sebentar tadi.

Berita mengenai perletakan jawatan Dr Mohamad Redzuan disiarkan The Malaysian Insider (TMI) pagi tadi yang mendakwa tindakan UM itu dibuat atas tekanan pihak Kementerian Pelajaran ekoran rasa tidak puas hati Putrajaya terhadap beberapa tinjauan politik yang dijalankan UMCEDEL.

Berita mengenai penyingkiran Dr Redzuan diketahui apabila UM mengeluarkan senarai dekan baru universiti Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Saifuddin dalam entrinya di laman facebook mengakui mengetahui berhubung perkara tersebut setelah dimaklumkan sendiri oleh Dr Redzuan.

"Prof Datuk Dr Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas UMCEDEL & Dekan FSSS UM. Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu d KPM, baru-baru ini beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL.

"Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini. Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah-pensyarah FSSS). Cerita ini disiarkan The Malaysian Insider hari ini.

"Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM). Prof Redzuan terima kedua-dua keputusan ini dengan berapang dada. Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau, saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini," tulisan beliau dipetik.

Sumber memberitahu TMI, tindakan menyingkirkan Dr Redzuan dibuat atas alasan beliau akan bersara tahun depan.

Menurut sumber, penyingkiran Dr Redzuan juga dibuat atas tekanan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan beliau ketika aktif di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). - HARAKAHDAILY, 30/6/2014

Sumber HD - 30-6-2014









Biar belum ada kertas cadangan, lapangan terbang Kulim akan dikaji

BERNAMA | .

GEORGE TOWN: Kerajaan akan mengkaji cadangan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar).

Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.

"Saya belum ada laporan terperinci, saya kena tengok dulu semua butiran baru saya boleh membuat komen lanjut.

"Masih terlalu awal untuk saya komen pasal lapangan terbang dan pastinya mereka akan hantar kertas cadangan terperinci dan saya akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang Datin Paduka Chew Mei Fun, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Liow berkata demikian ketika mengulas pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa negeri itu bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa baharu di tanah seluas 600 hektar yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di utara tanah air.

Kedah kini memiliki dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Liow turut mengulas permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahukan landasan kedua untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan berkata pihaknya akan meneliti perkara itu.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sebuah lapangan terbang yang besar, bukan lapangan terbang kecil, dan ia juga sebuah lapangan terbang yang dapat meningkatkan ekonomi di negeri ini," katanya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini memaklumkan Pulau Pinang memerlukan landasan kedua memandangkan jumlah penumpang di lapangan terbang itu meningkat, selain peningkatan pengangkutan kargo udara berikutan pelaburan langsung asing. - Bernama

Sumber HD - 30-6-2014









Perlantikan wakil MCA, Gerakan tidak bebankan k'jaan - Ahmad Maslan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pelantikan lima pemimpin MCA dan seorang daripada parti Gerakan ke dalam kabinet tidak membebankan kewangan kerajaan kerana belanjawan sudah diatur dengan baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Beliau berkata dalam tempoh singkat, atau kurang enam tahun sahaja lagi untuk Malaysia berstatus negara maju, pelantikan mereka sebenarnya amat perlu.

"Jangan kita bandingkan negara kita dengan negara lain sebab negara lain
keperluannya berbeza.

" ...Jadi, dalam tempoh lima atau enam tahun ini ialah tempoh yang cukup penting untuk kita meneruskan usaha bagi melonjakkan pertumbuhan dan pengagihan ekonomi yang stabil dan saksama kepada semua," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran pemilik butik Bianco Mimosa Datuk Ida Suraya Mustapha di sini malam ini.

Beberapa pihak sebelum ini mempersoal tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu melantik pemimpin berkenaan ke dalam kabinet yang didakwa membebankan kewangan kerajaan.

Najib mengumumkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik Menteri Pengangkutan dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong serta Timbalan Presiden
MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut dinamakan ialah tiga naib presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan serta Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mengulas pelantikan Chua, Ahmad berkata ia adalah tambahan yang baik memandangkan pengalaman pemimpin itu sebelum ini yang menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam perkembangan lain, beliau menyeru syarikat kecil dan besar di seluruh negara mengikut jejak langkah Ida Suraya, menyumbang sebahagian keuntungan syarikat kepada kebajikan ibu tunggal, anak yatim serta fakir.

Terdahulu, Ahmad menyerahkan sumbangan Ida Suraya kepada 150 penghuni Rumah Anak Yatim Ar-Rahmaniah, Rawang. - Bernama

Sumber HD - 30-6-2014









Liow perlu selesai kemelut penerbangan Malaysia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai diharap akan menyelesaikan kemelut yang sedang melanda industri penerbangan awam di Malaysia.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, ia melibatkan kehilangan pesawat MH370 bersama 241 nyawa yang kedua ialah keselamatan dan kejituan sistem radar penerbangan awam di bawah tanggungjawab DCA dan ketiga ialah keselamatan terminal KLIA2.

"Saya mengharapkan tindakan serta khidmat serta merta dari pihak YB Menteri tidak seperti yang telah dinafikan oleh menteri yang silih berganti," ujarnya yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Saya sambut baik pelantikan semula Datuk Seri Liow Tiong Lai ke dalam kabinet; kali ini selaku Menteri Pengangkutan dengan ucapan tahniah.

Saya berharap dengan pelantikan ini, YB Menteri akan menyelesaikan kemelut yang sedang melanda industri penerbangan awam di Malaysia; pertama ialah kehilangan pesawat MH370 bersama 241 nyawa, kedua ialah keselamatan dan kejituan sistem radar penerbangan awam di bawah tanggungjawab DCA dan ketiga ialah keselamatan terminal KLIA2.

Saya mengharapkan tindakan serta khidmat serta merta dari pihak YB Menteri; tidak seperti yang telah dinafikan oleh menteri yang silih berganti.

Kehilangan pesawat MH370 amat tragik bagi seluruh negara. Sehingga kini, 241 keluarga di serata dunia masih menunggu jawapan berkenaan ahli keluarga tersayang mereka.

Walaupun hampir 4 bulan sejak kehilangan MH370, pihak bertanggungjawab masih tidak mempunyai sebarang penjelasan atau teori kukuh yang berlandaskan fakta untuk menjawab soalan yang ditujukan.

Dengan ini, saya menyeru YB Menteri untuk menubuhkan badan penyiasatan bebas terdiri daripada pakar penyiasatan kemalangan udara dari seluruh dunia.

Diharap dengan badan penyiasatan bebas ini, keluarga penumpang akan mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan.

Insiden ini juga telah mendedahkan banyak kelemahan sistem penerbangan awam di negara kita.

Salah satu fokus penyiasatan badan ini pastinya berkenaan keselamatan dan kejituan sistem radar penerbangan awam.

Kejutan pertama dialami oleh ruang udara kita apabila sistem radar di Lapangan Terbang Subang mengalami kerosakan menyeluruh (total shutdown) selama hampir 2 jam pada September 2012. Pendedahan menerusi laporan dalaman, yang dibawa oleh YB Tian Chua, YB N Surendran dan diri saya sendiri, akhirnya disahkan dan diakui oleh mantan Menteri, Datuk Seri Kong Cho Ha di dalam Dewan Rakyat setelah ditekan berkali-kali.

Ketika itu, kami meminta agar sistem udara Malaysia diaudit oleh International Civil Aviation Organization (ICAO), selepas pertama kali membangkitkannya pada Julai 2012.

Sehingga ke hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah ICAO Audit tersebut telah dilaksanakan?

Apakah jika audit tersebut telah dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat?

Sekali lagi, demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara kita, saya menyeru YB Menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam.

Baru-baru ini, keselamatan KLIA2 telah dipersoalkan berulang kali. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga telah menyatakan bahawa ICAO akan menjalankan audit berkenaan keselamatan di KLIA2.

Skop audit ini masih lagi belum diketahui. Apakah benar audit ini telah dilaksanakan? Jika ya, saya meminta agar YB Menteri mendedahkan laporan ini dengan segera.

Justeru, antara tugasan utama YB Menteri adalah menubuhkan badan penyiasatan bebas untuk insiden MH370, mendedahkan segera laporan ICAO Audit berkaitan kerosakan sistem radar Lapangan Terbang Subang pada 12 September 2012 dan skop dan laporan ICAO Audit ke atas Lapangan Terbang KLIA2 yang dijanjikan Timbalan Menteri Pengangkutan pada 16 Jun yang baru berlalu.

Audit yang pernah saya sarankan secara konsisten sejak tahun 2012 wajib dilaksana dan dibentang bagi memastikan negara tidak terkesan dengan sebarang kelemahan dan bagi mengenalpasti tindakan, langkah susulan serta keselamatan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan pemantauan ruang udara penerbangan awam. Kita wajib melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan tragedi MH370 berulang lagi. - HARAKAHDAILY 30/6/2014

Sumber HD - 30-6-2014









Australian activist freed from M'sian cell

NZN | .

New Zealand woman Natalie Lowrey has been released after being detained for six days in Malaysia, where she was protesting against an Australian company's metals plant.

Ms Lowrey was arrested on Sunday while demonstrating at Lynas' controversial plant for rare earths, which are used in tech products like smartphones.

Police were weighing a charge of unlawful assembly, which carries a maximum two-year jail term.
But on Friday night, as she was preparing to spend a weekend behind bars with no visitors, she was suddenly released on bail.

"It was a big surprise, I didn't believe it until I had changed out of my purple jail uniform," Ms Lowrey, who lives in Sydney, told NZN.

Read the full story here

Sumber HD - 29-6-2014









Awas! Felda tidak pernah lantik agensi edar borang rumah

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Felda tidak pernah melantik mana-mana agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mewakilinya dalam sebarang permohonan perumahan bagi generasi baharu Felda.

Felda dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pengedaran borang permohonan perumahan palsu tersebar kerana badan itu baru sahaja melancarkan projek Sentuhan Kasih di Tenggaroh 3, Johor Baharu.

"Tidak dinafikan bahawa Felda sedang melaksanakan beberapa projek perumahan seperti Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) dan Sentuhan Kasih Felda.

"Borang perumahan kedua-dua projek ini hanya boleh didapati di rancangan tersebut dan akan dikeluarkan sesudah projek tersebut siap," menurutnya.

Menurut Felda, sebarang pertanyaan berkaitan PGBF dan Sentuhan Kasih perlu diajukan kepadanya dan bukan mana-mana pihak mahupun NGO yang tidak dilantik oleh badan itu.

Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, menurutnya.

Sumber HD - 28-6-2014









Release Natalie Lowrey immediately

Suaram | .

We, the undersigned organizations, condemn the unnecessary arrest and detention of Australia based activist of Friends of the Earth Natalie Lowrey that has entered into the sixth day today. The prolonged detention is a serious breach of personal liberty of Natalie Lowrey, as well as her right to freedom of expression and freedom of assembly. We call for the immediate and unconditional release of her.

Natalie Lowrey was arrested on 22 June 2014 together with 15 other Malaysian activists in a protest against Lynas rare earth plant in Gebeng, Pahang. While the rest of the 15 have been released in the early morning on Monday, Natalie Lowrey remains in police custody to this day.

The 16, including Natalie Lowrey, should not have been detained in the first place. They merely exercised their rights to freedom of expression and freedom of peaceful assembly in protest against a rare earth plant that poses great risk to the health and environment of the people in Kuantan. Their peaceful action is perfectly legitimate and should not be criminalised.

We wish to remind the government and the police that the right to freedom of expression and freedom of peaceful assembly are universal human rights and are recognised in the Universal Declaration of Human Rights, to which Malaysia has also endorsed. These rights cannot be nullified merely on the ground that Natalie Lowrey is a foreigner as this is in contravention with international human rights law.

The Peaceful Assembly Act 2012, which bans foreigners from organizing or participating in peaceful assembly, should be abolished or amended in accordance to international human rights standards.

We consider the police arrest and detention of Natalie Lowrey under the notorious Immigration Act, which allows for a detention of 14 days before being brought to court, as an act done in bad faith. For Malaysian citizens, any police arrest cannot exceed 24 hours, upon which the police should decide to release or charge the person arrested. The prolonged detention of Natalie Lowrey smacks of abuse of power and ill-intention of punishment.

We call on the Malaysian government to heed the increased international calls for the immediate and unconditional release of Natalie Lowrey. The international petition , which is addressed to the Home Minister Zahid Hamidi, has already garnered more than 14,000 signatures internationally in just five days since it was launched on 23 June 2014.

We call on the National Human Rights Commission (SUHAKAM) to conduct a visit to Kuantan police headquarters to ensure the wellbeing and the rights of Natalie Lowrey are protected.


Endorsees:

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
2. Kelab Bangsar Utama
3. ENGAGE
4. Gerakan Bunga Raya
5. Pusat Komas
6. Kill the Bill
7. Malaysian Youth Against Public Hazardous
8. Biro Alam Sekitar, Parti Keadilan Rakyat
9. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
10. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor & Kuala Lumpur
11. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
12. Serdang Bharu School Alumni Youth Section
13. Tamil Foundation
14. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS)
15. Himpunan Hijau
16. Gabungan NGO Pengerang
17. Sunflower Electoral Education Movement (SEED)
18. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Committee
19. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth Section
20. LLG Cultural Development Center
21. Anak Muda Sarawak
22. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
23. Pemuda Persatuan Hainan Negeri Sembilan
24. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces
25. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
26. Perak Women for Women Society (PWW)
27. Community Development Center (CDC)
28. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
29. Malaysians for Teoh Beng Hock
30. Solidarity for Civil Rights in China
31. Tenaganita
32. Center for Orang Asli Concerns
33. Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
34. Islamic Renaissance Front (IRF)
35. Johor Yellow Flame

Sumber HD - 28-6-2014









SPAN jelas isu gangguan bekalan air

HARAKAHDAILY | .

SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ingin merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada 26 Jun 2014 berhubung dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual yang berlaku di lima wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur disebabkan oleh bekalan air terawat yang diterima SYABAS tidak boleh menampung permintaan.

Seperti sedia maklum, permintaan bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini telah meningkat akibat cuaca yang panas yang melanda negara ini. Dalam masa yang sama, rizab marjin air terawat yang mampu dihasilkan oleh loji-loji rawatan air sedia ada adalah rendah, iaitu kurang daripada 2%.

Kekurangan bekalan air yang sedia ada diburukkan lagi dengan beberapa kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini iaitu:

i) Gangguan bekalan elektrik yang berlaku Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) selama 2 jam iaitu dari jam 4 pagi hingga 6 pagi pada 24 Jun 2014. Sebagai makluman, secara puratanya LRA SSP1 mengeluarkan sebanyak 960 Juta Liter Sehari (JLH) air terawat. Gangguan elektrik tersebut telah menjejaskan bekalan air ke Wilayah Klang / Shah Alam memandangkan tempoh yang diambil bagi mengoperasi semula loji ke tahap pengeluaran biasa mengambil masa.

ii) Kejadian paip di dasar laut (submarine) HDPE bersaiz 400 mm yang membekalkan air ke Pulau Ketam telah pecah. Kejadian paip pecah tersebut telah menyebabkan gangguan bekalan air kepada seramai 4,800 pengguna di Pulau Ketam;

iii) Penurunan paras air Sungai Selangor yang menjejaskan pengeluaran LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pada 25 Jun 2014. Daripada rekod, pengeluaran loji pada hari tersebut telah berkurangan kepada 670 JLH berbanding dengan pengeluaran biasa sebanyak 770 JLH. Pengurangan tersebut telah menjejaskan bekalan air ke Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling.


Semua pihak yang bertanggung jawab termasuk Operator LRA SSP1 dan SSP3 iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor telah dan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi gangguan bekalan air dan tekanan air rendah tidak berjadual tersebut.

Sehingga kini, bekalan elektrik ke LRA SSP1 telah pulih seperti biasa dan loji tersebut telah beroperasi seperti biasa.

Bagi gangguan bekalan air di Pulau Ketam, SPAN difahamkan bahawa SYABAS telah mengenalpasti kedudukan kasar kebocoran paip. Walau bagaimanapun, lokasi sebenar masih belum dikesan memandangkan kerosakan paip berlaku di dasar laut. Keadaan di dasar laut akan menyukarkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan. SYABAS akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja membaiki dari semasa ke semasa.

Bagi memastikan sumber air yang cukup di Sungai Selangor, Kerajaan Negeri Selangor selaku pihak yang bertanggung jawab bagi memastikan kecukupan air mentah di negeri Selangor sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk meningkatkan aliran air Sungai Selangor yang merupakan sumber air mentah bagi LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 melalui pengepaman air daripada kolam-kolam takungan di sekitar Bestari Jaya.

Melalui mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 27 Jun 2014, satu pelarasan yang lebih rapi akan diadakan oleh semua pihak termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Operator Empangan Sg. Selangor, Empangan Sg. Tinggi serta LRA SSP1 dan SSP3 iaitu SPLASH dan Operator LRA SSP2 iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) bagi memastikan pengepaman yang maksimum dapat dibuat daripada kolam-kolam takungan. Melalui pengepaman daripada kolam-kolam takungan tersebut akan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi. Pada 27 Jun 2014, peratus simpanan di Empangan Sg. Selangor dan Empangan Sg. Tinggi masing-masing adalah 42.45% dan 64.57%.

Pada masa ini, SPAN dimaklumkan bahawa kebanyakan kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah telah mula pulih secara berperingkat. Walau bagaimanapun, beberapa kawasan terutamanya di penghujung sistem dan lokasi tinggi masih belum mendapat bekalan air. SYABAS sedang menghantar bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan tersebut. SYABAS juga turut menghantar bantuan 2 botol air minum 5 liter kepada setiap keluarga di Pulau Ketam.

Sehubungan itu, SPAN ingin sekali lagi memohon kerjasama semua pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya supaya berhemat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembaziran dalam keadaan cuaca yang panas serta kedudukan paras air di empangan-empangan yang masih rendah pada ketika ini. Sebarang penjimatan ini boleh membantu dan mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

Untuk makluman media, sila hubungi Pn. Carol Pelly; Pengarah - Unit Komunikasi Korporat di talian 03-8317 9430 / 019-322 2174

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)


Latarbelakang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengawal selia industri perkhidmatan air berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 (Akta 655) yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari, 2008.

SPAN adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuaan Putrajaya dan Labuan.

SPAN mengawal selia semua entiti dalam industri bekalan air dan pembetungan termasuk operator perkhidmatan bekalan air dan pembetungan awam dan persendirian, kontraktor bekalan air dan pembetungan, pemegang permit dan kelulusan produk bagi bekalan air dan pembetungan.

Sumber HD - 27-6-2014









Kabinet XXL Najib: Harapan kita besar juga - Kadir

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota.

“Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Berikut tulisan penuh beliau.

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita cacat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis “the biter” Suarez.

Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan biar besar juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30. Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Mohd Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Mengikut laporan 2011 itu lagi, purata bilangan ahli kabinet negara di dunia adalah 30. Jadi dengan 35 orang, kita telah “berjaya” mengatasi purata dunia.

Oleh sebab Perdana Menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita ialah kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja.

Wallahuaklam. Selamat berpuasa Ramadan.

Sumber HD - 27-6-2014









Beranikah Najib pecat CEO Petronas?

http://shahbudindotcom.blogspot.com | .

Ramai benar yang marah dengan kenyataan CEO Petronas, Shamsul Azhar Abbas yang disiarkan dalam sebuah akhbar perniagaan The Edge yang disifatkan menggambarkan dirinya seorang yang liberal, tidak berjiwa Melayu dan tidak suka dengan campurtangan orang politik dalam tugasnya.

Tidak saja kecaman dan serangan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, malah beliau turut diminta meletakkan jawatan jika isu Bumiputera dan bukan Bumiputera serta canpurtangah politik menjadi masalah kepadanya. Antara yang mahu beliau meletakkan jawatan ialah Perkasa yang disuarakan oleh Presidennya, Ibrahim Ali.

Dalam interviu itu, dua isu pokok yang menjadi perhatian ialah berkenaan hak milik minyak dan gas serta campurtangan orang politik. Shamsul Azhar bertegas menyatakan bahawa minyak dan gas bukanlah hak milik Melayu dan Bumiputera semata-mata, tetapi adalah milik semua rakyat negara ini.

Katanya, Akta Pembangunan Petroleum dengan jelas menyebut bahawa minyak dan gas adalah hak milik rakyat Malaysia dan ia boleh jadi milik kerajaan, milik pembangkang atau sesiapa saja sementara Petronas hanyalah sebagai penjaganya sahaja.

Kenyataan ini dilihat oleh banyak pihak yang pro UMNO dan Melayu sebagai menunjukkan dirinya yang liberal dan tidak kuat jiwa Melayunya. Ramai yang melihat bahawa beliau tidak perlu pun menyebut hak milik siapa minyak dan gas di negara ini kerana semua orang sudah mengetahui dan memahaminya, cumanya sebagai seorang Melayu yang duduk di kerusi yang mempunyai peluang memajukan bangsanya sendiri, beliau harus mempunyai tekad, azam dan semangat ke arah itu.

Penegasan beliau secara terbuka itu dikatakan lebih bertujuan menggembirakan hati bukan Melayu dan menghalalkan tindakannya selama ini membawa masuk ramai bukan Melayu ke dalam syarikat minyak itu.

Mengenai campurtangan orang politik pula, Shamsul Azhar berkata, setakat ini bossnya (Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campurtangan.

Dalam hal ini, beliau nampaknya tidak risau dengan campurtangan Najib kerana ianya tidak banyak, bukannya setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Beliau secara jelas mengakui ada campurtangan Najib, cuma tidak banyak dan mungkin hanya sesekali sahaja. Walaupun tidak banyak dan subjektif, beliau masih boleh menerima lagi campurtangan itu.

Namun, dengan mengatakan orang di sekeliling Najib yang campurtangan, Shamsul memperlihatkan beliau rimas dengannya serta menganggapnya sebagai suatu gangguan kepada tugasnya. Mungkin Shamsu Azhar hanya mahu Najib yang campurtangan dan berurusan dengannya, tetapi bukan orang-orang keliling Perdana Menteri.

Dalam hal ini, Shamsul juga dikecam kerana seolah-olah lupa bahawa Petronas sendiri ditubuhkan melalui iltizam politik yang tinggi ketika era Tun Razak dengan mengarahkan Tengku Razaleigh Hamzah merangka Akta Pembangunan Petroleum itu. Ada juga yang mengatakan campurtangan politik memang tidak dapat dielakkan kerana akhirnya apabila timbul isu berbangkit mengenai Petronas di Parlimen atau di kalangan sesetengah kelompok rakyat, ahli politiklah yang bertanggungjawab untuk tampil ke depan memberi penjelasan dan jawapan.

Oleh itu, kata sesetengah pihak, campurtangan politik tidak boleh dinafikan seratus-peratus. Tambahan pula, jika Petronas bebas terus dari campurtangan politik, mungkin bahaya atau bala lain pula yang menimpa syarikat milik kerajaan paling kaya itu.

Berikutan keceluparan Shamsul Azhar itu yang sekaligus memperlihatkan warna dirinya yang sebenar, selain ramai yang memintanya meletakkan jawatan, ada juga yang mengusulkan agar Najib segera memecatnya.

Tetapi, oleh kerana Shamsul Azhar dijangka akan terus bertahan dengan hujah selagi Najib dan kerajaan mempercayainya, tidak sebab untuknya perlu meletakkan, maka jalan pintas paling mujarab yang disyorkan oleh banyak pihak pihak ialah agar Najib segera menggunakan kuasanya memecat Ceo Petronas itu.

Cumanya, mungkinkah Najib akan memecat Ceo Petronas itu?

Jika diimbas kembali, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau juga dilihat cuba bersikap lebih liberal daripada yang sewajarnya. Melalui dasar 1Malaysia, ucapan, kenyataan, bantuan dan apa saja yang dilakukan atas kapasiti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi BN jelas memperlihatkan sikapnya yang lunak kepada bukan Melayu berbanding bangsanya sendiri.

Kalau ada pun tergambar sikit-sikit jiwa Melayu Najib hanyalah ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO setahun sekali.

Lagi bukan Melayu tidak menyokongnya, lagi terhegeh-hegeh beliau menawarkan bantuan dan habuan kepada mereka.

Jika Shamsul Azhar cuba bersikap liberal dan memperlihatkan jiwa Melayunya yang tidak kukuh, hati dan jiwa beliau sebenarnya adalah fotokopi kepada hati dan jiwa Najib juga. Shamsul Azhar adalah sehati sejiwa dengan Najib, orang yang dianggap bos oleh Ceo Petronas itu.

Dengan demikian, jangan mimpilah Najib nak pecat Shamsul Azhar walau sekian banyak desakan ke arah itu. Takkan orang liberal nak buang orang liberal. Sebab itu Pemuda UMNO yang juga liberal, diam saja. (SH 26/06/2014)

Sumber HD - 26-6-2014









Susun kabinet, Najib hebat lagi luar biasa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dalam sususan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, tambah cemerlang lagi ialah dengan perlantikan Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ini bermakna jumlahnya meningkat kepada 10 orang. Lapan menteri sedia ada di JPM ialah Jamil Khir Baharon, Wahid Omar, Shahidan Kassim, Idris Jala, Joseph Kurup, Nancy Shukri, Joseph Entulu dan Paul Low.

Jika dikira dengan Najib sebagai ketua dan Muhyiddin sebagai orang nombor dua di JPM, jumlahnya meningkat lagi kepada 12 orang, suatu angka yang menakjubkan pencapaiannya bagi negara seperti Malaysia.

“Mempunyai menteri di JPM seramai 10 orang tidak pernah berlaku sebelum ini, baik di era Mahathir mahupun Pak Lah. Inilah hebat dan luar biasanya Najib,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

Menurutnya, ramai yang berkata, jumlah itu terlalu besar dan lebih merupakan pembaziran.

“Berapa wang rakyat bakal dihabiskan untuk membayar gaji dan elaun mereka saja sedangkan dengan jumlah menteri yang ramai itu, tentulah skop kerja dan bidang tugas menjadi semakin sedikit. Sekali lagi, inilah hebatnya Najib,” ulasnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Baca lagi

Sumber HD - 26-6-2014









Rombakan kabinet? Najib kelihatan lemah!

http://kerabubersuara.blogspot.com | .

June 25, 2014



Mohammad Agus Yusoff

ROMBAKAN KABINET

Senarai baru kabinet telah diumumkan. Antara reaksi segera ramai penganalisis ialah ini bukan rombakan, tetapi penambahan ahli kabinet yang membolehkah negara kita masuk dalam senarai mempunyai ahli kabinet teramai di dunia.

Pertanyaan lain ialah tidak membazirkah kita dengan mempunyai ahli kabinet yang ramai itu? Apakah perlu kita mempunyai ramai menteri di Jabatan Perdana Menteri? Apakah bidang tugas mereka?

Dari sudut lain pula, ada yang menyatakan ini merupakan tindakan strategik PM kerana tidak merubah kedudukan kabinet yang ada. Bila menteri kekal, maka tidak tergoncangkan kedudukan politik kerajaan.

Saya pula mengharapkan rombakan kabinet, bukannya penambahan ahli kabinet. Saya melihat sudah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan, tetapi itu tidak berlaku.

Dan dengan pengumuman tadi, tentunya menteri yang sejak seminggu dua ini tidak lena tidur boleh bernafas lega. Harapan saya, setelah nafasnya tidak lelah lagi, tengoklah rakyat dan bekerjalah untuk rakyat.

Tengoklah jalan sesak dan jam, tetapi tol terpaksa dibayar. Tengoklah tarif lektrik naik, tetapi bekalannya terputus, tengoklah nasib orang miskin dan OKU yang terbiar, tengoklah sekolah yang dimuatkan anak murid seramai 45 orang di dalamnya dengan kerusi bangku yang semakin tidak bermutu, tengoklah keresahan rakyat ini. Dengarlah rintihan mereka..

Pesan saya pada menteri, bertindaklah dengan visi dan misi yang baru. Janganlah selepas kabinet hendak dirombak lagi, baru perasaan mula resah semula.

Sumber HD - 26-6-2014









Liow Tiong Lai ganti Hishammuddin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Hishammuddin yang yang memangku jawatan itu sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu sebagai antara perubahan penstrukturan semula Kabinet hari ini.

Selain itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Presiden Gerakan Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga lagi yang turut diberi jawatan adalah Datuk Lee Chi Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun - Tim Menteri Pembangunan Wanita.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat ini. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014









Tutup laluan: Adakah SPAD berdendam, tanya KPKTMB

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPKTMB) menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggunakan Seksyen 106 sebagai ugutan dan 'bullet' untuk menekan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan mempersoalkan tindakan SPAD menggunakan akta tersebut adakah kerana berdendam dengan KTMB.

"Apakah mungkin SPAD berdendam dengan KTMB? Siapakan gerangan individu berkenaan? Ini andaian kita mengenai penutupan operasi Gua Musang ke Gemas kerana tindakan SPAD adalah meragukan.

"Persoalannya yang menjadi tanda tanya KPKTMB ialah dari mana laporan teknikal yang pihak SPAD dapat, adakah laporan teknikal berdasarkan kajian SPAD melalui pelantikan jurutera seperti termaktub dalam seksyen 106," soal beliau ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, apakah SPAD mengunakan lapuran teknikal KTMB dalam menuntut suntikan kewangan atau mohon bajet sebanyak RM400 juta kepada kerajaan untuk membaikpulih landasan sebagai satu rumusan serta kajian SPAD dan lalu membuat keputusan menutup laluan operasi tersebut.

"Sekiranya benar perkara ini, di manakah profesionalisma SPAD dalam membuat kajian ini sehingga mengambil kesempatan 'menangguk di air keruh' dengan mengunakan seksyen 106.

"Tindakan sedemikian merupakan satu tindakan tidak profesional yang menjuruskan kegagalan SPAD sebagai regulator," sambung beliau lagi.

Abdul Razak yang mengulangi, pihak kesatuan ingin mengetahui siapakah jurutera SPAD atau jurutera yang dilantik oleh SPAD dalam membuat kajian serta memutuskan dan menandatangani lapuran kajian sehingga memutuskan penutupan laluan operasi itu selaras dengan peruntukan seksyen 106.

"Pihak kesatuan sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja yang menyuarakan bantahan bagi mewakili Pekerja KTMB dan seluruh rakyat Pantai Timur khususnya penumpang keretapi akan menulis surat rasmi kepada SPAD memohon laporan kajian tersebut.

"Pihak kesatuan juga akan menyiasat apakah lapuran yang dibuat oleh SPAD itu kajian dari seorang jurutera yang dilantik oleh SPAD atau hanya berpandukan laporan teknikal KTMB dalam menuntut bajet dari kerajaan bagi tujuan membaikpulih landasan Gua Musang ke Gemas.

"Tindakan SPAD menutup operasi ini sesungguhnya adalah sangat meragukan," katanya. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014









Putrajaya paling tinggi catat IPU tak sihat

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada lapan setakat 7 pagi tadi, berbanding lima kawasan pada petang Selasa.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya mencatat bacaan IPU tertinggi pada 113, diikuti Banting dan Pelabuhan Klang (110), Cheras (107), Nilai (106), Shah Alam (105), Petaling Jaya (104) dan Batu Muda (102).

Dalam pada itu Port Dickson yang mencatat bacaan tidak sihat semalam, turun kepada 82 iaitu IPU sederhana.

Tiga puluh kawasan lain turut mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Kuala Selangor (98), Seremban (88), Seri Manjung (74) serta Bakar Arang dan Sungai Petani yang masing-masing merekodkan IPU 71.

Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dengan yang terendah iaitu 30 dicatatkan di Langkawi dan Sandakan.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-- BERNAMA

Sumber HD -25-6-2014









Tutup laluan, SPAD tunggu keputusan KTMB

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunggu keputusan mesyuarat pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dijangkakan esok mengenai arahan penutupan landasan Gua Musang ke Gemas mulai 27 Jun ini.

Harakahdaily ketika menghubungi Bahagian Komunikasi SPAD dimaklumkan arahan penutupan itu dilakukan berikutan atas faktor keselamatan penumpang yang menggunakan laluan tersebut.

"Kita telah bermesyuarat sebelum ini, dengan meletakkan aspek keselamatan sebagai perkara paling utama dalam menyediakan pengangkutan awam dan selaras dengan Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kita mengarahkan landasan tersebut telah ditutup.

"Dua tahun lepas empat kemalangan (gelincir) telah berlaku dan kita bernasib baik kerana tidak melibatkan kemalangan jiwa, kita juga merujuk kepada laporan audit dan atas dasar-dasar tersebut kita membuat arahan," jelas pegawai bahagian komunikasi itu.

Ketika ditanya adakah arahan penutupan itu menyebabkan keseluruhan operasi ke laluan Pantai Timur akan dihentikan serta merta atau tidak, beliau memberitahu arahan SPAD adalah menutup operasi laluan tersebut atas dasar keselamatan penumpang.

"Namun KTMB ada maklum bahawa satu mesyuarat pengurusan akan diadakan esok bagi berikutan arahan SPAD itu.

"KTMB boleh merayu kepada kita apa kaedah yang mereka ada dan cara mana mereka ingin lakukan, apa yang penting sekali faktor risiko dan keselamatan penumpang itu perlu dipatuhi seperti mana yang terkandung di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," kata beliau.

Harakahdaily turut menghubungi Pusat Panggilan KTMB memaklumkan tiket bagi perjalanan ke Pantai Timur bagi musim perayaan dibuka mulai semalam untuk jualan.

Pusat Panggilan KTMB itu turut memaklumkan bahawa tiada arahan diterima dari pihak pengurusan kepada Bahagian Jualan Tiket mengenai penutupan laluan tersebut.

Sementara itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) dijangka akan mengadakan satu piket di pekarangan Ibu Pejabat SPAD pada 26 Jun (esok) jam 5 petang sebagai bantahan penutupan operasi laluan Gua Musang ke Gemas.

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan turut memberitahu selain Kuala Lumpur, piket turut diadakan di Gemas, Kuala Lipis dan Gua Musang pada 28 Jun ini. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014









Tutup rel: SPAD zalimi pekerja, rakyat Pantai Timur

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengekalkan penutupan landasan Gua Musang-Gemas pada 27 Jun ini disifatkan sebagai zalim.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB), Abdul Razak Md Hassan berkata, SPAD tidak perihatin dengan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) termasuk rakyat di Pantai Timur.

"Kesatuan melahirkan dukacita dengan keegoan SPAD yang masih mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang-Gemas.

"Tindakan ini menimbulkan implikasi kepada 300 orang pekerja KTMB di sektor berkenaan malah melibatkan ratusa ribu penumpang yang menggunakan perkhidmatan keretapi, apatah lagi musim perayaan yang akan tiba nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau turut mengecam tindakan SPAD yang tidak pernah berbincang dengan KPPTMB berhubung keputusan tersebut.

"Kami hanya menerima salinan surat melalui fak memaklumkan perkara tersebut, SPAD tidak pernah memanggil kita (KPPTMB) untuk berbincang.

"SPAD bukan sahaja menzaliman pekerja KTMB tetapi turut tidak menghormati kesatuan apabila tiada perbincangan dilakukan," sambung beliau.

Abdul Razak turut memberitahu, satu piket akan diadakan di perkarangan Ibu Pejabat SPAD pada 26 Jun jam 5 petang sebagai bantahan penutupan operasi Keretapi Gua-Musang-Gemas.

Selain Kuala Lumpur, piket turut diadakan di Gemas, Kuala Lipis dan Gua Musang pada 28 Jun ini.

Penutupan landasan selama dua tahun ini akan bermula pada 27 Jun ini turut menjejaskan 'revenue KTMB' sekurang-kurangnya RM100 ribu sehari. - HARAKAHDAILY 24/3/2014

Sumber HD - 24-6-2014









Muhyiddin dikhabarkan ke Jakarta, buat apa?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa desas-desus peletakan jawatan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah rekaan politik pihak-pihak tertentu.

Justeru, para pengundi serta ahli-ahli Umno Pagoh lega menerima perkhabaran itu.

Bagi penulis Shahbudin Husin, sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.

"Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik," tulis beliau di dalam blognya.

Menurutnya, sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

"Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang mengejutkan. Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihan raya umum akan datang," ulasnya lagi.

Baca lagi

Sumber HD - 24-6-2014













Malaysia jadi pusat pemerdagangan manusia

KEADILANDAILY | .


KUALA LUMPUR: Malaysia antara negara paling teruk menjalankan aktiviti perdagangan manusia, kata Laporan Pemerdangangan Manusia 2014 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Laporan yang dikeluarkan Washington DC pada 20 Jun lalu meletakkan Malaysia di Senarai Pemerhatian Tahap 3.

"Malaysia antara negara yang diturunkan status kepada tahap paling rendah (Tier 3) kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi penghapusan aktiviti pemerdagangan manusia.

"Malaysia turut diletakkan di antara negara yang paling tidak mempunyai undang-undang, bersifat menindas dan tidak berfungsi di dunia," Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika Syarika dipetik baru-baru ini.

April lalu, penggubal undang-undang Amerika Syarikat menggesa pentadbiran Presiden Obama menghukum negara-negara yang tidak mengendahkan aktiviti pemerdagangan manusia termasuk Thailand, Myanmar dan Malaysia sendiri.

Laporan itu juga mendapati Malaysia telah membuat usaha-usaha yang tidak mencukupi bagi mengatasi permasalahan itu dan pengurangan jumlah kes yang disiasat pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.

“Negara-negara terlibat juga boleh kehilangan bantuan dari Amerika Syarikat daripada segi bantuan bukan kemanusiaan dan bukan berkaitan dengan perdagangan, dan seterusnya mungkin menghadapi tentangan untuk mendapatkan bantuan daripada institusi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia,” tegas laporan itu. - KeadilanDaily

Sumber HD - 23-6-2014









Activist held in Malaysian jail after rare earths protest

Lisa Cox - The Advocate | .

A Sydney-based environmental activist is being detained in a Malaysian prison after she was arrested at a protest outside a rare earths refinery in the country's east.

Anti-mining activist Natalie Lowrey is being held in a concrete cell in Kuantan while she awaits an expected charge under Malaysia's Immigration Act for breaching visa laws.

She was among about 1000 protesters at a demonstration outside the plant owned by the Australian minerals company Lynas, according to fellow campaigner Tully McIntyre.

About 16 protesters volunteered for arrest when violence broke out between some of the activists and Malaysian authorities.

Read the full story here

Sumber HD - 23-6-2014









Serah sepenuhnya penjanaan tenaga elektrik kepada TNB

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mendesak kerajaan mengamanahkan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mengendalikan seluruh projek penjanaan tenaga elektrik.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Hasan Mad berkata selain diiktiraf beberapa negara luar melalui projek penjanaan tenaga, TNB juga mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mengendalikan projek seperti itu termasuk penjanaan tenaga berskala mega.

"Kita bukan nak salahkan kerajaan tetapi kami berpendapat sudah tiba masanya kerajaan buat keputusan yang lebih baik dengan menyerahkan amanah mengendalikan seluruh penjanaan tenaga elektrik kepada TNB.

"Selain berpengalaman, kemampuan yang diiktiraf serta memiliki teknologi yang boleh digunakan dalam projek penjanaan tenaga, hasrat kerajaan untuk menswastakan projek berkenaan juga mendapat tentangan banyak pihak, termasuk beberapa kesatuan pekerja TNB sendiri," katanya pada sidang media di Wisma Bernama di sini.

Beliau berkata MPM bersama 400 badan bukan kerajaan telah mengkaji dengan mendalam dan dengan segala kemahiran, teknologi dan pengalaman yang ada, mereka amat yakin TNB mempunyai kemampuan untuk mengendalikan projek penjanaan tenaga tanpa perlu diswastakan kepada pihak ketiga, iaitu Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Hasan berkata desakan itu tidak bermakna mereka berhasrat menjadikan TNB sebagai monopoli tetapi sejarah telah membuktikan implikasi dasar penswastaan yang dilaksanakan pada 1980-an melibatkan utiliti terutama tenaga dan air banyak membawa kesan negatif, berbanding sebaliknya.

Akur bahawa penswastaan juga membawa kebaikan seperti kejayaan Pos Malaysia Berhad, namun ia tidak sama dengan penswastaan sektor utiliti kerana penjanaan tenaga perlu mengambil kira perspektif keselamatan negara dan kepentingan rakyat.

Ditanya sama ada desakan itu mampu menarik perhatian kerajaan, Hasan berkata beliau yakin desakan MPM berserta NGO daripada pelbagai bidang kepakaran itu akan didengari kerana kerajaan sendiri memberi pengiktirafan kepada TNB dengan meminta mereka melakukan lebih banyak bidaan bagi projek penjanaan tenaga di luar negara.

"Jadi, MPM berpendapat belum terlambat untuk kerajaan membuat keputusan mengamanahkan seluruh projek penjanaan elektrik kepada TNB, termasuk projek yang telah diswastakan kepada pihak lain selepas kontrak mereka berakhir," katanya.

Berhubung keputusan YTL Power International Bhd menarik diri daripada mengambil bahagian dalam pembangunan cadangan Projek 4A, beliau berkata MPM mengalu-alukan tindakan itu dan kerajaan perlu menggunakan kesempatan itu untuk menyerahkan sepenuhnya kepada TNB untuk dilaksanakan.

Projek 4A bagi membangunkan satu loji tenaga 1,000-1,400 megawatt di Johor dirancang dibangunkan secara konsortium melibatkan YTL Power, Tenaga Nasional Bhd (Tenaga) dan SIPP Energy Sdn Bhd dijangka menyumbang kira-kira 7.0 peratus kepada pendapatan tahun kewangan YTL Power pada 2019. - Bernama

Sumber HD - 22-6-2014









Serah ke JKM jika tak mampu jaga anak OKU

BERNAMA | .

KUCHING: Ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) disaran merujuk masalah mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada menganiayai anak-anak istimewa itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata walaupun sering kali menekankan penglibatan JKM adalah cara terakhir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun jika tiada penyelesaian pihaknya tidak menolak untuk mengambil alih tanggungjawab itu.

"Bagi saya daripada mereka mendera, membiarkan tanpa arah, serta mengabaikan anak-anak istimewa yang seharusnya dibantu itu, kalau betul-betul ibu bapa tidak mampu lagi sila serahkan kepada kami, Insya-Allah kita akan meletakkan anak-anak OKU ini di dalam institusi kementerian untuk kita pulihkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kes remaja OKU yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di Nilai, dua hari lalu.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis makan malam Selami Kasih dan Apresiasi Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (STB) Kuching, di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Rohani berkata jika ibu bapa anak-anak OKU ingin terus menjaga anak-anak istimewa itu biarpun menghadapi masalah, pihaknya masih mampu menyalurkan bantuan menerusi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

"Ada 488 buah PDK di seluruh negara ketika ini. Seperti yang saya sebut tadi, penglibatan JKM adalah jalan terakhir kerana kita hendak semua OKU ini tidak dipisahkan daripada keluarga dan pemulihan boleh dilakukan di dalam komuniti menerusi PDK itu sendiri," katanya.

Rohani berkata PDK ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi.
"PDK merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat," katanya. - Bernama

Sumber HD - 22-6-2014









Tutup landasan kereta api Gemas-Gua Musang bawa mudarat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) digesa segera mengkaji semula arahan penutupan landasan kereta api sektor timur dari Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan, yang berkuatkuasa 27 Jun ini kerana ia menjejaskan pergerakan (mobility) ratusan ribu rakyat khususnya ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penutupan landasan sektor timur itu juga akan memberi kesan kepada ratusan pekerja KTMB yang berkhidmat di Pantai Timur Semenanjung ekoran pemotongan elaun daripada gaji asal yang sememangnya sudah rendah.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi perhatian yang amat serius tentang perkara ini kerana ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.

“Menurut laporan media dan berdasarkan dokumen yang telah kami perolehi daripada sumber dalaman, SPAD dengan menggunakan kuasa di bawah Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 telah mengarahkan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menutup landasan sektor timur dari Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan, berkuatkuasa 27 Jun ini. Tempoh penutupan tidak diketahui dan bergantung kepada kerja penyelenggaraan landasan.

“Ini bermakna kemudahan perkhidmatan kereta api di 14 stesen dan 11 hentian (halt) akan dihentikan. Dengan itu, perkhidmatan empat tren ekspres dan enam tren shuttle untuk penumpang dan banyak tren kargo akan terjejas, walaupun jika bukan semua perhidmatan tersebut digantung sepenuhnya,” kenyataan media itu dipetik.

Kamaruddin dan Chin Tong menambah, menjelang Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan Julai ini, jutaan rakyat Malaysia, termasuk anak Pahang, Terengganu dan Kelantan akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan perayaan.

Oleh itu, penutupan landasan kereta api Gemas – Gua Musang akan membawa mudarat yang besar kepada rakyat khasnya penduduk Pahang dan Kelantan. Tanpa kemudahan kereta api, perjalanan balik kampung akan menjadi lebih susah dan lebih mahal.

Menurut statistik rasmi Kementerian Pengangkutan, seramai 493,000 penumpang menaiki Ekspres Senandung Wau dan Ekspres Senandung Timuran pada tahun 2013 yang sebahagian besarnya diyakini berlaku pada musim perayaan.

“Kami tahu keadaan trafik di Jalan Persekutuan No. 8 (laluan Kuala Lumpur – Raub – Kuala Lipis – Gua Musang – Kota Bahru) adalah sangat sesak menjelang musim perayaan, hingga ada yang mengambil masa 15 jam untuk sampai ke Kota Bahru dari Kuala Lumpur.

“Lantaran itu, kemudahan kereta api adalah alternatif yang cukup penting kepada penduduk Pantai Timur Semenanjung.

“Tambahan pula, di Pahang dan Kelantan, terdapat beberapa pekan atau kampung, seperti Telok Gunong dan Kampung Berkam yang bergantung kepada kemudahan keretapi untuk tujuan pengangkutan seharian,” jelas mereka.

Penutupan landasan kereta api itu, ujar Kamaruddin dan Chin Tong akan menjejaskan kehidupan seharian penduduk kampung-kampung tersebut ekoran terputus hubungan dengan dunia luar.

Menurut mereka, walaupun alasan utama SPAD bagi menutup jajaran landasan itu adalah kerana isu keselamatan, namun terdapat cara yang lebih baik daripada menutup terus landasan terbabit.

Kerja penyelenggaraan landasan, tambah mereka harus dilakukan segera dan boleh dilakukan dengan penjadualan semula perkhidmatan kereta api.

Mereka yakin bahawa perkhidmatan kereta api masih boleh dikekalkan dengan perubahan jadual sementara kerja penyelenggaran dijalankan.

“Dengan rancangan rapi dan kepakaran teknikal, risiko keselamatan penumpang boleh diminimumkan,” ujar mereka.
Sehubungan itu, dua anggota Parlimen Pakatan Rakyat itu menggesa SPAD dan Kerajaan Malaysia segera mengkaji semula arahan penutupan landasan kereta api itu kerana impak susulannya adalah amat serius. - HARAKAHDAILY, 22/6/2014

Sumber HD - 22-6-2014









Muhyiddin masih diperlukan, kata Najib

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan disenarai dalam barisan kabinet baru beliau selepas rombakan dibuat.

Najib berkata, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang baik dengan timbalannya itu.

Beliau juga berkata, masih banyak perkara perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin dalam terutama dalam memperkukuh Umno BN.

"Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN," katanya.

Sebelum ini, bloger Umno melaporkan Muhyiddin akan berundur dari kabinet bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Desas-desus itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa Muhyiddin memang sudah lama memendam kecewa dan pernah menyatakan untuk berundur.

Perkara itu katanya memang diketahui oleh kawan-kawan rapat Muhyiddin. - HARAKAHDAILY 21/6/2014

Sumber HD - 21-6-2014









Dr. Zulkifli Albakri dilantik mufti WP bermula hari ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas yang disegani Dr. Zulkifli Mohamad Albakri dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat-kuasa hari ini.

Beliau akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 20 Mac lalu selepas berkhidmat selama sembilan tahun, lapor akhbar Utusan Malaysia.

Perlantikan baru ini menjadikan beliau Mufti Wilayah Persekutuan yang ketujuh.

Dr. Zulkifli adalah anak kelahiran Kemaman, Terengganu, berkelulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang pengkhususan pengeluaran fatwa dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain itu, beliau adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab, Syria.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selain aktif menulis dan bergiat sebagai pendakwah bebas.

Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Pakar Rujuk Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Panel Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji.

Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu selain terlibat sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan. Kini beliau banyak menulis dan menyampaikan kuliah dan ceramah sama ada di televisyen mahupun di seluruh tanah air.

Atas sumbangan dan ketokohan dalam ilmu Islam, beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H/2014 peringkat negeri Terengganu dan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/2012M. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014









Jawatan TPM: Terserah kepada Najib, kata Muhyiddin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kedudukan beliau sama ada kekal atau tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas rombakan kabinet adalah terserah kepada Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menegaskan, sehingga hari ini tiada sebarang isu yang dibangkitkan berhubung kedudukannya dan perdana menteri tidak pula memaklumkan apa-apa kepadanya.

"Kedudukan saya terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,"katanya.

"Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan Perdana Menteri juga," katanya semalam selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus kononnya beliau tidak akan dimasukkan dalam senarai kabinet baru Najib.

Aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin juga ada menulis dalam laman Facebooknya yang mendakwa Muhyiddin akan bercuti panjang mulai hari ini bagi menguruskan soal Umno.

Menurut beliau, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka dilantik sebagai Pemangku Timbalan Perdana Menteri. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014









The Energy Commission should be doubly ashamed of itself

Tony Pua | .


While YTL Power had benefited significantly from directly negotiated Independent Power Producer (IPP) contracts in the past, we applaud the latest decision by the company to reject the recent “directly negotiated” offer by the Energy Commission (EC) to build a new gas-turbine power plant known as Project 4A.

It was widely assumed that the YTL consortium was hastily awarded this contract as “consolation” after it failed to win the Project 3B 2,000MW coal-fired power plant project. They failed to secure Project 3B despite the fact that they were the lowest price bidders because the concession was controversially awarded to 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

However the Project 4A award was not only directly negotiated, the terms of the award were vague, unspecific and flimsy. Neither the size of the plant (1,000MW to 1,400MW) was fixed nor was the exact tariffs finalised – except to say that it must be “comparable to the last tender exercise”.

Worse, even the consortium arrangements between YTL Power, SIPP Energy Sdn Bhd – a company associated with the Sultan of Johor, and Tenaga Nasional Bhd (TNB) were up in the air.

Hence it could not be more obvious that the EC was manipulating the entire award process to favour specific concessionaires with total disregard to good governance, competitive tendering and transparency.

The above were not the only controversial IPP awards this year. The EC has also awarded a 50MW solar power plant concession to 1MDB via direct negotiations before the tariffs were even finalised.

Therefore under the circumstances, Malaysians would have expected the YTL consortium to gleefully accept the award and perhaps laugh all the way to the bank.

Instead, in order to avoid any misconceptions and perhaps to redeem the image of the YTL Group, “YTL Power has decided not to participate in the Project under the present arrangement to dispel any misgivings over the Government’s commitment to transparency and good governance.”

This is the first time in history a company has publicly rejected a multi-billion ringgit directly negotiated concession from Government. We must applaud YTL Power for believing in the need for free and fair competition, as well as in its own ability to win these tenders on merit. Credit must be given where it is due.
Ironically however, the “sacrifice” was done to protect “the Government’s commitment to transparency and good governance.” The rejection is a clear slap in the face of the EC and the opaque practices of the Malaysian Government.

The EC should be thoroughly ashamed that their complete lack of transparency and good governance had to be exposed by a concessionaire. It has made a mockery of EC’s mission and objectives of creating a competitive environment in the country’s energy sector to ensure the lowest possible electricity tariffs for ordinary Malaysians.

We call upon the EC to own up to its failure to protect the interests of Malaysians, and announce irrevocably that all future IPP awards, whether solar, gas, coal or any other form of fuel source will be conducted via a open and competitive tender.

We will also call upon all other patriotic and responsible corporate citizens in all sectors, to follow the example set by YTL Power - that is to reject all directly negotiated awards by the Malaysia and requesting that all such awards should be conducted fairly via open tenders. Where the Government has failed miserably, is it too much to hope perhaps that Corporate Malaysia can lead the way?

Sumber HD - 20-6-2014









Rakyat tempatan terjejas ancaman nelayan Vietnam

HARAKAHDAILY | .


Nelayan tempatan mengadakan himpunan aman di hadapan bangunan Parlimen, pagi ini.


KUALA LUMPUR: Satu siasatan dan pembersihan mesti dibuat terhadap pemilik lesen rakyat tempatan yang menggaji awak-awak Vietnam, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali.

Ini, katanya untuk melihat adakah terdapat tangan-tangan ghaib mewakili tauke-tauke besar rakyat asing yang hanya menjadikan pemegang lesen rakyat tempatan hanya sebagai “alibaba”.

Katanya, lesen "alibaba" adalah pengkhianatan terhadap negara kerana melibatkan subsidi diesel kepada nelayan yang dimanfaatkan untuk maslahat orang asing.

“Kerajaan perlu melihat kembali keperluan kehadiran awak-awak Vietnam sebagai nelayan yang diberi permit bekerja di saat rakyat tempatan lebih memerlukan kerja sebagai nelayan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Aduan oleh para nelayan tempatan Pantai Timur terhadap aktiviti nelayan Vietnam yang mengancam aktiviti tangkapan seharian mereka tidak boleh dipandang ringan kerana ia telah berlangsung sejak lebih lima tahun lalu.

Ada beberapa fakta yang mesti diambil perhatian, disiasat dan diambil tindakan:

1. Kehadiran bot-bot nelayan yang diberi lesen atas nama rakyat tempatan sedangkan awak-awaknya adalah nelayan Vietnam di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.

2. Mereka melakukan aktiviti tangkapan menggunakan konsep pukat tunda di kawasan nelayan zon A yang telah diharamkan oleh kerajaan. Kesalahan boleh dikenakan kompaun maksimum RM10,000 selain bot yang ditahan juga tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti di laut walaupun didaftarkan atas nama orang lain.

3. Aktiviti tersebut menyebabkan kerosakan jangka masa panjang terhadap hasil laut kerana pukat tunda akan menangkap segala hasil laut termasuk yang tidak diperlukan dan memberi ancaman kepada hasil pendapatan nelayan tempatan di samping memusnahkan ekosistem laut.

4. Aktiviti tersebut juga merosakkan bubu dan pukat nelayan tempatan yang mengancam survival nelayan kecil tempatan.

5. Adakah Malaysia khususnya laut Pantai Timur Malaysia memerlukan kehadiran nelayan asing khususnya Vietnam sedangkan rakyat tempatan mampu memenuhi keperluan negara terhadap hasil laut malah sememangnya ramai nelayan kecil tempatan memerlukan pekerjaan tersebut.

6. Setelah aduan rasmi dibuat oleh para nelayan kepada pihak berkuasa termasuk polis, Jabatan Perikanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkali-kali, tindakan masih pada tahap tidak membanggakan kerana aktiviti ancaman tersebut masih berleluasa.

7. Terdapat kes aduan bahawa nelayan Vietnam bertindak ganas terhadap nelayan tempatan apabila mereka ditegur setelah merosakkan bubu dan pukat nelayan tempatan.

8. Terdapat aduan bahawa nelayan asing ini menggunakan nombor pendaftaran bot palsu di samping bot berdaftar.

Justeru, saya selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mewakili sebilangan besar nelayan yang terancam mendesak:

1. Satu siasatan dan pembersihan mesti dibuat terhadap pemilik lesen rakyat tempatan yang menggaji awak-awak Vietnam untuk melihat adakah terdapat tangan-tangan ghaib mewakili tauke-tauke besar rakyat asing yang hanya menjadikan pemegang lesen rakyat tempatan hanya sebagai “alibaba”.

2. Lesen "alibaba" adalah pengkhianatan terhadap negara kerana melibatkan subsidi diesel kepada nelayan yang dimanfaatkan untuk maslahat orang asing.

3. Kerajaan perlu melihat kembali keperluan kehadiran awak-awak Vietnam sebagai nelayan yang diberi permit bekerja di saat rakyat tempatan lebih memerlukan kerja sebagai nelayan.

4. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan perlu segera lebih aktif dan drastik mengadakan penguatkuasaan membanteras penggunaan pukat tunda oleh nelayan Vietnam.

5. Unsur-unsur rasuah di pihak penguatkuasaan yang memungkinkan berlakunya "pejam mata" terhadap aktiviti jenayah ini perlu disiasat - sekiranya ada - sesuai dengan hasrat kerajaan membasmi rasuah ke akar umbinya.

6. Bahagian penguatkuasaan maritim perlu memperkasakan kehadiran mereka dan tugasan penguatkuasaan mereka di perairan Pantai Timur dengan jumlah pegawai dan kakitangan penguatkusa yang lebih besar serta kelengkapan canggih.

7. Kesungguhan kerajaan mesti dipaparkan menerusi tindakan undang-undang yang diambil dan orang-orang yang terlibat diseret ke mahkamah.

8. Cadangan kerajaan untuk menubuhkan pasukan sukarelawan laut terdiri daripada nelayan sendiri yang akan bertindak sebagai 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa bagi mengelak masalah berleluasa perlu disegerakan.

9. Kerajaan mesti mewujudkan satu jawatankuasa khusus dan segera merangkumi pelbagai pihak dan agensi kerajaan dan pihak-pihak yang mewakili para nelayan tempatan untuk membincangkan isu ini dan seterusnya mengambil tindakan secara lebih serius dan segera.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan moral kepada nelayan-nelayan Pantai Timur yang akan mengadakan Himpunan Aman di Parlimen Malaysia pada hari ini, Khamis 19 Jun 2014 jam 9 pagi bagi membuat serahan memorandum kepada pihak kerajaan dalam isu ancaman nelayan Vietnam.

Memo akan diserahkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). - HARAKAHDAILY 19/6/2014





YB Dr KART - Isu Nelayan :
http://www.youtube.com/watch?v=Cd6RuIiSMZE

Sumber HD - 19-6-2014









Crony capitalism still in energy sector

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS Research Centre | .


Prior to 2004, licenses were awarded to the Independent Power Producers (IPP) by the Economic Planning Unit (EPU) on a directly-negotiated basis. It is a well-known fact that only the well-connected were awarded the licenses which paved the way for some to be raking in millions if not billions, due to ‘sweetheart’ deals of the first generation IPP Power Purchasing Agreement (PPA).

That the first generation IPPs enjoyed mid-term project’s IRR (Internal Rate of Return – a yardstick used to measure financial viability of a project) is an open secret. That this rent-seeking behaviour had ultimately contributed to higher cost of electricity is synonymous with the hey-day of privatisation ala-Mahathirnomics.
Needless to say that Power Plants are surely ‘gold-mines’ where concessionaires would lock in their cash-flows for at least the next 20 years.

The industry players in the power sector were relieved when the Najib’s Administration embarked on a spate of reforms which were to see, amongst other core reforms, a competitive tender to be undertaken for the award of future IPPs.

Moving in that direction, MyPower Corp which was established in 2010, a unit under the Energy, Green Technology and Water Ministry, was to spearhead the reforms so as to ensure the cheapest cost of energy delivered to the consumer.

Since 2011, the EC has conducted four competitive bidding. Tenaga Prai power plant (capacity 1.071 MW) was awarded by the EC to Tenaga (TNB) after a stiff bidding process. It was reported that 18 participants submitted their bids. Tenaga outbid the rest, with a levelised tariff of 34.7 sen/kWh and a project IRR of between 6 to 7%. This price now seems to be an industrial benchmark.

The latest competitive bid was the project 3B that was to build a 2,000 MW coal-fired power plant. The EC controversially awarded it to 1-MDB despite not being the lowest but based on technical grounds.

Much to the chagrin of the industrial players in the power sector, the reform is now being perceived as being placed on the backburner and the EC is ostensibly making a U-turn, a regression of sorts.

Project 4A is a combined gas-fired turbine plant with a 1,100 MW to 1,400MW capacity. Sources said that the decision on the direct negotiation would help to finalise the contract quickly and speed up the delivery of the power plant to address capacity shortage, following recent ‘outages’ in several states.

These reasons however were not well received by the power players much as it also defied logical thinking. The EC couldn’t suddenly argue that the country is in dire need of electricity after the recent outages.

Planning is an on-going process. The EC must be transparent as to what were the real causes of the outages?
The installed capacity is currently at 21,000MW while peak demand comes to the range of 17,000MW.

This provides for a clear margin of 4,000MW. So taking account of anticipated outages and unplanned ones, there is a clearly a safe margin. There is no foreseeable surge in demands of electricity in the immediate future.

Differences of opinions prevailed between the EC and the industry players as to the ‘actual operating reserve margin’. Even after taking into account of all scheduled (maintenance and repair) and unscheduled outages (lightning, mishaps like flood), industry players insist on achieving a 10% to 21% operating reserve margin.
They argued that gradual power planting would be pertinent and would also arguably avoid excess reserve margins that will only burden consumers.

TNB moreover has made it clear that another 7,000MW of electricity has been planned for commissioning for the next four years and will be coming on-stream by 2018. There is sufficient reserve capacity as not to allow a repeat of 1992.

Hence, why the rush for open-tender?

Despite the opposition, going by the latest turn of events, the EC has already offered ‘a conditional award’ for the development of Project 4A to a ‘consortium that is made up of three prominent bidders’ of the project namely YTL, SIPP and TNB.

Now that the three supposedly top bidders have been asked to form a consortium, one wonders why do you ever call for an open tender in the first place!

The rakyat would surely want EC to be transparent as to ‘what are the conditional offers’? What are the formulas and rate for the power produced by this plant that would be undertaken and sold to TNB. One couldn’t help thinking that the involvement of TNB is an eye-washer of sorts. Considering this is a directly negotiated deal, it is expected that bigger transparency would be demanded from the Malaysian public.

Be that as it may, such political interference doesn’t augur well for Malaysia and in fact damages our credibility in the eyes of the international business community. We shall perhaps be their last destination for further high tech industry since investors are afraid of flip-flopping and uncertainties in policies.

To make it all the worse, the recent comment by Tan Sri Francis Yeoh urging for an end of ‘capital capitalism’ seems both weird and unbecoming much as it hollow. Many perceived that he outwardly has contradicted his own rise in the power sector and more importantly his current attempt at securing project deal 4A through connection with the royalty.

YTL International Power Berhad owns the majority share in the holding company of SIPP Power Sdn Bhd while SIPP Energy Sdn Bhd owns 30% share of the SIPP Power Sdn Bhd. For transparency and best practice Francis should come clean to explain all these rather than simply pronouncing lofty ideals of battling ‘crony capitalism’ in Corporate Malaysia.

A search in Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) showed that HRH Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor is the majority (51%) shareholder of SIPP Energy while the majority (3 out of 5) of SIPP Power Directors are siblings of YTL International Power Bhd. Managing Director Tan Sri Francis Yeoh and executives within the YTL Group.

In the final analysis, it is important to register that this U-turn and flip-flop in policy is certainly not doing good to Malaysia, an investment destination. The Chairman of the EC must be reminded that he is placed in the EC to undertake this reform.

Should he insist on the ‘direct negotiation’, will he allow for a “Swiss Challenge” from the other equally competent bidders?

It serves the new EC well to do a ‘Tan-Sri Ani Arope’ i.e., to exit graciously as a protest to Najib’s flip-flop policy. That will go down well in history as a commitment for Change and Reform.- ES

Sumber HD - 18-6-2014









Rombak Kabinet: PM gugur Najib?

A KADIR JASIN | .

DALAM 1Malaysia macam-macam ada, satu jenaka SMS yang sedang diedarkan berbunyi:

Cabinet reshuffle soon. The PM is dropping Najib.” (Rombakan Kabinet tak lama lagi. Perdana Menteri akan gugurkan Najib.)


Serah kepada pengguna telefon pintar untuk “menjenakakan” dan meremehkan segala perkara. Tetapi lebih baik mereka berjenaka daripada mengamuk kerana hilang punca! Laughter is the best medicine. Ketawa penawar lara.

Tetapi apabila saya memanjangkan (forward) jenaka itu kepada dua wartawan kanan bergelaran di raja, kedua-dua mereka menyangka saya tersalah taip - typo.

Jenaka atau tidak, saya rasa Perdana Menteri perlu memikirkan semula kedudukan Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.

Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan ia juga berupa konflik kepentingan.

Apabila PM juga bertindak sebagai Menteri Kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?


Prestasi Menteri Kewangan

Sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5%. Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh purata 4.28% saja. Menurut seorang bekas Menteri Kewangan, kadar itu adalah “biasa” saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat.

Para ekonomis adalah dipelawa untuk menambah, menolak, menjawab dan menafikan fakta, perangkaan dan kesimpulan yang tersasar. Kebanyakan perangkaan dalam rencana ini adalah daripada sumber rasmi kerajaan.

Defisit belanjawan meningkat daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2008 (zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada tahun 2010 yang berupa belanjawan pertama Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Purata defisit belanjawan antara 2010 dan 2014 adalah 5%.

Hutang Kerajaan Persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan iaitu daripada 41.24% KDNK pada 2009 kepada 52.8% pada tahun 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan dianggarkan naik kepada 54.8% KDNK.

Jumlah hutang kerajaan meningkat daripada RM362.3 bilion pada tahun 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun lalu.

Defisit belanjawan yang tinggi dan hutang kerajaan yang semakin meningkat menyebabkan agensi penarafan antarabangsa Fitch menurunkan penarafan hutang (credit rating) Malaysia daripada stabil kepada negatif pada bulan Julai lalu. Ia adalah tamparan kepada Mohd Najib.

Hutang kerajaan melambung hingga 80.7% pada tahun 1990 akibat krisis ekonomi tahun 1980’an tetapi turun secara progresif kepada paras paling rendah dalam sejarah iaitu 31.8% pada tahun 1997. Hutang kerajaan yang kecil itu membantu mengurangkan kesan buruk krisis mata wang Asia 1997/98.

Selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".

Antara tahun 2009 hingga September 2013, ringgit Malaysia jatuh 6.3% berbanding dolar Amerika, 6.1% berbanding dolar Singapura, 6.2% berbanding pound sterling, 8.1% berbanding Euro dan 7.8% berbanding mata wang China renminbi. Hanya dengan Yen Jepun ringgit naik – 7%.

Inflasi yang juga menjadi tanggungjawab Bank Negara meningkat daripada 0.6% pada tahun 2009 hingga 3.2% pada tahun 2011. Purata kadar inflasi sejak 2009 adalah 1.84%.

Teknokrat Boleh Jadi Menteri Kewangan

Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Lagi pun PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.

Umno dan BN memerlukan lebih banyak perhatian beliau kerana masa empat tahun sebelum PRU akan datang bukan lama.

Menteri Kewangan tidak perlu seorang ahli politik. Teknokrat pun boleh. Masakan Malaysia ketandusan bakat ekonomi dan kewangan sehingga tidak ada lagi teknokrat dan ahli perniagaan macan Tun Daim Zaiunuddin yang dua kali menyelesaikan krisis ekonomi negara?

Pendirian saya dalam hal ini konsisten. Sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyandang jawatan Menteri Kewangan lagi saya telah menulis bahawa PM tidak wajar menjadi Menteri Kewangan apatah lagi apabila kepakaran mereka dalam bidang itu cetek dan dipersoalkan.

Seorang Menteri Kewangan bukan sahaja perlu luas pengetahuan mengenai ekonomi, belanjawan dan mata wang, malah lebih daripada itu dia perlu berani dan tegas. Ini bukan jawatan untuk orang lembik, kurang inisiatif dan kerja ikut pejabat!

PM juga tidak perlu bermuka-muka dengan parti-parti Cina dalam BN. MCA masih dalam mode cakap tetapi belum ada bukti yang ia kembali mendapat perhatian orang Cina apatah lagi sokongan mereka.

Orang Cina tolak BN, jadi buat apa Mohd Najib terhegeh-hegeh melayan MCA dan Gerakan. The Chinese had said loud and clear they do not need the BN. Let them be!

Tetapi isu jawatan menteri untuk Gerakan sudah menjadi kewajipan kerana itu yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

PM perlu utamakan kaum majoriti (ertinya Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak) yang daif. Mereka inilah yang menyelamatkan BN pada Pilihan Raya Umum lalu.

Buang Menteri Melayu/Bumiputera yang hambar dan ganti dengan yang lebih muda dan baik.

Manfaatkan duit pembayar cukai. Kurangkan bilangan anggota Kabinet. Hentikan pemborosan. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Walk the talk.


NOTA Kaki: Boleh sesiapa beritahu di mana Jho Lo aka Low Taek Jho, wajah 1Malaysia Development Berhad, berada? Lama tidak dengar cerita beliau. 1MDB sudah dua kali tangguh IPO. Apasal? Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com

Sumber HD - 17-6-2014









Plus tutup sementara beberapa R&R dan hentian

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara bermula hari ini sehingga Khamis untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam kenyataan di sini hari ini berkata R&R Ulu Bernama (arah selatan) di KM 398.80 dan hentian sebelah Taiping (arah selatan) di KM 212.60 ditutup hari ini mulai 8 pagi hingga 5 petang manakala R&R Ayer Keroh (arah utara) ditutup dari 8 malam hingga 8 pagi hari berikutnya.

R&R Gunung Semanggol (arah selatan) di KM 194.60, hentian sebelah Bukit Gantang (arah utara) di KM 225.40 juga ditutup pada Rabu, mulai 8 pagi hingga 5 petang manakala R&R Seremban (arah selatan) di KM 274.40 ditutup pada hari yang sama mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pada Khamis juga, R&R Seremban (arah utara) di KM 272.20 turut ditutup mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang sementara hentian sebelah Bukit Gantang (arah selatan) di KM 225.00 ditutup pada 8 pagi hingga 5 petang.

Semua kemudahan lain termasuk gerai dan kios ditutup kecuali stesen minyak. - Bernama

Sumber HD - 17-6-2014









Sokong Persatuan TNB tentang pengkhianatan UBN!

DR DZULKEFLY AHMAD | .

1. Jelasnya PM Najib dan Kabinetnya masih lagi belum ‘bertaubat nasuha’ dalam pemberian kontrak secara ‘direct-nego’ atau ‘runding langsung’ meskipun telah faham dan tahu ‘dosa’ dan ‘pengkhianatan’ yang dilakukan membawa beban kepada rakyat seluruhnya serta merosakkan pasaran dan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

2. Amat layak dan wajar Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang merangkumi Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan Pekerja-Pekerja Percantuman TNB dan Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union yang telah diadakan pada 13 Jun lalu membantah tawaran usahasama secara runding terus membabitkan syarikat IPP, YTL untuk projek penjanaan tenaga ‘Projek 4’ Pasir Gudang, Johor bagi bagi menjana antara 1,400MW hingga 2,000MW.

3. Kumpulan lebih 200 pegawai kesatuan dan persatuan TNB itu kemudian berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, memorandum bantahan "Tolak YTL" kepada Pengurusan TNB di Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB. Memorandum bantahan dibuat berdasarkan pengalaman pahit hasil Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara TNB dengan YTL sebagai IPP bermula dari tahun 1993.

4. Pada bula Februari 2014, Kerajaan Pusat telah ‘menghadiah’ 1-MDB projek menjana 2,000MW arang-batu yang bernilai RM11 bilion. Rakyat masih ingat bahawa 1-MDB bukan pembida termurah dalam persaingan yang menyaksikan tujuh pesaing lain. Membida projek berbilion ringgit memerlukan jutaan ringgit. bukan satu yang mudah di segi persiapan.

5. Harga bidaan 1-MDB adalah 25.65 sen/kWh sementara YTL membida dengan harga lebih murah yakni 25.23se/kWh. Jawatankuasa Teknikal Suruhanjaya Tenaga juga mengesyorkan YTL sebagai layak dberi kontrak.

6. Jelasnya, tidak dapat dielakkan persepsi bahawa Najib terpaksa memberi kontrak ini sebagai satu ‘bailout’ atau langkah ‘menyelamatkan’ 1-MDB kerana tanggungan beban hutang yang hampir melepasi RM37 bilion. Mutakhir ini analisis dalam pasaran kewangan sibuk menyebutkan tentang risiko hutang 1-MDB yang menjejasakan ‘penarafan’ negara.

7. Malang setelah membuat kesilapan pertama, Najib terus melakukan pengkhianatan kedua dengan cubaan menebus ‘dosanya’ dengan YTL dengan memberi kontrak “Projek 4A” bernilai RM3 bilion bagi menjana 1,000-1,400 MW secara penjanaan Gas-Turbine.

8. Lebih malang lagi, kali ini bukan sahaja ia dilakukan secara ‘runding langsung’, segala isu terma perjanjian adalah sangat kabur, lemah dan tidak spesifik termasuk hal tarif. Tarif hanya disandarkan kepada ‘Projek 3B’ sebagai ‘ukuran’ atau ‘banchmark’.

9. Menjadi lebih teruk dan parah lagi apabila dikatakan bahawa TNB menafikan tidak mendapat apa-apa tawaran untuk bersama dalam ‘konsortium’ 3 entiti itu sekaligus memberi isyarat bahawa kemasukan TNB adalah sekadar untuk mengelabui mata rakyat. Dikatakan bahawa TNB sedang menimbang peranan mereka dalam konsortium ini!

10. Kenyataan CEO TNB, Datuk Seri Azman Mohd bahawa mereka baru menerima surat tawaran untuk bersama konsortium yang diberikan ‘tawaran bersyarat’ atau ‘conditional offer’. Beliau menafikan bahawa TNB telah pun menjadi sebagaian ‘konsortium’ tersebut! Bagaimanakah Suruhanjaya Tenaga mampu melakukan kesemua ‘silap mata’ ini adalah sangat mengejutkan khasnya kerana Pengerusi Suruhanjaya Tenaga baru itu sendiri telah membuat komitmen sebelum menjalankan tugas lagi bahawa beliau akan komited melakukan apa jua pemberian kontrak sebagai tender terbuka!

11. Layaklah Persatuan dan Kesatuan TNB serta Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union mengadakan bantahan pada 13 Jun lalu. Bahkan saya mencadangkan CEO TNB, Datuk Seri Azman untuk melakukan ‘Tindakan Tan Sri Ani Arope’ untuk meletakkan jawatan tanda protes terhadap perbuatan yang terus-terusan mengkhianati rakyat dan tidak mengizinkan ‘padang-sama-rata’ dalam persaingan pasaran perniagaan kerana amalan kronisme. Pelabur-pelabur bakal meninggalkan Malaysia kerana tidak bersaing secara adil dan telus!

12. Demonstrasi besar-besar wajar dilakukan secara "ala-BERSIH" bagi Membenteras dan Menamatkan KKN – Kolusi-Kronisme-Nepotisme bagi menjana “Padang-Sama-Rata” dalam sektor dan pasaran perniagaan.

Satu lagi pengkhianatan UBN!

HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014









Gabung hakim syarie dan sivil dalam kes tertentu

ZALINA MAIZAN NGAH | .

KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya pihak kerajaan menimbang keperluan penggabungan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah bagi kes tertentu melibatkan orang Islam dan bukan Islam, kata Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Siti Zubaidah Ismail.

Beliau (gambar) berkata hakim sivil dan hakim syarie boleh bersidang bersama-sama berdasarkan keperluan yang wujud dalam sesuatu kes dengan bidang kuasa khas.

"Kedua-dua hakim dengan kepakaran undang-undang sivil dan hakim syarie serta kepakaran undang-undang syariah dan perundangan Islam boleh dipertemukan dalam suatu forum untuk menyelesaikan isu-isu yang terlibat," katanya kepada Bernama.

Siti Zubaidah berkata pendekatan yang boleh diambil ialah dengan menggunakan kaedah mediasi dan Mahkamah Syariah juga perlu bersedia untuk menghadapi cabaran penggabungan kepakaran bagi merealisasikan keadilan kepada pihak-pihak yang memohon.

Adalah menjadi tugas pihak badan perundangan untuk memikirkan bagaimana keupayaan hakim itu dapat dipertingkatkan, katanya.

Isu penggabungan dua mahkamah ini bukanlah baharu kerana bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad pernah menyuarakan pendapat yang sama beberapa tahun dahulu namun sehingga kini ia masih tidak dilaksanakan.

Siti Zubaidah berkata cadangan yang dikemukakan Abdul Hamid itu wajar diteliti dan diperhalusi bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem perundangan negara.

"Artikel 121(1A) dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada tahun 1981 menegaskan tentang pengasingan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Ini berikutan wujud permohonan (sebelum tahun 1981) yang membabitkan perkara-perkara yang bidang kuasa perundangan tidak jelas, dibawa ke Mahkamah Sivil melibatkan isu-isu orang Islam.

"Dengan adanya pengasingan bidang kuasa ini, maka pendekatan yang diambil ialah apabila sesuatu perkara berbangkit itu berada di bawah bidang kuasa satu-satu mahkamah, maka mahkamah yang satu lagi tiada hak untuk mendengar kes itu.

"Namun begitu, sekalipun sudah ada pembahagian yang jelas, masih terdapat ruang pertindanan atau 'ruang kelabu' yang memerlukan penyelesaian. Selama ini, penyelesaiannya menimbulkan keresahan dan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak. Ini kerana pendekatan yang diambil ialah menang atau kalah," katanya.

Siti Zubaidah berkata sekiranya bidang kuasa diberikan kepada satu mahkamah untuk membicarakan sesuatu perkara, maka mahkamah yang satu lagi 'kalah' dan tiada boleh campur tangan.

Beliau menyatakan antara 'ruang kelabu' yang sering menjadi "rebutan" ialah kes penceraian ekoran seorang daripada pasangan itu memeluk agama Islam.

"Apabila timbul isu-isu yang memerlukan penyelesaian dari segi hukum fiqh dan sebagainya, pada yang sama hak bukan Islam juga timbul. Perkahwinan asal dibuat berdasarkan kepada Akta Memperbaharui (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Apabila seorang daripada mereka memeluk Islam, kedua-dua pihak mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan. Implikasi daripada perceraian pula mewujudkan lacuna dalam perundangan.

"Ekoran daripada perceraian itu akan timbul pula isu agama dan perebutan hak jagaan anak. Pasangan yang bercerai bukan sahaja berebut hak jagaan anak, malah berebut juga untuk menentukan status agama anak," katanya.

Tambah beliau, pertikaian juga wujud dalam kewangan Islam dan perbankan Islam yang melibatkan pihak bukan beragama Islam.

"Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Tun Abdul Hamid, tidak dapat tidak ia memerlukan kepakaran kedua-dua pihak bersidang bersama demi memutuskan perkara-perkara di luar kerangka bidang kuasa masing-masing. Selagi tidak direalisasikan, kita akan dapat merasakan kekoknya sistem yang ada," katanya.

-- BERNAMA

Sumber HD - 17-6-2014









Jenazah Ummi Nadiah Filzah dibawa pulang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada Ummi Nadiah Filzah Daud, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah kelmarin mahu jenazah anak mereka dikebumi di Rawang.

Bernama melaporkan, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.

Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai-pegwai Kedutaan turut berada di Iskandariah membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham.

Kenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.

Sehubungan itu, kata Wisma Putra kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah.

Ummi Nadiah Filzah bersama lima rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah terlibat dalam kemalangan pada 4 Jun lalu ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el-Arab untuk pulang ke tanah air.

Van yang mereka naiki dilaporkan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut berkenaan tercampak di Tasik Mesir. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014









Kesatuan Persatuan TNB tolak YTL

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap tindakan kerajaan BN memberi pelbagai kemudahan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan tarif elektrik kini turut dirasakan Kesatuan Persatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sehubungan itu mesyuarat tergempar Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang merangkumi Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pecantuman TNB dan Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union yang telah diadakan pada 13 Jun lalu sepakat membantah tawaran usahasama secara runding terus (direct nego) membabitkan syarikat IPP, YTL untuk projek penjanaan tenaga ‘Track 4’ Pasir Gudang, Johor.

Bagi menyatakan bantahan mereka, satu sidang media oleh Pegawai-Pegawai Kesatuan dan Persatuan TNB diadakan pagi ini di Pejabat Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU) di No 166B, Jalan Faraday, Off Jalan Bangsar, dekat sini.

Kumpulan lebih 200 pegawai Kesatuan Persatuan TNB itu kemudian berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, dekat sini bagi menyerahkan memorandum bantahan "Tolak YTL" kepada Pengurusan TNB di Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB.
Berita lanjut menyusul. - HARAKAHDAILY, 16/6/2014

Sumber HD - 16-6-2014









Dahulukan tuntutan syarak dalam berfesyen

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Wanita muslimah harus mendahulukan tuntutan syarak dalam aspek pemakaian bagi memastikan pakaian mereka mencerminkan keperibadian muslimah sebenar, demikian kata penceramah motivasi terkenal Prof Dr Muhaya Mohamad.

Menurut beliau, terdapat wanita muslimah yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengikuti trend fesyen terkini sehingga terlupa tujuan sebenar berhijab dan menutup aurat.

"Alangkah ruginya wang yang dibelanjakan, kalau niat adalah untuk kecantikan dan pandangan manusia dan bukannya kerana Allah, kerana hijab bukan sahaja di
luaran tetapi juga di dalam hati,” katanya yang juga seorang pakar opthalmologi.

“Bercantik itu sederhana. Islam menggalakkan kesederhanaan dan sebaiknya kita pakai bukan untuk tampak anggun semata-mata tetapi untuk sopan dan menjaga aurat,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan sesi ceramah motivasi pada Pameran Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIHF) 2014 di sini.

Menurutnya, ada juga golongan wanita muslimah yang berhijab tetapi tidak menjaga aurat di tempat lain serta mengabaikan kewajipan lain seperti solat dan puasa.

Dr Muhaya juga menasihati agar pengeluar fesyen muslimah memainkan peranan
penting dalam memastikan pakaian yang direka dan dijual menetapi ciri fesyen seorang muslimah.

“Kalau boleh, buat fesyen kerana Allah. Kejarlah untung di akhirat daripada untung di dunia kerana orang yang mengejar akhirat pasti akan dapat dunia sekali,” katanya.

KLIHF diadakan buat julung kali di Pusat Dagangan Dunia Putra bermula semalam hingga esok dengan penyertaan 250 gerai pameran fesyen muslimah termasuk 50 daripada kalangan usahawan antarabangsa.

Sumber HD - 14-6-2014









Tweet Khairy, jarang Najib buat dengan menteri lain

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tidak seperti menteri atau pemimpin Umno dan kerajaan lain yang hanya berkomunikasi secara formal atau memaklumkan program serta aktiviti masing-masing kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui laman mikro twitter, Khairy Jamaluddin (KJ) sebaliknya telah memanfaatkan bahawa beliau jauh lebih ke depan berbanding yang lain dalam penggunaan media sosial ini.

Dengan gurau sendanya mendapat respons yang menghiburkan daripada Najib, KJ juga menjadi satu-satunya menteri yang setakat ini boleh berbuat demikian dengan seorang Perdana Menteri, ulas Shahbudin Husin

"KJ juga tentunya gembira kerana hubungannya yang boleh bergurau senda itu telah diketahui oleh sebahagian besar rakyat negara ini," tulisnya di dalam blog, semalam.

Ini, menurutnya sekaligus menyerlahkan hubungan yang rapat antara Najib dengan KJ walaupun daripada tahun 2009 hingga 2013 lalu beliau diketepikan oleh Najib daripada menduduki sebarang jawatan dalam kerajaan.

Hanya dalam penyusunan kabinet selepas PRU13 barulah KJ dimasukkan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Baginya, tindakan saling berbalas gurauan yang ditunjukkan itu menunjukkan turut menyenangi antara satu sama lain yang jarang ditunjukkan oleh Najib terhadap menteri yang lain. - HARAKAHDAILY 14/6/2014

Baca di sini

Sumber HD 14-6-2014









Jaga anak: Cadangan Najib hina mahkamah syariah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malasia (Abim) berpandangan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perebutan hak penjagaan anak diserahkan kepada Mahakamah Persekutuan dilihat tidak menghormati bidang kuasa dan legitimasi Mahkamah Syariah dalam negara.

Presidennya, Amidi Abdul Manan menegaskan prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Beliau menyatakan demikian dalam sau kenyataan merujuk kepada kenyataan Najib yang mencadangkan agar kes perebutan hak jagaan anak dalam kes Izwan Abdullah dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan akhir bagi mengatasi kemelut tersebut.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan agar kes perebutan hak jagaan anak dalam kes Izwan Abdullah dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan akhir bagi mengatasi kemelut tersebut.

Abim berpandangan cadangan tersebut dilihat tidak menghormati bidang kuasa dan legitimasi Mahkamah Syariah dalam negara serta menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes-kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.

Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Namun, berdasarkan solusi yang dicadangkan menggambarkan seolah-oleh kerajaan tidak serius dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah di tempat yang sewajarnya yang dijamin oleh Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Walau bagaimanapun, Abim melihat perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkmah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya tidak ditajamkan. Sebaliknya satu lembaran baru untuk memastikan agar benar-benar kedua-dua sistem ini dapat diharmonikan perlu direalisasikan.

Senario hari ini menunjukkan beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal terutamanya apabila kes yang melibatkan hubungan antara Islam dan bukan Islam.

Abim percaya bahawa konflik akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah Syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan. Kebenaran ini perlu kerana ia melibatkan hak seseorang yang merasakan diri mereka teraniaya.

Dari sudut itu, Abim melihat betapa peranan Mahkamah Syariah dapat dikembangkan hingga menjadi sandaran kepada bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.

Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, pasangan bukan Islam sudah tentu akan membawa kes mereka ke Mahkamah Sivil kerana ia satu-satunya medium yang membolehkan mereka untuk memperoleh keadilan dan hak.

Maka, sudah tentu persoalan keistimewaan bidang kuasa Mahkamah Syariah akan timbul apabila perintah yang keluar dari Mahkamah Sivil bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah.

Dalam perkembangan berkaitan, Abim juga melihat keperluan untuk hakim Mahkamah Syariah yang mengadili kes seumpama ini untuk dilatih dan didedahkan dengan sistem undang-undang sivil, yang meliputi prosedur dan substantive termasuk kes-kes yang menjadi precedent serta peruntukan undang-undang sedia ada seperti Law Reform Act (LRA) 1976.

Kerajaan khususnya Perdana Menteri mesti menunjukkan keikhlasan terhadap perundangan syariah sama ada yang sedang dilaksanakan dan yang belum dilaksanakan lagi.

Persoalan maqasid syariah seperti yang diungkapkan oleh beliau apabila membicarakan persoalan undang-undang jenayah dalam Islam baru-baru ini memerlukan pembuktian yang jelas.

Abim memandang berat jika ia hanya sekadar alasan dibibir tanpa sebarang ikhtiar yang konkrit bagi memartabatkan perundangan syariah di bumi Malaysia ini. - HARAKAHDAILY 14/5/2014

Sumber HD - 14-6-2014









Qari Amerika sertai Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa

BERNAMA | .




WASHINGTON: Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.

Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.

Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.

"Kami mengemukakan cadangan kepada Jabatan Negara AS dan mereka memberitahu kerajaan AS menyokong konsep itu dan berterima kasih kepada Malaysia atas undangan menyertai tilawah.

"Kami kemudian diminta menghubungi Islamic Society of North America (ISNA) iaitu pertubuhan Islam terbesar di Amerika Utara. ISNA kemudian mengusulkan nama dua pelajar yang bukan sahaja bersuara merdu tetapi juga memahami kesederhanaan dalam Islam," katanya.

Mereka ialah Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia.

Sepanjang berada di Malaysia Yusof akan ditemani ibunya Jameela Cattaneo sementara Fadima pula diiringi bapa saudara Ibrahim Abdirahman Sheikhadan.

Awang Adek yang teruja dengan penyertaan dua wakil AS itu, berkata perkara tersebut adalah petunjuk jelas akan hubungan yang bertambah baik dengan AS yang kekal menjadi pasaran kedua terbesar dan pelabur asing utama Malaysia.

Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada April lalu turut merapatkan lagi hubungan Malaysia-AS dalam beberapa isu global.

Pentadbiran AS turut mengikuti dengan teliti setiap kenyataan yang dibuat oleh Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang semakin mendapat tempat ketika beberapa bahagian di dunia ini menghadapi konflik keganasan.

Mengulas lanjut, Awang Adek berkata penyertaan qari dan qariah AS itu juga harus dilihat dari konteks sokongan kepada idea kesederhanaan dalam Islam yang dibawa oleh Malaysia dan Perdana Menteri.

"Memang benar idea kesederhanaan dalam Islam diterima baik di AS yang memahami dan menghargai idea tersirat iaitu keharmonian dan toleransi dalam kalangan penduduk berbeza agama," katanya. - Bernama

Sumber HD - 13-6-2014

















Malaysia jadi hos Anugerah Muslimah Dunia 2015

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Yayasan Suara Wanita (Yasnita) akan menganjurkan Anugerah Muslimah Dunia ke-5 di di Kuala Lumpur tahun depan.

Pengerusi Yasnita Tan Sri Zaleha Ismail berkata majlis itu akan berlangsung sebelum Aidiladha.

"Ini merupakan kali pertama Malaysia menjadi hos acara anugerah berprestij untuk Muslimah dan saya melihat ini sebagai satu platform bagi pembentukan seorang 'role model' dalam kalangan wanita Islam dari segi dedikasi, reputasi dan keprihatinan terhadap nilai-nilai Islam serta pembangunan masyarakat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Anugerah itu dimulakan Yayasan Muslimah Dunia (WMF) dan merupakan pertandingan tahunan bagi mencari wanita muda beragama Islam yang dihakimi berdasarkan dedikasi, reputasi dan keprihatinan terhadap nilai-nilai Islam serta pembangunan masyarakat.

Peserta diuji dari segi pengetahuan kerohanian termasuk menghafaz al-Quran, kebijaksanaan pendapat tentang kemanusiaan, cabaran Islam, masa depan wanita di di dunia secara am dan cara menjadi isteri serta ibu mithali mengikut acuan Islam.

Terdahulu, Zaleha mewakili Yasnita menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara WMF, Majlis Pelancongan Islam Malaysia (ITC) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

WMF diwakili Eka Shanty dari Indonesia, Yuhaini Yusof mewakili Ketua Pengarah ITC manakala Mega Nopija Khalidi mewakili Zainal Abidin Bakar bagi pihak OIC.

Pemeteraian MoU itu merealisasikan hasrat Yasnita untuk menjalin kerjasama erat dengan WMF, ITC dan OIC dalam mempromosi majlis berprestij ini di seluruh Malaysia serta dunia.

Pada edisi keempat Anugerah Muslimah Dunia, Obabiyi Aishah Ajibola, 22, dari Nigeria dinobat sebagai Muslimah Dunia 2013 di Jakarta pada September lepas. - Bernama

Sumber HD - 13-6-2014

Andainya Najib akur MCA mahu 3 wakil dalam kabinet

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Seandainya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akur dengan permintaan MCA yang mahukan tiga jawatan dalam kabinet, mungkin menjadikannya yang paling ramai dalam dunia iaitu 35 orang.

"Jika diwujudkan lagi kementerian baru, bermakna bertambah lagi kementerian di era kepimpinan Najib ini," tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

Menurutnya, dalam masa yang sama, walaupun ada ura-ura beberapa menteri daripada Umno akan digugurkan tetapi kebarangkaliannya adalah tipis.

Ini kerana jika jumlah menteri Umno dikurangkan mungkin pula menjejaskan sokongan akar umbi terhadap masa depan Najib sendiri.

Menurutnya lagi, menteri daripada Umno mungkin hanya mengalami pertukaran portfolio sahaja, sesuai dengan kemenangan besar Umno dalam Pilihan raya Umum ke-13 lalu berbanding parti-parti komponen yang lain. - HARAKAHDAILY 13/6/2014

Baca di sini

Sumber HD - 13-6-2014

No comments:

Post a Comment