JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Saturday, June 7, 2014

HALEHWAL SARAWAK

Kenyataan Perkasa ancam rakyat Sarawak

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menyelar amaran melampau Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri.

Ketua Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden berkata, kenyataan yang amat keterlaluan dan tidak bertanggungjawab itu boleh mencerminkan kesan buruk bukan sahaja kepada keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia bahkan memberi persepsi negatif terhadap agama Islam itu sendiri.

Katanya, Islam adalah agama yang mengajarkan kasih sayang, persaudaraan bukan mengajarkan kekerasan, juga menitikberatkan keadilan, keharmonian, saling hormat menghormati dan kesederhanaan.

"Kenyataan Perkasa mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan sikap ekstrem mereka yang perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya mereka benar-benar ingin memerlihara dan mempertahankan kesucian Islam itu, kenapa apabila pemimpin BN dan Umno sendiri menghina Islam terang-terangan mereka diam seribu bahasa.

Justeru beliau mempersoalkan kenapa program berunsur maksiat dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta Perkasa tidak bangun membantah.

"Adakah isu terpilih yang mendatangkan keuntungan politik sahaja Perkasa ingin menjuarai agar dapat memberi impak politik kepada mereka?" tanya beliau lagi.

Justeru, ujarnya PAS Sarawak beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Perkasa adalah amat berbahaya dan boleh mengancam hubungan baik yang telah terbina berkurun lamanya dengan penganut kristian terutama di Sarawak.

Katanya lagi, kenyataan Perkasa juga boleh menimbulkan kebencian dan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

"PAS Sarawak mencadangkan polis agar segera menyiasat kenyataan Perkasa ini kerana kenyataan tersebut berunsur hasutan dan boleh mengugat kestabilan dan keamanan negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama," ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Sumber HD - 26-6-2014


Kolam lumpur, berbau sumber air penduduk pinggir bandar Miri

HARAKAHDAILY | .
MIRI: Nasib yang dialami penduduk rumah panjang RH Ngadan di Niah dekat sini yang masih bergantung kepada air dari kolam buatan sendiri untuk keperluan harian membuktikan slogan "rakyat didahulukan" kerajaan BN hanyalah retorik dan bertujuan memancing undi semasa kempen pilihan raya.

Mengulas laporan Borneo Post Online berhubung masalah kemudahan infrastruktur yang dihadapi lebih 200 penghuni rumah panjang itu, Ketua Penerangan Pas Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden (gambar) berkata, walaupun Sarawak didakwa kaya dengan hasil semulajadi, namun kemakmuran itu tidak dikecapi sebahagian besar rakyat.

"Sarawak sudah merdeka berpuluh tahun lamanya dan setiap kali pendapatan kewangan bagi Sarawak dilaporkan, pemimpin BN dengan megah mencanangkan betapa berjayanya mereka menjana keuntungan berbilion ringgit tetapi hakikatnya masih ramai lagi rakyat Sarawak yang masih belum mendapat kemudahan asas," ujar beliau.

Menurut laporan portal berita itu, kolam buatan sendiri itu telah digunakan hampir 20 tahun oleh penduduk walaupun air yang ditakung berlumpur dan berbau.

Para penghuni rumah panjang tersebut menggunakan air kolam itu untuk mandi dan membasuh pakaian disamping menyimpan air hujan untuk minuman.

Menurut Andri, walaupun mereka telah lama menetap di rumah panjang berhampiran bandar Miri, bekalan air bersih masih gagal disediakan kerajaan negeri.

Malah tangki air 1Malaysia yang diagihkan ke rumah-rumah panjang yang tiada kemudahan air bersih tidak sampai ke tangan penduduk.

"Lokasi RH Ngadan ini hanyalah beberapa kilometer daripada bandar Miri dan terletak di pinggir bandar, bukannya jauh di pedalaman.

"Penduduk kampung pernah merayu kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut, namun sehingga kini tiada nampak sebarang usaha untuk mengatasinya," jelas beliau.

Andri menyarankan kerajaan negeri mengarah agensi berkaitan untuk turun padang bagi penyelesaikan masalah berkaitan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyelar kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak, Abdullah Saidol yang mendakwa komen Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung royalti minyak Sarawak sebagai "boleh mengelirukan rakyat".

Husam dalam satu kenyataan menyifatkan permintaan Kerajaan BN Sarawak untuk menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus dan kesanggupan Perdana Menteri untuk mempertimbangkannya sebagai "gimik dan retorik".

Abdullah mendakwa kawasan pedalaman di Sarawak masih memerlukan kemudahan asas seperti pembangunan jalan baru, air bersih dan bekalan elektrik.

Pemintaan kenaikan royalti tersebut, ujarnya sedikit sebanyak dapat membantu menyediakan dana pembangunan.

"Abdullah Saidol perlu membuka mata dan pandang di sekeliling, bukan sahaja di luar bandar pembangunan negeri tempang, malah di kawasan pinggir bandar pun pembangunan asas tidak disediakan seperti mana yang berlaku di RH Ngadan," tempelak Andri.

Apa yang jelas, ujar Andri pembangunan infrastruktur bukan sahaja terabai di negeri itu malah kos sara hidup tinggi dan peluang pekerjaan juga terhad.

"Pada hemat saya walaupun royalti minyak dinaikkan, ia tidak menjamin pembangunan di kawasan luar bandar selagi para pemimpin negeri tidak menjunjung prinsip ketelusan dan amanah," katanya. - HARAKAHDAILY, 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014

Sudahlah air tiada, tangki 1Malaysia pun tidak dapat

ANDRI ZULKARNAEN HAMDEN | .

Kerap saya nyatakan dalam tulisan saya bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah yang paling kaya di Malaysia tetapi malangnya rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan papa kedana tidak dapat menikmati hasil kekayaan yang seharusnya mereka nikmati.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat sepatutnya menjalankan amanah dengan membaiki taraf kehidupan rakyat agar menjadi lebih baik lagi tetapi ianya gagal.

Malah kehidupan mereka bagaikan raja dengan membiarkan rakyat hidup sengsara tanpa menyediakan kemudahan asas yang sepatutnya rakyat nikmati.

Mana perginya slogan keramat BN (Barisan Nasional) ‘rakyat didahulukan' atau slogan ini semata-mata retorik atau gula-gula untuk menarik undi rakyat semasa pilihan raya saja?

Saya memetik laporan berita dari 'Borneo Post online' hari ini mengenai nasib yang menimpa penduduk RH Ngadan di Niah di daerah Miri.

Ianya sungguh mengejutkan apabila diberitakan rumah panjang ini merupakan rumah panjang yang masih lagi bergantung kepada air dari kolam buatan sendiri untuk tujuan harian mereka seperti mandi, membasuh pakaian dan sebagainya.

Sarawak sudah merdeka berpuluh tahun lamanya dan setiap kali laporan pendapatan kewangan bagi Sarawak dilaporkan, pemimpin BN dengan megah mencanangkan betapa berjayanya mereka menjana keuntungan berbilion ringgit tetapi hakikatnya masih ramai lagi rakyat Sarawak yang masih belum mendapat kemudahan asas. Pelik tetapi benar!

Menurut laporan portal berita tersebut, keadaan air kolam yang digunakan hampir 20 tahun oleh kira-kira 200 orang penduduk itu berlumpur dan berbau.

Kanak-kanak dan penghuni rumah panjang tersebut tiada pilihan lain selain dari kolam itu untuk mandi, di samping itu mereka juga ada menyimpan air hujan untuk minuman.

Walaupun mereka telah lama menetap di sana, tetapi bekalan air bersih tidak ada, malah tangki air 1Malaysia yang diagihkan ke rumah-rumah panjang yang tiada kemudahan air bersih seperti mereka juga tidak sampai ke tangan penduduk kampung.

Lokasi RH Ngadan ini hanyalah beberapa kilometer terletak di pinggir bandar, bukannya jauh di pedalaman.

Penduduk kampung pernah merayu kepada pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah tersebut, namun sehingga kini tiada nampak sedikitpun usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang mereka dihadapi.

Kenapa kemudahan asas ini tidak sampai kepada rakyat? Apapun alasan yang diberi oleh pihak kerajaan namun ia tidak boleh diterima kerana BN sudah memerintah sekian lama dan masalah sekecil inipun gagal ditangani.

Perbuatan begini seolah-olah menunjukkan pihak pemerintah tidak mempunyai perasaan simpati terhadap penduduk RH Ngadan ini.

Sekiranya berlaku pilihanraya kecil sudah pasti dalam masa tidak sampai satu hari masalah ini mampu diselesaikan.

Banyak projek segera akan diadakan untuk menarik simpati pengundi agar terus memberi sokongan kepada kerajaan BN tetapi apabila sudah menang mereka ini sukar dihubungi.

Jika kita mengikut logik, bukan sahaja kerajaan Sarawak mampu menyediakan kemudahan asas bahkan juga dapat menyediakan kemudahan asas yang lain kepada rakyat, tetapi malangnya ia adalah sukar untuk menjadi kenyataan selagi perwatakan tidak mementingkan diri tidak dilucutkan daripada pemikiran pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

Bagi menangani masalah ini, pihak kerajaan seharusnya mengarah agensi kerajaan yang berkaitan untuk turun padang bagi penyelesaikan masalah berkaitan.

Mudah dan senang kerana mereka adalah pemerintah dan kuasa di tangan mereka. Jika sudah tiada niat di hati sanubari pemimpin BN untuk menyelami kesengsaraan rakyat, beginilah jadinya.

Ternyata sudah terserlah sifat nurani dalam jiwa dan hati pemimpin BN, mereka tiada istilah berbakti kepada rakyat. Apa yang penting bagi mereka adalah mengumpul harta kekayaan selagi termampu.

Laporan ini juga sedikit sebanyak menjawab kenyataan pengerusi kelab penyokong BN Sarawak dan Adun Semop, Abdullah Saidol yang menyanggah kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Husam Musa berkata pemintaan Sarawak untuk menaikan royalti minyak dan kesanggupan PM Najib adalah gimik dan retorik bagi menghadapi pilihan raya. Kenyataan itu, kata Saidol boleh mengelirukan rakyat.

Abdullah Saidol juga berkata, kawasan pedalaman di Sarawak masih memerlukan kemudahan asas dan ia memerlukan dana bagi membangunkan penduduk kawasan bandar dan luar bandar. Ianya melibatkan pembangunan jalan baru, air bersih dan bekalan elektrik.

Pemintaan kenaikan royalti tersebut sedikit sebanyak dapat membantu menyediakan dana pembangunan kelak.

Kenyataan Abdullah Saidol adalah semata-mata ingin menutup kelemahan BN Sarawak. Adakah dengan duit royalti pembangunan di luar bandar boleh dibangunkan?

Abdullah Saidol perlu membuka mata dan pandang di sekeliling bukan sahaja di luar bandar pembangunan tempang tetapi di kawasan pinggir bandar pun pembangunan asas tidak disediakan seperti mana yang berlaku di RH Ngadan.

Kenyataan Abdullah Saidol ini boleh dikira setengah masak kerana ia menutup kelemahan sendiri dan menafikan kegagalan kerajaan Sarawak.

Abdullah Saidol mungkin tidak mengetahui hakikat sebenar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Sarawak. Bukan sahaja pembangunan yang terabai, kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan peluang pekerjaan juga terhad.

Mungkin Abdullah Saidol menganggap dengan membina infrastuktur ia boleh menjamin kesenangan bagi rakyat, tapi dengan infrastuktur sahaja rakyat yang tidak bekerja boleh hidup senang. Betapa pendeknya akal sekiranya infrastuktur diukur sebagai jaminan kesenangan kehidupan rakyat.

Pada hemat saya walaupun duit royalti itu dinaikkan, ianya belum tentu dapat membangunkan kawasan luar bandar kerana para 'buaya' dan 'perompak' ada di mana-mana menunggu masa untuk menelan dan merampas harta 'ghanimah'.

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Sarawak.

Sumber HD - 12-6-2014


Akhirnya perjuangan PAS tuntut royalti 20 peratus didengar

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Perjuangan menuntut kenaikan bayaran royalti dari lima peratus kepada 20 peratus khususnya di Sarawak diperjuangkan PAS sejak tahun 2012 lagi.

Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak Syamsul Bahri Mohd berkata, sejak beberapa tahun lalu, PAS secara konsisten dan lantang menuntut hak itu demi kebajikan rakyat Sarawak.

Katanya, PAS menyedari bahawa Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak tetapi rakyatnya masih lagi miskin.

Atas kesedaran itu, sejak beberapa tahun lalu, mereka dengan kerjasama NGO Royalti atau lebih dikenali sebagai 'R', beberapa kali membuat rapat umum dan menyerahkan memorandum tuntutan itu termasuk memfailkan saman terhadap Petronas dan kerajaan Malaysia.

"PAS Sarawak juga terus konsisten di dalam tuntutan kita sehingga menjadikan peningkatan royalti 20 peratus sebagai manifesto PAS Sarawak (Dokumen 12 Tawaran) dalam PRU-13 lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Adun BN Semop Abdullah Saidol yang dilapor Borneo Post, yang seoalh-olah BN menjadi hero dalam tuntutan kenaikan bayaran royalti 20 peratus itu.

"Kenyataan Abdullah seolah-olah menjadikan perjuangan royalti atau hak royalti ini milik eksklusif sesetengah pihak sahaja.

"Pihak kerajaan negeri khususnya perlu lebih telus dalam usaha menuntut peningkatan royalti ini untuk kebaikan rakyat," jelas Syamsul lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menuntut penjelasan kerajaan negeri ke mana hasil royalti 5 peratus selama ini yang bernilai billion ringgit dihabiskan sedangkan rakyat Sarawak masih tersenarai antara termiskin di Malaysia dan kemudahan infrastruktur Sarawak yang paling mundur di Malaysia.

"Terima kasih kepada kepimpinan Ketua Menteri yang mendengar desakan PAS Sarawak selama ini yang berjuang untuk menaikkan 20 peratus royalti gas dan minyak di negeri ini melalui Dokumen12 Tawaran PAS Sarawak yang dilancarkan pada September 2012," katanya. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Sumber HD - 11-6-2014

20 peratus royalti hanya untuk p'raya Sarawak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tindakan Adun BN Sarawak mengemukakan usul untuk memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti dari 5 peratus kepada 20 peratus hanya janji politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau merasakan langkah yang dibuat BN Sarawak itu bukan benar-benar serius ke arah itu.

“Saya tidak merasa mereka serius. Mereka hanya mengikut rentak perdana menteri jika beliau berjanji peratusan royalti yang lebih tinggi, tapi mereka mungkin bisu selepas pilihanraya,” kata Husam.

Beliau berkata demikian pada satu forum bertajuk “Langkah Borneo: Minyak untuk semua” yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Mengulas lanjut, Husam yang juga pengerusi jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, rakyat Sarawak tidak perlu teruja dengan 'janji' menuntut 20 peratus royalti itu.

Husam berkata apabila Sarawak kembali di tangan BN selepas pilihan raya DUN Sarawak, kemungkinan mereka tidak akan menuntut kenaikan pembayaran royalti itu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Miri sempena Hari Gawai sebelum ini berkata bahawa pusat sudi berbincang mengenai permohonan tersebut. - HARAKAHDAILY 9/6/2014

Sumber HD - 9-6-2014


Husam smells something fishy on 20% oil royalty for Sarawak

Harakahdaily - TS | .
Last month, the Sarawak state assembly had boldly approved a special motion to seek a 15 percent increase from 5 to 20 percent of royalties from the state’s oil and gas revenue.

Since the BN-led federal government has denied Kelantan state government of its oil royalty for decades, political pundits had expected Prime Minister Najib Razak, who is also the country Finance Minister to decline such request.

Instead, Najib surprised everyone by announcing that the federal government was willing to negotiate when he was there in the state last week for the National Level Gawai Dayak celebrations in Miri.

The move did not seem to make any sense as it contradicted with government’s initiatives to increase revenues, such as through the implementation of goods and services tax (GST).

However, thanks to PAS vice president Husam Musa, Najib’s political ploy is now exposed.
In a forum titled “Borneo Move: Oil for All” seminar, Husam warned that Najib’s promise could merely be an election ploy to recapture Sarawak in the next state election due 2016.

As such, he urged Sarawakians to exercise caution on the state's claim for 20 percent royalty.

Once Sarawak remains in BN’s hands, Husam said Sarawak lawmakers from BN, which control 55 of the 71 seats in the state legislative assembly, could possibly stop pursuing the matter altogether.

“I don’t think they are serious. They might go along with the prime minister if he promises higher royalty, but they might keep quiet after the election,” Husam was quoted saying by The Malay Mail Online.

The Salor assemblyman added that Pakatan Rakyat representatives in the state and federal levels would need to explain to Sarawak electorate on the issue to ensure they are not misled.

Sumber HD - 8-6-2014

Krisis politik BN Sarawak: Adenan timbang campur tangan

BERNAMA | .


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan hanya masuk campur untuk menangani tindak-tanduk beberapa ahli politik yang keluar daripada dua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), apabila keadaannya boleh menjejaskan kedudukan BN.

Adenan berkata sebagai pengerusi BN negeri, beliau tidak boleh mencampuri urusan dalaman mana-mana parti komponen. Bagaimanapun, beliau berkewajipan berbuat sesuatu dalam isu itu dengan kedudukannya sebagai penasihat.

Adenan berkata demikian kepada pemberita dalam perjumpaan khas dengan media bersempena 100 hari beliau menjadi ketua menteri.

Ia merujuk kepada isu lima anggota dewan undangan negeri dan seorang anggota parlimen daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), dan empat anggota dewan undangan negeri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), menyertai Teras.

Apabila diminta mengulas tentang permohonan Teras untuk menyertai BN, beliau berkata: "Kami akan buat keputusan mengenainya apabila sampai masanya". - Bernama

Sumber HD - 7-6-2014

No comments:

Post a Comment