JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, June 16, 2014

ILMU DR MAZA (JILID 3)

BLOG BERKAITAN - tamansriraya.blogspot.com

Dr Asri cadang peminta sedekah ada 'permit' diizinkan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Hasrat untuk membersihkan Kuala Lumpur itu dipuji, menghapuskan golongan yang mengambil kesempatan juga dialu-alukan.

“Namun pendekatannya hendaklah holistik dan jelas,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan beberapa cadangan ringkas yang ingin dibincangkan bersama dan berharap semua berikan maklum balas secara matang.

Katanya, segala yang membawa keruntuhan nilai budi manusia hendaklah dikikis kewujudannya di ibu kota negara kita.

Tambahnya, untuk mengelakkan penipuan dan sindiket, hanya peminta sedekah yang mempunyai 'permit' (kelulusan) sahaja yang patut diizinkan.

“Permit hanya diberikan setelah individu berkenaan diperiksa di sudut kesihatan, peluang pekerjaan yang ditawarkan, latar pemilikan harta dan lain-lain,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, orang yang menderma tidak wajar diambil tindakan, sebaliknya orang yang meminta tanpa permit sahaja yang boleh diambil tindakan.

Orangramai, kata beliau hendaklah dimaklumkan tentang kepentingan mengetahui latar peminta sedekah melalui 'permit' yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Tempat bantuan makanan hendaklah diaruskan dengan baik agar kebersihan dapat dijaga,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 5/7/2014

Sumber HD - 5-7-2014

Bekas Mufti Perlis suka lihat gambar ini

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: “Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya, kelmarin.

Bagi beliau, secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

“Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat,” tulisnya lagi.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan berbasikal ke masjid berhampiran kediamannya setiap kali masuk waktu solat.

“Beginilah rutin YAB Menteri Besar Kelantan apabila berada di kediamannya,” tulis admin facebook Ustaz Ahmad yang turut memuatkan gambar berkenaan. – HARAKAHDAILY 27/6/2014



Sumber HD - 27-7-2014

Elak sumber, produk yang syubhah - Dr Asri

Oleh AZAMIN AMIN | .

Umat Islam di negara ini sepatutnya mengelakkan sumber mahupun produk yang syubhah selagi boleh didapati dan diperolehi sumber yang pasti halal.

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr. MohdAsri Zainul Abidin berkata di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industri halal.

"Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berleluasa bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.

"Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat, sekalipun tidak sampai ke peringkat haram, merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya,"katanya kepada Harakah baru-baru ini.

Namun dalam hal yang demikian, Dr Asri berpandangan seseorang tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah.

"Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya,"katanya.

Beliau berkta demikian merujuk pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang dianggotai Professor Yusuf Al-Qaradawi -President of ECFR (Egypt, Qatar), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 yang tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain.

Manakala Majma' al-Fiqh al-Islamiy yang berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan.

Beliau turut menjelaskan antara dalil yang disebut oleh para fuqaha dalam hal istihalah ialah hadis Nabi s.a.w: "Sebaik-baik hidangan cuka" (Riwayat Muslim) yang mana cuka berasal dari arak yang berubah secara istihalah.

Demikian juga Nabi s.a.w menyebut kasturi "Sebaik-baik wangian" (Riwayat Muslim) sedangkan kasturi berasal dari darah kijang yang bertukar menjadi wangian.

"Bangkai, darah dan daging khinzir diharamkan dalam al-Quran.Namun, kasturi yang berasal dari darah dibenarkan kerana bertukarsifat,"katanya.
Katanya disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar sebaliknya menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain.

"Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram maka fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan,"katanya.

Sumber HD - 16-6-2014

No comments:

Post a Comment