JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, June 23, 2014

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT (JILID 3)

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com

Tahniah Felixia, Neelofa dan Fara Fauzana

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.

"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.

"Dengan izin Allah s.w.t (beliau) mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi semalam setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami Islam," kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Mastura Mohd dalam satu kenyataan.

Selain Felixia, dua lagi selebriti yang turut berhijrah dengan mula bertudung adalah Fara Fauzana dan Neelofa.

"Dewan Muslimat PAS Malaysia juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara Fara Fauzana dan Neelofa, dua orang pengacara Nona TV3 yang turut mengenakan hijab baru-baru ini.

"Alhamdulillah syukur. Inilah kecantikan dan ketenangan islam," kata Mastura lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyeru semua umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai platform mendidik diri untuk kembali kepada fitrah dan keluar daripada fitnah.

"Mudahan keluarnya kita dari Madrasah Ramadhan ini dengan penuh rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka," katanya. - HARAKAHDAILY 4/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014

Muslimat PAS alu-alukan sumbangan Dana Ramadan

SAIDAH HAIRAN | .


Siti Zailah memangku remaja OKU berusia 17 tahun. Golongan OKU adalah golongan istimewa yang perlu dibelai dengan kasih sayang.

KUALA LUMPUR: Melihat kekurangan golongan orang kelainan upaya (OKU) serta kesempitan ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim menjalani kehidupan seharian menambahkan simpati dan semangat Dewan Muslimat PAS Malaysia untuk terus membantu mereka.

Kesibukan tugas sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang tidak menghalang Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof untuk meluangkan masa menjejaki golongan miskin bagi sama-sama bersahur di rumah mereka.

Di samping itu, beliau akan menyampaikan sumbangan hasil derma orang ramai yang disalurkan ke tabung Dana Ramadan Muslimat PAS bersama Harakah.

Dana Ramadan mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan, pakaian, tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim dan sebagainya daripada orang ramai.

"Saya menjalankan misi menjejaki insan-insan terpilih di Pulau Pinang. Bermula 3 Ramadan lalu, saya di Perlis dan Kedah. Memang ramai rakyat miskin yang perlu dibantu. Sangat sedih tengok keadaan mereka," katanya.

Beliau berkata, Harakah bersama Dewan Muslimat PAS menjadi orang tengah kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin memberi sumbangan kewangan untuk disalurkan kepada golongan miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan OKU di seluruh negara.

"Saya menyeru golongan korporat dan mereka yang berkemampuan bagi menyalurkan sumbangan ke dalam Dana Ramadan Dewan Muslimat PAS Pusat. Kita akan agihkan wang yang terkumpul ini kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Siti Zailah sempat bersahur dengan keluar anak yatim di kampung Padang Temesu, Penaga, Pulau Pinang.
Mereka yang prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank no. 5640 2540 0533 atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat atau hubungi Nadia di 013-376 7312. - HARAKAHDAILY, 4/7/2014


Bertanya khabar keluarga daif sebelum bersahur bersama.

Sumber HD - 4-7-2014


Muslimat PAS bantah Mrs Universe di Malaysia

SITI UMI KALSOM ISHAK | .

KUALA LUMPUR: Muslimat PAS Pusat menggesa kerajaan membatalkan pertandingan ratu cantik, Mrs Universe yang akan diadakan di negara ini pada penghujung Ogos nanti.

Pengarah Pilihan raya Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pertandingan itu tidak wajar diadakan selari dengan penegasan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di dalam sidang parlimen yang berakhir baru-baru ini pun rata-rata ahli parlimen Umno menegaskan negara ini adalah negara Islam," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi membuktikan negara ini sebagai negara Islam, Athirah menegaskan sepatutnya kerajaan Umno memperuntukkan beberapa perlaksanaan dasar Islam seperti hudud dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran termasuklah soal pertandingan ratu cantik.

"Kita perlu sedar konflik dalam negara kita, apabila berlakunya pentafsiran yang berbeza, Umno BN mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam.

"Akan tetapi rakan-rakan sekutunya seperti MCA, MIC dan Gerakan pula tidak mengiktiraf negara ini sebagai negara islam," tambahnya.

Tegasnya, masyarakat sentiasa berhadapan dengan persoalan agama seperti penganjuran Mrs Universe Malaysia, siri konsert liar, artis barat tidak bermoral sedangkan ia jauh daripada konsep negara Islam sebenar.

"Isu pertandingan ratu cantik bukanlah isu baru, seperti yang kita ketahui bahawa bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Datuk Ishak Baharum dipecat dan ditamatkan kontraknya kerana membantah penganjuran program tersebut.

"Beliau meminta kerajaan membetulkan dasar-dasarnya, kerana strategi politik mereka tidak membantu Islam dan umat Islam, bukan hanya sekadar bercakap inginkan Islam, tetapi tidak menjalankan Islam yang sebenar," tegasnya.

Malah beliau turut mengingati kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang masih ragu-ragu untuk mengesahkan negara ini sebagai negara Islam, dan hanya agama rasmi setakat di persekutuan sahaja.

"Oleh sebab itu kita perlu betulkan dan bezakan negara Malaysia bukan negara islam,tetapi negara majoriti umat Islam.

Justeru, beliau meminta kerajaan BN perlu jujur untuk bertanggungjawab membuktikan bahawa negara ini adalah negara Islam.

Untuk makluman, pertandingan yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini dianjurkan oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa.

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari ini. Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim menegaskan bahawa pertandingan ini bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Penulis ialah pelajar KUIZM yang menjalani latihan amali di Harakahdaily.

Sumber HD - 27-6-2014




Kisah adik Firdaus, pentingnya peranan komuniti

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kisah malang yang menimpa remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dikurung dan kebuluran di Nilai pada 21 Jun lalu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof berkata orang yang paling dekat dengan remaja itu termasuk bapa atau ibu saudara wajar bertangungjawab ke atas situasi Firdaus.

"Hendak salahkan orang luar sebenarnya mereka juga tidak tahu maklumat. Maknanya jika bapa saudara ada mereka boleh sampaikan maklumat remaja berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Keluarga terdekat perlu memainkan peranan, misalnya bapa saudara, dia adalah zuriat keterunan mereka, takkanlah tidak tahu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain keluarga terdekat, katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang peranan jiran di dalam sesebuah masyarakat perlu dipergiatkan dan kepekaan mereka menghadapi suasana sekeliling.

Begitu juga peranan khariah masjid dan surau katanya sepatutnya mengambil berat golongan-golongan seperti anak yatim, OKU, orang sakit dan orang tua-tua.

"Sebab itulah kita ada zakat bagi mereka yang layak. Sistem Islam yang sudah teratur. Bahkan di dalam solat berjemaah kita patut bertanya khabar antara satu sama lain,"katanya.

Tegasnya, yang paling penting adalah peranan kerajaan misalnya hospital yang mempunyai rekod kesihatan remaja berkenaan hendaklah membuat pemantauan.

"Difahamkan remaja berkenaan dilahirkan di hospital, maka mestilah ada rekod-rekod perubatan remaja berkenaan dan sudah tentu ianya dihubung terus dengan JKM," katanya.

Zailah tidak menafikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak ramai kakitangan untuk memantau satu persatu mereka yang OKU.

Namun katanya mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang OKU perlu mempunyai hubungan yang baik sama ada dengan pihak masjid ataupun jawatankuasa kampung bagi memudahkan maklumatnya dipanjangkan kepada JKM.

"Dalam hal ini kita tidak wajar menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya peranan keseluruhan masyarakat wajar dipergiatkan," katanya.

Pada 21 Jun lalu, anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) menemui Firdaus dalam keadaan tidak terurus.

Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah.

Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014




Sifat 'kebapaan' Allahyarham menyentuh hati muslimat

SAIDAH HAIRAN | .

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan sifat `kebapaan' Allahyarham Datuk Abu Bakar Chik selama ini sangat menyentuh hati dan sukar ditandingi.

Menurut Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, Allahyarham bukan sahaja dilihat sebagai pemimpin malah sifat 'kebapaan' beliau banyak mendidik dan membimbing aktivis muslimat.

Katanya, banyak jasa Allahyarham kepada Dewan Muslimat PAS yang sukar dibalas terutamanya dalam aspek tarbiah dan perkaderan.

"Saya masih ingat Allahyarham memaklumkan memilih Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat kerana mahu melihat muslimat mampu memimpin generasi akan datang," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, aktivis Muslimat PAS seluruh negara sangat terharu dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

"Saya mewakili para pemimpin dan anggota Muslimat PAS seluruh negara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham khususnya isteri beliau, Toh Puan Zaiton kerana kehilangan pemimpin yang sangat besar jasanya kepada perjuangan PAS," katanya.

Tambah beliau, Allahyarham ialah permata yang sangat bernilai dalam perjuangan PAS dan berjuang hingga ke akhir hayat.

"Saya difahamkan Allahyarham mengikuti program anak-anak muda di Taman Tasik Shah Alam dan baru ziarah Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Menurut beliau, komitmen Allayarham kepada PAS sangat tinggi tanpa mengenal penat ataupun rehat.- HARAKAHDAILY, 23/6/2014

Sumber HD - 23-6-2014

No comments:

Post a Comment