JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Sunday, June 8, 2014

RAMADHAN : KEDATANGANMU DINANTI, PEMERGIANMU DITANGISI


Hati-hati bufet Ramadan, kuatkuasa sijil halal lemah

ARIF ATAN | .


BULAN Ramadan menyaksikan banyak hotel berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa bahkan bersahur.

Ungkapan seperti "Iftar Ramadan" dan "Bufet Ramadan" misalnya diguna bagi mempengaruhi pengguna Islam dengan tawaran harga yang didakwa menjimatkan.

Hanya pada bulan Ramadan dan Syawal ini juga, suasana sebahagian besar hotel dilihat lebih keAraban atau keMelayuan pada ketika 10 bulan lain berkiblatkan Barat.

Mesejnya jelas untuk meracuni psikologi penganut Islam yang berlapar sepanjang hari bagi singgah berbuka di premis mereka meskipun bahan-bahan masakan yang digunakan mungkin tidak seratus peratus halal.

Komersialisasi kedua-dua bulan mulia ini sampai pada peringkat mengelirukan masyarakat Islam apabila sebahagian besar premis terbabit sebenarnya tidak mempunyai perakuan sijil halal.

Semakan Harakah di portal rasmi halal Malaysia, www.halal.gov.my mendapati hanya 385 hotel dan resort memperoleh sijil halal diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pensijilan halal terbabit juga dikeluarkan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Hakikatnya, terdapat 1,904 hotel termasuk berstatus lima bintang di seluruh negara mengikut rekod dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) yang dikemaskini 23 Jun lalu.

Jika dibandingkan kedua-dua angka tersebut, ini bermakna hanya 20 peratus premis makanan di hotel mempunyai sijil halal.

Di Putrajaya sahaja contohnya, daripada empat hotel tersenarai dalam portal KPK itu, hanya Palm Garden Hotel mempunyai sijil halal sah sehingga 15 April 2015 bagi ketiga-tiga premis makanan miliknya.

Hal ini amat mengejutkan kerana bukan sahaja juadah iftar bahkan status halal bagi makanan harian di ribuan hotel terbabit di luar bulan Ramadan juga dikhuatiri dicemari elemen haram.

Larangan supaya logo halal tidak digunakan sewenang-wenangnya dilihat terlalu "manja" kepada premis makanan yang masih gagal mendapatkan sijil halal sah.

Serbuan dan hasil pemeriksaan pihak berkuasa agama pada musim Ramadan tahun lalu memperlihatkan banyak keadaan menyebabkan makanan disediakan tidak suci.

Hotel dan restoran terbabit ada yang menggunakan bahan perasa yang tiada pengesahan halal selain percampuran antara bahan halal dan haram di kawasan stor penyimpanan.

Kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato' Othman Mustapha termasuk akan melakukan pemantauan lebih ketat ke atas premis yang mengadakan promosi berbuka puasa menyerlahkan sisi tempang penguatkuasaan makanan halal di negara ini.

Bagaimana pemantauan pada pematuhan halal dalam musim perayaan ini dapat mencapai matlamat jika Bahagian Penguatkuasaan Halal mempunyai jumlah pegawai yang terhad?

Pada 24 September tahun lalu, hanya 222 anggota penguatkuasa di bahagian yang terletak di bawah Jakim itu dilantik sebagai Penolong Pegawai Perihal Dagangan.

Jumlah anggota penguatkuasa yang menyamai kawasan Parlimen itu dilaporkan tambahan kepada 62 pegawai sedia ada.

Maknanya, setakat ini hanya terdapat 284 pegawai dengan kad kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertugas melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sijil halal di seluruh negara.

Aspek kesalahan syariah yang dilakukan pemilik premis seperti digariskan Jakim dilihat sukar dikenalpasti dengan kapasiti pegawai pemeriksa yang kecil.

Pemantauan bermusim

Tiga kaedah pemeriksaan pemantauan Jakim iaitu pemantauan berkala, aduan awam dan susulan juga menyaksikan keperluan jumlah anggota penguatkuasaan lebih ramai.

Kredibiliti Jakim dalam menguruskan pensijilan halal dipertikai banyak pihak mutakhir ini apabila isu coklat Cadbury diikuti bihun Cap Masjid hangat diperkatakan umum selepas tersebar di internet.

Masyarakat Islam terus terdedah kepada lambakan makanan haram sekalipun Jakim telah dipertanggungjawabkan sebagai badan pengawal piawaian halal sejak Ogos 2009 lagi.

Apa yang dipanggil pemantauan nampaknya disuarakan hanya menjelang musim perayaan. Peringatan Othman pada 27 Jun lalu supaya hotel yang mahu mempromosi juadah Ramadan mendapatkan sijil halal terlebih dahulu dilihat sebagai sambil lewa.

Sebabnya, pengesahan halal hanya selesai dalam tempoh 30 hari bekerja selepas urusan bayaran yuran pensijilan sehingga RM1,400 dilakukan.

Lainlah jika Othman memberi peringatan sejak awal tahun ini atau selewat-lewatnya bulan lalu.
Setidak-tidaknya, kira-kira 80 peratus pemilik hotel seperti tersenarai dalam portal Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu akan sempat mengajukan permohonan status halal.

Amaran pemilik hotel terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) dan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dilihat diperlekeh begitu sahaja.

Risalah dan kain pemidang di perkarangan hotel terbabit setiap tahun terus dengan promosi misalnya seperti "Bufet Ramadan", "Makanan Berbuka Puasa", "Iftar Ramadan" atau "Makanan Bersahur".

Sekali imbas, ungkapan pujukan itu cenderung dianggap oleh majoriti orang awam bahawa makanan disediakan halal.

Malangnya, peringatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom juga tidak signifikan dengan nafsu pengusaha hotel yang minatnya satu untuk mengaut keuntungan.

Amaran supaya perkataan 'Ramadan' atau berunsurkan Islam tidak digunakan gagal memberi kesan kepada pengusaha hotel atau restoran yang masih belum atau mungkin berdegil untuk mendapatkan sijil halal.

"Kalau yang tidak mempunyai sijil halal, saya suka untuk mengajak mereka supaya jangan menggunakan bahasa-bahasa yang melanggar akta berkaitan bahasa yang mana boleh menunjukkan bahawa ia halal," kata Jamil dipetik daripada laporan media.

Kenyataan lemah Jamil itu gambaran kepincangan kerajaan yang kononnya memperjuangkan hak Melayu dan Islam dalam memastikan umat Islam memperoleh makanan yang halal daripada segi sumber dan proses pembuatannya.

Walaupun secara zahir daripada jenis makanan, dekorasi premis sehingga chef dan pelayan restoran berwajahkan Melayu Islam tetapi itu semua bukan jaminan ke atas kesucian makanan disediakan.

Memandangkan lemahnya kerajaan dalam menguatkuasakan pensijilan halal, tindakan buat masa ini lebih terpulang pada kesedaran masyarakat Islam.

Pengguna Islam mesti kritikal dalam soal memilih premis makanan yang menawarkan bufet Ramadan lebih-lebih lagi di hotel dan restoran. - HARAKAHDAILY, 4/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014

The World Cup or the 'Hereafter Cup'?

LanH, Lanh14@englishsection.com | .


"IT is up to you to choose..." said an 'ustaz' (religious teacher) during his 'kuliah subuh' (early morning class) at a masjid near my house recently, "..to make our night alive to watch the World Cup or working hard for the 'Hereafter Cup' (to be successful in this world and the Hereafter) during this 'barakah' (blessed) month of Ramadan."

The ustaz then went on to say that those who prefered the 'Hereafter Cup', their 'night duties' begin with performing their 'solat isyak' (late evening prayers) 'berjemaah' (in mass) followed by 'solat sunat tarawih' (the recommended prayers with eight or 20 'rakaat' which could be done alone or in mass) and ends with 'solat witir', a one or three 'rakaat' prayer.

Normally the above 'solat' at the masjid ends at about 10.00 pm and you head home to have a light supper or you could have it at the masjid itself which is called 'moreh'. Then you could continue with your work, mingling with your family members, do some reading or reciting the Qur'an before calling it a day; perhaps at 11.00 or 12.00 midnight.

You set your alarm at 3.00 or 4.00 am; thus at that wee hour of the night you are already in 'high spirits' to continue working for your 'converted Hereafter Cup'. "So what to do at this very calm and serene time of the night?" asked the ustaz.

"One of the most important things to do is to perform your 'qiam' (night) prayers," said the ustaz. "There are many recommended prayers such as 'solat tahajud', 'tasbih'. 'taubat', 'hajat' and 'witir'. If you had said your 'witir' prayes after your 'tarawih' then you need not repeat it.

"It is recommended to offer 11 rakaat of all the prayers mentioned; the time taken is up to you but it was reported that Sayidina Uthman bin Affan prayed a two rakaat prayer all night long (from after isyak and ended before dawn) finishing reciting the whole Quran from Surah Al-Fatehah to Surah An-Nas," said the ustaz.

After performing your prayers, you could use the time to read the Qur'an, said the ustaz. "If could recite the Qur'an in your solat (as what Sayidina Uthman did) that would be highly rewarded by Allah SWT; but if you could not, then reading it from the book would be a very good deed what more if you searched for its meaning and had a thought about it.

The next thing to do in the wee hours of night is 'berdoa' (do your supplication to Allah SWT). Remember, 'berdoa' is an 'ibadah'; so do it the correct way as suggested and showed by the Prophet, his 'sahabah' (companions) and renowned scholars. Begin it with praising Allah SWT (reading Surah Al-Fatehah would be highly recommended), 'saluting' (salawat and salam) to the Prophet and his family members and then ending it with the salawat dan salam.

Many of the well known supplications derived from the Qur'an; among them are 'Rabbana aatina fiddunya hasanatan wafil akhirati hasanatan waqina adhabannaar' (Our Lord, give us good in this life, and in the

Hereafter, and protect us from the Hellfire). - Al-Baqarah or Cow, 201) and ayah 40-41 of Surah Ibrahim with the meaning: "My Lord, make me an establisher of prayer, and (many) from my descendants; Our Lord, and accept my supplication. Our Lord, forgive me and my parents and the believers the Day the account is established" and ayah 87 of Surah Al-Anbiya; 'La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin' (there is no deity but You. Glory be to You! Verily, I have been among the wrongdoers) which was the supplication by Prophet Yunus.

The ustaz said the next 'ibadah' to be done would be the 'zikir' (dhikir that is eulogizing Allah in the words taught by the Prophet or in the words prescribed in the Qur’an). One’s tongue should be wet with words of praising Allah SWT with the chants of ‘Laa Ilaha IllAllah (there is no God except Allah) which is the heaviest in weight on the side of Allah SWT. Then there are many more ‘kalimah’ that should be read such as ‘Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wallahuakbar’, Astaghfirullah al Lazi La Ilaha ‘illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Illahi’, ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’, and ‘Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim’ (lofty words in His praise).

These ‘kalimah’ should be chanted in full concentration for the maximum rewards by Allah SWT and for the ‘zikir selawat’ (praises to Prophet Muhammad s.a.w.) its reciters would also be rewarded even if their minds were not on what they recited, what more if they paid full attention to it. That's why those who were glued to the TV set watching football games could also do the selawat.

Among the simplest ‘selawat’ is ‘Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad, Wa’ ala Ali Saiyidina Muhammad’.

After spending our night with the above ibadah (praying, reading the Qur'an, doing supplications and 'dhikir'), then it would be time for us to take our 'sahur' (meal before beginning our fast). This is also an 'ibadah'; it is recommended to take it late perhaps in Peninsular Malaysia at around 5.00 am before the 'azan' (call for prayers) at dawn (Subuh) at around 5.40 am.

Before the 'azan', men should already be in the masjid, performing their solat tahiyatul masjid and after 'azan' their 'sunat' (recommended) prayers. Then perform the subuh prayer in congregation. After 'subuh', daylight would slowly come on; we are advised to seek our parts in the world (go to work).

But remember, we would be fasting on that day; Abu Huraira related that Rasulullah s.a.w. said: “Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except being awake.” - Darimi

Why is it that way...; the ustaz advised congregators that "fasting is not just about abstaining from food and drink...We are also requested to 'fast' our tongues, eyes, ears and minds. If we only refrain ourselves from taking food and drink, but 'free' our eyes, ears and tongues, then at the end of the day, we will be rewarded only with hunger, thirst and tiredness."

He also warned us to 'fast' our stomach. This is true for during Ramadan, we refrain from eating and drinking during the day, but it would be of no value if during the breaking of the fast, we take food that is forbidden (haram). - ES

Sumber HD - 4-7-2014


Raja Abdullah arah ruang solat Masjidil Haram ditambah

HARAKAHDAILY | .












KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah mengarahkan pihak berkuasa Masjidil Haram membuka ruang tambahan bagi kegunaan umat Islam beribadah sempena Ramadhan.

Beliau difahamkan mahu lebih ruang dibuka supaya boleh menampung lebih ramai jamaah.

Sementara itu, ruang tambahan yang akan dibuka dijangka akan membolehkan lebih 625,000 jamaah pada satu-satu masa di dalam dan di halaman luar masjid.

Difahamkan, Raja Abdullah juga telah mengarahkan supaya jemaah dibenarkan untuk menggunakan 'mataf' (kawasan Tawaf) di tingkat bawah, dan juga di tingkat satu, untuk menampung 40,000 jemaah setiap jam.

Hampir dua juta jemaah, termasuk jemaah dari luar negara, menghadiri solat tarawih di Masjidil Haram dan sejumlah besar daripada mereka bersolat hanya di atas jalan-jalan menuju ke masjid.

Pengarah komunikasi, Mejar Jeneral Abdul Rahman Al-Qahtani, berkata lebih 1,250 kamera telah dipasang di dalam dan di luar masjid untuk memantau pergerakan jemaah dan memastikan keselamatan mereka.

"Kami memantau jemaah melalui 270 skrin TV dan jika kita mencari apa-apa yang salah, kami memaklumkan kepada pegawai-pegawai luar untuk mengambil tindakan pembetulan," katanya dipetik Arabnews. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

Sumber HD - 3-7-2014

Sydney to host first Ramadan festival

OnIslam | .


Australian Muslims are planning to invite Sydney community to attend the first ever Ramadan festival planned later in July to share the festivities of the holy month and break barriers inside the community.

"This is the first time we're organizing the Ramadan Festival in Sydney," Sarwat Hassan, one of the event organizers, told Blacktown Sun recently. "The Ramadan month is for the community, the "ummah", to bring people together," she added.

Opening doors to the whole community, Sydney's first Ramadan Festival will take place at Blacktown's Bowman Hall on July 19. The event, the first to be held in Sydney, plans a free family day that includes stalls with fashion, jewellery, clothing, food, henna and face painting.

The festival also offers an opportunity to "open up" and share Ramadan with more people, with Blacktown chosen as one of the first locations due to its high multicultural population. "It's breaking down those barriers between people," she said. "Our aim is to have this event in different suburbs across NSW in the future."

In Ramadan, adult Muslims, save the sick and those traveling, abstain from food, drink, smoking and xxx between dawn and sunset. Muslims dedicate their time during the holy month to become closer to Allah through prayer, self-restraint and good deeds.

Away from the festival, Muslims from across western Sydney were putting final touches on their preparations to welcome the holy month. El-Kadomis, the father of seven and grandfather of 16, was preparing with his family to go through 30 days of fasting which will include abstaining from food and water from dawn to dusk.

After the sun has set, they will break their fast with prayers and a serving of food known as "iftar", which can take place in the home or in a mosque. "Fasting is for the rich to feel what the poor feel," said Neil El-Kadomi, 68, who is chairman of the Parramatta Islamic Cultural Association. "It gathers people together, to have iftar together. We talk to each other and get closer to God."

Muslims, who have been in Australia for more than 200 years, make up 1.7 percent of its 20-million population. As of the 2011 census, Blacktown local government area had a total 17,501 people who identified as Muslim.

The article was written prior to the start of Ramadan - Ed

Sumber HD - 3-7-2014





Berpuasa 21 jam 57 minit di Iceland

http://www.ammboi.com | .

DI ICELAND ANDA AKAN BERPUASA SELAMA 21 JAM 57 MINIT SEHARI!

Di Malaysia, purata waktu berpuasa adalah 13 jam 33 minit sehari, tu pun ada yang malas. Namun, jika anda berpuasa di Iceland, maka anda perlu nambah hampir 8 jam lagi waktu puasa anda! Bermakna, di sana anda akan berpuasa hampir satu hari penuh yakni selama 21 jam 57 minit. Mana nak bezakan sahur dengan berbuka kan dengan tempoh yang singkat antara keduanya.

Di Malaysia, cuaca panas akan menyebabkan anda cepat dahaga, namun di Iceland cuaca sejuk akan menyebabkan anda cepat lapar. Bayangkan berlapar selama hampir 22 jam sehari selama sebulan? Itulah antara cabaran Ramadan yang penuh keberkatan. Selepas Iceland, paling lama anda akan berpuasa adalah di Sweden yakni selama 20 jam 57 minit, diikuti Amerika Syarikat (Alaska), 19 jam 51 minit, England (18 jam 53 minit), Jerman (19 jam 1 minit).

iceland city

Bagi yang memilih untuk melaksanakan ibadah puasa di Mekah, maka anda perlu bersedia untuk berpuasa selama 14 jam 53 minit. Pastinya ibadah umrah anda akan menjadi jauh lebih mencabar, namun keberkatan bumi Anbiya lain, susah macam mana pun kita buat, malah merasa seronok melakukannya.

Tempoh berpuasa yang paling singkat di bandar utama dunia tahun ini adalah di Sydney, Australia yang hanya memakan masa 9 jam 56 minit. Rujuk jadual di atas untuk tempoh berpuasa di negara-negara lain.
waktu berpuasa paling panjang dan pendek di dunia
Jadi… selepas mengetahui tempohnya, anda akan memilih untuk berpuasa di mana andai diberikan pilihan?
Sumber: mynewshub.my

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tazkirah http://www.youtube.com/watch?v=zld1-psX85U

Sumber HD - 2-7-2014








Budak 5.5 tahun hafal 29 juzuk, ulama pun menangis

(Video) Bocah 5,5 Tahun Ini Hafal 29 Juz, Ulama Pun Menangis

Musa, bocah 5.5 tahun hafal Quran 29 juz
Ini bukan bocah dari Timur Tengah. Ini anak Indonesia asal Bangka, peserta Hafiz Indonesia 2014. Di usianya yang baru 5.5 tahun, Musa sudah hafal 29 juz, memasuki 30 juz. Hebatnya, hafalannya sangat bagus seperti di luar kepala. Sehingga ketika ia diuji oleh Syaikh Ali Jaber, Ustadz Amir Faishol Fath, dan sejumlah penonton, dengan lancar ia meneruskan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.

Ketika Ustadz Amir Faishol Fath diminta komentar oleh Irfan Hakim, beliau mengatakan sambil menangis, “Saya tidak punya bahasa.... Subhanallah...”. Beliau kemudian menghampiri Musa dan mencium tangannya sebagai penghormatan terhadap orang yang dimuliakan Allah dengan Al Qur’an. Tampak, Syaikh Ali Jaber juga menangis. Para penonton juga tidak dapat menahan air mata mereka.

Video

Sumber HD - 2-7-2014

Van putih dikatakan berkeliaran berjaya dirakam


VAN PUTIH YANG DIKATAKAN BERKELIARAN BERJAYA DITANGKAP LENSA KAMERA (GAMBAR)

Awas gerak geri anda sedang diawasi terutama yang ponteng puasa...


Sumber HD -30-6-2014









Kelebihan minum air waktu sahur




Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa).

Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk, kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa fungsi air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w.. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.

Air dan fungsinya
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum air waktu sahur

Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.

Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.

Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air liur

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.

Di sinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Minum air waktu sahur

Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut. Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada. Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari tetesan air dalam bumi. Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan. Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum air sihatkan tubuh - jauhkan penyakit

Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.) Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.

Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration) - kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia - hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.

Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.

* Sumber dari madah-tazkirah.blogspot.com

Tazkirah Ramadhan - 
http://www.youtube.com/watch?v=Vu9EDDDf9qY

Sumber HD - 30-6-2014

Puasa 15 jam, suhu 50 darjah Celsius di Tanah Suci



Puasa Ramadhan 15 Jam Dengan Suhu 50 Darjah Celcius Di Tanah Suci

Pengunjung ke Tanah Suci dan penduduk Arab Saudi dijangka bakal berhadapan dan menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun ini selama 15 jam dengan suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius (500C).
Suhu ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak 25 tahun lalu, iaitu pada musim Ramadhan 1989 iaitu 49.80C (49.8 darjah Celsius).
Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 450C tahun lalu. - AGENSI
Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 45'C tahun lalu. – AGENSI
Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.
Umat Islam yang berada di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung bulan suci berkenaan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani memberitahu bahawa suhu ketika Ramadhan akan terus tinggi berikutan tekanan rendah di Semenanjung Arab dan keadaan cuaca panas yang melanda di seluruh Asia Barat.
Al-Qahtani berkata “Suhu dijangkakan antara 45 hingga 50 darjah Celsius dijangka melanda Makkah, 42 hingga 47 di Madinah, 44 hingga 47 darjah Celcius di Riyadh dan Wilayah Tengah.”
“Sementara itu suhu sehingga 50 darjah Celsius diramalkan melanda Wilayah Timur Arab Saudi, 39 hingga 45 darjah Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi,” jelas Hussain.
Beliau berkata, “Sebelum ini Makkah mencatat rekod suhu paling panas 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.”
Umat Islam yang berada di Arab Saudi pada musim Ramadhan tahun ini diingatkan untuk bersiap sedia berhadapan dengan cuaca panas tersebut. 
Terutama mereka yang menunaikan ibadah Umrah Ramadhan dinasihatkan agar tidak terdedah terlalu lama di kawasan terbuka dan banyak meminum air zam-zam sambil mendoakan kesejahteraan diri dan umat keseluruhannya.

Sumber HD - 29-6-2014











Pantun Ramadan



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Mengerjakan Ibadat Puasa Di Bulan Ramadan" yang mulia ini. Moga ibadat yang kita lakukan ini diberikan ganjaran yang sebaik mungkin oleh Allah.

(1) Selamat datang wahai Ramadan

(2) Solat sunat tarawih


Majlis ilmu (di antara solat sunat tarawih pertama) di Surau Ar-Rahmah Seksyen 8, Shah Alam, Selangor




Ambien di luar Surau Ar-Rahmah Seksyen 8, Shah Alam, Selangor selepas solat sunat witir (10:40 malam)

(3) Lewatkan bersahur



(4) Berbuka puasa ikut sunah

(5) Buat ibadat ikut kemampuan
(6) Pertingkatkan ibadat di bulan Ramadan
(7) Menderma sebagai ibadah
(8) Zakat fitrah jangan dilupa
(9) Harum kasturi di sisi Allah
Terima kasih kerana sudi membaca pantun-pantun saya.

1 Ramadan 1435H
12:35 pagi

Sumber HD - 29-6-2014













Dana Ramadan jejaki golongan kurang bernasib baik

SAIDAH HAIRAN | .
KUALA LUMPUR: Sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) bekerjasama menjejaki golongan yang memerlukan dan menyampaikan bantuan.

Antara golongan sasar ialah ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta fakir miskin.
Program Dana Ramadan ini telah dimulakan sejak 2010 dan mendapat sambutan memberangsangkan saban tahun.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berharap Dana Ramadan tahun ini dapat menjangkau lebih ramai penerima bertujuan meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang menghulurkan bantuan sejak Dana Ramadan dilancarkan," katanya.

Menurut Zailah, pihaknya turut menerima sumbangan dalam bentuk pakaian, jamuan berbuka puasa dan sahur, kuih raya selain wang tunai dan cek.

Bagi menjayakan misi Dana Ramadan tahun ini, Muslimat PAS mengalu-alukan sumbangan kewangan atau penajaan berbuka puasa dan sahur.

Bagi membuka tirai Dana Ramadan tahun ini, sumbangan disampaikan kepada balu kakitangan Harakah, Khairul Azizul Azizi yang meninggal dunia pada 15 Disember 2012.

Sumbangan wang serta barang keperluan harian disampaikan kepada Wan Rosmizah Abdullah oleh wakil Bakkah, Shamsiah Abdullah dan wakil Muslimat PAS Pusat, Noor Nadiah Mohamad (gambar).

Orang ramai yang berhajat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 (Dewan Muslimat PAS Pusat) atau hubungi Nadia di nombor 013-376 7312. - HARAKAHDAILY, 26/6/2014

Sumber HD - 26-6-2014

Sudais ketuai enam imam tarawih di Masjidil Haram

MUHAMMAD ZAKI HASSAN | .

KUALA LUMPUR: Enam orang imam telah dilantik untuk bertugas mengimami solat terawih dan tahajud di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mereka diketuai imam masyhur Abdul Rahman As-Sudais bersama Saud As-Shuraim, Abdullah Al-Johan, dan Maher Al-Muaiqly, Khaled Al-Ghamdi dan Baleelah Airport.

"Bagaimanapun Al-Sudais hanya akan memimpin solat terawih pada akhir Ramadhan,” ujar salah seorang pengurus di Masjidil Haram, Ali Hamid Al Nafji dipetik Arabnews.

2,000 kamera CCTV

Selain itu, tahap keselamatan pengunjung Masjidil Haram juga dipertingkatkan dengan memasang 2,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar masjid dan di sekitar Kota Mekah.

Masjidil Haram juga kata Ali Hamid, akan menyediakan al-Quran dengan 72 bahasa yang berbeza.

Sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, pihak masjid turut menyediakan beberapa aplikasi berkaitan dengan al-Quran yang boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar.

“Al-Quran bersama terjemahan tersedia untuk di muat turun dengan bahasa-bahasa utama di dunia,” katanya. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

* Penulis adalah pelajar Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang sedang menjalani latihan praktikal di Harakahdaily.

Sumber HD - 26-6-2014

Apa kata ilmu perubatan tentang puasa

DR AZMAN IBRAHIM | .

Sakit secara umumnya disebabkan kuman yang dapat mengalahkan sistem pertahanan tubuh kita. Kuman yang diistilahkan sebagai bakteria atau virus, apabila menjadi kuat, ia akan dapat mengatasi antibodi dalam sistem pertahanan badan kita.

Dengan istilah mudah, kita sakit kerana kuman menjadi kuat dan antibodi kita dikalahkan.

Kuatnya bakteria atau virus ini kerana mikroorganisma tersebut mendapat bekalan vitamin K dari sumber makanan yang kita makan.

Bermakna, makanan yang kita makan, bukan hanya utk diri kita, tetapi ia juga membekalkan tenaga kepada musuh di dalam tubuh kita sendiri.

Tak lalu makan ketika sakit sebenarnya proses semulajadi yang diatur oleh Allah dalam maksud untuk melemahkan kuman-kuman tadi lalu menyokong sistem badan untuk kembali sembuh dari sakit.

Bila kuman lemah disebabkan kekurangan bekalan makanan, antibodi akan menjadi kuat dan kita akan beransur pulih.

Tak lalu makan ketika sakit sebenarnya adalah sebahagian dari proses penyembuhan. Sebab itu kita rasa pelik kalau orang demam masih mampu menghabiskan 3 pinggan nasi!

Amalan berpuasa sebenarnya ibadat yang mampu menyihatkan badan apabila bakteria dan virus perosak di dalam sistem badan dilemahkan lantas badan kita mampu menjadi lebih sihat.
Untuk hidup manusia perlu makan, bukannya hidup untuk makan. Makanan adalah bahan bakar bagi tubuh manusia sebagaimana minyak adalah bahan bakar untuk enjin.

Manusia tanpa makanan dan enjin tanpa minyak, dua-dua tak boleh hidup. Kecuali kalau orang itu sama martabat dengan malaikat.

Bahan bakar untuk enjin kita isi dalam tangki minyak, bahan bakar untuk manusia kita isi dalam perut.

Ada beza antara tangki bahan bakar kereta dan motor dengan perut yang menjadi tangki simpanan makanan manusia. Tangki minyak untuk kereta dan motor diperbuat dari bahan logam yang keras. Kalau kapasitinya 30 liter, kita cuma boleh isi minyak 30 liter sahaja. Selebihnya akan melimpah keluar.

Perut sebagai tangki bahan bakar manusia pula diperbuat dari bahan kenyal. Ia boleh diisi 3 kali ganda dari jumlah yang sepatutnya. Contohnya kalau kita cuma perlukan sepinggan nasi, kita boleh makan sehingga 3 pinggan dan makanan tersebut tak akan melimpah keluar!

Minyak dalam tangki kereta motor, bila tak habis guna hari ini, kita boleh simpan untuk esok, lusa dan seterusnya.

Berbeza dengan tubuh manusia. Kalau hari ini tubuh kita hanya perlukan sepinggan nasi tetapi kita makan sampai 3 pinggan, tubuh kita tetap akan menggunakan kalori tenaga dari sepinggan sahaja.

Bagaimana dengan lebihan 2 pinggan lagi? Apakah kita boleh simpan untuk kegunaan esok dan lusa sebagaimana kita boleh simpan minyak kereta? Jawabnya tidak! Lebihan makanan tersebut akan ditukar menjadi lapisan lemak yang menempel di segenap bahagian badan, antaranya di perut lalu masuklah kita dalam persatuan PJK (Perut Jalan Ke depan).

Untuk esok kita perlu makan yang lain pula. Bukannya bila kita dah makan banyak, bermakna 3 hari seterusnya kita tak perlu makan. Berapa ramai manusia yang lebih menyukai lebihan makanan mereka menempel sebagai lapisan lemak yang memudharatkan tubuh dari mengagihkannya kepada mereka yang lebih memerlukannya.
Ibadat puasa mengasuh kita menjadi prihatin dengan kesusahan orang lain.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Sumber HD - 24-6-2014















Tarikh melihat anak bulan Ramadan 27 Jun

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama

Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban.

Sumber HD -20-6-2014 

















MPKB-BRI edar 1000 bungkus juadah buka puasa sehari

RIZAL TAHIR | .


Abdul Fattah dan para pegawai MPKB-BRI bersama van yang bakal digunakan bagi mengedar juadah berbuka puasa.

KOTA BHARU: Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan menyediakan 1000 bungkus juadah berbuka puasa pada setiap hari di bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, bungkusan makanan ini akan diedarkan di kawasan tumpuan orang ramai yang tidak berkesempatan pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

“Kawasan yang telah dikenal pasti adalah seperti perhentian bas, pusat membeli belah dan masjid-masjid terpilih.

“Makanan ini akan diedarkan oleh sukarelawan yang akan bergerak di sekitar Kota Bharu ketika hampir waktu berbuka puasa,” katanya.

Kos menyediakan juadah berbuka puasa ini, ujar beliau adalah hasil sumbangan orang ramai.

Berita lanjut di Harakah bil. 1956 Edisi Jumaat

Sumber HD - 18-6-2014

















(Edisi terlampau) Sewa bazar ramadhan RM11,400

Sewa bazar ramadhan ialah RM11,400 bukan RM13,400 kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Namun ia TETAP tinggi dan melampau.

Apa pun alasan yang dikemukakan oleh MBMB, ianya amat tidak logik kerana yang menjadi mangsa akhirnya ialah rakyat terbanyak yang terpaksa membeli barangan dengan harga yang tinggi kerana para peniaga akan terpaksa meningkatkan harga jualan semata-mata untuk membayar sewa bazar berkenaan.

Satu hal yang mendukacitakan ialah pendedahan bahawa sebenarnya kenaikan kos sewa berkenaan adalah akibat "permainan" sesetengah pihak yang mana terdapat kuota yang diperuntukkan di dalam pembahagian bazar ramadhan berkenaan. Datuk Bandar perlu menjelaskan hal tersebut samada ia benar atau tidak.


Sumber HD - 13-6-2014

Ramadan in the Farthest North

Islamicity | .


Disembark at the fog-shrouded, mountain-rimmed, Arctic-gateway harbor of Tromso, Norway, walk along the cobbled main street with its wooden homes and shops painted bright reds, blues and yellows, and take a left just before the pet shop. There, next to the Natural Medicine Center, you will find Alnor Senter, a simple square building. The former dance studio is now the world's northernmost mosque. Alnor Senter shares that superlative with much else in Tromso, including the world's northernmost Protestant cathedral, the northernmost botanical garden, the northernmost brewery and the northernmost symphony orchestra.

A bit above 69 degrees north latitude, 350 kilometers (215 mi) above the Arctic Circle, it's almost as far as you can get from the heat and desert winds of the land of Islam's origin. Tromso was formally founded in 1794 and has been the starting point of international polar expeditions-in fact, this year the city is celebrating the 100th anniversary of the arrival of Norwegian hero Roald Amundsen at the South Pole. For much longer, fishermen and traders of whale, cod and sealskin have come here. Reindeer herders have lived here longest of all. Recently, international medical researchers have arrived, seeking clues to cures from the sea. Since the mid-1980's, the farthest-traveling voyagers to this city of 67,000 are Tromso's 1000 or so Muslims, many of whom have come from the Mideast and North Africa.

When you walk into Alnor Senter, one of the first people likely to welcome you is Hakima Mabrour, who laughs about the first time she saw Tromso. "I got married in Morocco to a man who was already living in Norway. I thought, 'Wow, I'm going to go live in Europe! How glamorous!' It was like my own kind of 'American dream.' I arrived in April 1997, and there was a record snowfall of two and a half meters (98"). I couldn't believe what I was seeing when I got off the plane, and I thought, 'Welcome to my new dream!'"
Read the full story here

Sumber HD - 8-6-2014

No comments:

Post a Comment