JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, June 16, 2014

NAIB PRESIDEN PAS : DATO' TITM

Andainya aku memarahimu, bersyukurlah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Wahai sahabatku,
Aku sayang kepadamu kerana Allah.
Kasih sayang adalah anugerah Allah kepada hambaNya. Ia lahir dari perasaan halus dalam qalbu lalu membentuk sikap, keinginan dan kasih sayang. Allah mengurniakan perasaan ini sehingga menggetar jiwa dan perasaan, lalu lahir rasa gembira dan sedih.

Wahai Sahabatku,
Bilamana aku mencintaimu kerana Allah, bermakna aku mengharapkan persahabatan ini diredhai Allah, agar ia berjalan kerana Allah dan bagi Allah. Persahabatan ini bukan di asas atas kebendaan atau kehendak duniawi yang dimiliki olehmu atau rakan- rakanmu. Persahabatan kerana Allah bermakna kalau aku menegurmu, maka teguranku kerana kasihku padamu. Aku bimbang kalau Allah murka kepadamu, lalu Ia menjauhkan kita dalam persahabatan ini.

Wahai sahabatku,
Kecintaanku padamu kerana Allah bermakna aku akan sentiasa ingat padamu kerana Allah, mengenangmu dalam setiap doa dan munajatku, mengharapkan agar Allah memeliharamu. Alangkah tingginya kasih sayang. Ini kerana Allah.
Pernah suatu hari seorang sahabat datang menemui Rasulullah, dan menyatakan ia sayang sahabatnya kerana Allah, lalu Baginda bertanya, "apakah dia tahu kamu sayang padanya kerana Allah?", lalu kata sahabat itu, "dia tidak mengetahui ya Rasulullah", lalu Baginda menyuruhnya memberitahu sahabat itu. Lalu ia bangkit dan menemui sahabatnya, lalu ia berkata "wahai sahabatku, aku sayang padamu kerana Allah".

Wahai sahabatku,
Aku sayang kepadamu kerana Allah kerana persahabatan ini bukan hanya sekadar dunia ini semata mata, bahkan ia akan berterusan sampai alam barzakh dan alam akhirat. Alangkah indahnya bilamana Allah kumpulkan semua kekasihnya di kalangan para Rasul lalu Allah kumpulkan pula kita semua bersama kekasih Allah itu".

Wahai sahabatku,
Aku akan gembira melihatmu berada dalam keredhaan Allah dalam ibadahmu, zikir dan munajatmu. Bilamana engkau berada dalam medan jihad, lalu engkau korbankan masamu, kerehatanmu bersama keluarga, harta bendamu dan tenagamu semuanya engkau lakukan tanpa mengeluh, tanpa mengadu kepenatan, tanpa mengharapkan sebarang habuan duniawi. Aku tahu engkau saban malam mengadu kepada Allah segala kepenatanmu, kedukaanmu dan kesukaran bidupmu. Lalu Allah menyiram hatimu dengan rahmat dan kasih sayan-Nya, sehingga hilang resahmu dan kepenatanmu.

Wahai sahabatku,
Aku bangga denganmu yang tidak mempeduli kata nista, fitnah dan cercaan manusia kepadamu kerana bilamana hatimu penuh dengan kasih sayang Allah, maka tiada lagi ruang untuk makhluk merosakkan jiwamu. Ketabahanmu dalam perjuangan ini menjadi inspirasi buat semua sahabat- sahabat agar kita saling mensayangi, mencintaimu kerana Allah.

Wahai sahabatku,
Kecintaan ku padamu kerana Allah menyebabkan engkau tidak akan melupaiku dalam doa dan munajatmu. Bilamana engkau memohon keampunan Allah terhadap dosamu, maka akan pasti engkau akan turut memohon pengampunan Allah terhadap dosa dan kesalahanku. Bilamana engkau memohon rahmat Allah, maka engkau akan memohon sama untukku, dan bilamana kengkau mengharap redha Allah, maka engkau akan turut memohon redha Allah terhadapku. Sebagaimana aku akan lakukan juga untukmu, kerana aku menyayangimu kerana Allah.

Wahai sahabatku,
Persahabatan ini menuntut aku membersihakan dirimu dari fitnah dan nista. Persahabatan ini menuntut aku agar sentiasa melindungimu dari sebarang usaha musuh merosakkanmu dan keluargamu. Persahabatan ini menuntutku agar mengutamakanmu dalam sebarang kedudukan dan tempat. Bahkan persahabatan ini menuntut agar aku sentiasa baik sangka terhadapmu kerana Allah.

Wahai sahabatku,
Andainya dalam persahabatan ini aku memarahimu, menegurmu, atau meninggikan suaraku terhadapmu ketahuilah ia dilakukan kerana Allah bagi membetulkan langkahmu, lalu bersyukurlah. Andainya ia kelemahanku dan sifat burukku, aku mohon keampuanan Allah dan kemaafanmu di atas kesilapanku.

Wahai sahabatku,
Aku tidak pernah menyimpan kemarahanku di dalam benak fikiran dan hatiku kerana bilamana aku menyanyagimu kerana Allah, maka aku akan tidak akan mencari kemurkaan-Nya dalam pergaulan dan persahabatan ini. Alangkah indahnya bilamana kita berbicara, memerah fikiran dan tenaga bagi mendaulatkan perintah Allah bersama- sama, kita masih boleh gelak ketawa dalam teguran dan kritikan, kita masih boleh senyum dalam kepenatan dan kesakitan dan kita masih boleh saling mengutamakan sahabat dari diri kita. Alangkah indahnya persahabatan dalam perjuangan ini.

Ya Allah, aku sayang sahabatku serta sahabat seperjuanganku kerana-Mu, maka peliharalah ukuhwah ini kerana-Mu wahai Allah.

Ramadhan kareem

Sumber HD - 7-7-2014

While PAS hits out at Ku Nan, Nandos does it the witty way

Harakahdaily - TS | .


Soup kitchens’ defence against the onslaught from Federal Territories (FT) Minister Tengku Adnan Tengku Mansor and FT UMNO Youth keeps getting stronger as more parties are rallying to their side, with PAS and fast food chain, Nandos as their latest allies.

In a statement today, PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man said the party disagreed with Tengku Adnan’s claim that the noble efforts for providing foods to the needy stood out as a sore sight for the Kuala Lumpur’s image.

Instead of driving them away from the city centre, Tuan Ibrahim said Kuala Lumpur City Hall (DBKL) should help soup kitchens in their welfare activities.

“If cleanliness is such a problem to Tengku Adnan, he should order DBKL to help clean up the areas used by the soup kitchens after their charitable activities are done, like the service they give to areas used for markets and night markets,” said the Pahang PAS commissioner.

With that, Tuan Ibrahim said soup kitchen activities could even transform into a tourist hotpots that would benefit the people of Kuala Lumpur.

He suggested that Tengku Adnan to go to the ground and witness the suffering of the city's poor to understand their plight. Tuan Ibrahim also revealed that PAS headquarter in Jalan Raja Laut is also giving free food to the needy in the city occasionally.

"It's better for Tengku Adnan to suggest that the 2km radius of the city's centre from Lot 10 be gazetted as an area that is free from crime, secret societies, dirty toilets and potholes.

"This is actually more effective to improve the image of Kuala Lumpur than to ban charitable acts of the soup kitchens," he said.

Adnan had earlier threatened to fine soup kitchens if they do not shift out of a 2km-radius around shopping mall Lot 10 in the Kuala Lumpur’s Golden Triangle business hub by Monday. He even said those who found donating to beggars within that area would be fined.

Worse, he, as a Muslim has chosen Ramadan month to execute the order.

Tuan Ibrahim said PAS would direct its Unit Amal to assist the soup kitchens throughout their activities to ensure that the needy continue receiving aid from those willing to help them.

Meanwhile, fast-food chain Nandos, renowned for its witty slogan in its advertisement, came out with one that indirectly aimed at Tengku Adnan.

“If feeding was a crime, we’d be guilty as charged. Our kitchens aren’t moving out of the city. But heartlessness should,” read Nandos’ latest ad posted in their Facebook.

For that, lets visit Nandos to break fast tonight as a show of support for their conscience and courage to take a stand to defend the unfortunate city dwellers.

Sumber HD - 4-7-2014


DBKL wajib bantu Soup Kitchen

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .
Renungilah sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berbunyi :-

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ القِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا والآخِرَةِ - رواه مسلم

Yang bermaksud : ..Sesiapa yang melapangkan atau menolong seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan dunia nescaya Allah akan melapangkan atau menolong baginya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan sesiapa memudahkan atas orang yang sedang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan baginya kesusahan-kesusahan di dunia dan juga di akhirat.

PAS tidak bersetuju dengan kenyataan menghina Menteri Wilayah Persektuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyalahkan usaha murni yang dilakukan oleh Soup Kitchen memberikan makanan kepada mereka yang susah dan tidak berumah di Kuala Lumpur sebagai faktor yang menjejaskan imej bandar raya Kuala Lumpur.

DBKL sepatutnya berganding tangan dengan NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.

Jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan yang digunakan oleh Soup Kitchen selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka, sepertimana servis yang diberikan kepada kawasan pasar dan pasar malam sekitar ibu kota.

Silap-silap dengan kerjasama DBKL, aktiviti Soup Kitchen juga boleh berubah menjadi satu kawasan tarikan pelancong yang menguntungkan warga KL.

PAS mencadangkan agar Tengku Adnan turun sendiri melihat warga kota yang susah. PAS sendiri ada memberi makanan percuma kepada rakyat jelata yang susah tanpa mengira latar belakang daripada Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut secara berkala.

Lebih elok jika Tengku Adnan mencadangkan agar dalam lingkungan 2 km daripada pusat membeli-belah Lot 10 digazetkan sebagai kawasan bebas penjenayah, kongsi gelap, tandas kotor dan jalan berlubang. Itu sebenarnya lebih membantu menaikkan imej bandaraya Kuala Lumpur daripada menghalang aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Soup Kitchen.

PAS akan mengerahkan Unit Amal untuk membantu Soup Kitchen sepanjang aktivitinya, termasuk aktiviti membersihkan kawasan yang digunakan Soup Kitchen untuk memastikan orang yang susah dapat terus diberi bantuan daripada mereka yang sudi membantu.

Kerajaan perlu peka bahawa terdapat banyak rakyat yang hidup susah di Kuala Lumpur. Betul, imej Kuala Lumpur perlu dijaga tapi bukan dengan menghalang aktiviti kebajikan, sebaliknya aktiviti jenayah. - HARAKAHDAILY 4/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014

Bukan sedekah yang cemar imej ibu kota, PAS jawab Ku Nan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turun sendiri melihat warga kota susah sebelum membuat kenyataan bersifat 'menghina' mereka.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan menghina Tengku Adnan yang menyalahkan usaha murni yang dilakukan oleh Soup Kitchen memberikan makanan kepada mereka yang susah dan tidak berumah di Kuala Lumpur sebagai faktor yang menjejaskan imej bandar raya Kuala Lumpur.

Menurut beliau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya berganding tangan dengan NGO-NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.

"PAS mencadangkan agar Tengku Adnan turun sendiri melihat warga kota yang susah. PAS sendiri ada memberi makanan percuma kepada rakyat jelata yang susah tanpa mengira latar belakang daripada Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut secara berkala.

"Lebih elok jika Tengku Adnan mencadangkan agar dalam lingkungan 2 kilometer daripada pusat membeli-belah Lot 10 digazetkan sebagai kawasan bebas penjenayah, kongsi gelap, tandas kotor dan jalan berlubang.

"Itu sebenarnya lebih membantu menaikkan imej bandaraya Kuala Lumpur daripada menghalang aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Soup Kitchen," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Adnan kelmarin yang menyatakan akan mengenakan hukuman ke atas peminta dan pemberi sedekah semata-mata atas alasan perbuatan tersebut mencemarkan imej ibu negara dan bagi mengurangkan budaya mengemis.

Tegasnya, jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan-kawasan yang digunakan oleh Soup Kitchen selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka, sepertimana servis yang diberikan kepada kawasan-kawasan pasar dan pasar malam sekitar ibu kota.

Mungkin jika dengan kerjasama DBKL ujarnya, aktiviti-aktiviti Soup Kitchen juga boleh berubah menjadi satu kawasan tarikan pelancong yang menguntungkan warga KL.

"PAS akan mengerahkan Unit Amal untuk membantu Soup Kitchen sepanjang aktivitinya, termasuk aktiviti membersihkan kawasan yang digunakan Soup Kitchen untuk memastikan orang yang susah dapat terus diberi bantuan dari mereka yang sudi membantu.

"Kerajaan perlu peka bahawa terdapat banyak rakyat yang hidup susah di Kuala Lumpur. Betul, imej Kuala Lumpur perlu dijaga tapi bukan dengan menghalang aktiviti kebajikan, sebaliknya aktiviti jenayah," tegasnya. - HARAKAHDAILY 4/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014





Kesilapan kerap Muslim lakukan di Ramadhan

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya: "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya: "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936).

Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan:-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya: "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi: Sanadnya sohih)

Senyum

Sumber HD - 3-7-2014

Kena jaga jangan pahala puasa terbatal

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


Wahai anakku,
Di bulan mulia ini, janganlah engkau hanya menjaga puasa jangan batal, sebaliknya engkau kena jaga jangan pahala puasa terbatal, disebabkan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.

Wahai anakku,
Puasa bermakna menjaga mata engkau dari melihat perkara yang diharam, menjaga telingamu dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kaki dan tanganmu dari melakukan amalan bertentangan syarak.

Kamu juga kena menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, dan menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah. Masihkah kau ingat perbezaan air liur madu dan racunmu? Bulan mulia ini adalah bulan yang paling mudah untuk engkau menghayati teori itu sepenuhnya.

Wahai anakku,
Sabda Rasulullah s.a.w: "Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga.”
Semoga puasamu diterima Allah.

Selamat berpuasa. Senyum.

Sumber HD - 29-6-2014








Aku lakukan yang terbaik buat anak kesayanganku

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


Wahai anakku,
Ingatlah semenjak engkau dilahirkan, aku dan bondamu masih belajar menjadi ayah dan bondamu. Tiada petua atau panduan yang khusus bagi seseorang yang bergelar ibubapa.

Wahai anakku,
Aku sedar aku tidaklah sempurna dan aku hanyalah seorang insan biasa. Aku juga akan melakukan kesilapan. Kadang-kala aku juga tidak melaksanakan apa yang aku katakan, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan engkau dari melakukan kesilapan yang sama.

Wahai anakku,
Mungkin dalam mindamu terasa aku ini seperti seorang hipokrit. Tapi, aku hanya inginkan yang terbaik untuk kamu. Aku tidak boleh berjanji bahawa aku selalu akan membuat keputusan yang betul, tapi yakinilah bahawa setiap keputusan dibuat dengan hati yang penuh kesayangan dan demi kebaikanmu.

Wahai anakku,
Aku mungkin tidak dapat menjadi ayah yang sempurna di hatimu tapi aku akan melakukan yang terbaik sedaya mampu buat anak kesayanganku. Ingatlah, kamu adalah segalanya bagi aku dan terutamanya bondamu. Senyum.

Sumber HD - 16-6-2014

No comments:

Post a Comment