JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Wednesday, June 11, 2014

SENI BUDAYA : PUISI


Laungan Tidak Kedengaran

IRFAN ES | .
Laungan Tidak Kedengaran
(Perobohan Kampung Chubadak Tambahan)

Hidup Melayu! – laungan yang tidak kedengaran
di Kampung Chubadak Tambahan
kerana para hipokrit, pengampu dan pengecut
telah tunduk bertelut
di kaki penipu perompak perampas
sepanjang mandatnya menindas mengganas.

Sekarang kita hanya menunggu masa
buat bencana yang pasti tiba
rumah-rumah sederhana, keluarga manusia
bakal dimamah jentera raksasa
dalam kebengisan penguasa
yang baru setahun lebih menang pilihan raya.

Melayu sepakat Islam berdaulat!
kini tinggal retorik kelat
seperti sejarah yang sering berulang, bahawa
kejatuhan sesebuah bangsa, petualangnya
datang dari kalangan mereka sendiri
yang korup yang khianat yang haloba
yang memakai slogan perjuangan rasisma!

Irfan ES, Jun 2014

Sumber HD - 18-6-2014

Politikus dan mancis api

IDANRADZI | .

Mancis api semakin membara rasa
menjadi belerang dan terbiar lara
sesekali dijadikan pencungkil gigi
patah reput di celahan gigi waktu.

Kilang mancis api lesu beroperasi
memarakkan dendam kemenyan hiba
semakin gelap bagai lombong arang batu
yang terbiar menjadi kawasan larangan
bakal didirikan kilang gas cecair
batu api berapi-api memegah diri
alasannya amat sukar disanggah
takut hutan pupus lantaran bahan buatan
yang perlukan kayu serta kertas
untuk membuat kotak dan batangnya.

Sebatang mancis api satu ketika nanti
pasti akan lenyap dimamah zaman
tinggallah kotaknya sekadar kenangan
para politikus sekadar menggores makna
tidak lagi hotel-hotel menjadikannya
barangan hiasan dan cenderahati pelanggan.

Mancis api terpercik nyala siap siaga
membakar jasad usia dan kemelut gelap-gelita.

IDANRADZI
Kota Bharu, Perak

Sumber HD - 11-6-2014

No comments:

Post a Comment