JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Wednesday, June 18, 2014

HARI INI SEJARAH TERUKIR

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com




18 Jun 1948: Kampung Jenderam dibakar hangus

CIKGU ISHAK SURIN | .

PERISYTIHARAN darurat oleh penjajah British pada 18 jun 1948 mengundang mala petaka yang amat dahsyat terhadap rakyat negara ini.







Semua partai politik kecuali Umno dan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan. Ribuan pejuang kemerdekaan yang berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan khemah-khemah tahanan.

Tidak sedikit pejuang kemerdekaan setelah ditangkap diseksa dengan kejam dan ramai yang ditamatkan riwayat ditali gantung.

Rakyat menjadi hamba yang dibelenggu dengan pelbagai undang-undang yang menyekat hak untuk hidup sebagai insan yang bermaruah di tanah air sendiri.

Perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh negara.

Di beberapa daerah perintah berkurung dikuatkuasakan 24 jam selama beberapa hari. Keadaan ini telah menyebabkan ramai rakyat terutama kanak-kanak dan orang-orang tua kebuluran.

Ribuan rakyat telah dipindahkan ke penempatan baru yang dipagar kawat berduri dengan kawalan yang amat ketat.

Berpuluh-puluh penempatan baru yang merupakan penjara telah diwujudkan di seluruh negara. Kampung Jenderam, sebuah perkampungan Melayu berhampiran pekan Kajang telah dimusnahkan. Rumah dan sawah ladang mereka dibakar hangus. Haiwan ternakan ditembak kejam.

Penduduknya di tengah malam ditangkap dan disumbatkan ke dalam lori-lori tentera British, dibawa ke perhentian kereta api Kuala Lumpur untuk dihantar ke Johor dan dikurung di khemah tahanan Majidee, Johor Bahru.

Peristiwa hitam ini telah menyebabkan kebebasan hidup sebagai insan musnah sama sekali.

Ternyata perisytiharan darurat pada 18 Jun 1948, merupakan mala petaka yang amat dahsyat dan telah menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kehidupan rakyat.

Persoalannya..., apakah peristiwa hitam, “Belasungkawa Negara” ini akan dibiarkan hanyut oleh masa begitu saja? - HARAKAHDAILY 18/6/2014

Sumber HD - 18-6-2014

No comments:

Post a Comment