JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, June 9, 2014

PARLIMEN KE-13 : MESYUARAT KEDUA PENGGAL KE-2 (MULA 9 - 19 JUN 2014)



Mahathir pun pernah kata parlimen 'rubber stamp'

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Bagan Serai tanpa sebarang perbahasan dan menolak segala peraturan mesyuarat yang dibangkitkan sebagai mengulangi kegelapan sistem parlimen Malaysia.

Bercakap pada sidang media hari ini, Ketua Pembangkang itu juga mendakwa apa yang berlaku hari ini menunjukkan parlimen seperti diperalatkan pihak tertentu.

"Kita bantah keras cara parlimen diperalatkan, tidak boleh bahas usul penggantungan ahli parlimen dan apabila peraturan mesyuarat dibangkitkan speaker mencari pelbagai alasan untuk menolak semua peraturan tersebut.

"Kemudian kata kepentingan awam, apa kepentingan awam, nak jaga kemulian parlimen, beginikan cara kita jaga kemulian parlimen, tidak boleh kritik dan tegur," katanya sejurus keluar dari Dewan Rakyat selepas usul penggantungan N Surendran diluluskan.

Surendran pernah digantung pada November lalu dan baru beberapa hari tamat dari penggantungan itu.

Beliau hari ini sekali lagi digantung enam bulan atas dakwaan menghina dewan.

Anwar sendiri juga pernah digantung ketika membangkitkan isu APCO pada penggal parlimen yang lalu.

"Saya masih ingat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed ketika menentang Tunku Abdul Rahman mengatakan parlimen digunakan sebagai 'rubber stamp', tiada tindakan diambil.

"Tetapi bila disebabkan Pakatan Raykat ia dikenakan tindakan, kalau orang Umno bising melolong dalam parlimen tidak ada seorang pun dikenakan tindakan.

"Inilah cara perlimen dikendalikan, kita tiada pilihan dan membantah cara ia dikendalikan," kata beliau.

Bawa ke CPA

Sementara itu, Ketua Whip Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sesi parlimen yang berakhir pada hari ini dalam keadaan yang sangat memalukan.

"Ini bagi saya suatu yang sangat malang dan boleh menyebabkan orang tidak menghormati speaker.

"Tindakan ini turut mendorong ahli-ahli parlimen terus mengkritik keputusan speaker yang tidak menghormati peraturan mesyuarat," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga bercadang untuk merujuk tindakan hari ini kepada Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) Cawangan Malaysia dan Persatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) berhubung pelanggaran peraturan mesyuarat yang dilakukan.

"kita mahu CPA dan IPU memberi perhatian khusus kepada apa yang berlaku hari ini, supaya setiap negara-negara berparlimen yang mengganggotai persatuan ini menghormati sistem parlimen dan tidak mencemarinya.

"Kita mahu parlimen di Malaysia bebas sepertimana di negara-negara barat, speaker bebas tanpa menyebelahi mana-mana pihak dan bagi saya apa yang berlaku hari ini cukup memalukan serta merupa satu sejarah hitam yang berulang," katanya. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Sumber HD - 19-6-2014

'Bodoh', 'hodoh' gamatkan hari akhir Dewan Rakyat

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dalam suasana kecoh ekoran penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran selama enam bulan.

Kekecohan berlaku ekoran kekeliruan yang ditimbulkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang meminta perkataan 'bodoh' ditarik balik oleh Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, Azmin yang sedang mengemukakan Peraturan Mesyuarat menafikan mengeluarkan perkataan bodoh.

"YB Pasir Salak sudah jadi menteri pun perangai masih hodoh," bidas Azmin apabila Tajuddin menyampuk ketika beliau sedang memberi penjelasan kepada Speaker.

"Hodoh, bukannya bodoh!" celah Ahli Parlimen Kapar Manivanan Govindasamy mengundang sorakan di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Suasana bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen BN bangun kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan itu sambil menggesa Azmin menarik balik perkataan tersebut.

Speaker Datuk Ronald Kiandee juga meminta Azmin untuk menarik balik perkataan tersebut, keadaan terus kecoh.

"Hodoh dengan bodoh tidak boleh Yang Berhormat," kata Ronald.

"Kata minta maaf!"celah Tajuddin.

"Duduklah dulu," tegas Azmin kepada Tajuddin.

Pertikaman lidah terus berlaku dari kedua-dua belah pihak menyebabkan suasana dewan bertambah kecoh.

Bagaimanapun Ronald yang tidak dapat mengawal keadaan itu terus membuat keputusan menerima usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mencadangkan Surendran digantung selama enam bulan.

Ekoran itu, kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun membantah keputusan itu sambil melaungkan 'bantah, bantah, bantah' dan kemudian terus keluar meninggalkan dewan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bangun mengemukakan Peraturan Meayuarat 27 (3) dan membantah usul menteri berkenaan kerana keputusan yang dibuat oleh Ronald tidak melalui prosedur yang betul dan wujud 'conflict of interest'.

Hanipa bertalu-talu mengemukakan hujah berkaitan Peraturan Mesyuarat namun Ronald tetap bertegas bahawa keputusan itu adalah muktamad dan menerima usul menteri untuk dibahaskan. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Sumber HD - 19-6-2014

Bughah: Menteri digesa tarik balik terjemahan mengelirukan

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik balik terjemahan 'bughah' yang jauh tersasar dari maksud yang sebenar.

Katanya, menteri berkenaan telah memberi terjemahan yang salah sekali gus ianya boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Dalam jawapan bertulis menteri berkenaan kepada beliau, menjelaskan bahawa 'bughah' di dalam Mazhab Syafie didefinisikan sebagai "orang yang menyalahi pemerintah yang adil, yang keluar daripada ketaatan kepadanya dengan cara enggan daripada melaksanakan kewajiban atau lain-lain dengan syarat-syaratnya".

Bagaimanapun menurut Khairuddin terjemahan '...keluar daripada ketaatan...' adalah salah, sebaliknya yang betul adalah "yang memberontak' .

"Terjemahan yang salah ini sekaligus telah mengelirukan orang ramai akhirnya Mufti Pahang dan Perak mengeluarkan pandangan orang yang berdemo dianggap bughah, puncanya tersilap terjemahan,"tegasnya.

Sebelum itu, Khairuddin bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) meminta menteri berkenaan tarik balik jawapan tersebut bagaimanapun Speaker Tan Sri Pandikar Amin tidak boleh membuat keputusan segera sebaliknya akan diputuskan dalam sesi parlimen akan datang.

Ahli Parlimen Datuk Mahfuz Omar pula mencadangkan agar dewan menggantung terlebih dahulu jawapan menteri kerana dibimbangkan akan menjadi rujukan ramai selepas ini.

Bagaimanapun Khairuddin memberi jaminan akan membawa usul berkaitan perkara ini dalam sesi parlimen akan datang.

Dalam soalan asal pada 12 Jun lalu Khairuddin meminta Perdana Menteri menyatakan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pandangan Mufti Perak dan Pahang mengenai isu 'bughah'. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Sumber HD - 19-6-2014


MP’s suspension places the Speaker on a pedestal beyond reproach

Eric Paulsen, Executive Director, Lawyers for Liberty | .

Lawyers for Liberty is extremely shocked and outraged at the six months’ suspension motion that was passed against Keadilan Member of Parliament N. Surendran in Parliament today.

The motion, put forward by the Prime Minister’s Department alleged that Surendran at a press conference had among others accused the Speaker of being ‘authoritarian’ for not allowing the Opposition to speak and that Parliament should build a ‘giant rubber stamp’ and therefore his behaviour was an insult to the Speaker and further tarnished the prestige and reputation of Parliament.

This harsh and overkill reaction, a serious blow to democracy, sends a dangerous and chilling message to the Opposition – that they voice their dissent at the risk of serious repercussion and Barisan Nasional (BN) can and will abuse their majority votes on a whim.

This suspension came quickly after Surendran had just ended his six months’ suspension from Parliament which took place in November 2013. He was also ejected on two occasions for daring to bring up public interest issues concerning a death in police custody and the destruction of a 100-year-old Hindu temple, in defiance of the Speaker.

It is deeply disturbing that the Speaker has place himself on a pedestal beyond reproach and any criticism of his erratic and biased decision is now being equated to insulting the Speaker and by extension, the Parliament.

The fact that the Speaker is biased and applies a double standard in favour of BN is beyond dispute as it is plain and obvious for all to see. The Opposition rarely has a voice in Parliament and their motions have never been debated. See for example, the recent rejection of two petitions brought by the public and presented by the Opposition on Lynas Advance Materials Plant and Felda/ Malaysian Palm Oil Berhad.

The injustice against Surendran is further compounded by the Deputy Speaker’s swift and adamant behaviour that clearly showed bad faith or premeditation when he bulldozed through the suspension motion that was riddled with serious errors, without a debate and despite Opposition parliamentarians’ strenuous objections.

First, under Rule 27(3) of the Standing Orders of the Dewan Rakyat, the Deputy Speaker must be satisfied upon representation to him by a Minister that public interest requires a motion to be debated as soon as possible and in such an event, one day’s notice shall be sufficient. In this matter, the motion was presented to the House at 2 pm on 18 June 2014 and tabled the next day at 11.30 am, in less than 24 hours.

Secondly, the Deputy Speaker did not define how the motion was a matter of ‘public interest’ for the benefit of Surendran or the other parliamentarians.

Thirdly, the use of Rule 27 in this case was clearly erroneous and a serious conflict of interest as the motion was approved to be tabled by the Speaker when the Speaker’s position was itself the subject of the motion.

Finally, instead of having Surendran’s fate summarily decided by BN parliamentarians in connivance with the Deputy Speaker, he should have been brought before a far more impartial avenue, the Committee of Privileges under Rule 80.

Needless to say, suspending a democratically elected Member of Parliament is an extremely serious matter as it injures the democratic process and deprives a constituency of its representative. It must only be done as a last resort via due process for very serious matters and not for vindictive and petty politics as in the present situation.

For all the above reasons, we call upon Parliament to immediately revoke the suspension and allow Surendran to resume his parliamentary duties. His continued suspension makes a mockery of our supposedly most august House that has lost its lustre, respect and public confidence.

YB DSAI - 
http://www.youtube.com/watch?v=S9T6W_Uq7YM

Sumber HD - 19-6-2014

Bacaan kali kedua RUU Suruhanjaya Koperasi ditangguh

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 yang dijadual untuk dibacakan kali kedua pada Persidangan Dewan Rakyat kali ini ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Usul penangguhan itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Penangguhan itu mengikut peruntukan 62 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan seorang menteri menarik balik atau menangguhkan sesuatu rang undang-undang di bawah tanggungjawabnya. -- BERNAMA

Sumber HD - 19-6-2014

Surendran digantung lagi, MP Pakatan bantah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah tindakan penggantungan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan berkuat-kuasa hari ini.

Surendran pernah digantung pada November lalu dan baru beberapa hari tamat dari penggantungan itu.

Usul penggantungan itu hari ini dibacakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada tengah hari tadi di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Usul itu berkaitan sidang media Surendran Isnin lalu yang mendakwa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat suara pembangkang di Parlimen apabila menolak usul yang dibawa beliau pada 16 Jun.

Surendran juga didakwa membuat tuduhan bahawa Dewan Rakyat bersifat "authoritarian" yang tidak memberi hak bersuara kepada Pakatan Rakyat.

Usul tersebut diluluskan Ronald Kiandee selepas melihat ahli-ahli parlimen tidak berminat untuk membahaskan usul tersebut.

Keptusan itu bagaimanapun dibantah ahli parlimen Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

YB SK - http://www.youtube.com/watch?v=RG5SCWGzWKo

Sumber HD - 19-6-2014

Cermin gelap, apa rasional diambil tindakan

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta Kementerian Pengangkutan meneliti kembali cadangan untuk dikenakan tindakan berhubung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

Katanya, kalau sebelum ini kerajaan menjelaskan tindakan penguatkuasaan penggunaan cermin gelap adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah.

"Kalau alasan kurangkan kadar jenayah, kita minta kerajaan nyatakan statistik berlakunya jenayah melibatkan kenderaan menggunakan cermin gelap.

"Kita ingin tahu peratusan jenayah yang berlaku di dalam negara ini jika dibandingkan sebab-sebab lain," katanya kepada media di parlimen semalam.

Menurut beliau, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisma baru bagi membenarkan pemandu menggunakan cermin gelap pada kenderaan mereka memandangkan keadaan cuaca panas di negara ini.

"Kerajaan perlu mencari kaedah baru sebagai contoh mengenakan yuran minima bagi mereka yang ingin memasang cermin gelap pada kenderaan mereka," sambung beliau.

Shamsul melalui pertanyaan lisan meminta Menteri Pengangkutan menjelaskan tindakan menyaman pemilik kenderaan bercermin gelap secara besar-besaran tetapi dalam masa yang sama tiada tindakan dikenakan kepada penjual cermin gelap.

Kementerian Pengangkutan melalui jawapan bertulis menjelaskan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menetapkan kuasa penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya terhad di jalan raya sahaja.

JPJ tidak mempunyai kuasa untuk memasuki premis-premis bagi menjalankan penguatkuasaan atau melarang penjualan cermin gelap.

Kementerian Pengangkutan dan JPJ melalui bengkel pada 2 dan 3 Jun lalu telah menetapkan kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance-VLT) 70 peratus pada cermin hadapan pemandu dan cermin sisi pemandu pada kadar 50 peratus.

Manakala bagi cermin sisi penumpang sebelah belakang dan cermin belakang daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Kerajaan turut menetapkan kadar 'tolerance rate' mengikut Standard Operating Procedure (SOP) sebanyak 5 peratus. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

YB IMA - Isu Cermin Gelap - 

http://www.youtube.com/watch?v=pQJvRi3AdEw

Sumber HD - 19-6-2014

Tiada penjawat awam terlibat himpunan bantah GST

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan tidak ada penjawat awam yang terlibat dalam Himpunan Membantah GST pada 1 Mei lalu.

Walaupun terdapat dakwaan wujud penglibatan penjawat awam, jelasnya sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan rasmi kepada pihak ketua jabatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau polis yang boleh membuktikan mereka terlibat dalam himpunan tersebut.

"Laporan ini penting bagi memastikan sebarang prosiding tatatertib yang akan dimulakan berdasarkan fakta yang tepat dan dapat dibuktikan," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat.

Isu ini, katanya sentiasa dipantau oleh Ketua Jabatan bagi memastikan pegawai di bawah seliaan masing-masing mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

Menurut beliau, sejak tahun 2010 hingga 2013 seramai 4,244 penjawat awam dibuang kerja kerana melanggar tatakelakuan, tidak hadir bertugas, kes mahkamah bukannya disebabkan kesalahan menghadiri sebarang perhimpunan haram.

Daripada jumlah tersebut seramai 3,892 orang berbangsa Melayu, 39 orang berbangsa China dan 164 berbangsa India dan 149 daripada pelbagai bangsa.

Dalam soalan asal, Lip meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan penjawat awam yang didapati dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dan apakah tindakan Kerajaan terhadap mereka. Statistik penjawat awam dibuang kerja sejak tahun 2010 mengikut tahun, bangsa dan nama agensi. - HARAKAHDAILY 18/6/2014

Sumber HD - 18-6-2014

'Saya minta Speaker dengar sahaja luahan rakyat ini'

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin
Mulia hari ini menolak petisyen peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi lesen persendirian kepada mereka.



Bagaimanapun, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memohon agar dewan mempertimbangkan semula petisyen itu untuk memberi ruang isu itu dibahaskan selepas pelbagai usaha telah dibuat.

"Saya minta Speaker dengar sahaja luahan rakyat ini, kita mohon untuk berbahas," kata Sivarasa.

Sivarasa yang mengemukakan peraturan mesyuarat sebaik sahaja sesi soal jawab berakhir jam 11.30 pagi.

"Jika permohonan YB itu diterima bermakna saya sendiri sudah melanggar peraturan mesyuarat.

"Keputusan sudah dibuat dengan alasan yang jelas. Apabila keputusan Speaker dibuat dan ada pertikaian ianya tidak dihormati. Budi bicara ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya," tegas Pandikar.

Dalam pada itu, Pandikar mensyorkan agar perkara itu dibawa ke dalam usul dan ianya boleh dibahaskan panjang lebar.

Cadangan itu dipersoalkan oleh Sivarasa dan membayangkan usul itu nanti akan ditolak oleh Speaker.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Pandikar turut bangun dan mempersoalkan alasan menolak petisyen itu.

"Alasan Tan Sri lebih kepada pandangan kerajaan. Apakah tidak boleh dengar pula pandangan dan keluhan di bawah?

"Tan Sri, kita membawa perkara ini untuk dengar keluhan peneroka, mereka terbeban. Dengarlah petisyen rakyat!" jelas Azmin.

Bahkan tegas Azmin adalah menjadi tanggungjawab ahli parlimen baik Pakatan Rakyat atau BN membawa suara dan rayuan rakyat.

"Apakah membawa petisyen ini melanggar peraturan mesyuarat?" bidas Azmin.

Hujahan bertalu-talu daripada Azmin membuatkan Pandikar semakin bertegas dan berkali-berkali mengarahkan Azmin agar duduk. Azmin akur.

Semalam, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu N Surendran (Bagan Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) dihalau keluar dewan kerana tidak mendengar arahan Pandikar supaya duduk.

Mereka membawa petisyen rakyat berhubung projek Lynas di Kuantan. - HARAKAHDAILY 18/6/2014

Sumber HD - 18-6-2014

PT3: Apa jaminan guru, pelajar tidak bermasalah

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan digesa memberi jaminan bahawa sistem penilaian PT3 yang menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar tingkatan tiga tidak mendatangkan masalah.

Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelum ini banyak mengundang masalah sama ada kepada guru-guru mahupun pelajar.

"Akhirnya, anak-anak kita gagal peperiksaan kerana tidak boleh menguasai pelajaran, seterusnya mungkin anak-anak kita terpaksa diberi lulus.

"Apakah PT3 tidak memberi masalah kepada guru dan pelajar?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga patut segerakan sesi penjelasan sistem PT3 kepada guru-guru, pelajar dan ibu bapa memandangkan ramai dalam kalangan mereka belum faham dengan sistem baru itu.

"NUTP sendiri menggesa kementerian segera buat penerangan dan latihan PT3 kepada guru dan ketua jabatan," katanya.

Kenyataan NUTP itu, jelasnya menunjukkan pemahaman sistem penilaian PT3 di peringkat paling rendah.

Sistem PT3 mula diperkenalkan pada April lalu bagi menggantikan PMR. - HARAKAHDAILY 18/6/2014

Sumber HD - 18-6-2014

Tolak rayuan, kerajaan boleh tekan peneroka

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Rakyat menolak petisyen rayuan peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan lesen pekebun kecil kepada peneroka dilihat kerajaan boleh menekan peneroka pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian sejurus selesai perhimpunan petisyen rayuan berkenaan kepada Dewan Rakyat di luar lobi Parlimen yang turut dihadiri 200 peneroka Felda Jengka, Keratong, Cini, Kota Gelanggi, Palong, Mempaga, Bukit Tajau, Bukit Damar, Sungai Koyan, Lurah Bilut, Sungai Tekam, Kemahang, Sungai Relang dan Kampung New Zealand.

"Rayuan ditolak kerana kerajaan tidak mahu melihat rakyat terutamanya peneroka memperolehi taraf hidup yang lebih baik, kerajaan mahu rakyat terus bergantung hidup kepada Felda.

"Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar kebergantungan hidup kepada kuasa politik dapat mereka lakukan," jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Katanya lagi, apabila tidak mampu untuk menaikkan taraf hidup rakyat sepatutnya kerajaan perlu memberi peluang peneroka untuk menentukan kehidupan masa depan mereka.

"Peneroka menuntut lesen pekebun kecil untuk membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan sepatutnya kerajaan membenarkan permohonan tersebut.

"Ini tidak, kerajaan ingin terus mencengkam peneroka untuk melihat peneroka terus hidup dalam keadaan menaruh harap kepada pemberian kerajaan.

"Jelas kerajaan tidak prihatin tentang rintihan rakyat, walaupun mereka hadir merayu agar suara hati mereka didengari tetapi semuanya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi.

Beliau turut menyambut baik keberanian para peneroka dalam menuntut hak mereka.

"Apa yang berlaku hari ini adalah satu perkembangan baik dalam sistem demokrasi, peneroka berani bangkit dalam menuntut hak mereka," kata beliau. - HARAKAHDAILY 18/6/2014









Sumber HD - 18-6-2014

K'jaan tangguh bentang RUU LHDN

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 (Akta 533) yang dijadualkan akan dibentang dalam sesi parlimen kali ini ditangguhkan.

Penangguhan ini adalah untuk membolehkan semakan semula dibuat keatas cadangan pindaan akta tersebut.

Selepas semakan semula pindaan akta ini kan dibentangkan dalam sesi parlimen akan datang.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataanya menjelaskan pindaan akta ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi kelonggaran dari segi penentuan perjawatan dan gaji kakitangan LHDN.
Mengikut senarai Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat, RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2014 akan dibacakan untuk kali kedua hari ini (Selasa).

RUU berkenaan mencetuskan kontroversi apabila pemimpin Pakatan Rakyat menolak kandungannya yang antara lain bagi mewujudkan sebuah panel pelaburan dalam LHDN.

Ia berikutan kenyataan Ahmad sebelum ini yang mengesahkan kerajaan akan menubuhkan unit pelaburan dalam LHDN untuk melakukan pelaburan yang sesuai. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014

K'jaan akui penculikan di Sabah jejas pelancongan

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui kes penculikan yang berlaku di Sabah telah menjejaskan sektor pelancongan berbanding tragedi kehilangan pesawat MH370 pada Mac lalu.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz ekoran kes itu beberapa jadual penerbangan dari negara China ke Sabah telah dibatalkan.

"Walaupun penerbangan dibuat ke Kota Kinabalu yang sah selamat tetapi ia turut dibatalkan. Kes itu berlaku di timur Sabah kesannya terhadap keseluruhan negeri itu,"katanya.

Terdahulu dalam soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali meminta penjelasan sama ada kes penculikan di Sabah telah menjejaskan sektor perlancongan berbanding kehilangan MH370 kerana kedua-dua insiden ini melibatkan warga negara China.

Justeru jelas Nazri, pihaknya perlu bekerja keras dan mempromosi bahawa Sabah adalah selamat bagi menyakinkan pelancong China untuk melancong ke negeri itu.

"Tetapi di luar kemampuan kementerian saya untuk memberi jaminan itu. Kerajaan Sabah kena berusaha lebih. Kita sudah maklumkan pelancong-pelancong bahawa Sabah selamat,"katanya dalam sesi soal jawab pagi tadi.

Insiden ini juga katanya bukan sahaja menjejaskan pelancong dari China tetapi turut memberi kesan kepada pelancong dari Amerika Syarikat, German, dan Britain.

Bahkan katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberi perhatian lebih terhadap keselamatan Sabah supaya tidak lagi berlaku kejadian yang tidak diingini. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014

5 tahun jadi PM, hanya 26 kali Najib ke parlimen

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan, lapor Roketkini.

Katanya, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan.

“Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan.

“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?” katanya sinis.

Sumber HD - 17-6-2014

2 bas bawa penduduk bantah POL Lynas di parlimen

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dua buah bas membawa Kuantan berada di depan Parlimen pagi tadi bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pemberian Lesen Operasi Tetap (POL) kepada Lynas.

Mereka diketuai oleh Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet dan Pengerusi Stop Lynas Coalition (SLC), Ali Akhbar bertolak dari Kuantan kira-kira jam 12.00 tengah malam tadi.

Turut serta ialah Adun Beserah, Andansura Rabu, Adun Semambu, Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, Sim Chon Siang.

Mereka yang hadir juga tidak puas hati dengan cara Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Padang Serai, N Surendran dihalau keluar dari Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil tindakan itu kepada Fuziah kerana mempersoalkan kewajaran Parlimen menolak petisyen bantahan terhadap projek Lynas.

N Surendran turut dihalau hanya kerana ingin menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Pandikar.- HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014

Kerajaan akan minta MAS baca doa sebelum penerbangan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bersedia meminta syarikat penerbangan Malaysia (MAS) mengamalkan bacaan doa perjalanan di dalam setiap pesawat mereka sebelum memulakan penerbangan.

Perkara itu dinyatakan pihak kementerian dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS Bachok), semalam.

Ahmad Marzuk dalam soalannya menayakan bilakah MAS akan membuat polisi membaca doa sebelum perjalanan, mengenakan pakaian menutup aurat kepada pekerjanya dan tidak menyediakan minuman beralkohol.

Dalam jawapannya pihak kementerian berkata, dalam isu penjualan arak dan minuman beralkohol, MAS perlu memenuhi kehendak penumpang pelbagai lapisan khususnya penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama yang menjadi kelaziman syarikat penerbangan seluruh dunia.

Bagaimanapun katanya, ia tidak bermakna MAS menggalakkan penumpangnya mengambil minuman keras.

"Mengenai cadangan pembacaan doa semasa memulakan perjalanan adalah merupakan satu cadangan yang baik.

"Sehubungan itu pihak kementerian akan meminta pihak syarikat penerbangan di negara ini untuk mempertimbangkan cadangan ini," jawapan itu dipetik.

Mengenai aspek menutup aurat pula, pihak kementerian berkata, pakaian seragam perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan International Civil Aviation Organization (ICAO) khususnya berkaitan perkongsian kecemasan.

"Dalam hubungan ini, MAS telah memaklumkan bahawa pakaian pramugari MAS yang merupakan baju kebaya adalah mencerminkan budaya Malaysia di mana ia mencerminkan identiti Malaysian Hospitality yang diamalkan oleh MAS.

"Kementerian juga telah meminta semua syarikat penerbangan negara untuk membenarkan atau memberi pilihan kepada pramugari beragama Islam memakai pakaian yang menepati dengan syariah Islam," katanya. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014

Khalid sifatkan Noh Omar "gila talak"

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar menjadikan sesi perbahasannya untuk menghentam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Perbahasan ahli parlimen BN itu dibidas oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana ia tidak menjurus kepada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, perkara yang menyentuh dasar Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya dibahaskan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya di parlimen.

Bahkan katanya, tindakan Ahli Parlimen Tanjung Karang terbabit sekali gus menafikan penglibatan Adun BN di dalam Dun Selangor.

"Kenapa tidak sahaja YB dedahkan perkara atau fakta yang ada kaitan dengan kerajaan Selangor di Dun. Di sini kita membincangkan soal dasar Kerajaan Persekutuan.

"Tindakan ini seolah-olah Tanjung Karang tidak percaya kepada Adun-Adun BN di Dun Selangor," katanya yang turut mencelah ketika perbahasan oleh Noh Omar membuatkan dewan sedikit gamat.

Suasana bertambah gamat apabila Khalid turut melabelkan Tanjung Karang seolah-olah 'gila talak' dan tidak boleh menerima hakikat bahawa Kerajaan Selangor masih di bawah Pakatan Rakyat.

Sementara itu Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin bangun mencelah dan menyifatkan pendedahan Tanjung Karang telah menafikan hak kerajaan Selangor untuk menjawab.

"Kita tidak ada Exco kerajaan untuk jawab pendedahan Tanjung Karang. Kenapa tidak dedahkan dalam sidang Dun? Kenapa Selangor, kita bincang di parlimen?

"Adakah kerana sukar untuk pelaburan asing atau pelaburan Umno? Sebab menyukarkan Umnolah, meroyan semacam sahaja," bidas Hanipa menjadikan dewan semakin gamat dan diikuti sanggahan oleh Noh Omar.

Dalam perbahasan itu, Noh mempertikaikan kerajaan Selangor yang enggan melaksanakan Langat 2 menyebabkan krisis air melanda negeri itu beberapa bulan lalu.

Katanya kedegilan kerajaan Selangor menyebabkan pelaburan kerajaan pusat tergendala kerana tidak mendapat kerjasama dengan kerajaan negeri.

"Apa yang saya cakap ini ada kaitan dengan pelaburan bukan isu Selangor sahaja, pelaburan air ini melibatkan semua negeri

"Saya cakap berdasarkan fakta. Dasar kerajaan negeri menyusahkan pelaburan. Macam mana pelaburan hendak datang," kata Noh.

Sumber HD -  16-6-2014

YB KJ - Isu Pembangunan Bolasepak : 
http://www.youtube.com/watch?v=a_8Jsz-1lJs

YB AA - Isu Tarif elektrik 
http://www.youtube.com/watch?v=0K3l70dxTYU

YB UIA - Isu LR sesak - 
http://www.youtube.com/watch?v=UAv_Tf3HGdU







Tambahan RM4b: Tidak cekap urus kewangan negara

NASRUDIN HASSAN | .
Point Perbahasan:

1. Perbekalan tahun 2013 merekodkan peruntukan tambahan sebanyak dua kali yang berjumlah lebih RM17 bilion.

RM14 bilion - September 2013
RM2.4 bilion - Mac 2014
_____________________

2. Pada hari ini, Dewan Rakyat sekali lagi menyaksikan kerajaan meminta peruntukan tambahan sejumlah RM4 bilion lagi bagi tahun ini. Saya bimbang, sikap ini secara tidak langsung mencerminkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.

3. Kesemua perbelanjaan tambahan bagi enam item yang tersenarai dalam RUU Perbekalan Tambahan 2014 ini, sebenarnya turut tersenarai dalam perbelanjaan tambahan 2013. Contohnya, Kementerian Pendidikan, Perbendaharaan dan Kementerian Luar Negeri.

4. Kementerian Pendidikan telah meminta perbelanjaan tambahan 2013 sebanyak RM323 juta manakala pada kali ini meminta sebanyak RM634 juta.

5. Walhal, ia telah mendapat RM38.7 bilion pada tahun 2013 dan menokok kepada RM54.6 bilion dalam Bajet 2014. Soalnya, adakah perbelanjaan yang besar ini memberikan pulangan yang terbaik dalam sektor pendidikan di negara kita?

6. Kita akui isu pendidikan sentiasa dinamik dan berlaku perubahan, supaya para pelajar dan tenaga pendidik boleh mengadaptasi cabaran semasa pada hari ini. Tapi, itu tidak bermakna, polisi-polisi yang digubal boleh sentiasa berubah sehingga ia dilihat tiada perancangan yang teliti dan dilihat tidak matang.

7. Contohnya, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003 kemudian dimansuhkan pada tahun 2012 setelah mendapat pelbagai kritikan termasuk dari kalangan para guru sendiri.

8. Apakah hasilnya? Ia hanya meningkatkan 4 peratus penguasaan bahasa Inggeris dan menurut satu kajian yang dilakukan oleh pakar bahasa, ia hanya menimbulkan kerugian berganda khususnya terhadap 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah dalam mata pelajaran berikut.

9. Bagaimana pula dengan kosnya? Saya lihat kos keseluruhan membangunkan Teaching Courseware PPSMI sebanyak RM220 juta, kos hardware berjumlah RM2.66 bilion. Akhirnya, kos pertukaran dasar PPSMI kepada kepada dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) menelan kos sebanyak RM800 juta.

10. Begitu juga dengan isu penggabungan semula Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kementerian Pelajaran. Sedangkan, sebelum tahun 1998, kita menggunakan nama Kementerian Pendidikan, kemudian ditukar kepada Kementerian Pelajaran. Setelah itu, dipecahkan kepada dua kementerian. Apabila lantikan menteri baru, ditukarkan semula kepada Kementerian Pendidikan. Kerajaan dilihat tidak cermat, tidak teliti dsbnya.

11. Seterusnya, antara isu utama yang dibangkitkan mengenai pendidikan di negara kita adalah pelaksanaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang diperkenalkan sebagai satu mekanisme bagi menilai kualiti pelajar secara holistik dan tidak hanya berorientasikan sistem peperiksaan semata-mata.

12. Apa yang menjadi rungutan awal guru-guru terhadap sistem ini, Mereka mempertikaikan bagaimana Kementerian Pendidikan boleh menggunakan teknologi lama untuk memudahkan tugasan para guru?

13. Contohnya, penggunaan browser internet explorer, bandwith yang terhad dan sebagainya. Syarikat mana yang bertanggungjawab membangunkan sistem PBS ini dan berapa pula kosnya?

14. Akhirnya pada bulan Februari yang lalu, PBS terpaksa ditangguhkan. Menteri Pendidikan II sendiri mengakui bahawa kerajaan terlalu terburu-buru dan ghairah melaksanakan sistem PBS kepada guru-guru dan para pelajar.

15. Dengan segala dasar dan sistem ini, dimanakah kedudukan pendidikan negara kita? Dua indikator utama iaitu Trends In International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 dan The Programme For International Student Assesment (PISA) 2012 mencatatkan kedudukan Malaysia yang terperosok jauh ke bawah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

16. Kedua-dua indikator ini adalah bukti sebahagian daripada keberkesanan daya saing sistem pendidikan negara. Kementerian Pendidikan menghadapi kegagalan apabila kedudukan Malaysia dalam TIMSS 2011 dan PISA 2012 lebih buruk daripada sebelum ini.

17. Secara tidak langsung, kita terus meragui sejauhmana pula keampuhan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang telah mensasarkan untuk meletakkan Malaysia menduduki tangga sepertiga teratas dikalangan negara-negara lain.

18. Menjelang tahun 2020, Kementerian Pendidikan meletakkan sasaran untuk menjadi hab pendidikan untuk rantau ini dengan anggaran enrolmen pelajar antarabangsa berjumlah 200,000 orang. Selain itu, kementerian juga dikatakan komited untuk memastikan sebanyak 50% para pelajar lepasan SPM menduduki tempat di IPTA dan IPTS. Sementara itu, 33 peratus daripada tenaga kerja akan dipastikan daripada mereka yang mendapat kelayakan di institusi pengajian tinggi.

19. Saya ingin mendapatkan penjelasan bagaimana status perkembangan sasaran-sasaran tersebut pada tahun ini supaya kita mahu pastikan perbelanjaan Kementerian Pendidikan mempunyai values for money.

20. Menyentuh mengenai UiTM, saya melihat tindakan pihak pengurusan UiTM untuk memohon kenaikan kos pembayaran konsesi ekoran daripada pelaksanaan gaji minimum.

21. Ini sebagai satu contoh yang menunjukkan bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara pasti berlaku disebabkan kos operasi syarikat meningkat disebabkan dasar gaji minimum dan dijangka akan terus meningkat rentetan daripada pelaksanaan GST pada tahun hadapan.

22. Selain daripada itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berhubung sebuah institusi di bawah UiTM yang terawal diberikan amanah untuk menyediakan pendidikan pra-universiti luar negara atau juga disebut sebagai Pusat Pendidikan Persediaan atau Program Persediaan Luar Negeri.

23. Daripada maklumat yang diperolehi, hasil daripada Special Project Vice Chancelor UiTM, institusi ini ditransformasikan kepada institusi pengajian swasta.

24. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung projek ini. Adakah jumlah pelajar yang sebelum ini ditaja oleh pihak MARA dan JPA berkurangan hasil daripada transformasi ini sehinggakan dikatakan menjejaskan masa depan institusi ini?

Tulisan di atas ialah antara point perbahasan MP P.088 Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan petang semalam mengenai Bajet Tambahan (Akta Perbekalan Tambahan 2014)
Jawab menteri lewat petang ringkas - Temerloh! Ianya tidak dapat dielakkan.

YBUNHT - https://www.youtube.com/watch?v=NnR4x8b9PwI

Sumber HD - 12-6-2014

Konsesi penswastaan UiTM, kroni untung rakyat rugi

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Salah satu belanja besar yang dimasukkan di dalam Belanjawan Tambahan kali ini ialah bayaran sewa tahunan kepada pemegang konsesi bagi enam kampus cawangan Universiti Teknologi Maran (UiTM) di seluruh negara.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, pada tahun 2014, pemegang-pemegang konsesi ini akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dipohon di dalam Belanjawan Tambahan yang sedang dibahaskan.

"Saya telah membidas kaedah pembiayaan melalui sistem konsesi untuk membina kampus-kampus cawangan UiTM dalam sesi-sesi perbahasan yang lepas," ujarnya pada sidang media di lopi parlimen.

Menurutnya, dalam jawapan Parlimen sebelum ini yang bertarikh 10 April 2014, Perdana Menteri mengakui bahawa:

1. Di antara tahun 2009 hingga 7 Mac 2014, 6 syarikat telah dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina 6 kampus cawangan UiTM di Pasir Gudang (Johor), Jasi (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).

2. Kos untuk membina setiap kampus ini hanyalah di antara RM280 juta ke RM315 juta.

3. Walau bagaimana pun, kerajaan telah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap satu.

Tambahnya, ini bermakna Kerajaan Persekutuan selepas ini terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun (mengambil sewa tahunan purata setiap kampus sebanyak RM62.5 juta untuk 6 kampus cawangan) selama 23 tahun.

Menurutnya lagi, jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada 6 syarikat terbabit selama 23 tahun adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung oleh rakyat.

Sedangkan, katanya kos untuk membina 6 kampus cawangan ini dianggarkan hanyalah sebanyak RM1.8 bilion sahaja (mengambil kos purata iaitu RM298 juta setiap kampus untuk 6 kampus cawangan) sekiranya Kerajaan Persekutuan membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat-syarikat melalui sistem konsesi.

"Ini bermakna, sistem konsesi yang sedang rancak digunakan oleh Barisan Nasional untuk membina kampus-kampus UiTM adalah penerusan kepada sistem penswastaan yang memberi keuntungan besar kepada syarikat kroni dan menjadi bebanan besar kepada rakyat," ujarnya lagi.

Dalam kes 6 kampus cawangan ini, kata beliau rakyat terpaksa menanggung bebaban kos sebanyak hampir 5 kali ganda lebih mahal (iaitu kos pembinaan kampus hanyalah RM1.8 bilion tetapi rakyat terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi).

"Saya juga khuatir kerana bayaran sewa tahunan kepada syarikat konsesi ini bakal menjadi salah satu perbelanjaan terbesar yang bakal ditanggung oleh pengurusan UiTM," katanya lagi.

Contohnya, kata Rafizi bagi tahun 2014, bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11% dari keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion.

Justeru, bermula Isnin depan, beliau akan perincikan siapakah sebenarnya yang memiliki syarikat-syarikat konsesi yang menerima konsesi penswastaan 6 kampus UiTM ini.

Katanya, mereka adalah pemimpin-pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan di dalam Umno.

"Barulah rakyat dapat memahami bahawa Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan, malah sekarang Umno menggunakan UiTM dengan cara membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pimpinan-pimpinan Umno dan kroni mereka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014







Skandal Bank Rakyat: Jawapan menteri tidak meyakinkan

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung skandal Bank Rakyat yang membabitkan ahli perniagaan bukan sahaja tidak menjawap persoalan yang dibangkit tetapi turut menimbulkan banyak pertanyaan.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin ketika ditemui memberitahu jawapan Ahmad tidak dijelaskan secara menyeluruh terutamanya kenapa bank tidak memerlukan keuntungan dalam urusan pinjaman yang diberikan.

"Kalau urusan pinjaman tetapi bayaran balik tidak memerlukan keuntungan ia adalah satu yang gagal dilakukan bank.

"Ini menunjukkan bank memberi pinjaman tanpa memikirkan keuntungan, dalam setiap urusan intitusi itu perlu memikirkan pendeposit dan mereka ada hak dalam setiap pelaburan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Ahmad ketika penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 memberitahu ia menjadi prosedur biasa kepada sesebuah bank untuk mendapat balik pinjaman yang dikategorikan kepada Pinjaman Tidak Berbayar 'Non Performing Loan' (NPL)

Malah jelasnya lagi, bank mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan balik duit yang dipinjamkan bagi mengelakkan kerugian dan keputusan bayaran balik tanpa faedah merupakan keputusan terbaik daripada bank.

Dalam pada itu, Hanipa yang turut mempersoalkan perkara ini telah ditimbulkan sekian lama, namun sehingga sekarang Bank Rakyat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Kita juga hairan kenapa Deepak Jaikishnan begitu kebal dan istimewa apabila beliau diberikan keistimewaan sedangkan sebelum ini banyak pendedahan dilakukan Deepak membabitkan pimpinan tertinggi negara.

"Yang pasti jawapan menteri itu tidak menyakinkan, hanya sekadar menjawab bukannya menepati persoalan yang timbul," jelasnya lagi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika perbahasan bagi RUU Perbekalan Tambahan 2014 turut mempersoalan pendedahan yang dilakukan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang dipecat kerana tidak setuju dengan arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek berhubung penyelesaian hutang RM32 juta.

Ahmad yang menjawap persoalan tersebut memberitahu dakwaan tersebut tidak benar selain menyatakan Sabbaruddin turut memberitahu kenyataannya telah diputar belit media pembangkang.

Selain itu, beliau turut menjelaskan campurtangan menteri dalam urusan Bank Rakyat turut mendapat penafian daripada menteri terbabit.

"Tidak timbul bayaran yang sama seperti yang dipinjam, kita dah campur semua, jika ada individu kata sedemikian dia sebenarnya keliru.

"Cek tertunda tarikh itu tiada masalah sebaliknya dia bayar.

"Kononnya menteri campurtangan itu tidak ada, saya dah tanya menteri dan beliau sedia disiasat," jelas Ahmad ketika sesi penggulunggan.

Ahmad yang turut menegaskan Bank Rakyat dan juga kementerian bersedia untuk sebarang siasatan.

Sumber HD - 12-6-2014

Jangan jadikan LHDN macam 1MDB

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Cadangan Menteri Kewangan untuk mewujudkan sebuah Panel Pelaburan dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan menggunakan wang pembayar cukai untuk pelaburan amat membimbangkan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen memberitahu cadangan ini terkandung di dalam Rang Undang-undang (RUU) pindaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995.

"RUU ini mungkin akan dibahaskan minggu depan dan jika diluluskan ia pada dasarnya akan mengubah LHDN kepada satu badan pelaburan seakan 1MDB di bawah kawalan peribadi Menteri Kewangan.

"Inisiatif ini oleh Menteri Kewangan atau Perdana Menteri adalah amat luar biasa, melemahkan dan tidan mempunyai ketelusan dan akuantabiliti. Ini amat membimbangkan kita sebagai pembayar cukai," jelasnya pada sidang media di parlimen.

Jelas beliau penentangan ini adalah kerana pembentukan Panel Pelaburan dalam LHDN melanggar amalan Pengurusan Kewangan Awam yang menuntut bahawa semua cukai dan pendapatan mesti diambil kira dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan.

"Cadangan ini akan mengambil kuasa pelaburan dari LHDN dan kuasai ini diberikan kepada Panel pelaburan di mana enam dari tujuh ahli adalah dilantik secara langsung olehnya.

"Oleh itu, ini adalah satu percubaan mengambil alih kuasa pelaburan wang pembayar cukai oleh Menteri Kewangan dengan menggunakan nama baik LHDN, tindakan ini bakal melemahkan demokrasi kerana ia akan menyembunyikan wang cukai rakyat daripada penelitian Parlimen," katanya.

Menurut beliau lagi, percubaan pelencongan cukai ini akan menyebabkan gangguan kepada data fiskal dan juga membenarkan Menteri Kewangan untuk meneruskan perbelanjaan luar bajet, yang tidak dipantau secara langsung oleh Parlimen.

Beliau turut khuatir jika Menteri Kewangan mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk menggunakan dan mengalihkan cukai untuk pelaburan, pasti akan ada penurunan perbelanjaan perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan.

"Kita risau tentang kuasa mutlak Menteri Kewangan untuk melabur dalam apa-apa harta, wang cukai boleh digunakan untuk membeli saham untuk menyokong dan menaikkan sesebuah syarikan kroni.

"Isu akauntabiliti dan ketelusan Panel pelaburan juga merisaukan kita, tiada klausa cadagan ketelusan dan akauntabiliti di dalam rang undang-undang tersebut.

"Kita telah lihat bagaimana 1MDB ditadbir dan apakah kita mahu meletakkan wang cukai RM130 bilion setahun dalam jerat yang sama,"katanya - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014




Skandal Bank Rakyat: Menteri mahu jumpa Mahfuz

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek ingin bertemu dengan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu membabitkan isu skandal Bank Rakyat.

Hasrat itu dinyatakan Hasan melalui satu nota ringkas yang diletakkan di atas meja Mahfuz di dalam Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pelawaan itu Mahfuz berkata, beliau berterima kasih kepada Hasan yang mehu bertemunya berhubung isu penyelesaian mudah RM32 juta seorang ahli perniagaan kepada Bank Rakyat yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata, adalah lebih baik untuk Hasan menjelaskan perkara itu di dalam Dewan Rakyat supaya semua orang dapat mengetahuinya dengan lebih jelas.

"Saya ucap terima kasih kepada menteri kerana bagi nota ini untuk jumpa dengan saya, beliau sepatutnya jelaskan di dalam Dewan Rakyat bukan hanya kepada saya.

"Saya minta beliau tampil beri penjelasan di dalam Parlimen agar semua mengetahui," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semalam berhubung isu pinjaman mudah itu yang disifatkannya sebagai cuba mengalihkan jawapan dari persoalan asas.

Ahmad semalam mengatakan, proses pembayaran tanfa faedah adalah merupakan prosedur biasa kepada sesebuah bank untuk mendapatkan balik pinjaman yang dikategorikan kepada Pinjaman Tidak Berbayar atau 'Non Performing Loan' (NPL).

Ahmad juga turut menafikan wujud campurtangan menteri seperti didakwa.

Menurutnya lagi, penafian yang dibuat oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik adalah merujuk kepada satu kenyataan media mengenai campur tangan keluarga Perdana Menteri.

"Dakwaan campur tangan menteri yang mengarah pihak pengurusan Lembaga Pengarah membuat keputusan seperti yang dipersetujui antara menteri dengan peminjam tetap berlaku," jelas beliau.

"Wujud dua kali campur tangan, kali pertama lembaga pengarah menolak arahan tersebut dan bila kali kedua ada ugutan dipecat baru mereka setuju dengan arahan yang diberikan.

"Mesti ada asas kenapa berlaku penolakan pada kali pertama dan lembaga pengarah mengetahui latar belakang peminjam sehinggakan mereka menolak pada peringkat awal.

Beliau berharap agar Bank Rakyat dan kerajaan tampil memberi penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan dengan merujuk kepada perkara asas. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014




Zahid ulangi ugut tampar Teresa bukan jenayah

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan insiden yang membabitkan sebuah NGO yang mengeluarkan ugutan untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim bukan satu jenayah.

Beliau menjelaskan demikian melalaui jawapan bertulis terhadap soalan Teresa yang bertanya sama ada kerajaan akan mendakwa NGO yang mengeluarkan ugutan tersebut, juga kepada Datuk Yong Teck Lee yang turut memberi tawaran menampar Menteri Dalam Negeri.

Beliau menjelaskan prinsip undang-undang jenayah di mana suatu kesalahan jenayah hanya boleh wujud apabila terdapat dua elemen bersekali iaitu perbuatan (actus reus) dan niat jahat (mens rea).

Menurut Zahid lagi, perbuatan tawaran tersebut tidak boleh dikatakan wujud suatu jenayah dilakukan kerana tidak memenuhi prinsip-prinsip undang-undang. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Sumber HD - 11-6-2014

Akta baru akan diperkenal benteras penagih gam

BERNAMA | .
MELAKA: Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan satu undang-undang dikenali sebagai Akta Inhalant bagi membanteras penyalahgunaan gam terutama di kalangan remaja.

Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Suhaimi Abdullah berkata undang-undang tersebut yang kini dalam proses akhir penggubalan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk semakan dalam masa terdekat.

"Perkara ini telah lama dibincangkan namun dari segi pelaksanaannya agak sukar jadi kita berharap akta baharu ini dapat membantu menangani isu penyalahgunaan gam di kalangan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di sini, pada Selasa.

Beliau berkata pelaksanaan akta tersebut penting ekoran pembabitan remaja dalam penyalahgunaan gam dilihat semakin meningkat dan tiada akta khas untuk menyekat atau menghukum mereka yang terlibat.

Katanya isu penyalahgunaan gam perlu dipandang serius kerana ia boleh merosakkan mental penagih dalam masa yang singkat berbanding penyalahgunaan dadah lain.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata peningkatan isu itu juga didorong pelbagai faktor termasuk harga gam yang murah dan mudah didapati.

Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri bercadang untuk menggubal Enakmen baharu bagi mengawal penjualan gam di beberapa premis tertentu bagi menghalang bahan itu dijual secara berleluasa.

Beliau berkata melalui enakmen itu, penjualan gam mengikut isipadu tertentu akan dihadkan kepada perniagaan yang terlibat dengan penggunaan gam seperti kedai basikal, motor, kereta dan kasut.

"Jika perlu nama pembeli gam tersebut perlu direkodkan bagi tujuan semakan dan kedai yang tiada kaitan dengan penggunaan gam dilarang sama sekali penjualannya," katanya. - BERNAMA

YB SZMY - Isu Pembinaan Sakhsiyah Beliahttp://www.youtube.com/watch?v=wQJohkyxBuM

Sumber HD - 11-6-2014

Skandal Bank Rakyat: Apa motif k'jaan beri layanan istimewa untuk Deepak?

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoalkan tentang keistimewaan yang dimiliki ahli perniagaan, Deepak Jaikishan sehinggakan beliau mendapat kemudahan dalam menyelesaikan RM32 juta hutangnya di Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 menegaskan skandal tersebut akan menyebabkan berlakunya krisis pada kepada intitusi kewangan dalam negara ini.

"Kita minta kerajaan jelaskan tentang apa yang didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik sebelum ini.

"Ia satu perkara yang amat serius kerana skandal kemudahan ini boleh menjejaskan pelaburan kepada simpanan individu-individu bumiputra di dalam bank itu," jelasnya.

Tambah beliau lagi, pendedahan Sabbaruddin mengenai campurtangan menteri dalam keputusan lembaga pengarah boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa dan menyebabkan keputusan yang dilakukan tidak mengikuti piawai institusi kewangan itu sendiri.

"Bagaimana menteri boleh campurtangan dan ugut lembaga pengarah dengan berkata "jika kamu tak nak lulus keputusan yang dibuat kepada peminjam ini Deepak, kamu akan dipecat" kenapa perlu ugut, apa yang Deepak ada, sampai dapat layanan sebegini.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kata tak de kes rasuah, kita lihat sebelum ini Permatang Pauh didakwa dalam kes pertama kerana apa? Bukan kerana beri atau ambik duit tetapi kononya hanya beri arahan kepada polis, salahguna kuasa.

"Apakah menteri ini tidak salah guna kuasa, apabila beri amaran ugutan kepada pengerusi dan lembaga pengarah akan pecat kalau tak setuju dengan persetujuan yang dicapai," jelasnya.

Jelasnya lagi, apa yang didedahkan Sabbaruddin adalah persetujuan yang diperolehi di pejabat menteri, antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek dengan Deepak adalah untuk penyelesaian baki hutang pinjaman sebanyak RM32 juta dibayar secara tidak memperolehi keuntungan kepada bank.

"Baki RM32 juta bayar RM32 juta untuk tempoh 10 tahun melalui 120 keping cek tertunda.

"Hebat, saya tidak tahu la kalau ada kaedah bayar hutang melalui cek tertunda dan tanpa faedah.

"Kita hendak tahu berapakan jumlah kerugian keuntungan bank hadapi bila kaedah pembayaraan ini dipersetujui oleh menteri," sambung beliau.

Sementara itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bangun mencelah memberitahu Deepak turut mendapat keistimewaan apabila beliau diberi lesen TV khas selepas pilihanraya dengan pinjaman awal lebih kurang RM400 juta.

"Siapa Deepak sebenarnya, kenapa beliau begitu istimewa.

"Saya hairan kenapa tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bangun membantah bagi menyelamat institusi kewangan.

"Orang Melayu di kampung kalau nak pinjam RM10 ribu cukup susah dan bila tak bayar mereka diiystihar bankrup," katanya. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

YB DMO - Isu Harga Getah - 
http://www.youtube.com/watch?v=mLhjt-rQlMk

Sumber HD - 11-6-2014




Kerana dakwaan berasas soalan Mosti ditolak, kata Rafizi

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus berdiam diri berhubung dengan pendedahan membabitkan geran sebanyak RM100 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Beliau pada sidang media di parlimen hari ini berkata, geran di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sepatutnya digunakan untuk aktiviti R&D tetapi disalahgunakan untuk membiayai projek komersial yang tidak pasti nilai R&Dnya.

"Pendedahan surat telah dilakukan sebelum ini yang mana ia telah diminitkan oleh Perdana Menteri kepada Mosti, Datuk Dr Ewon Ebin yang memberi sokongan agar dana diberikan kepada syarikat tersebut.

"Sehingga sekarang tidak ada apa-apa penjelasan dari Najib mahupun Dr Ewon berhubung pendedahan itu, dan saya gesa kedua-dua mereka tampil membuat akuan bersumpah bahawa surat itu adalah palsu," jelasnya.

Rafizi mendakwa, beliau sebelum ini turut mengajukan dua soalan lisan pada sesi persidangan parlimen bagi mengesahkan sama ada Perdana Menteri dan Menteri Mosti ada menandatangani kedua-dua surat tersebut namun ditolak oleh parlimen.

"Melalui penolakan soalan saya dan sikap berdiam diri PM, saya rumuskan bahawa kedua-dua surat itu adalah sahih," katanya sambil menambah, akan terus mendedahkan beberapa lagi dokumen berkaitan penyalahgunaan dana. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

YB RR - http://www.youtube.com/watch?v=F4ddieHijJo

Sumber HD - 11-6-2014




YB DSSK - Isu Penjawat Awam:

http://www.youtube.com/watch?v=m27rj1SaYmM

Kongsi gelap: Zahid jangan sekadar cakap politik

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui amaran beliau kepada kumpulan kongsi gelap telah membantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.

"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz meminta Ahmad Zahid menjelaskan adakah tangkapan dilakukan pihak polis berhubung amaran yang dilakukan beliau ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata terdapat maklumat memberitahu pihak lain mengaut keuntungan melalui pilihan raya kecil itu.

"Kalau menteri kata ada kumpulan kongsi gelap dan boleh beri amaran agar tidak masuk campur, saya nak tahu berapa orang yang ditangkap.

"Saya tidak mahu ugutan atau kongsi gelap ini hanya mainan politik semata-mata, kalau betul ada tangkap je terus jangan bagi amaran je," kata Mahfuz. - HARAKAHDAILY 10/6/2014

Sumber HD - 10-6-2014




Usul tergempar bahas kerugian MAS ditolak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam menolak usul tergempar bagi membahaskan kerugian dialami oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pada tahun lepas.

Ketika memberikan alasan penolakan, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed berkata usul itu tidak memenuhi keperluan bagi usul tergempar seperti termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 18(1).

"Kerajaan sudah mengambil tindakan untuk mengenal pasti punca kerugian syarikat penerbangan itu dan jalan penyelesaian sudah diambil. Oleh kerana ia sedang disiasat, ia bukan perkara perlu disegerakan," katanya dipetik Bernama.

Usul yang dikemukakan oleh Lip Lim Eng (DAP-Segambut) pada 6 Jun lalu itu memohon Dewan Rakyat membahaskan kerugian RM1.2 bilion pada tahun lepas dan RM433.4 juta pada suku pertama 2014.

Beliau berkata Pengurusan MAS kelihatan lemah dan tidak lagi berdaya saing terutamanya selepas kehilangan MH370.

Beliau juga meminta diberikan penjelasan tentang kerugian itu dan bertanya jika kerajaan patut mengisytiharkan kebangkrapan untuk mengelakkan kerugian lebih besar yang akan membebankan pembayar cukai.

RM27.6 juta untuk operasi SAR

Dalam pada itu kerajaan semalam turut memaklumkan bahawa sehingga kini telah membelanjakan RM27.6 juta untuk minyak, makanan dan logistik dalam misi mencari dan menyelamat MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussin berkata jumlah itu dibelanjakan untuk keperluan logistik tentera laut, polis, bomba, agensi maritim dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Negara-negara lain yang terlibat dalam misi tersebut membelanjakan wang mereka sendiri, tegasnya. - HARAKAHDAILY 10/6/2014

Sumber HD - 10-6-2014







Mengapa tiada wakil guru dalam Yayasan Guru?

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mempersoalkan sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia telah membincangkan Rang Undang-undang (RUU) Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Ketika ditemui Harakahdaily, beliau berkata NUTP sebagai kesatuan paling besar dan mewakili keseluruhan guru di Malaysia sepatutnya dilibatkan dalam penggubalan RUU tersebut.

"Yayasan ini dicadangkan bagi menghapuskan Kumpulan Wang Simpanan Guru 1962, yang mana kumpulan wang ini adalah bagi membantu guru-guru.

"Namun pada Seksyen 10 bagi anggota lembaga dalam yayasan ini tidak ada seorang pun wakil guru, kalau dah kata nak bantu guru kenapa tidak ada wakil guru?

"Atas sebab itu, saya mencadangkan agar wakil dari NUTP dimasukkan sekali dalam yayasan yang dicadangkan kerana NUTP mewakili keseluruan guru di negara ini," jelasnya.

RUU Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 dikemuka untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.

RUU itu dikemukakan Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan bertujuan menubuhkan perbadanan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Yayasan itu akan mengambil alih fungsi dan peranan Kumpulan Wang Simpanan Guru yang dicadang dibubar oleh rang undang-undang tersebut.

Menurut Hanipa lagi, persoalan turut timbul mengenai kedudukan kewangan di dalam kumpulan wang simpanan tersebut apabila ianya dimansuhkan.

Jelas beliau, di bawah Seksyen 6(2)(a) RUU tersebut dinyatakan bahawa yayasan hanya boleh melabur melalui syarikat yang ditubuhkan olehnya tanpa menyatakan kedudukan kewangan terdahulu.

"Kita ingin mengetahui tentang kedudukan kewangan yang terdahulu sebab tak ada dari sudut perundangan tentang makluman kedudukan kewangan dari Kumpulan Wang Simpanan Guru.

"Keduanya, kenapa diperuntukkan hanya labur kepada syarikat yang yayasan tubuh sahaja? Sepatutnya ia boleh melabur di syarikat-syarikat besar yang kewangannya kukuh seperti mana dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.

Menurut beliau, yayasan yang bakal ditubuhkan sepatutnya diberi kebenaran untuk melebarkan pelaburan kepada syarikat-syarikat yang berpotensi.

Selain itu beliau turut mempertikaikan cadangan kerajaan di dalam Seksyen 5 RUU tersebut supaya yayasan membuat kajian dalan usaha meningkatkan tahap pendidikan.

"Kajian sepatutnya dilakukan oleh kementerian dan bukannya yayasan; fungsi utama yayasan adalah membantu guru dari segi kewangan.

"Jika kajian pun yayasan ingin lakukan maka akan timbul terlalu banyak peranan yayasan dan satu masa akan menyusahkan yayasan itu sendiri.
"Selain itu jika kita kata kajian maka wang yayasan akan digunakan untuk kajian, kita tidak mahu wang dari yayasan disalah guna," sambung beliau. - HARAKAHDAILY, 10/6/2014

Sumber HD - 10-6-2014



Kongsi gelap: Zahid jangan sekadar cakap politik

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui amaran beliau kepada kumpulan kongsi gelap telah membantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.

"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz meminta Ahmad Zahid menjelaskan adakah tangkapan dilakukan pihak polis berhubung amaran yang dilakukan beliau ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata terdapat maklumat memberitahu pihak lain mengaut keuntungan melalui pilihan raya kecil itu.

"Kalau menteri kata ada kumpulan kongsi gelap dan boleh beri amaran agar tidak masuk campur, saya nak tahu berapa orang yang ditangkap.

"Saya tidak mahu ugutan atau kongsi gelap ini hanya mainan politik semata-mata, kalau betul ada tangkap je terus jangan bagi amaran je," kata Mahfuz. - HARAKAHDAILY 10/6/2014

YB DS Dr AZH - 
http://www.youtube.com/watch?v=75RI1t4r_Zc

Sumber HD - 10-6-2014

Jabatan agama perlu kaedah lebih baik - Anwar

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpendapat, pihak berkuasa agama perlu menggunakan pendekatan yang lebih baik dalam tindakan mereka supaya tidak menyinggung perasaan orang bukan Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan rundingan dan tolak ansur wajar dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengelak pandangan negetif terhadap agama Islam.

"Kalau ada maklumat perlu lakukan rundingan terlebih dahulu bukannya terus membuat serbuan, guna kaedah yang bijaksana dalam urusan yang sensitif.

"Kita mahu ia diselesaikan dengan lebih baik tanpa ada sesiapa pun terasa," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor menghentikan satu upacara perkahwinan mengikut ajaran Hindu seorang wanita yang didakwa beragama Islam di Petaling Jaya minggu lalu.

Satu lagi insiden membabitkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang menghentikan satu upacara pengebumian seorang wanita mengikut agama Buddha, kerana didakwa telah memeluk Islam, 17 tahun lalu.

Menurut Anwar tindakan menegur jabatan agama bukannya bermaksud untuk mempertikai keputusan majlis agama, tetapi sekadar teguran agar tindakan lebih murni dan tidak menghina mana-mana agama dapat dilakukan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, dari sudut agama, umat Islam perlu menghormati hak penganut agama lain.

"Kita tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan.

"Setiap serbuan yang ingin diambil ia perlu dimaklumkan kepada kerajaan negeri paling tidak pun exco agama dan kelulusan perlu diperolehi terlebih dahulu," jelasnya. - HARAKAHDAILY 10/6/2014

Sumber HD - 10-6-2014

Speaker tolak ucapan penangguhan isu royalti K'tan

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat menolak ucapan penangguhan berhubung isu tuntutan royalti Kelantan yang sepatutnya dibawa Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah pada 17 Jun ini.

Penolakan itu dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah melalui satu surat kepada Ahmad Baihaki hari ini.

Dalam surat tersebut, dinyatakan alasan penolakan bahawa perkara tersebut sedang dalam proses mahkamah.

"Kita akui perkara tersebut, tetapi kes ini sudah terlalu lama tertangguh, hingga kini tidak ada sebarang jawapan serta penjelasan mengenai apa yang kita tuntut.

"Sebagai sebuah kerajaan negeri, Kelantan berhak mengetahui kedudukan sebenar tuntutan dan apa yang dibincangkan sebelum ini," jelas beliau kepada Harakahdaily

Dalam pada itu, kerajaan pusat digesa menjelaskan jumlah keseluruhan wang ehsan yang telah diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan sehingga ke hari ini berdasarkan anggaran pengeluaran hasil pertoleum RM2.5 bilion setahun sejak 2004.

Ahmad Baihaki berkata, laporan Jabatan Penerangan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluar minyak sejak 2004, yang mana mengikut laporan Jabatan Perdana Menteri iaitu anggaran kutipan adalah RM2.5 bilion setahun.

Justeru itu, Kelantan telah mengutuskan surat rasmi menuntut bayaran tunai hasil royalti minyak pada Julai 2009 dan mengganggarkan royalti minyak Kelantan melebihi RM1 bilion.

"Namun, satu kenyataan Perdana Menteri memberitahu tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan Negeri Kelantan dan dari sudut perundangan Negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.

"Yang peliknya, pada November 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian wang ehsan hasil petroleum Kelantan yang disalurkan melalui JPP Kelantan, daripada mana pula timbulnya wang ehsan ini jika tidak kerana hasil minyak negeri," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerajaan pusat menjelaskan mengenai status dan kedudukan terkini Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai kepada negeri-negeri pengeluar minyak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, termasuk Kelantan.

"Sehingga kini lebih setahun ditubuhkan kita tidak mengetahui perkembangnya, berapa kalikan ia telah bermesyuarat dan apakah hasil serta keputusan terkini daripada jawatankuasa tersebut," tegasnya. - HARAKAHDAILY 9/6/2014

Sumber HD - 9-6-2014

Polis boleh jaga keselamatan Dun jika ada usul

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Setiap dewan undangan negeri (DUN) yang bersidang perlu mempunyai peraturan dan undang-undang sendiri supaya tindakan boleh diambil jika berlaku sebarang insiden di dalam Dewan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata setiap kali DUN bersidang perlu ada usul bagi meminta pihak polis menjaga keselamatan anggota DUN serta bagi memastikan persidangan berjalan lancar tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

"Itulah yang sepatutnya berlaku setiap kali berlangsung sidang dewan tidak kira Dewan Rakyat atau DUN, apabila ia dipersetujui oleh ahli dewan maka ia akan dikuatkuasakan.

"Jadi apa sahaja jaminan di luar asasnya adalah undang-undang, kalau dewan tidak ada undang-undang insiden menceroboh boleh berlaku bila-bila pun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang mahukan penjelasan berhubung insiden pencerobohan DUN Pulau Pinang pada bulan lepas yang dianggapnya satu tindakan tidak bermoral.

Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata Yang Dipertua DUN juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengganggu kelancaran persidangan dewan.

"Apabila berlaku satu-satu insiden dalam dewan persidangan, speaker berhak untuk panggil polis untuk mengambil tindakan," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada pihak yang membuat laporan tentang insiden itu.

Berhubung soalan asal Anwar berkenaan pendirian kerajaan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lantang menyuarakan pandangan ekstremis dan berpotensi merosakkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia, Wan Junaidi berkata Pendaftar Pertubuhan boleh mengambil tindakan membatalkan pendaftaran sesebuah NGO yang berdaftar sekiranya ia digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang.

"Sesebuah NGO yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 hendaklah mematuhi, patuh atau akur dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dalam menjalankan sebarang aktiviti atau hal ehwal pertubuhan supaya tidak berlawanan atau bercanggah dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen," katanya. - Bernama

DSAI : Isu Serangan DUNPP :
http://www.youtube.com/watch?v=s9BCdAjzCck&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 9-6-2014



MP persoal lawatan Muhyiddin tanpa pegawai kementerian

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ke Australia pada 10 hingga 18 November 2012 lalu hanya disertai pegawai lantikan politik sahaja tanpa melibatkan pegawai kementerian.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, rombongan Muhyiddin itu disertai 17 orang yang terdiri daripada enam pegawai peribadi, lima pegawai khas, dua setiausaha akhbar, masing seorang setiausaha sulit dan setiausaha politik termasuk beliau dan isterinya.

"Dalam erti kata lain, tiada penjawat awam atau pegawai kementerian yang mengiringi beliau seperti dalam perjalanan Dubai baru-baru ini.

"Adakah kerana Muhyiddin tidak mempercayai pegawai-pegawai kementerian atau adakah ini kerana perjalanan ke Australia itu merupakan satu lawatan keluarga untuk kakitangannya," soal beliau.

Zairil sebelum itu memberitahu, pendedahan telah dilakukan pada sidang parlimen yang lalu berhubung lawatan kerja TPM ke Dubai, UAE dari 8 hingga 12 April lalu.

Namun dokumen yang didedahkan itu tidak dinafikan tetapi dimaklumkan sebagai draf.

"Muhyiddin bersama delegasinya telah menaiki pesawat khas ke Dubai, di mana mereka menghabiskan masa lima hari dan kebanyakan masa beliau dipenuhi dengan program peribadi.

"Nyata bukan sahaja berlaku sewaktu lawatan ke Dubai tetapi turut berlaku pada lawatan ke Australia sebelum ini," jelasnya.

Dua jam kerja sehari

Jelas Zairil lagi, ketika lawatan TPM selama dua hari ke Melbourne, di mana beliau akan merasmikan Forum Ekonomi Cina Dunia ke-4, setelah selesai program tersebut Muhyiddin telah bergegas bersama isteri dan rombongannya selama empat hari lima malam di Gold Coast, Brisbane.

"Dalam empat hari penuh dihabiskan di Gold Coast, aktiviti TPM hanya sekitar dua jam sehari secara purata.

"Kebanyakan aktiviti ini pula merupakan taklimat ringkat selama satu jam dam majlis makan malam yang santai, pertemuan dengan pelajar dan Kelab Umno. Sementara itu, hari ke tiga di Gold Coast langsung tiada program.

"Sepanjang lawatan, Muhyiddin dan rombongannya tinggal di hotel mewah lima bintang Hilton Surfer's Paradise Hotal," katanya yang memetik dari web peniupwisel2020.blogspot.com.

Tambah beliau, lawatan TPM ini bukan sahaja hanya dipenuhi dengan lawatan peribadi tetapi turut menafikan kakitangan kementerian apabila tiada penglibatan mereka dalam kedua-dua lawatan rasmi TPM.

Ugut pemberi maklumat

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa yang mengugut untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat kakitangan awam yang membocorkan rahsia kerajaan, sejurus dokumen perjalanan ke Dubai didedahkan.

"Pendedahan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia khususnya kakitangan awam, berazam untuk mendedahkan perjalanan boros pemimpin Barisan Nasional (BN) yang melibatkan kakitangan awam.

"Dalam hal ini kerajaan bukan sahaja gagal menyiasat menteri yang telibat tetapi mengambil pendekat mengugut untuk mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat," katanya.

Tambah beliau, Ali Hamsa perlu meletakkan inisiatif lebih dalam menyelamatkan dana awam dan bukannya bermati-matian untuk mempertahankan cara yang tidaak bijak dalam menggunakan dana awam. - HARAKAHDAILY 9/6/2014

Sumber HD - 9-6-2014







'R' serah memo tuntut royalti 20 peratus kepada Kelantan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan yang lebih dekenali sebagai NGO 'R' hari ini menyerahkan memorandum kepada anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan pusat membayar hak royalti Kelantan yang tertunggak dan tidak pernah dibayar.

Disamping bayaran tunggakan lebih RM10 bilion itu, mereka juga mendesak bayaran royalti kepada negeri Kelantan dinaikkan kepada 20 peratus.

Presidennya Nazri Deraman berkata, ianya selaras dengan kelulusan usul yang diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menuntuk kerajaan pusat menaikkan bayaran royalti di negeri itu dari lima peratus kepada 20 peratus.

Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Ahli Parlimen Kelantan iaitu Datuk Kamaruddin Jafaar (PAS-Tumpat) dan Ahmad Baihaqi Atikullah (PAS-Kubang Kerian) bagi dibangkitkan dalam persidangan dewan.

Kamaruddin pada sidang medianya berkata, apa yang berlaku sangat jelas bahawa kerajaan negeri dan rakyat Kelantan telah dinafikan hak sejak sekian lama.

"Royalti kepada Kelantan tak pernah diberikan daripada awal lagi .Oleh sebab itu amat jelas suatu ketidakadilan kepada negeri dan rakyat Kelantan," katanya sambil menambah akan memanjangkan memorandum itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). - HARAKAHDAILY 9/6/2014

YB DKJ - http://www.youtube.com/watch?v=9gzFr2ebqjg&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 9-6-2014

Lantik pembantu guru urus kerja pengkeranian

NAZRI ABDULLAH | .

KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan agar pihak kementerian pendidikan mengakaji untuk mewujudkan 'pembantu guru' bagi meringankan tugas guru khususnya bagi kerja-kerja pengkeranian.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad ketika mencadangkan perkara itu di Dewan Rakyat berkata, ianya penting supaya fokus guru-guru kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) tidak terganggu dengan tugas-tugas yang lain.

"Pihak kementerian perlu menyediakan pembantu guru untuk meringankan beban tugas guru di sekolah.

"Saya cadangkan ada satu orang pembantu guru untuk menyelesaikan tugas pengkeranian. Bagi 20 orang cikgu, tempatkan seorang kerani," kata beliau ketika membahaskan Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014, hari ini.

Bantuan guaman

Sementara itu beliau turut mencadangkan pihak kementerian menyediakan bantuan guaman kepada guru-guru yang berdepan saman oleh ibu bapa dan murid.

Katanya, guru-guru zaman sekarang terpaksa berdepan pelbagai resiko dalam mendidik anak bangsa, sedangkan niat mereka sangat murni hanya untuk melihat anak murid mereka menjadi orang yang baik dan berguna.

"Kadang-kadang kes saman ini menyebabkan mereka trauma.

"Akhirnya mereka mengambil sikap, mengajar sekadar untuk habiskan silibus, anak murid nak jadi apa mereka tak kisah," katanya lagi.

Mengulas isu kebajikan guru, Idris berkata makna 'kebajikan' kepada guru bukan sahaja setakat bantuan material semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, makna lebih besar adalah dari sudut kepuasan mereka untuk menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa diganggu dengan perkara yang remeh-temeh.

"Kita tak mahu bila mula hari Ahad atau Isnin, guru mula rasa resah sebab terbayang bebanan mereka di sekolah.

"Kita tengok anak guru-guru, tidak berminat nak jadi guru apabila melihat bebanan ibu dan bapa mereka ketika di sekolah dan bebanan itu juga dibawa balik ke rumah

"Setiap kali menteri bertukar, polisi pun bertukar, wujud keresahan di kalangan guru," katanya.

Tambah bajet

Idris yang juga AJK PAS Pusat turut menggesa pihak kerajaan menambah peruntukan kepada sektor pendidikan dalam negara ini.

Katanya, peruntukkan bagi pembangunan pendidikan di Malaysia jauh lebih rendah berbanding beberapa buah negara lain.

Laporan oleh Human Development Index (HDI) pada 2011 menunjukkan perbelanjaan pendidikan berbanding KDNK bagi Malaysia hanya 4.1 peratus berbanding Denmak 7.8 peratus, Finland 5.8 peratus dan Timor Leste 16.8 peratus.

"Kadang -kadang kita tengok kesian ada cikgu bawa kad balik kampung nak kutip duit untuk maraton sekolah.

"Seolah-olah negara kita ni sengkek, miskin sangat sampai cikgu kena pergi mintak sedekah," jelasnya sambil menambah sepatutnya guru tidak perlu sampai berbuat begitu.

Selain itu, beliau turut menggesa anggota lembaga Yayasan Guru Tun Hussein Onn dilantik daripada mereka yang ada kepakaran serta memahami tugas dan beban guru.

Beliau turut mencadangkan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim dilantik sebagai salah seorang anggota yayasan tersebut. - HARAKAHDAILY 9/6/2014

YB UIA - http://www.youtube.com/watch?v=srG2LeUstK0

YB DMO - http://www.youtube.com/watch?v=4amRpDaCpkQ

Sumber HD - 9-6-2014







Dua MP baru angkat sumpah, dewan turut bertafakur

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen baru masing-masing Ramkarpal Singh (DAP- Bukit Gelugor) dan Datuk Mah Siew Keong (BN- Teluk Intan) mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pagi ini.

Kedua-dua mereka baru sahaja memenagi pilihan raya kecil masing-masing pada 25 dan 31 Mei lalu.

Sementara itu, Dewan Rakyat juga turut sunyi seketika sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan pemergian bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan Ahli Parlimen Teluk Intan Seah Long Peng.

Ramkarpal Singh memenangi PRK Bukit Gelugor dengan majoriti 37,659 undi manakala Mah menewaskan calon DAP Dyana Sofya dengan majoriti tipis 238 undi. - HARAKAHDAILY 9/6/2014

Sumber HD - 9-6-2014

No comments:

Post a Comment