JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Tuesday, June 10, 2014

MAKANAN UMAT ISLAM : HALAL ATAU HARAM?

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com

Halal: Hanya keputusan Jabatan Kimia diperakui

NORSHAZLINA NOR'AZMAN | .
KUALA LUMPUR: Insiden coklat Cadbury yang mulanya dikesan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum disahkan sebaliknya oleh Jabatan Kimia, benar-benar mencetuskan polemik di kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Keputusan analisis Jabatan Kimia itu mewujudkan persoalan - mengapa analisis itu dijalankan sedangkan keputusan telah dikeluarkan oleh KKM terlebih dahulu. Mengapa tidak keputusan KKM itu yang digunakan?

Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha hanya keputusan Jabatan Kimia sahaja diperakui dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), bahkan juga di mahkamah, memandangkan hanya Jabatan Kimia pakar untuk ujian berkenaan.

AKREDITASI OLEH JABATAN STANDARD

Beliau berkata makmal Jabatan Kimia diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

Katanya makmal KKM diberi akreditasi oleh Jabatan Standard hanya untuk membuat ujian terhadap produk berasaskan daging serta ikan dan bukan makanan yang telah diproses.

Othman menjelaskan ujian yang dilakukan oleh KKM itu adalah ujian yang dibuat terhadap sampel dari pasaran semata-mata, yang mungkin boleh terdedah kepada pencemaran.

Katanya sampel makanan bukan sahaja perlu diambil di kilang iaitu bermula daripada ia mula diproses, tetapi juga seluruh rantaian pengeluaran produk berkenaan termasuk setiap bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, mesin dan peralatan yang digunakan.

"Analisis bagi menentukan halal haram bukannya mudah... masyarakat mungkin nampak ia sangat mudah, seolah-olah letak makanan atas piring mikroskop terus nampak ada DNA atau tidak.

"Sedangkan ia sangat teknikal dan memerlukan penelitian serta prosedur yang ketat, selari dengan konsep dari 'ladang ke atas meja' bagi memastikan tidak ada proses yang terlepas pandang," katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

AUDIT DENGAN TELITI

Bagaimana proses permohonan sijil halal dijalankan bagi memastikan yang benar-benar halal sahaja memperoleh sijil berkenaan?

Othman berkata pemohon perlu mengisi borang permohonan secara online melalui sistem e-Halal sebelum permohonan itu diproses dengan teliti.

Katanya mereka perlu mengisytihar semua produk dan bahan ramuan yang digunakan termasuk pembekal untuk setiap bahan dan juga status sama ada bahan yang digunakan itu mempunyai pensijilan halal atau tidak.

"Sekiranya setiap bahan mentah dan ramuan yang digunakan itu telah mendapat sijil halal daripada Jakim atau badan luar negara yang diiktiraf, mereka boleh gunakan sijil itu sebagai sokongan.

"Kita sangat teliti. Kalau kita ada keraguan terhadap bahan itu, kita akan ambil sampel dan hantar ke Jabatan Kimia dahulu semasa audit sebelum kita beri kelulusan," katanya.

Beliau berkata audit juga akan dibuat di kilang pemprosesan bagi memastikan aspek halal lain turut dipatuhi.

"Bahan ramuan akan diperiksa sama ada sama dengan yang diisytihar termasuk memeriksa invois pembelian dan bukti-bukti pembelian serta bukti penggunaan produk itu.

"Proses pembuatan produk turut ditekankan termasuk aliran pemprosesan, peralatan, kebersihan persekitaran dan pekerja," katanya.

PEMERIKSAAN MENGEJUT

Othman berkata Jakim juga mewajibkan setiap syarikat multinasional untuk mempunyai sistem jaminan halal atau eksekutif halal dalaman bagi memantau sendiri perjalanan kilang sentiasa mengikut pematuhan halal.

"Kita juga bersetuju agar syarikat membuat pemantauan dalaman sendiri dengan mengambil sampel bahan ramuan dan hantar ke makmal yang diakreditasi untuk kepastian mereka," katanya.

Beliau berkata selepas sijil halal diperoleh, pemeriksaan pemantauan secara mengejut akan dibuat di premis berkenaan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pemantauan mengejut akan dilakukan lebih daripada sekali dalam setahun terhadap syarikat yang berisiko tinggi iaitu produk yang berasaskan daging dan ayam, minyak dan lemak, rumah sembelih, tiada sistem kawalan halal, tiada eksekutif halal dan Jawatankuasa Halal Dalaman,

Sekiranya aduan awam diterima, beliau berkata Jakim bersama agensi penguatkuasa berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), KKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan akan membuat serbuan mengejut.

"Pemantauan susulan iaitu pemeriksaan verifikasi turut dibuat sekiranya tindakan pembetulan diambil oleh syarikat gagal mematuhi MPPHM," katanya.

KATEGORI KESALAHAN

Beliau berkata terdapat tiga kategori kesalahan utama di bawah MPPHM iaitu kesalahan kecil, kesalahan besar dan kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan termasuk penarikan balik sijil halal.

Antara kesalahan kecil yang melibatkan teknikal boleh diberi amaran dan arahan pembetulan seperti kesalahan seperti kebersihan premis, peralatan, pekerja dan persekitaran, kawalan makhluk perosak serta lain-lain kesalahan berkaitan kebersihan dan sanitasi.

Kesalahan besar yang dilakukan pula boleh mengakibatkan tindakan penggantungan sijil halal atau sekiranya diputuskan oleh Panel Pengesahan Halal Malaysia, sijil halal syarikat berkenaan boleh ditarik balik.

Katanya antara kesalahan termasuklah perubahan dan penambahan pembekal atau pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri atau daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf selain menggunakan logo halal Malaysia pada produk yang tidak mendapat sijil halal Malaysia.

Selain itu, pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal, memberi pinjam atau serah sijil halal asal kepada premis atau syarikat lain, ubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil halal dan menukar atau menambah bahan ramuan yang diisytiharkan di dalam borang permohonan tanpa kebenaran bertulis.

KESALAHAN SERIUS

Othman berkata kesalahan serius yang melibatkan syariah dan teknikal boleh menyebabkan sijil halal ditarik balik, antaranya pengesahan status halal oleh autoriti agama yang diiktiraf terhadap produk, bahan ramuan ataupun peralatan yang digunakan.

"Kesalahan syariah lain, penggunaan bahan haram setelah memiliki sijil halal, percampuran atau penyimpanan bahan atau produk halal bersama yang haram, penggunaan peralatan bercampur aduk dengan halal dan haram, memproses haiwan yang tidak sempurna mati dan sembelihan, serta penggunaan alat kejutan sehingga menyebabkan haiwan mati.

"Kesalahan teknikal pula seperti perpindahan premis atau kilang dan perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa maklum, penyembelih tidak memiliki tauliah atau tauliah penyembelih tamat tempoh, membawa masuk bahan haram dan menggunakan bahan terlarang," katanya.

Jika sabit kesalahan tindakan boleh diambil menurut Akta Perdagangan 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta kepada syarikat, manakala individu, maksimum RM1 juta dan penjara tiga tahun.

Secara amnya pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan halal adalah meliputi pengeluar, pengilang produk, pengedar, penjual, pengeluar sub-kontrak, pembungkusan semula, premis makanan, rumah sembelih dan logistik.

-- BERNAMA

Sumber HD - 21-6-2014


Akta Halal: Jakim akan diberi kuasa penuh

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan halal di negara ini akan lebih berkesan apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diberi kuasa penuh melalui Akta Halal yang akan digubal tidak lama lagi.

Pengenalan akta tersebut akan memperkemaskan peranan Jakim dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang melalui enakmen baharu.

Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata draf akta itu sudah digubal oleh jawatankuasa khas yang dilantik jabatan berkenaan sebelum dikemukakan kepada kabinet.

"Akta Halal akan memastikan semua produk yang masuk ke negara ini mendapat pensijilan halal terlebih dahulu bukan sahaja makanan, produk farmasi atau kosmetik bahkan diperluaskan lagi," katanya dipetik Berita Harian.

Buat masa sekarang Jakim hanya memantau produk yang ada logo halal daripada jabatannya manakala produk yang mengguna logo halal yang tidak diiktiraf di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Isu pensijilan halal ini hangat dipersoalkan selepas pelbagai pihak mempertikaikan kredibiliti Jakim terhadap pengiktirafan halal dalam produk syarikat coklat terkenal sedangkan produk itu dikesan mempunyai DNA babi oleh makmal Kementerian Kesihatan. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014


Umno-BN inefficiency exposed in chocolate issue

Harakahdaily | .

From time to time the Umno-led BN regime takes the people for fools.

This is what one would make of the recent fiasco surrounding the “halalness” of chocolate products produced by a prominent multinational company, Cadbury. The chocolates manufactured by the company were known to be halal because it had the halal logo on its wrappings for all its range of products. Then all of a sudden two varieties were declared as “haram” because tests on them found traces of porcine DNA.

Immediately a furore gripped the entire nation to the extent that a band of NGOs claiming to represent Muslims stated that Cadbury had deceived Muslims, exploited the good faith Muslims had in the company and a host of other things all directed to “punish” the company. So much so that even a lady in the group was suggesting that the company would have to foot the bill to cleanse the “contaminated” blood arising from consumption of the chocolate products of affected families – a ridiculous unIslamic act of course.

But as the days passed, out of the blue on June 2, the minister in charge of “religious affairs” comes out to say that the Cadbury chocolates are halal after all, after some tests had been done on them. The minister is reported to have said that the earlier tests conducted by the Health Ministry could have been flawed, due among others to the fact that the samples did not come directly from the Cadbury factory but might have been “contaminated” resulting in porcine DNA being discovered. He also felt that the lab that did the earlier test was not an accredited one.

It appears on the surface that the issue is one of ensuring the “halalness” of food or other products consumed by Muslims and how the authorities are doing what they can to ensure this requirement is met. But given the inefficiency and political interference that prevails, what much can the people hope for?

The “halal” fiasco is another example of the hollowness of the government transformation programme as touted by the premier. For a department that comes directly under his care but not being able to “transform” is surely the biggest irony. What is obvious from this episode is the attitude of people like the minister who are only good at making nice sounding statements and appearing on the regime-controlled media to fool the people into thinking that the government has taken utmost care in ensuring that the people really “come first” as in the slogan of 1Malaysia, when the fact is really the opposite. Instead we have this merry-go-round of saying one thing at one time and another some other time.

Instead of looking after the peoples’ welfare they have been taking them for a ride with this on-off-on again (halal-not halal-halal) stand.

Apparently the sudden turnaround in declaring the chocolates halal apparently was also due to reports that some of the shareholders of the company were from large conglomerates linked to the government itself. If this were true, it bodes more problems for the Muslim community.

Should not the so-called Muslim NGOs direct the cannons at the minister and his department rather than the producers since it was the department’s negligence or inefficiency that created the problem in the first place?

Sumber HD - 17-6-2014

Produk syarikat Twenty Twenty Food Industry ada sijil halal

HARAKAHDAILY | .



KAMI ingin merujuk kepada berita Bernama yang disiarkan Harakahdaily bertarikh 10 Jun 2014 bertajuk 'Bihun Istimewa' cap masjid tiada sijil halal.

Adalah dimaklumkan bahawa foto yang dipaparkan bersama berita tersebut adalah berdasarkan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan berhubung produk pengilang yang tidak memperolehi sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun daripada gambar yang dimuatkan di muka depan akhbar tersebut, turut dipaparkan empat produk syarikat Twenty Twenty Food Industry Sdn Bhd iaitu jenama Kampung, Serama, Jati dan Kapal Layar yang sebenarnya mempunyai sijil halal Jakim.

Kami memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul ekoran penyiaran gambar tersebut.- HARAKAHDAILY, 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014






Punca pegawai Jakim tak makan Cadbury

http://www.ekeleh.com | .


Kontroversi Cadbury: Penganjur Kesal Astro Awani Putar Belit Keadaan

IMG-20140615-WA0047

Astro Awani membuat tajuk berita songsang bahawa Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury (kanan) enggan turut serta dalam sesi “Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam.”

Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.”

Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi.

Dari awal mengatur program ini pihak Jakim sudah maklum mereka hanya datang beri penerangan saja.

Mereka tidak boleh tampil dalam media tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

Apa yang dikesalkan, sungguhpun pihak penganjur telah memaklumkan kepada Astro Awani mengenai perkara ini, mereka hanya membetulkan kandungan berita tersebut, tetapi enggan menukar tajuk berita yang memberi impak negatif kepada Jakim dan penganjur.

Pegawai kerajaan mempunyai peraturan tertentu sebelum muncul dalam media. Justeru tidak wajar media mahu memaksa seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan tanpa sebarang kebenaran atau memenuhi protokol sedia ada, ini boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan kerajaan dan berhadapan tindakan disiplin.

Faktanya, saya tiada keraguan mengenai keikhlasan pegawai terbabit mahu pun Jakim kerana beliau telah makan Cadbury tersebut dihadapan saya sebelumnya.

Justeru tidak timbul isu pegawai Jakim enggan makan Cadbury seolah-olah memberi gambaran mereka sendiri tidak yakin dengan pengesahan halal mereka.

Pihak Jakim dijemput untuk meyakinkan aktivis media siber bukannya membuat pertunjukan media.

Ternyata kesemua yang hadir bukan sahaja percaya malah yakin dengan sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jakim. – MyMKU.net
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 15-6-2014





Kenapa hanya blogger makan cadbury, pegawai Jakim enggan?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com | .

Kenapa hanya Blogger yang makan Cadbury tapi Pegawai JAKIM enggan?.. Tak yakin ke?


Awal June lalu bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu dilaporkan sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Baca di sini


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 15-6-2014






Lagi kilang mee guna logo halal tidak diiktiraf

BERNAMA | .

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kilang mee sanggul di Kampung Sama Gagah, di sini didapati menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Md Nasir Mohamad berkata perkara itu terdedah selepas kilang itu diserbu pihaknya pada 5 petang semalam hasil maklumat awam dan risikan.

"Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul menggunakan logo halal tidak diiktiraf dirampas. Kita turut menyita 400 bungkus mee teow dan 352 bungkus mee suah
mengunakan logo halal tidak diiktiraf serta 780 unit kotak kosong tertera logo halal tidak diiktiraf. Nilai rampasan semalam adalah sebanyak RM4,184.

"Berdasarkan siasatan kita, kilang berkenaan yang beroperasi sejak 15 tahun lepas pernah diserbu pada 2010 atas kesalahan sama dan pemiliknya menyalahi Akta Perihal Dagangan (Pengakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik kilang berkenaan dan menjalankan siasatan menurut Seksyen Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menyalahgunakan logo halal dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Sementara itu, pemilik kilang yang enggan namanya disiarkan berkata beliau akan memohon sijil halal daripada Jakim secepat mungkin.

Wanita itu mendakwa pernah ditipu dalam usaha mendapatkan sijil halal Jakim
dan kerugian lebih RM3,000.

Menurutnya hampir 95 peratus pekerja di kilangnya terdiri daripada wanita Islam.

Sumber HD - 14-6-2014






Suasana kilang bihun di China diarah tutup


Perghhh: Sebuah Lagi Kilang Bihun Diarahkan Tutup...

(2 FOTO) SUASANA SEBUAH KILANG PEMBUAT BIHUN DI NEGARA CHINA.


Pekerja berkaki ayam memijak longgokan bihun yang sedia untuk dibungkus dan ada yang tidur atasnya.

Kejadian ini berjaya dirakam kira-kira 6 bulan dahulu di sebuah kilang pembuat bihun di bandar Dongguan, Guangdong negara China.

Akibat pendedahan tersebut pihak berkuasa China telah bertindak pantas menutup operasi kilang berkenaan.

Ertinya cara pembuatan bihun yang kotor dan jijik bukan sahaja berlaku di negara kita malahan di negara luar juga.

Masanya sudah sampai bagi umat Islam di negara ini berhati-hati dalam memilih bihun yang dijual di pasar raya dan kedai-kedai runcit.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 12-6-2014








'Bihun Istimewa' cap masjid tiada sijil halal

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.

"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.

Hakimah berkata produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim. - Bernama

Sumber HD - 10-6-2014

No comments:

Post a Comment