JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Saturday, June 7, 2014

FENOMENA UNIVERSITI DAN MAHASISWA


Pro-M bantah prosiding 16 pelajar UMSKAL masa cuti

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kecewa dengan sikap pihak pentadbiran kampus itu berhubung penetapan tarikh prosiding rayuan 16 mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib.

Salah seorang aktivis, Mohammad Syahidiyanto Sukiman berkata, tindakan pihak universiti yang memanggil perbicaraan dan pendengaran rayuan pada 4 Julai (esok) dalam keadaan pelajar sedang bercuti semester, adalah tidak wajar.

"Kita mempersoal tentang kredibiliti Pihak Pengurusan apabila surat prosiding rayuan yang tertera tarikh 30 Jun hanya sampai ke tangan mahasiswa pada petang semalam sedangkan tarikh pendengaran kes ditetapkan pada 4 Julai.

"Tempoh masa persediaan yang singkat dan mengejut ditambah dengan mahasiswa yang terlibat telah pulang ke kampung halaman dan kebanyakan dari mereka adalah dari semenanjung menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk hadir dalam proses yang ditetapkan kali ini," katanya dalam satu kenyataan.

Turut dipertikaikan, lima dari mahasiswa berkenaan yang memohon agar prosiding dilakukan pada semester depan, telah mendapat surat prosiding pada tarikh 7 julai.

"Lebih menyedihkan, kesemua surat hanya disampaikan melalui khidmat E-mai," tambah Syahidiyanto.

Pihak universiti ujar beliau, seolah-olah tidak serius untuk memberi ruang kepada mahasiswa dalam kes ini apabila nilai pertimbangan terhadap mobiliti pelajar tidak diambil kira.

"Kami menggesa pihak pentadbiran untuk meminda tarikh rayuan dan prosiding perbicaraan kes pada satu tarikh selepas cuti semester bagi memudahkan kedua belah pihak untuk menyelesaikan isu ini," tegasnya. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

Sumber HD - 3-7-2014

UM's academic freedom in crisis

University of Malaya Association of New Youth | .

University of Malaya Association of New Youth (UMANY) would like to condemn the top management of the University of Malaya (UM) for their failure to uphold academic freedom and allowing the interference from political parties in making decisions.

A political scientist Professor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman has been directed to quit as director of Universiti Malaya's Centre for Democracy andElections (Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya - UMCEDEL) by the Education Ministry. His service as a Dean for Faculty of Arts & Social Science is also discontinued by the top management of UM due to orders from the ministry.

Prof Redzuan had cause unhappiness among UMNO members with his honest and professional political research which seems to favour Pakatan Rakyat (PR) in the last election. Without respecting the academic freedom, UMNO uses their authority as government to seek revenge using AUKU (Akta Universiti & Kolej Universiti).

The top management of UM which consist of Professors, of all the people, should know more on the value of academic freedom. It is disappointing that they failed to defend UM academic freedom and continue to be controlled by the UMNO government.

Academic freedom of UM is in crisis. In March, the former Bar council president and ex-BERSIH 2.0 co-chairperson S Ambiga was barred from giving a talk on ‘Public Interest Litigation’ in the UM by the deputy vice chancellor of the Student Affair Division (Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, HEP). The HEP was set up by the government to replace University Malaya Student Union (UMSU) at the 1970's to control student activities and oppress student's voices which were seen as a threat to the government.

When the top management failed to uphold academic freedom, students should stand up to defend the academic freedom of UM just like what the UMSU did in the 1970's for academic freedom.

AUKU or University & University College Act (UUCA) is used by the governemnt to control University staffs & students which is against our fundamental Rights & Freedom. The act had become very irrelevant and need to be reviewed urgently. Although the Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) which is limited by the AUKU/UUCA, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya should voice out and play their role in this academic freedom crisis.


Sumber HD - 30-6-2014



Mahasiswa mahu penjelasan di sebalik isu UMCEDEL

FAHMI ZAINOL | .
BAGI peringkat mahasiswa terutamanya mahasiswa Universiti Malaya, meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi gedung ilmu dirobek oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika khabar berita mengenai Prof Datuk Dr Redzuan tidak terpilih sebagai Dekan di Universiti Malaya atas alasan lanjut usia, apakah pula kisahnya tentang arahan dari pihak tertentu dari pihak KPM untuk memastikan Prof Datuk Redzuan letak jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL?

Saya sendiri mendapat panggilan terus daripada Naib Canselor Universiti Malaya berkenaan isu pelantikan Dekan FSSS di Universiti Malaya. Saya juga telah minta respon daripada Naib Canselor Universiti Malaya iaitu Prof Amin sendiri berkenaan isu UMCEDEL ini.

Kami di peringkat pimpinan mahasiswa sangat kesal atas tindakan ini, dalam masa saya mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin Universiti di Malaysia akan sentiasa bergerak ke belakang seiringan dengan “kebodohan” sesetengah pihak.

FAKTOR USIA
Alasan sudah lanjut usia sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Jika Dr Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja beliau, beliau tidak akan bersetuju untuk bertanding sebagai calon Dekan FSSS Universiti Malaya.

Jika umur menjadi ukuran, saya fikir Pengerusi Senat Universiti Malaya tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang, oleh kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun. Jika umur menjadi ukuran saya fikir Tun Mahatir juga tidak layak untuk beliau jawat jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu beliau bermula sebagai Perdana Menteri sewaktu beliau berumur 56 tahun, dan sewaktu beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri sewaktu beliau berumur 78 tahun pada 2003.

Bagi saya selagi terdaya untuk menyumbang kepada kebaikan, kenapa perlu menidakkan hak beliau. Untuk pengetauhan semua sejak Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dibawah kepimpinan Dr Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan Fakulti yang ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.

Dalam masa sama juga beliau menpunyai rekod cemerlang, yakni pernah dinobatkan sebagai Dekan yang terbaik dan cemerlang di Universiti Malaya.

Pemilihan dekan adalah tertakluk kepada budi bicara NC Universiti Malaya dan ia terbukti kepada klausa terakhir polisi pengundian yang dipinda. Perkara ini pernah dicabar oleh fakulti kejuruteraan. Calon dekan perlu ditemuduga dan melakukan “presentation “ di hadapan panel terdiri daripada NC, TNC HEP UM, TNC Pembangunan UM, TNC Akademik UM dan TNC Penyelidikan UM selepas proses pengundian dalam kalangan ahli akademik di Fakulti masing-masing. Namun yang hadir hanya NC, TNC HEP UM, TNC Pembangunan sahaja. Paling mendukacitakan undian tidak dipaparkan.

GEDUNG ILMU DIROBEK
Di manakah kebebasan bidang akademik di Malaysia? Undi untuk memilih Dekan di Universiti Malaya hanyalah sekadar kosmetik sahaja memandangkan bilangan undi yang diperoleh setiap calon tidak pernah diumumkan. Malah lebih malang lagi Dekan tidak semestinya dipilih dari calon yang mendapat undi tertinggi oleh kerana NC tidak berhasrat untuk melantik dekan dari kalangan orang yang berpengaruh atau terkenal.

Kami pada peringkat mahasiswa mendesak Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan penjelasan dalam beberapa perkara.

1) Sebab dan alasan kenapa Prof Datuk Dr Redzuan Othman diturunkan sebagai Pengarah UMCEDEL dan DEKAN di FSSS Universiti Malaya?

2) Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL? Sedangkan kajian dari Majlis Profesor negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL.

Saya tidak berminat untuk mendengar hujah dan alasan yang “kurang cerdik”. Saya hormati keputusan yang dibuat oleh Prof Datuk Dr Redzuan Othman iaitu beliau menerima dengan terbuka berkenaan dua isu ini. Dalam masa saya juga saya sanjung dan hormat tindakan Solidariti Datuk Saifuddin Abdullah berkenaan isu ini yakni beliau tidak berkhidmat lagi sebagai Felo Penyelidikan di Universiti Malaya.

SOLUSI
Sistem pendidikan di negara kita perlu diperbetulkan, saya menyeru seluruh warga akademik di Malaysia untuk memikirkan masa depan anak bangsa kita, berganding bahu memikirkan sesuatu untuk sistem pendidikan kita. Jika kualiti di gedung ilmu masih di kelas ketiga, bagaimana masa depan anak bangsa kita? Sedangkn kita menpunyai harapan dan kelebihan tersendiri dalam bidang akademik untuk ke hadapan. Kembalikan kebebasan akademik. Teguran saya pada pihak-pihak tertentu, janganlah sampahkan UNIVERSITI di negara ini, setelah negara ini kamu sudah sampahkan.

Fahmi Zainol ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya

Sumber HD - 30-6-2014

Tanah rizab Melayu - iktibar bumi Palestin

ABDUL MALIK AB RAZAK | .

PEMILIKAN tanah adalah faktor penting tanda kekuasaan sesuatu bangsa dan kaum ditanah tumpah tanah air mereka. Penjualan tanah kepada warga asing atau bukan bangsa asal akan menatijahkan penghalauan penduduk asal di negara sendiri.

Sejarah Palestin menjadi iktibar umat Islam dengan penguasaan Yahudi di bumi Palestin melalui pemilikan tanah. Mereka sedar bahawa sebelum British keluar dari bumi Palestin dan undang-undang baru digubal, mereka perlu pantas mengambil jalan dengan mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin dengan nama Jewish National Fund pada tahun 1901.

Yahudi telah membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin antara tahun 1920 hingga 1993 dan penempatan Yahudi meningkat dengan pesat iaitu daripada 55 kawasan pada tahun 1920 kepada 218 pada tahun 1939.

Tuan tanah di Palestin kebanyakannya tinggal di luar Palestin. Dengan tawaran harga tanah yang tinggi oleh Yahudi, mereka rabun mata dalam sedar. Mereka sebenarnya tahu Yahudi datang pasti mempunyai tujuan jahat.

Kesan pembelian tanah ini adalah wujudnya masalah setinggan. Rakyat Palestin mula marah dan memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.

Penduduk Arab Palestin bangkit menentang penjajahan British dengan mengadakan mogok dan sabotaj sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan tidak henti pada tahun 1930-an. Namun, kelicikan British dan Yahudi dalam mengatasi masalah pertempuran ini nyata terserlah.

British mengarahkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi membuat kajian penyelesaian. Lord William Peel dilantik sebagai ketua suruhanjaya telah mencadangkan bumi Palestin perlu dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu wilayah yang dimiliki oleh Yahudi dan bahagian yang dikuasai oleh penduduk Arab Palestin. Jalan penyelesaian ini menggembirakan Yahudi dan satu musibah buruk kepada penduduk Arab Palestin.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengarahkan 100,000 tenteranya untuk berundur dari Palestin. Keputusan ini telah direbut oleh Yahudi dengan mengisi kekosongan dibeberapa wilayah yang ditinggalkan oleh British. Tindakan British keluar secara beransur-ansur juga menguntungkan Yahudi untuk mengelakkan penduduk Arab sedar dan merampas wilayah tersebut.

Mandat pentadbiran seterusnya telah dilepaskan ke tangan PBB bagi menyelesaikan konflik perebutan tanah dan ia satu berita gembira kepada Yahudi. Perhimpunan Agung di Geneva pada 29 November 1947 telah meluluskan satu ketetapan yang dikenali sebagai UN Partition Resolution (GA 181) dengan sokongan bersetuju 33 negara, 13 negara tidak bersetuju dan 10 negera berkecuali.

Hasil keputusan ini, Palestin terpecah kepada dua bahagian; satu bahagian seluas 4,700 batu persegi untuk penduduk Arab Palestin yang berjumlah 1.35 juta penduduk dan bahagian kedua seluas 5,300 batu persegi untuk pendatang Yahudi seramai lebih kurang 630,000 orang.

Nasib Tanah Rizab Melayu

Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman. Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Namun, realiti yang berlaku, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia dan mendesak kerajaan negeri bagi memastikan berlakunya penggantian tanah.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan 65 kes penggantian Tanah Rizab Melayu di Pahang belum diselesaikan.

Tanah rizab Melayu adalah seluas 3 juta hektar dan pada tahun 1965, sebanyak 1.3 juta hektar Tanah Rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tingal sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus.

Satu usaha yang baik diambil oleh kerajaan Kelantan dalam menjaga pemilikan Tanah Rizab Melayu. Kelantan adalah antara negeri Melayu yang paling banyak tanah rizab. Melalui Akta Kanun Tanah Negeri Kelantan, bukan anak kelantan tidak dibenarkan membeli dan memiliki tanah di Kelantan.

Namun di negeri Johor, kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas yang memberi peluang kepada bukan bumiputera dan orang asing seperti Singapura untuk membeli tanah di Johor. Kesannya, rakyat bumiputera Johor tidak mampu untuk bersaing dalam pegangan bebas dengan bukan bumiputera dan orang asing untuk pemilikan tanah. Tambahan pula, Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status tidak diganti semula dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan. - HARAKAHDAILY 29/6/2014

Abdul Malik bin Ab Razak ialah Presiden GAMIS

Sumber HD - 29-6-2014




Mesej ugutan, bangkai ayam atas katil

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: BILIK Pengerusi Pro-Mahasiswa UMS Kampus Labuan (UMSKL) Jamhuri Mohamed dipecah masuk malam tadi dan bangkai seekor ayam diletak atas katil serta mesej ugutan diconteng di dinding.

Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL, Hasnur Faridah Abbas berkata kejadian disedari Jamhuri sendiri apabila pulang dari forum berkaitan dengan 16 Mahasiswa yang dikenakan AUKU kira-kira jam 12 malam.

Menurut beliau, bangkai ayam diletakkan di atas katil Jamhuri turut disertakan contengan mesej "berambuslah bodoh" dengan cat di dinding bilik tersebut.

Ekoran kejadian itu, Jamhuri telah membuat laporan polis malam tadi.

"Pro M UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme diantara mahasiswa kerana jelas, perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar Universiti," kata Hasnur.

Jamhuri adalah salah seorang pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana menulis artikel bertajuk ‘Rampas Kedai: Mahasiswa Serah Memo’ yang disiarkan di Harakah Daily 28 Februari lalu

Dalam artikelnya, Jamhuri mengecam tindakan Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Ismail Ali kerana merampas kedai mahasiswa kendalian sekretariat Masjid Al Hikmah.

Jamhuri dituduh melanggar Kaedah-kaedah 3(a) Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar) 1976 yang menyebut seseorang pelajar tidak boleh menyatakan bangkangan terhadap ‘sama ada di dalam atau di luar kampus, melalui apa-apa cara yang merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Institusi atau pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi’.

Beliau juga dikenakan pertuduhan baru iaitu memudaratkan nama baik pengarah UMSKAL, Dr Ismail Ali melalui tulisan disiarkan Harakahdaily tersebut.

Menurut notis bertarikh 17 Jun lalu, prosiding tatatertib terhadap Jamhuri kini ditetapkan untuk pendengaran pada 27 Jun 2014.- HARAKAHDAILY 21/6/201






Sumber HD - 21-6-2014

Zulaikha Adam tutup akaun facebook

http://beritapantas92.blogspot.com | .


Zulaikha Adam Pelajar UM Akhirnya Tutup Akaun Facebook | Berita terkini Zulaikha Adam pelajar UM tutup akaun Facebook. Susulan luahan tidak puas hatinya mengenai isu memakai purdah tersebar dilaman sosial, Zulaikha Adam telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadinya. Tinjauan terkini mendapati pautan akaun Facebook Zulaikha Adam sudah tidak lagi ditemui.
Zulaikha Adam Pelajar UM Akhirnya Tutup Akaun Facebook
Terdahulu pada 16 Jun 2014, Zulaikha Adam yang juga merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengawas UM yang memaksanya untuk membuka purdah ketika sedang menjawab soalan peperiksaan.

Peraturan UM yang melarang wanita memakai purdah ketika peperiksaan kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 20-6-2014









Kes Aslam: Mana transformasi Najib, soal PKR

MUHAMMAD FAIZAL | .
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan yang mengambil tindakan terhadap pelajar Malaysia, Aslam Abd Jalil hanya kerana menghadari satu program bersama pemimpin Pakatan Rakyat dikecam banyak pihak.

Aslam yang belajar di Australian National University (ANU), Canberra didakwa menerima surat tunjuk sebab dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas alasan telah mengambil bahagian dalam forum mengenai isu semasa Malaysia.

Forum tersebut diadakan di universiti itu pada 22 April lalu bersama panel Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU) Tony Pua yang bertajuk 'Race, Religion, Royalti with YB Tony Pua".

Aslam menerima surat tersebut pada 18 Jun lalu yang dikirim secara emeil melalui Penasihat Pendidikan dan Latihan Australia JPA Shahrezan Md Sheriff.

Dalam surat tersebut, beliau didakwa melanggar perjanjian 5.5 di dalam perjanjian biasiswa dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau telah dituduh penghasut atau melakukan tunjuk perasaan, yang pada pendapat kerajaan ia akan memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan.

Beliau juga telah diarah untuk mengemukakan satu penjelasan bertulis dalam masa 24 jam dan jika beliau gagal melakukan demikian, pihak kerajaan akan mengambil tindakan terhadapnya

Mengulas perkara itu hari ini, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, apa yang berlaku menunjukkan transformasi yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya cakap kosong semata-mata.

"Bagi saya ke semua sesi forum ini dilihat tidak ada langsung sebarang agenda hasutan ataupun melanggar kepentingan tanah air.

"Melainkan jika ada seseorang yang mempertimbangkan untuk mengadakan satu perdebatan terbuka yang mengancam negara," kata Nik Nazmi pada sidang media hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor berkata, tindakan tersebut satu tradisi kerajaan untuk menakut-nakutkan pelajar di luar negara supaya tidak menyertai apa-apa program yang melibatkan pembangkang.

Beliau turut menggesa pihak kerajaan termasuk Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia dan JPA memberi penjelasan berhubung tindakan itu.

"Kita juga minta mereka jelaskan mengapa mereka mengganggap bahawa forum-forum ini menentang kepentingan Malaysia.

"Lebih-lebih lagi apabila forum ini melibatkan pengubal undang-undang di negara ini," sambung beliau.

Aslam pernah berucap di dalam sebuah forum bersama Speaker Hannah Yeoh dan Nik Nazmi sendiri 26 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014

Universiti merudum: Jawapan berhelah tak bawa kita pergi jauh

DR AZMAN IBRAHIM | .

KEJATUHAN Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam laporan Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini menyenaraikan tiada universiti tempatan di Malaysia yang termasuk dalam senarai 100 terbaik.

Lima universiti yang masuk dalam senarai 10 universiti Asia terbaik ialah Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. India berjaya meningkatkan kedudukannya apabila 10 daripada institusi pengajian tingginya tersenarai dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun institusi lalu.

Negara Timur Tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.

Thailand turut berjaya, tetapi malangnya tiada tempat bagi Malaysia! Times Higher Education (THE) menganggap Malaysia sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi yang besar. Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.

Universiti Tokyo menjadi universiti Asia terbaik diikuti oleh National University of Singapura. Universiti Hong Kong, Universiti Kebangsaan Seoul dan China Peking University berada di tempat ketiga, keempat dan kelima.

Thailand mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu King Mongkut’s University of Technology, Thonburi yang naik lima anak tangga dan berada di kedudukan ke-50 dan University Mahidol yang jatuh 21 anak tangga ke tempat 82.

Singapura juga mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu NUS di tempat kedua dan Nanyang Technological Universiti di tempat ke-11.

Hong Kong dinamakan sebagai bintang oleh THE kerana walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai enam universiti dalam senarai 50 terbaik.

Saya sangat tak pelik kalau di negara kita, individu seperti Ibrahim Abu Shah, Nordin Kardi serta yang sewaktu dengannya pernah ditabalkan untuk memimpin sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dengan ciri-ciri kepimpinan sebegini, nak masuk senarai 200 yang terbaik pun seksa.

Dalam satu forum, Datuk Saifudin Abdullah antara pemimpin Umno yang bagi saya, seorang tokoh berfikiran rasional pernah berkata secara terbuka kepada Abang Misai bekas Vice Cancelor UiTM, "Saya sangat bersyukur kerana anda tak disambung kontrak sebagai Naib Canselor".

Kalau antara Ahli Lembaga Pengarah UiTM adalah yang berkelayakan seperti Ibrahim Ali, apa yang kita harapkan?

Saya banyak timbulkan hal UiTM kerana ini adalah universiti dengan komposisinya pelajar-pelajar bumiputera.

Seorang kawan, pesara Prof. Madya dalam bidang Radiology dari USM yang hadir temuduga untuk berkhidmat secara kontrak di fakulti perubatan sebuah universiti yang berpusat di Kuala Terengganu, diminta oleh dekan fakulti perubatan tersebut supaya memotong janggutnya kalau nak berkhidmat di situ. Hehee... macam budak-budak. Janggut sinonim dengan orang PAS! Maknanya... orang PAS tak dialu-alukan di sini.

Saya menghormati individu seperti Prof. Datuk Zulkifli yang pernah menjadi Naib Canselor USM ketika saya masih merupakan salah seorang staf di bawah beliau. Tapi sayangnya kerana tak ramai yang berintegriti sepertinya.

Walaupun ketika itu, kampus kesihatan USM kelihatan dijadikan batu loncatan untuk mileage politik seorang Menteri Pengajian Tinggi yang berasal dari Kelantan. Ada-ada saja program berorientasikan politik diadakan dengan Kampus Kesihatan USM menjadi tuan rumah.

Tak terkecuali juga seorang bekas Menteri Belia dan Sukan yang ketika itu menjadi Adun di Kok Lanas. Hampir setiap minggu staf perubatan USM dihantar ke Dun YB ini bagi program khidmat kemasyarakatan. Khidmat masyarakat tak kisah. Yang menjadi kisah ialah memanipulasikan tenaga kakitangan awam bagi tujuan politik.

Bebaskan universiti dari personal politik yang berkepentingan serta tak berkelayakan, kita mampu akan pergi lebih jauh.

Ketika Kota London hancur dibom tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua sehingga pemimpin Inggeris dengan putus asa merasakan seolah-olah matahari tidak akan terbit lagi di Kota London. Bila nak dibangunkan semula negara mereka yang hancur, yang pertama dibangunkan adalah pendidikan. Bangsa yang terdidik adalah bangsa yang mampu ke hadapan.

Faktanya, negara kita sebenarnya lebih kaya dari beberapa negara yang berada jauh di atas kita dari segi ranking institusi pengajian tinggi. Bilangan universiti kita pun lebih banyak. Tetapi kenapa kita ketinggalan?

Jawapan dalam bentuk berhelah dan penafian tak akan membawa kita pergi jauh. - HARAKAHDILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014









Mahasiswi UM kecam arahan tanggal purdah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kumpulan Mahasiswi Islam Universiti Malaya mengecam tindakan mengarahkan seorang siswi menanggalkan purdahnya untuk masuk ke dewan peperiksaan.

Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi-PMIUM), Sobiroh Puzi berkata, tindakan seorang pengawas peperiksaan itu bukan sahaja mengaibkan siswi terbabit malah menafikan hak beliau mengamalkan ajaran agama.

"Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan hal ini tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri," soal beliau dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kejadian Isnin lalu, di mana seorang siswi daripada Akademi Pengajian Melayu telah diarahkan keluar daripada dewan peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung, untuk menanggalkan purdah yang dipakainya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak seksyen peperiksaan kampus itu juga bertindak secara "double-standard", apabila hanya siswi tersebut yang dikenakan tindakan sedemikian.

Sedangkan kata beliau, rata-rata siswi lain yang juga berpurdah tidak pula dikenakan tindakan yang sama jika ia benar-benar melanggar peraturan universiti.

"Lebih menghairankan, lebih ramai mahasiswi yang berpakaian menjolok mata di dalam kampus serta terang-terangan melanggar peraturan pemakaian pelajar tidak pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berwajib," kata beliau lagi.

Pihak Hewi PMIUM juga katanya, menuntut pihak pentadbiran UM dapat menjelaskan kepada mahasiswa berkenaan isu pemakaian purdah di dalam kampus.

"Jika benar ia dilarang, di mana hitam putihnya dan apakah justifikasi larangannya?

"Kami juga menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti," tegasnya.

Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, terdapat peruntukan dalam Jadual C (Arahan Am Peperiksaan) dibahagian 3 (e) yang larang pelajar memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian
yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Sumber HD - 19-6-2014












QAS:Tawar Pengajian Perubatan di Uni Turki

AZAMIN AMIN | .
Ramai lepasan SPM memasang impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan yang menjanjikan peluang karier yang cerah dengan menjanjikan pendapatan yang lumayan bahkan menjadi harapan kedua ibu bapa untuk memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin, dalam bidang kerjaya yang diceburi.


Namun bukan sedikit pengorbanan dan kekangan yang perlu dihadapi termasuklah, kewangan dan kelayakan yang tertentu untuk menyertai kursus dan pengajian yang dihajati. Ini termasuklah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam, apatah lagi sekiranya berhasrat untuk ke luar negara, bagi tujuan yang sama.

Bagi merealisasikan hasrat murni dan citia-cita tinggi ibu bapa dan pelajar, QAS Management Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan menawarkan khidmat perunding penempatan pelajar, yang telah diyakini matlamat dan rekod pencapaiannya.

QAS Management merupakan sebuah syarikat perunding penempatan pelajar yang ditubuhkan sejak tahun 1992, berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menempatkan pelajar khususnya dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti-universiti yang diiktiraf oleh MMC dan JPA seperti di Turki,Russia, Indonesia dan Mesir.

Syarikat tersebut menumpukan khidmat untuk penempatan pelajar di universiti luar negara bermula dengan urusan dokumentasi seperti visa dan tiket penerbangan, pendaftaran pelajar, penginapan sehinggalah sesi pengajian dijalankan.

Lebih menarik, dengan hanya mendapat minimum B dalam semua subjek SPM, para lepasan dapat terus ke Tahun Pertama Fakulti Perubatan di Universiti yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, QAS amat memahami dan berpengalaman luas untuk mengatasi segala permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan ibu bapa samada dari aspek akademik, pinjaman pendidikan, tempat tinggal, keselamatan dan urusan birokrasi di luar negara.

Pelbagai inisiatif dan pendekatan telah diambil oleh QAS untuk membantu pelajar-pelajar dengan mengadakan beberapa program sebelum berlepas dan semasa pelajar berada di luar negara.Kemudahan rumah pelajar yang lengkap dan selesa, keselamatan dan suasana pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar amat dititik beratkan oleh pihak syarikat.

Konsultan Pendidikan Nazeehah Zaini, 28 ketika ditemui Harakah berkata hasrat dan visi syarikat adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera Islam untuk mendapat pengalaman belajar di luar negara dan dalam masa yang sama dengan pengalaman tersebut dapat dicurahkan kembali kepada negara selepas mereka berjaya memiliki ijazah sekaligus mendapat kerjaya yang diidamkan.

Antara fokus utama syarikat adalah memastikan pelajar yang cemerlang mendapat tempat di universiti luar negara termasuklah daripada golongan anak-anak yatim dan juga yang cemerlang dalam bidang tahfiz al-Quran.

Terbaru, QAS Management menawarkan khidmat penempatan dan pengajian Perubatan di Universiti Turki, yang mana selain persekitaran kondusif di bumi Islam, yuran pengajiannya juga antara yang terendah berbanding universiti lain di luar negara.

"Untuk tahun seterusnya, kita akan berusaha mencari dana atau pembiayaan kepada para pelajar yang sudah mendapat tempat pengajian melalui khidmat syarikat kami.

"Kami merupakan satu-satunya koordinator untuk YOS Exam bagi pengajian di Istanbul Universiti dan ini memberi kelebihan kepada para pelajar yang menggunakan khidmat kami,"katanya kepada Harakah ketika sesi temubual di pejabat QAS Mangement yang terletak di Subang Jaya, 21 April lalu.

Nazeehah juga menjelaskan, pihaknya sendiri akan menguruskan secara terus para pelajar, bermula di Malaysia sehinggalah ke negara yang dipilih tempat pengajiannya.

"Kami akan menguruskan mereka sehingga akhir, iaitu bermula daripada pendaftaran seterusnya ke tempat penginapan sehinggalah para pelajar memulakan pengajian di sana,"katanya.

QAS Management akan menghantar perunding pendidikan atau wakil, yang akan membawa sekumpulan para pelajar ke universiti terbabit dan untuk rekod, mencapai 40 orang pelajar dalam satu masa malah ada antara wakil syarikat yang berada di negara tersebut sehingga sebulan, untuk memastikan segala proses kemasukan dan pengajian para pelajar berjalan dengan lancar.

Cerita Nazeehah lagi, cabaran yang ditempuh ketika menguruskan hal pengajian anak-anaknya ke luar negara daripada mencari universiti yang sesuai hingga kepada pembiayaan, telah mencetus idea kepada pengasas QAS Mangement Norizah Ali dan Zaini Idris untuk menubuhkan syarikat bagi membantu ibu bapa yang menghadapi masalah sama.

Syarikat tersebut ditubuhkan bertujuan memberi perkhidmatan bagi membantu pelajar tempatan meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di universiti-universiti terpilih terutama di Indonesia, Rusia, Turki dan Mesir, kata Nazeehah.

"Berdasarkan pengalaman, perubatan merupakan bidang yang amat tinggi permintaannya tetapi tempat yang ditawarkan di universiti-universiti tempatan amat terhad.

"Jadi secara tidak langsung sebenarnya kami membantu merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia yang berhasrat menjadi doktor dengan mendapatkan tempat di universiti di luar negara," kata Nazeehah.

QAS yang beroperasi di 14-2 Jalan USJ 9/5R Subang Business Centre , Subang Jaya, Selangor, kini giat dalam memberi perkhidmatan pengurusan dan penempatan pelajar dalam bidang perubatan khususnya di Turki seperti di Universiti Istanbul, Universiti Ankara, Universiti Hacetteppe dan Universiti Ege, Izmir.

"Semua Universiti di luar negara yang disenaraikan oleh QAS Management diiktiraf oleh MQA dan JPA. Oleh itu jaminan kerjaya selepas pengajian, tidak perlu diragu sama sekali,"katanya.

Jelas Nazeehah, universiti-universiti tempatan tidak mampu untuk menampung permintaan dalam melatih doktor-doktor perubatan malah berdasarkan perangkaan terbaru, kerajaan hanya mampu menyediakan 53 peratus doktor di hospital kerajaan, manakala dalam bidang pergigian nisbahnya lebih kecil iaitu seorang doktor gigi untuk 800 pesakit.

Menyedari kekurangan itu, QAS mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan dengan menghantar pelajar perubatan ke negara terbabit dengan pembiayaan ibu bapa masing-masing.

Tambah Nazeehah, walaupun dengan pembiayaan sendiri, semasa berada di tahun kedua pelajar-pelajar boleh memohon bantuan kewangan melalui institusi seperti Yayasan Negeri, Pusat Zakat atau Baitulmal serta bank-bank tempatan.

"Walaupun pelajar sudah mengikuti pengajian, kami di QAS tidak lepas tangan sebaliknya pada setiap semester kami akan memantau pencapaian akademik mereka serta memberikan kursus tambahan dalam memotivasikan pelajar tersebut," katanya.

Sehubungan itu, bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke universiti luar negara bolehlah mendapatkan perkhidmatan agensi dan penempatan untuk memudahkan urusan di QAS Management (M) Sdn. Bhd.

"Kami di QAS Mangement sedaya upaya memberi khidmat yang terbaik bagi memastikan masa depan dan impian ibu bapa dan pelajar tercapai sekaligus menjadi seorang muslim yang memberi manfaat dan berguna kepada agama dan masyarakat,"katanya mengakhiri perbualan lebih sejam.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian perubatan di Turki, Rusia, Indonesia dan Mesir, boleh hubungi talian bebas tol 1800-888-727 atau emel askmeqas@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Sumber HD - 12-6-2014

Batal pertuduhan 25 pelajar, mansuh Auku

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku/Akta 174 (GMMA/174) menggesa agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menyemak dan meneliti tuntutan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran 1976 (Akta 174)

Gesaan itu antara terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan BN di lobi parlimen pagi tadi.

Pengerusinya, Khairol Najib Hashim memberitahu setiap ahli parlimen perlu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan pihak universiti yang menggunakan Auku dan Akta 174 ke atas 25 mahasiswa.

"Kita mahu ke semua ahli parlimen menggesa Naib Censelor universiti terbabit agar membatalkan segala pertuduhan, hukuman dan prosiding tatatertib terhadap mereka secara serta merta," katanya.

Beliau mengulas kes 25 pelajar yang dikenakan prosiding tatatertib oleh pihak universiti, tiga darinya dari Universiti Malaysia Sabah kampus Antarabangsa Labuan yang telah digantung pengajian satu semester, lapan dari universiti sama diberi amaran serta dibuang dari kolej kediaman dan lima masih lagi dalam prosiding.

Sementara itu, lapan dari Universiti Malaya (UM) telah diberi surat tunjuk sebab kerana menyertai himpunan tanpa kebenaran pihak berkuasa di hadapan parlimen pada 8 April lalu.

Seorang pelajar dari Universiti Teknologi Mara Kota Kinabalu (UiTM KK) pula didapati bersalah dan diberi amaran kerana membuat kenyataan di facebook yang mengugat kepentingan UiTM dan menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran UiTM.

Khairol Najib dalam kenyataannya turut meminta agar kerajaan segera memansuhkan Auku, Akta 174 dan semua akta yang mengekang kebebasan hak asasi mahasiswa bagi mengembalikan autonomi universiti.

GMMA/174 turut mendapat sokongan 19 NGO termasuk dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Gabungan Menuntut Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0), Global Movement Moderates (GMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Pro Mahasiswa Nasional (ProM). - HARAKAHDAILY 10/6/2014

Sumber HD - 10-6-2014















Isu gerai: Tindakan tatatertib tak wajar - Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan pihak Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) yang mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa orang mahasiswanya baru-baru ini.

Ia berkaitan sekumpulan mahasiswa UMSKAL telah mengadakan himpunan aman pada 21 Februari 2014 di hadapan bangunan pentadbiran kerana membantah keputusan pihak universiti yang mengambil semula pengurusan sebuah kedai di kampus.

Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, maklumat yang beliau perolehi mendapati kumpulan pelajar terbabit telah mengusahakan kedai (G-Shop) tersebut selama enam tahun.

"Kedai tersebut telah dibina pada tahun 2008 dengan tujuan untuk memberikan peluang untuk mahasiswa berniaga.

"Namun, pihak universiti telah mengeluarkan notis untuk mengosongkan premis dan dikatakan untuk memberi tender kepada pihak luar," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, pihak mahasiswa terbabit telah terlebih dahulu mengambil tindakan diplomasi untuk berunding namun tidak diendahkan.

Maka kata beliau, pelajar terpaksa untuk berhimpun dan memberikan memorandum kepada pihak universiti.

"DPPM mengecam tindakan pihak universiti yang mengambil tindakan keterlaluan dengan menggantung pengajian 3 mahasiswa pelajar semester akhir, 8 orang telah dibuang kolej kediaman manakala 5 orang lagi masih dalam siasatan.

"DPPM turut menggesa pihak UMSKAL tampil memberikan penjelasan terperinci berhubung kes berkenaan. Mengapa pihak universiti ingin mengambil alih kedai mahasiswa berkenaan dan adakah pihak universiti telah menutup pintu rundingan bersama mahasiswa sebelum ini," soal Khairil.

Dalam pada itu, pihaknya juga menyarankan pihak universiti menyemak semula hukuman berkenaan dan kembali berunding terlebih dahulu untuk mewujudkan situasi menang-menang antara dua pihak. - HARAKAHDAILY, 7/6/2014

Sumber HD - 7-6-2014

UMS akui hukum pelajar kerana kedai G-Shop

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR:
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengakui mengenakan tindakan tatatertib terhadap 16 pelajarnya pada 26 Mei lalu di bawah peraturan universiti kerana terlibat dengan bantahan di hadapan Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 25 Februari lalu.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Bahagian Media dan Citra, Jabatan Canselori UMS, tindakan tatatertib itu dibuat ekoran para pelajar terbabit didapati melanggar Kaedah 9 

(3) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar )1999 iaitu; “tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan subkaedah (1) dan (2)”.

Para pelajar terbabit terlibat dalam perhimpunan membantah tindakan pengurusan UMSKAL memindahkan kedai G-Shop yang dikendalikan mahasiswa ke lokasi lain.

Menerusi prosiding tatatertib, seramai 15 orang mahasiswa telah hadir manakala seorang mahasiswa tidak hadir dengan alasan munasabah.

“Daripada 15 orang mahasiswa yang hadir, seramai 8 orang telah mengaku bersalah terhadap kesalahan tersebut, sementara seramai 7 orang mahasiswa lagi tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan,” kenyataan media itu dipetik.

Pelajar yang mengaku bersalah telah diberi amaran dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan asrama selama satu semester.

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS juga telah membicarakan tiga pelajar pada 3 dan 4 Jun lalu dan mendapati mereka telah melanggar Kaedah 9(3) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar )1999.

Para pelajar terbabit telah diberi amaran dan digantung pengajian selama satu semester.

Lima pelajar lagi akan dibicarakan pada tarikh yang akan ditentukan pihak berkuasa tatatertib pelajar.

UMSKAL mengakui bahawa proses tatatertib yang diambil adalah mengikut prosedur usang yang telah ditetapkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar )1999.

Mahasiswa yang telah didapati bersalah, jelas UMSKAL diberi tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan untuk membuat rayuan ke Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.

Tindakan tataertib yang dikenakan UMSKAL terhadap para pelajar terbabit mendapat bantahan daripada beberapa persatuan mahasiswa.

Satu memorandum juga telah dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung tindakan UMSKAL yang dianggap menekan suara mahasiswa.

Dewan Pemuda PAS turut membantah tindakan keterlaluan UMSKAL dan menggesa university terbabit mengkaji semula hukuman tersebut.

Kumpulan pelajar terbabit telah mengusahakan kedai G-Shop tersebut selama enam tahun.

Kedai yang mula beroperasi sejak 2008 itu memberikan peluang untuk mahasiswa mengasah bakat dalam perniagaan.

Namun pihak universiti telah mengeluarkan notis supaya premis itu dikosongkan bagi disewa kepada pihak luar.

Bantahan dilakukan kelompok mahasiswa apabila rundingan yang diadakan dengan pengurusan UMSKAL gagal membuahkan hasil. - HARAKAHDAILY, 7/6/2014

Sumber HD - 7-6-2014

No comments:

Post a Comment