JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Thursday, June 12, 2014

SAMAN TRAFIK

Ops Warta: Adilkah diburu macam penjenayah?

DR AZMAN IBRAHIM | .
Ops Warta, rakyat diburu habis-habisan kerana kesalahan lalu lintas. Sekatan demi sekatan jalan raya, pintu ke pintu, rumah ke rumah. Kesian kepada rakyat bawahan di saat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup dari segenap penjuru yang menekan. Pelaku perasuah, penyeleweng, pemakan harta rakyat apakah juga diburu sehingga ke lubang cacing seperti ini?

Saya memahami bahawa tak semua kesalahan lalu lintas bermakna kita berdosa dengan Allah. Ada banyak peraturan lalu lintas adalah persoalan teknikal. Kadang-kadang mereka melanggarnya secara tak sengaja dan tak membahayakan nyawa sesiapa pun.

Contohnya, seorang pesalah trafik berkata...

Saya langgar lampu isyarat merah pada jam 3 pagi ketika jalan sunyi sepi. Tak kan saya nak berhenti tunggu lampu hijau sedangkan laluan adalah selamat. Hantu pun tengah tidur ketika itu. Selepas langgar lampu merah, tengok-tengok di hadapan ada kereta peronda polis. Polis tu pula kononnya nak bagi syarahan agama. Katanya, “mencuri kita tak boleh buat sama ada ketika ada orang atau pun orang tak nampak.”

Ada pulak langgar lampu merah nak dikiaskan dengan mencuri. Kesudahannya kena saman. Adilkah?

Memandu lebih sikit dari had laju di kawasan sekolah ketika hari cuti sekolah. Jalan hadapan sekolah tersebut lebar dan lurus. Memang had lajunya cuma 30 km/jam dan had laju ini sangat penting untuk keselamatan anak-anak sekolah. Tapi saya melalui jalan tersebut ketika hari Jumaat, sekolah cuti dan sunyi sepi. Tak ada seorang pun pelajar sekolah yang kelihatan. Tak kan nak bawak 30 km/jam juga. Mungkin saya bawa kereta 70 atau 80 km/jam. Tidak terlalu laju sebenarnya tetapi hakikatnya saya telah melanggar had laju dan kena saman. Adilkah?

Memotong sebuah kereta yang dipandu 30 km/jam di garisan berkembar. Biasa kita berjumpa dengan kereta yang dipandu dengan sangat perlahan. Apakah memang perangkap atau bagaimana? Tempat tersebut pula garisan berkembar. Dalam hidup ini ada ketikanya kita perlu cepat. Lantas kereta kura-kura tersebut dipotong. Tiba-tiba muncul anggota polis dari dalam semak dengan bendera merah mengarahkan saya ke tepi dan kena saman lagi! Adilkah?

Terlupa pakai tali pinggan keledar. Saya tak mengancam nyawa sesiapa sekadar tak pakai tali pinggang keledar. Memang ianya salah dari segi peraturan. Tapi adilkah saya diburu macam penjenayah?

Pagi ini saya terima maklumat seorang rakan dari Pasir Puteh. Polis tahan kenderaan secara rambang di jalan sehala. Pemandunya dibawa masuk ke balai untuk pemeriksaan. Mana-mana yang ada saman akan ke lokap! Kerja apa ini?

Apa sebenarnya matlamat dari Ops Warta ini? Nak didik rakyat atau nak ‘kekoh pitih’ rakyat? - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD -20-6-2014


Tips bila berhadapan operasi waran tangkap trafik

TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK

SUATU HARI DI JALAN RAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis: Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis: Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Jai: Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.

Jai: Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?

Polis: Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.

Jai: OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.

** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??**

Kalau ke balai. Di balai.

Polis: OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.

Jai: Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.

Polis: Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.

Jai: Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.

PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF

Sumber HD - 17-6-2014

Saman bukan invois: Jangan ugut pesalah trafik

ZULHAZMI SHARIFF | .

SAYA ingin menarik perhatian SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan seluruh rakyat Malaysia berkaitan pengumuman operasi besar-besaran bagi mengesan “pesalah trafik” yang enggan menyelesaikan kira-kira 1.9 juta saman “tertunggak” dan waran tangkap yang belum diselesaikan yang diumumkan dalam siaran media PDRM pada 11 JUN 2014.

Sila rujuk kepada mana-mana perundangan sama ada Kanun Tatacara Jenayah atau pun Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan saman dan waran tangkap nescaya perkara berkaitan “saman tertunggak” dan waran tangkap yang belum selesai ini tidak akan berbangkit.

Saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan “saman tertunggak”. Jumlah kira-kira 1.9 juta “saman tertunggak” itu adakah “saman” atau “notis”? Saya mohon SAC Mohd Fuad Abd Latif jelaskan kepada masyarakat apa status sebenarnya.

Sudah acap kali saya jelaskan sebelum ini malah telah beberapa kali juga saya mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan atau Peguam Negara atau Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja yang berkaitan untuk membuktikan kepada saya kewajipan membayar saman dan kewajipan membayar kompaun selagi tidak diputuskan oleh Mahkamah. Jika ada peruntukkan mewajibkan kompaun dan saman dibayar, saya bersedia untuk membayar semua kompaun dan saman yang telah dikeluarkan, sebaliknya jika tiada maka saya memohon dilupuskan saman-saman lapuk yang telah dikeluarkan dan hentikan sebarang ugutan kepada pengguna. Sehingga hari ini tiada sebarang respon cabaran saya tersebut.

Untuk kesekian kalinya saya ingin maklumkan bahawa saman ialah notis meminta orang yang disaman hadir ke mahkamah dan kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar. Saman bukan seperti invois yang wajib dibayar yang mana kegagalan membayar dianggap hutang yang tertunggak.

Malah melabel penerima saman sebagai pesalah trafik juga adalah suatu label yang pra-matang dan tidak bertanggungjawab. Saman bukan bukti kesalahan. Setiap penerima saman bukan pesalah melainkan Mahkamah memutuskan mereka bersalah melakukan kesalahan. “Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.

Saya tidak menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang tetapi untuk menguatkuasakan undang-undang juga perlu mengikut undang-undang. Pihak berkuasa undang-undang tidak boleh sewenang-wenang menguatkuasakan undang-undang tanpa mereka terlebih dahulu mengikut undang-undang. Yang dituduh melakukan kesalahan perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Jika mereka mengambil pilihan membayar tawaran kompaun, itu hak yang diberikan kepada mereka. Jika mereka tidak membayar tawaran kompaun, itu juga hak yang diberikan oleh undang-undang kepada mereka.

Saman tidak akan tertunggak jika semua saman dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Jika penerima saman hadir Mahkamah dan mengaku salah, maka Mahkamah akan perintahkan membayar denda. Selesai saman. Jika penerima saman tidak hadir Mahkamah maka waran tangkap dikeluarkan supaya penerima ditangkap dan dibawa ke Mahkamah. Apabila ditangkap dan dibawa ke Mahkamah, maka proses yang sama berjalan. Jika penerima saman mengaku salah, maka Mahkamah perintahkan hukuman denda dan sebagainya. Selesai saman. Tiada tertunggak.

Polis keluarkan saman kemudian saman tersebut tidak dibawa ke Mahkamah. Apabila bertimbun saman dalam simpanan Polis maka dituduh dan dilabel penerima saman enggan selesaikan saman menyebabkan saman tertunggak. Yang menyebabkan saman tertunggak itu pihak berkuasa bukan yang menerima saman. Anda tidak buat kerja jangan salahkan orang lain.

Bagi menyelesaikan isu ini, saya cadangkan kepada PDRM atau JPJ untuk membawa semua saman dan daftarkan di mahkamah berkenaan. Apabila saman didaftarkan di mahkamah, saya percaya tidak akan timbul lagi isu ini. Kita hidup berpandukan undang-undang. Gunakan saluran undang-undang yang betul dan jangan jadi ketam.

Sumber HD - 12-6-2014

No comments:

Post a Comment