JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Thursday, June 12, 2014

LUAR NEGARA : IRAQ

Pengajaran dari konflik Iraq

HARIS ZALKAPLI | .

KONFLIK antara etnik dan mazhab di Iraq yang bermula sejak selepas perang dan semakin buruk sejak kebelakangan ini menyediakan pengajaran penting kepada semua negara, terutama negara yang berbilang etnik dan agama seperti Malaysia.

Negara Arab di Teluk Parsi itu kini, walaupun masih di atas peta kekal dengan sempadan negara-bangsa Sykes-Picot, hakikatnya telah terbahagi kepada kawasan dikuasai Syiah, Sunni, dan Kurdi.

Identiti yang membentuk sikap politik semua anggota komuniti etnik dan mazhab itu selama ini muncul semakin kuat dan menguasai hubungan antara mereka yang sebenarnya merupakan rakyat sebuah negara.

Komuniti Kurdi membentuk wilayah sendiri di utara hingga ke sempadan Turki dan Iran, Syiah menguasai kawasan dari selatan ke Baghdad, dan Sunni di sebelah utara dan barat.

Pada masa yang sama, Iran menguasai Iraq melalui proksi-proksinya, manakala Arab Saudi juga mempunyai agen-agennya sendiri untuk merebut pengaruh di negara itu daripada Iran.

Etnik Kurdi pula telah secara efektifnya membina sebuah negara lain, menguasai sumber-sumber di wilayah tersebut dan hampir bebas sepenuhnya daripada pentadbiran Baghdad, sehingga membolehkan pihak berkuasanya berdagang secara terus dengan negara jiran, Turki.

Pihak Kurdi dari segi praktiknya tidak lagi melihat diri mereka sebagai sebahagian Iraq yang selama ini meminggirkan mereka, dan semakin mempunyai saham yang amat sedikit untuk melihat Iraq kembali sebagai sebuah negara-bangsa seperti yang telah wujud selama ini.

Perbezaan tersebut bukan hanya wujud selepas perang, tetapi menjadi semakin mendominasi segala perkiraan ekoran keruntuhan negara-bangsa Iraq dan segala institusinya.

Tambah malang lagi, selepas perang tahun 2003 dan kemudian pilihan raya tahun berikutnya, kerajaan yang terbentuk terus gagal membina semula negara dan segala institusinya, malah memburukkan lagi faktor perbezaan etnik dan mazhab di seluruh Iraq.

Kes Iraq ialah senario buruk sebuah negara pluralistik yang runtuh segala institusinya akibat peperangan, dan diburukkan lagi oleh konflik dalaman yang berpanjangan lama selepas perang secara rasminya berakhir.

Keruntuhan institusi dan dominasi politik identiti yang ekstrem menjejaskan segala usaha untuk mencapai kestabilan dan kemanan, dan menjadi kitaran ganas yang memusnahkan negara.

Umumnya, perbezaan etnik, mazhab, agama dan sebagainya dapat diuruskan dan ditangani dengan baik dalam sebuah negara yang stabil dan aman, dengan segala proses politik dijalankan dengan agak lancar, sekurang-kurangnya.

Walaupun perbezaan-perbezaan muncul dan memanaskan suasana politik pada masa-masa tertentu, keadaan yang stabil dan aman, dan institusi yang bergerak seperti sepatutnya mampu menghalang pergeseran ini daripada menguasai keadaan.

Apabila kestabilan dan keamanan terjejas, dan institusi negara tidak dapat berfungsi dengan baik, isu-isu melibatkan perbezaan dan politik identiti menjadi semakin jelas dan semakin menguasai.

Apabila kotak pandora itu telah terbuka, usaha memulihkannya amat sukar dan mungkin juga mustahil, kerana sentimen dan kebencian yang telah tersebar luas dan membentuk segala sikap masyarakat.

Dalam keadaan ini, pihak asing yang mempunyai kepentingan untuk mengekalkan atau memburukkan keadaan tidak akan memerlukan usaha yang sukar untuk menggerakkan agenda mereka.

Proses demokratik, politik dan pentadbiran wajar dilaksanakan dengan bertanggungjawab, mengambil kira kesan-kesan negatif yang bakal timbul sekiranya permainan politik dengan sentimen yang rakus dibiarkan berterusan. - HARAKAHDAILY 1/7/2014

Sumber HD - 1-7-2014


Sejauh mana Nouri al-Maliki wakili Syiah dan Iran?

HARIS ZALKAPLI | .

PERDANA Menteri Iraq, Nouri al-Maliki dalam analisis dan komentar tentang Iraq biasanya disifatkan oleh pemerhati sebagai seorang Syiah, sangat pro-Syiah dan pro-Iran. (Gambar atas: Kemaraan ISIS di Iraq mendedahkan banyak kelemahan al-Maliki, dan menguatkan lagi tentangan komuniti Syiah terhadap beliau)

Di media Barat dan tempatan, identiti Syiah ini menjadi satu-satunya sifat al-Maliki, dan dijadikan sebagai penjelasan segala tindakan beliau, dasar kerajaan Iraq dan malah juga agenda geopolitik Iran di Iraq.

Anggapan ini meletakkan identiti Syiah perdana menteri Iraq itu sebagai penjelasan kepada tindakannya dan tidak dipisahkan dengan dasar dan tindakan Iran di Iraq.

Al-Maliki dianggap mewakili agenda Syiah Iraq dan agenda dasar luar Iran di Iraq, perkara-perkara yang sering dengan mudah dilihat sebagai satu.

Akibat identifikasi dan anggapan simplistik ini, al-Maliki dilihat dan dikemukakan, sama ada secara sengaja atau tidak, sebagai wakil tunggal Syiah di Iraq dan pada masa sama sebagai agen Iran, dan penjaga kepentingan Iran.

Tindakan beliau, daripada diskriminasi dan pemangsaan terhadap Sunni di Iraq hingga kepada hubungan yang agak baik dengan Amerika Syarikat, semuanya cenderung dijelaskan dengan identiti Syiah beliau.

Hakikatnya, sejarah dan realiti politik komuniti Syiah Iraq lebih kompleks, dan al-Maliki jauh sekali dari mewakili agenda semua Syiah di Iraq seperti yang difahamkan oleh komentar mengenai Syiah Iraq dan agenda Iran.

Malah, beliau bukan sekutu semulajadi Iran dan kumpulan-kumpulan Syiah di Iraq, yang mempunyai tokoh-tokoh pemimpin berpengaruh lain seperti Muqtada al-Sadr dan Ayatullah Ali al-Sistani.

Al-Maliki mempunyai hubungan yang kompleks dengan Iran dan AS. AS menjadi kuasa yang menaikkan beliau sebagai pemimpin Iraq, selepas menjatuhkan rejim Baath pimpinan Presiden Saddam Hussein, dan Iran menjadi kuasa yang mengambil manfaat daripada kebangkitan Syiah di Iraq, yang al-Maliki menjadi salah satu kuncinya.

Dalam Iraq selepas kejatuhan Saddam, kumpulan-kumpulan Syiah mempunyai agenda masing-masing yang tidak semestinya sehaluan, walaupun secara umumnya komuniti Syiah bangkit untuk menguasai Iraq.

Al-Maliki mengambil peluang daripada realiti politik baharu Iraq dan muncul sebagai perdana menteri yang dilihat sebagai pro-AS sejak 2006, dan beliau sejak awal bukan rakan paling baik Iran di Iraq.

Dalam pilihan raya tahun 2010, al-Maliki terpaksa menerima campur tangan Iran yang menggunakan pengaruhnya untuk membina sebuah gabungan bagi membentuk kerajaan.

Al-Maliki sentiasa mempunyai hubungan yang tidak mudah dengan kedua-dua al-Sistani dan al-Sadr, dua pemimpin yang mempunyai jumlah penyokong kuat yang besar.

Tahun lalu, dalam suasana persediaan dan persaingan sengit antara Syiah, al-Sadr mengecam kuat al-Maliki, menjadi pengkritik paling keras dasar-dasar perdana menteri Iraq itu. Krisis antara dua tokoh itu menjadi semakin buruk tahun lalu.

Al-Sadr mengecam keras tindakan al-Maliki melawat Washington pada November tahun lalu, yang disifatkan sebagai usaha perdana menteri Iraq itu untuk mendapatkan sokongan AS untuk mengekalkan kuasa. (Gambar kanan: Lawatan Nouri al-Maliki ke Washington pada November tahun lalu dikecam keras oleh Muqtada al-Sadr, yang mendakwa al-Maliki mahu meminta sokongan mengekalkan kuasa)

Tehran juga, dalam memberi sokongan kepada tokoh-tokoh Syiah di Iraq untuk menguasai pentadbiran di Baghdad, bersikap pragmatik dalam menangani Iraq, dan akan memilih pihak yang paling dinilai boleh memelihara agendanya, yang tidak semestinya al-Maliki untuk kali ini.

Terbaharu, ketika Iraq berdepan ancaman militan Negara Islam di Iraq dan al-Syam, perbezaan antara mereka kelihatan semakin jelas.

Al-Sistani, melalui wakilnya di Karbala yang membacakan teks khutbah solat Jumaat, menegaskan yang Parlimen Iraq perlu bersidang untuk memilih perdana menteri yang mampu memimpin sebuah kerajaan perpaduan nasional yang lebih inklusif.

Kenyataan al-Sistani ini menunjukkan yang beliau menolak al-Maliki, walaupun tidak menyebut nama perdana menteri Iraq itu.

Perkembangan terkini menunjukkan al-Maliki semakin kuat ditolak oleh komuniti Syiah, disuarakan oleh tokoh-tokoh Syiah Iraq sendiri.

Pada masa sama, dalam keadaan Iraq terancam oleh militan takfiri yang mendapat sokongan masyarakat Sunni - yang mungkin hanya sementara berdasarkan kepentingan singkat - yang marah dengan tindakan al-Maliki yang sektarian selama ini, komuniti Syiah semakin menolak al-Maliki yang dilihat menjadi liabiliti.

Kesimpulannya, identiti Syiah perdana menteri Iraq tidak dapat menjelaskan dasar dan semua tindakan beliau, yang juga dipengaruhi kepentingan mengekalkan kuasa.

Al-Maliki juga tidak mewakili semua Syiah di Iraq, yang kedudukannya dalam sejarah Syiah menjadikannya satu tempat penting bagi komuniti ini, dengan tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh tersendiri.

Ekoran kedudukan sejarahnya juga, Iraq berpotensi menyaingi Iran sebagai negara penting Syiah global, sesuatu yang pasti tidak selari dengan kepentingan nasional Iran.

Identiti Syiah tidak dapat menjelaskan banyak perkembangan di Iraq dan Iran, yang masing-masing mempunyai agenda untuk kepentingan nasional, yang tidak semestinya menepati identiti Syiah yang dikongsi.

Sumber HD - 1-7-2014

ISIL: 15 terbunuh, M'sia mahu pengesahan Syria

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mahu pihak berkuasa Syria membuat pengesahan berhubung dakwaan rakyat Malaysia terlibat dengan mujahidin kumpulan negara Islam Iraq dan Levant, ISIL di negara itu.

Gesaan oleh Kementerian Luar itu juga turut menuntut pengesahan terhadap laporan 15 orang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan itu terbunuh pada bulan lalu.

Wisma Putra difahamkan mengetahui mengenai dakwaan terbabit menerusi sidang media oleh wakil tetap Syria ke PBB pada 18 Jun lalu.

Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan," kata pihak kementerian dalam satu kenyataan semalam. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Sumber HD - 25-6-2014


Timur Tengah tidak stabil, bermakna Israel aman

MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN SHAHARUDDIN | .
UMAT Islam dikejutkan dengan penawanan dua bandar besar di Iraq iaitu Tikrit dan Mosul beberapa minggu yang lalu oleh sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Islamic State of Iraq and Levant (ISIS). Berita ini menambah kekacauan yang berlaku di Timur Tengah setelah Mesir terus diperintah oleh diktator selepas rampasan kuasa dan Syria masih terus bergolak dengam Rejim Basyar al-Assad terus mengebom rakyat tidak bersalah.

Peristiwa penawanan ini berlaku dalam keadaan yang sangat mencurigakan iaitu dalam masa sehari sahaja kumpulan ISIS ini dapat menawan sebuah bandar besar. Manakala dilaporkan tentera Iraq cepat sahaja sudah berundur daripada melakukan tugas mereka mempertahankan kedaulatan tanah air.

Media Barat pula menggambarkan ISIS sebagai pemisah Sunni yang cuba menawan Iraq daripada pemerintahan orang Syiah. Peristiwa ini dilihat tidak lebih sekadar ledakan daripada konflik Sunni-Syiah yang semakin memburuk sejak Amerika Syarikat melakukan keputusan unilateral menawan Iraq pada tahun 2003.

ISIS memang sudah dikenali sebagai pecahan dari al-Qaeda yang berjuang di Syria. Malah akhirnya pihak ISIS yang sepatutnya bersama-sama pembangkang di Syria iaitu FSA melawan rejim Basyar al-Assad sebaliknya berperang pula dengan FSA untuk menawan beberapa lokasi strategik. Tindakan ini menimbulkan curiga dalam kalangan umat Islam di Syria. Malah kebanyakan pejuang ISIS bukan dari Syria dan kelengkapan senjata mereka nampak terlalu canggih dibanding senjata FSA. Mengapa mereka tiba-tiba mengalihkan perhatian mereka daripada Syria ke Iraq?

Perlu diketahui bahawa memang tidak dinafikan di Iraq berlaku konflik antara Sunni dan Syiah. Namun situasi ini menjadi besar apabila pentadbiran Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki sendiri yang meminggirkan pihak Sunni (Gambar kanan). Hakikatnya rakyat Iraq, baik Sunni atau Syiah sudah tidak percaya kepada kerajaan sekarang. Terlampau banyak penyalahgunaan kuasa dan rasuah di samping ekonomi yang masih belum pulih pasca perang 2003.

Oleh itu, tidak hairan sekiranya rakyat Iraq mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan zalim ini seperti apa yang berlaku di Syria. Peranan ISIS sengaja dibesar-besarkan oleh media barat walhal begitu banyak ketua puak dan bekas jeneral tentera berpaling tadah dan bersatu untuk menawan Baghdad. Malah beberapa ketua Syiah juga menuntut Nouri al-Maliki meletakkan jawatan kerana polisi pentadbirannya yang memecah-belahkan Iraq.

Konflik ini jangan dilihat sekadar dalam sempadan Iraq. Ia melibatkan keseluruhan Timur Tengah. Tumpuan dunia mula beralih ke Iraq walhal krisis kemanusiaan di Syria semakin memburuk dan perlukan pembelaan.

Basyar al-Assad masih perlu dibawa ke muka pengadilan atas jenayah perang. Iran pula panik dan bersedia untuk campur tangan secara langsung dengan menghantar tentera Iran ke dalam Iraq, suatu tindakan yang pasti akan menimbulkan kemarahan Barat. Amerika Syarikat pula dikiritik hebat kerana membiarkan Iraq di tangan Nouri al-Maliki. Akhirnya Israel tetap selamat kerana negara-negara jiran terus bergaduh sesama sendiri.

Israel bermusuh dengan semua negara jiran. Salah satu sebab mengapa Arab berjaya menawan Israel (walaupun sebentar) pada tahun 1967 adalah kerana pada masa itu negara-negara Arab stabil dan mampu bekerjasama. Namun ternyata negara Arab pada masa kini berada pada tahap yang lebih teruk.

Israel terus melakukan jenayah kemanusiaan ke atas rakyat Palestin tanpa pembelaan umat Islam. Turki yang sepatutnya menjadi harapan Palestin akhirnya terpaksa memfokuskan agenda luar mereka ke Syria dan Iraq. Baru-baru ini lawatan Presiden Iran ke Turki menunjukkan bahawa kedua-dua negara ini bersedia untuk berbincang dalam menyelesaikan konflik di Iraq dan Syria. Tindakan yang akan dilakukan oleh Arab Saudi masih lagi menjadi teka-teki kerana ternyata masalah yang berlaku di Iraq pasti akan melimpah masuk ke sempadan Arab Saudi.

Kita sebagai umat Islam perlu berjiwa besar. Sentiasa membaca berita dari media Barat dengan kritikal dan bukan sekadar menelan bulat-bulat apa yang disuapkan. Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak dilaporkan.

Melihat konflik ini hanya sekadar perang saudara Sunni dan Syiah adalah satu kesilapan. Begitulah juga apa yang berlaku di Syria. Rakyat mengangkat senjata bukan sekadar Basyar Al-Assad itu Syiah tetapi kerana tidak tahan dengan kezaliman. Basyar al-Assad yang mengapi-apikan konflik ini seolah-olah Sunni mahu menghalau Syiah dari bumi Syria. Permainan yang sama juga dimainkan oleh Nouri al-Maliki yang cuba menarik sokongan Syiah dengan mengungkit semula kisah Yazid bin Muawiyah yang membunuh cucu Nabi SAW.

Kita berdoa supaya lahir pemimpin yang berjaya menyatukan orang Iraq. Rakyatnya sudah berpuluh tahun dalam kesengsaraan. Keluar mulut harimau masuk pula mulut buaya. Matinya Saddam Hussein, lahir pula diktator baru yang tidak punya mentaliti mahu membangun negara namun hanya mahu membalas dendam di samping mengelilingi diri dan kroni dengan kekayaan.

Masalah di Iraq boleh selesai sekiranya berlaku perdamaian antara rakyatnya sendiri, bukan bergantung daripada luar. Peperangan di Timur Tengah tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada umat Islam. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Penulis ialah Naib Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Sumber HD - 24-6-3-3

Pembebasan Mosul: Biarkan rakyat Iraq bersuara

HARAKAHDAILY | .

KRISIS terbaharu yang melanda Iraq ketika ini menggemparkan dunia. Dengan tiba-tiba satu kumpulan yang digelar ISIL tiba-tiba muncul dan mengakibat suasana yang agak tenang kembali berkocak. Sudah tentulah, sebarang tindakan ketenteraan akan menyebabkan orang awam menjadi mangsa. Dalam hal ini Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) menyatakan pendiriannya berhubung isu ini. Yang berikut kenyataan penuh LA PPM.

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengikuti perkembangan pergolakan yang berlaku di Iraq dengan kebangkitan suatu kelompok milita yang dikenali sebagai Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) menawan kota Mosul daripada kerajaan rejim Nouri al-Maliki beberapa hari lalu. Bagi LA PPM, ia suatu kejutan apabila tentera pejuang yang hanya mempunyai 800 orang anggota menewaskan 30,000 orang tentera kerajaan Iraq dalam tempoh beberapa jam.

LA PPM melihat jika ia benar hasil kebangkitan penduduk dan umat Islam yang bersatu berjuang membebaskan tanah air Iraq dari kezaliman kerajaan Nouri al-Maliki (Gambar), serta mendapat sokongan penduduk, maka ia amat positif dan baik demi masa hadapan Iraq. Masyarakat antarabangsa perlu tunggu dan lihat apakah rakyat Iraq memberikan sokongan kepada ISIL atau tidak, serta apakah ISIL menjalankan tanggungjawab dengan baik dan amanah, menyantuni rakyat, tidak berlaku zalim ke atas mereka. Mungkin inilah masanya rakyat Iraq bangkit bagi membebaskan negara mereka yang dijajah beberapa tahun dan rakyat menderita ekoran peperangan yang tidak berkesudahan.

Kebangkitan ISIL berpunca daripada tekanan dari rakyat bawahan yang enggan tunduk dan hidup di bawah kezaliman Nouri al-Maliki. Serangan dan penawanan bandar Mosul dan Tikrit sebagai mesej jelas supaya rejim Nouri berundur dan membiarkan rakyat menentukan masa depan kerajaan mereka. Sokongan penduduk juga membuktikan perjuangan ISIL diterima penduduk tempatan yang menganggap mereka sebagai tentera pembebasan.

Hakikatnya, rejim Nouri al-Maliki yang menguasai Iraq diketahui adalah boneka Amerika Syarikat dan menjalankan agenda AS di negara tersebut. Sudah banyak kezaliman yang dilakukan beliau semasa era beliau termasuk menyekat suara dan kebebasan rakyat, meruntuhkan demokrasi, membunuh dan memenjarakan rakyat khususnya golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, membiarkan gejala rasuah dan penyelewengan, bersikap diktator, serta membiarkan kemiskinan yang melarat.

LA PPM mendesak supaya tidak ada campurtangan dari negara-negara luar khususnya Amerika Syarikat dalam memastikan keharmonian negara tersebut. Sebarang campurtangan kuasa luar akan lebih mengeruhkan keadaan dan akan memusnahkan rakyat dan negara Iraq. Urusan politik dalaman Iraq perlu diselesaikan oleh rakyat Iraq sendiri atau di bawa ke meja rundingan, bukannya mencipta konflik yang lebih parah.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 17-6-2014




186 rakyat Malaysia di Iraq selamat - Wisma Putra

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan semua 186 rakyat Malaysia yang berada di Iraq selamat.

Wisma Putra dalam kenyataannya di sini, berkata kementerian itu sentiasa memantau perkembangan krisis di Iraq yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 335 nyawa.

Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia di Iraq agar segera kembali ke tanah air jika tiada perkara penting di negara itu susulan keadaan yang semakin buruk di Iraq sekarang.

"Kementerian juga menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan atau membatalkan perjalanan ke Iraq sehingga keadaan kembali pulih," kata kenyataan itu.

Keganasan semakin meningkat di Iraq selepas anggota militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menawan bandar raya Mosul di utara Iraq, awal minggu ini. - Bernama

Sumber HD - 15-6-2014

Allahu akbar...85,000 tentera Iraq lari lawan 1,500 mujahidin


Allahu Akbar...85000 Tentara Iraq Lari Melawan 1500 Mujahiddin ISIS di Mosul

Kata-kata hairan dilontarkan Sekretaris Jenderal pasukan iklim Kurdistan Iraq, menanggapi larinya lebih dari 85 ribu tentara Iraq melawan 1,500 milisi bersenjata Negara Islam Irak dan Syam.

Dalam wawancaranya dengan Russia Today, Jenderal Jaber al-Yawar mengatakan “2 divisi angkatan bersenjata Irak dengan populasi 85,000 prajurit dan perwira elit serta peralatan penuh melarikan diri dari kota Mosul menghadapi 1,500 milisi bersenjata yang merebut provinsi Ninawa?”

“Ini kerana runtuhnya moral di kalangan tentara Iraq, mereka (tentara Iraq) ketakutan dengan kekuatan kecil kelompok bersenjata yang menyerang,” tambah jenderal Jaber. (sumber)

Sumber HD - 12-6-2014

No comments:

Post a Comment