JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Saturday, June 21, 2014

KES KRIMINAL (JILID 2)

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com

Rumah Yusof Haslam dipecah masuk di Hulu Kelang

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Rumah penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki bertopeng di Taman Melawati, Hulu Kelang, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saat berkata kejadian pukul 2.30 pagi itu berlaku ketika Yusof sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah kediaman berkenaan.

Pengarah terkenal itu bergegas ke bilik dan mengambil pistol jenis Glock dan melepaskan satu das tembakan amaran ke arah tangga sebelum mendapati pintu gril rumahnya diumpil.

"Beliau melepaskan dua das lagi tembakan ke hutan berhampiran kerana mengesyaki penjenayah yang menceroboh rumahnya melarikan diri ke arah itu," kata Khairuldin ketika dihubungi Bernama.

Hasil siasatan polis mendapati dua bilik di tingkat empat dalam keadaan berselerak akibat digeledah.

Khairuldin berkata barang milik mangsa yang didapati hilang setakat ini ialah sebuah jam tangan serta sebentuk cincin. Nilai cincin itu dianggar bernilai RM10,000.

Menurutnya, hasil rakaman kamera litar tertutup di kediaman itu mendapati tiga suspek berkenaan berbadan kecil dan pendek serta tidak memakai sarung tangan.

Lima individu termasuk Yusof sendiri berada di rumah itu ketika kejadian. - Bernama

Sumber HD - 7-7-2014

Remaja maut dipukul bapa kerana ingin bantu keluarga

BERNAMA | .

MELAKA: Seorang remaja ditemui mati di dalam biliknya hari ini, dipercayai dipukul bapa sendiri hanya kerana menyatakan hasrat untuk bekerja membantu keluarga.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Abd Rahman Jid berkata sebelum itu mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang berusia 52 tahun di rumah mereka di Kampung Jawa Alor Gajah, kira-kira pukul 5 petang semalam.

"Mangsa menyatakan hasrat untuk bekerja kepada ayahnya tapi tidak dipersetujui...mangsa yang dikatakan tidak pernah melawan cakap ayahnya itu berdegil untuk meneruskan hasratnya sebelum berlaku pertengkaran antara kedua beranak itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkannya pengsan.

Abd Rahman berkata ibu Muhamad Hafiz mahu menghantar anak sulung daripada 10 beradik itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun tidak dibenarkan bapa mangsa dengan alasan ia tidak serius.

Beliau berkata ibu mangsa yang berusia 38 tahun itu mengejutkan anaknya untuk bersahur namun Muhamad Hafiz tidak bangun dan mengejutkannya semula kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum mengesyaki sesuatu berlaku.

"Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Alor Gajah sebelum polis ke rumah mangsa dan mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa menghadapi kecederaan di lengan kiri selain kesan lebam di badan.

Katanya polis kini sedang memburu bapa mangsa yang melarikan diri untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sumber HD - 6-7-2014


Dua mayat ditemui dengan kesan tikaman

BERNAMA | .

BUTTERWORTH: Dua mayat dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi landasan keretapi di Kampung Jawa, Perai di sini pagi tadi.

Jurucakap polis berkata mayat ditemui kira-kira pukul 9.15 pagi berdekatan antara satu sama lain.

"Satu mayat ditemui dengan lapan kesan tikaman di dada, perut, tangan, belakang serta bahu, manakala satu lagi terdapat kesan kelar di leher dan tikaman di dada, rusuk dengan perut terburai," katanya.

Dua buah basikal turut ditemui berhampiran mayat yang dipercayai milik mangsa.

Pihak polis percaya kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari kilang tempat mereka bekerja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat.

"Kita sedang siasat motif kejadian dan kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 5-7-2014



Penyamar polis culik Atiqah

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Seorang gadis lepasan STPM yang hilang di Kuala Krai sejak 28 Jun lalu disyaki diculik oleh sekumpulan sendiket yang menyamar sebagai polis.

Abang mangsa Zailani Ibrahim tidak menolak wujudnya sendiket untuk menculik anak gadis dengan cara memukau mereka.

Nurul Atiqah Ibrahim, 19, dilaporkan hilang di hadapan sebuah bank di bandar Kuala Krai.

Menurut Zailani, mereka menyamar sebagai perisik polis dan mensasarkan anak-anak gadis yang bekerja di kedai-kedai menjual kain sekitar bandar itu.

"Mereka akan pergi kedai-kedai sambil sembang-sembang dengan budak-budak perempuan. Mereka cakaplah kalau ada apa-apa masalah (kena kacau) bagitahu abang," katanya

Sebaik sahaja Nurul Atiqah hilang, Zailani berjaya menghubungi adiknya melalui telefon bimbit tetapi adiknya tidak mahu bercakap sebaliknya seolah-olah mahu berhubung melalui SMS sahaja.

"Dia balas SMS menggunakan bahasa standard bukannya loghat Kelantan, jadi saya mengsyaki sms itu bukan dari adik saya. Dalam SMS itu dia maklum adik saya lari ikut lelaki terbabit.

"Dan mesej akhir, adik saya hantar kepada sepupunya beritahu, 'aku pening aku tak tahu apa-apa'," katanya.

Ekoran kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis pada 29 Jun lalu.

Menurut Zailani, adiknya itu seorang yang baik dan tidak berkawan dengan mana-mana budak liar sekali gus menolak adiknya hilang kerana mengikuti kawan seperti itu.

"Tauke tempat dia kerja pun cakap dia budak yang baik, dengar kata. Jadi saya tidak percaya dia ikut budak-budak liar, saya tahu siapa adik saya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa bimbang terhadap situasi adiknya yang mula bekerja di bandar itu sebaik selepas tamat peperiksaan STPM.

"Saya pun pernah meminta dia berhenti kerja kerana tidak sedap hati dan dia dengar apa yang saya cakap, jadi dia pun berhenti,"katanya.

Apa yang dikesalkan, katanya, selepas lima hari beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krai sehingga kini satu pun maklumat tentang perkembangan adiknya belum diterima.

Sehingga kini, beliau dan ahli keluarga tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan mereka sejak Nurul Atiqah hilang tanpa khabar berita.

"Saya minta jasa baik tuan puan di luar sana mendoakan keselamatan adik saya dan dihantar pulang dengan selamat, "ujar Zailani yang tidak putus-putus berikhtiar termasuklah mengadakan solat hajat.

Beliau turut memuat naik gambar adiknya itu di laman facebooknya dan maklumat kehilangan adiknya itu mula di kongsi oleh pengguna media sosial itu.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi beliau di talian 017-9750151 atau 017-3730151 sekiranya ada yang menjumpai adiknya. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

Sumber HD - 3-7-2014




Kanak-kanak maut dikelar bapa saudara

BERNAMA | .

TELUPID: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah.

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.

Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.

"Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan," katanya kepada Bernama.

Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.

Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman. - Bernama

Sumber HD - 1-7-2014






Polis ambil keterangan keluarga wanita OKU dikurung

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: Polis sedang dalam proses mengambil keterangan daripada anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat, Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis semalam mengambil keterangan abang dan kakak kepada Nasitah Yahya, 44.

"Kita akan cari saudara maranya yang lain untuk diambil keterangan.

Wanita itu ada tujuh beradik semuanya," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah-Terima Tugas Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan lanjut termasuk kemungkinan menahan mereka yang terlibat dengan kes wanita OKU itu akan dibuat berdasarkan keterangan dan siasatan.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 342 kanun Keseksaan kerana kurungan salah yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis menemui Nasitah dikurung di sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat.

Dia dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.

Nasitah kini ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk rawatan lanjut.

Mazlan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Kelantan, dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang kini menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah.

Isteri kepada Mazlan, Datin Anizah Musa kini menjadi Pengerusi Perkep Kontinjen Kelantan yang baharu menggantikan Datin Siti Aishah Haron.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan membanteras kegiatan jenayah dan penyeludupan melalui Ops Cantas Khas sepanjang Ramadan di semua daerah.

"Selain itu, wawasan saya adalah untuk memberi fokus kepada kes jenayah melibatkan dadah dan penyeludupan di kawasan sempadan sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan pucuk pimpinan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 29-6-2014






Kidnap: It could happen to you too - Mum

Harakah Investigative Team (HIT) | .


“I thought my son was joking when he told me he just escaped a kidnap attempt, but when he cried after claiming that fact, I knew it was true.”

“I never thought such a thing could ever happen to my family, and if it could happen to me, it could happen to you too,” said the mother of a 12-year old kidnap attempt victim.

Relating her harrowing experience to Harakah Investigative Team (HIT), the mother who is also a Harakah staff member said it was common for her son to go to a nearby field after conducting his Asar prayers at the PAS Taman Melewar Tarbiyah Centre.

According to her son, the usual practice was to walk to the field with another friend, who unfortunately was not around on the day of the incident, June 25.

After walking for about two hundred meters, her son was forced onto a motorcycle by a smartly dressed man.

The man made him stay on the bike by twisting the latter’s arm as he made his way through Jalan Kampung Padang Balang.

Upon reaching a slightly steep gradient prior to entering Jalan Kampung Bandar Dalam, the motorcycle had to slow down, and that was when her son made the decision to jump off the bike.

He then quickly ran the way home to escape the would-be kidnapper, and was fortunate to meet a friend on the way.

It was his friend who brought promptly her jittery son home.

The father not long afterwards, brought his son to the Gombak police station to lodge a report. They were later called to the Setapak police station for further enquiry by the appointed investigation officer.

A check by HIT less than 48 hours after the attempted kidnapping along the routes initially taken by the victim and later by both kidnapper and victim saw the area travelled to be packed with residential areas.
The roads were however relatively quiet with traffic increasing significantly only during the rush hours.

At the time this story was published, a comment by the investigating officer on the case was promised to be forthcoming, and would be published as soon it as it becomes available.

Since there is a very real possibility of a repeat attempt or retaliation, the identities of victim and his family members have not been divulged. The Harakah Investigative Team (HIT) is now reachable 24 hours by phone, text or Whatsapp at 018 299 6659.- ES

Sumber HD - 28-6-2014








Jangan sebar berita palsu budak perempuan diculik

BERNAMA | .

BALIK PULAU: Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu daripada laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa seorang budak perempuan diculik untuk diambil organ dalamannya di daerah Barat Daya, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu telah menggempar dan menakutkan penduduk di daerah berkenaan.

"Saya sebagai Ketua Polis Daerah menafikan sekeras-kerasnya mengenai kejadian culik budak perempuan untuk diambil organ dalamannya seperti yang tersebar di facebook, WhatsApp dan SMS sekarang ini.

"Malah saya juga ingin mengesahkan sehingga hari ini tiada kejadian atau insiden seperti didakwa itu di Barat Daya. Berita itu adalah palsu dan rekaan pihak tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menyeru kepada semua orang dan pemilik akaun facebook dan WhatsApp supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin serta berita palsu seperti itu. - Bernama

Sumber HD - 27-6-2014








Murid perempuan darjah tiga diculik dan dicabul

BERNAMA | .

IPOH: Seorang murid perempuan darjah tiga diculik seorang lelaki berumur 57 tahun yang menaiki sebuah kereta di stesen bas Slim River dekat sini semalam sebelum dicabul.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa dan kakaknya berumur 12 tahun berada di stesen bas berkenaan setelah tamat sesi persekolahan.

"Selepas menyedari adiknya menaiki kereta seorang lelaki, kakak mangsa telah menelefon bapanya yang kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Slim River," katanya.

Beberapa jam kemudian polis berjaya menahan suspek bersama-sama seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya di Taman Desa Idaman dekat Sungkai di sini, katanya ketika dihubungi hari ini.

"Sebelum suspek ditahan, dia enggan memberhentikan kenderaannya dan memecut laju menghala Plaza Tol Slim River dan seterusnya masuk ke tol Sungkai.

"Semasa di Pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar kenderaan awam jenis Proton Exora dan masuk ke Taman Desa Idaman Sungkai dan bertindak melanggar kenderaan polis di bahagian hadapan sisi kiri. Bagaimanapun anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal berjaya menangkap suspek," katanya.

Beliau berkata budak perempuan itu yang sedang berlari dalam keadaan ketakutan dijumpai seorang wanita yang memandu kereta melalui jalan lama Slim Village berdekatan perkuburan Cina dan membawanya ke Balai Polis Slim River.

Othman berkata sebelum menculik budak perempuan itu, lelaki itu mengajak mangsa menaiki keretanya kononnya untuk pergi membeli buku dan ketika berada di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.

Suspek kemudian memberhentikan keretanya di kawasan perkuburan Cina dan mengajak mangsa ke pondok tokong di kawasan itu sebelum mencabulnya dan beredar dari kawasan itu, katanya.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan mangsa diperkosa, katanya.

Othman berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. - Bernama

Sumber HD - 26-6-2014



















Polis nafi maklumat van putih culik pelajar ambil organ

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pihak polis hari ini menafikan maklumat berhubung sebuah van putih bernombor pendaftaran Thailand yang didakwa telah menculik kanak-kanak di Sabak Bernam untuk tujuan penjualan organ.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, maklumat tersebut hanyalah rekaan yang ditokok tambah serta cuba menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

"Polis Daerah Sabak Bernam menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut.

“Sehingga kini polis masih tidak menerima apa-apa laporan daripada orang awam berhubung perkara ini dan hasil siasatan kita juga mendapati tiada sebarang kes dilaporkan berlaku di daerah ini,” katanya dipetik Facebook Polis Selangor.

Menurut beliau, penyebaran berita palsu itu menerusi laman sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, seseorang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. - HARAKAHDAILY 24/6/2014

Sumber HD - 24-6-2014

Lelaki maut ditembak ketika tunggang motosikal

BERNAMA | .

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut setelah ditembak ketika sedang menunggang motosikal di Taman Songket, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu, M. Gurubaran, 24, dari Taman Keladi, Sungai Petani maut di tempat kejadian selepas dipercayai terkena tiga das tembakan yang dilepaskan dua lelaki.

Mangsa dikatakan diekori empat lelaki yang menunggang dua motosikal sebelum beberapa tembakan dilepaskan ke arahnya sebaik mangsa memasuki kawasan perumahan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata kesan tembakan tersebut menyebabkan mangsa jatuh bersama motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tembakan itu menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikal dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan. Dua suspek itu pula melarikan diri sebaik melepaskan tembakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya siasatan mendapati terdapat beberapa kesan tembakan di badan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh.

"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes ini dan pihak polis sedang berusaha untuk mengesan mereka. Motif pembunuhan juga masih dalam siasatan," katanya.

Mohd Nashir berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tembakan di bahagian kepala dan dada. - Bernama

Sumber HD - 21-6-2014

No comments:

Post a Comment