JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Wednesday, June 11, 2014

TINGKAHLAKU PIMPINAN UMNO DAN BN


Tunjuk sebab: Mungkin tak jawab rela dipecat, kata Yammy

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat tidak peduli jika Umno memecat keahlian beliau ekoran dituduh menyokong dan membantu kempen anaknya yang juga calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu.

Katanya, setakat ini beliau berkemungkinan tidak akan membalas surat tunjuk sebab yang dihantar kepada beliau.

"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.

"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," kata beliau kepada mStar Online.

Yammy turut menafikan tuduhan bahawa beliau membantu kempen Dyana pada PRK tersebut seperti dakwaan dalam surat tunjuk sebab itu.

Sebaliknya jelas Yammy, pada PRK tersebut beliau hanya menemani Dyana sebagai atas kapatisi seorang ibu.

"Saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak," tegasnya lagi.

Mengulas karier politiknya sekiranya dipecat, Yammy berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan memilih untuk bersara daripada politik.

"Cukuplah, saya dah penat dalam politik ini, biarlah saya berehat... umur saya dah nak masuk 60 tahun pun," katanya seperti dilapor portal itu. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Sumber HD - 26-6-2014

Sejak jadi MB, teksi pun kena bawa

http://pkrl.blogspot.com | .

SEJAK JADI MB TEKSI PUN KENA BAWAK....BAIK PUNYA LAKONAN!!!


Luahan rakyat Kedah:

Lihat di sini


Sumber HD - 25-6-2014




Rosmah’s news sells: Portal racks up hits with her ‘I am not a good swimmer’ claim

Harakahdaily - TS | .

Rosmah Mansor never fails to deliver when it comes to clicks for news article.

With a simple title, “I am not good at swimming, said Rosmah in denying the RM300, 000 water bill allegation” – the news article written in Bahasa Malaysia in news portal The Malaysian Insider, became the most read news article for the day with more than 8,000 shares in Facebook.

In the article, it was reported that Rosmah was unhappy with the lies and allegations spread about her.
One of the allegation was the RM300, 000 water utility bill for the Seri Perdana Complex before the 13th General Election.

“I am not good at swimming. If that person wanted to see me, I can tell that I am not good, I will say I don’t know, if I go to the sea, I will not swim. I will sit like in the P.Ramlee film,” she said when officiating the Wanita UMNO Nadi Negara Award 2013 and the launch of Wanita UMNO Nadi Negara Alumni event in Kuala Lumpur yesterday.

Rosmah also urged the public, especially university students to analyse information before trusting the information. She also urged them not to fall for opposition’s lies on the controversial implementation of Goods and Services Tax (GST) next year.

Meanwhile, Rosmah’s husband, Prime Minister Najib Razak said the increase revenue from GST would enable the government to have more options to consider numerous demands, including the increase in allowances of civil servants.

Citing demand from the president of Cuepacs (Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services), who asked for the allowances to be increased, Najib said he would need to seek for new revenue streams before he could consider his demand.

“We cannot borrow money from financial institutions such as the World Bank to pay salary, allowances… cannot, it is a recipe for economic disaster,” Najib was quoted saying.

With Najib’s answer, the public now has their answer to why they are targeted as sources to increase government revenue in the form of GST. Rosmah is sad, so does the general public of Malaysia.

Sumber HD - 23-6-2014

Isu gugur Muhyiddin, Umno salahkan Pakatan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Pagoh menyalahkan Pakatan Rakyat berhubung laporan yang mengatakan kemungkinan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan dari kabinet baru Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Umno bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata, desas-desus yang disebar di media sosial dan blog itu adalah usaha pembangkang mahu memecahbelahkan kedua-dua pemimpin itu.

"Datuk Seri Najib sendiri menjelaskan tidak ada langsung timbul mengapa Timbalan Perdana Menteri perlu digugurkan.

"Ini jelas menunjukkan ia adalah usaha pembangkang yang mahu memecahkan gandingan baik antara kedua-dua pemimpin negara," katanya seperti dilapor media.

Isu Muhyiddin kemungkinan berundur mula dimainkan sejak minggu lalu oleh pemimpin dan ahli Umno sendiri.

Antaranya Zaharin Mohd Yasin yang juga Setiausaha BN Bandar Tun Razak yang menulis dalam laman Facebook beliau bahawa Muhyiddin dijangka bercuti panjang mulai hari Jumaat lalu untuk menguruskan soal Umno.

Beliau juga mendakwa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka dilantik sebagai Pemangku Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan itu kemudian diperkuat lagi dengan penulisan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di blognya, Zainuddin berkata kebanyakan rakan karib Muhyiddin sendiri sudahpun maklum dengan niat timbalan presiden Umno itu untuk berundur.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," kata Zainuddin melalui tulisan di blog zamkata.blogspot.com.

Bagaimanapun, Najib ketika diminta mengulas perkara itu minggu lalu menafikan desas-desus itu dan berkata khidmat Muhyiddin masih diperlukan beliau. - HARAKAHDAILY 23/6/2014

Sumber HD - 23-6-2014







Trafficking blacklist - Horses’ Mouths – 23 June 2014

Harakahdaily - TS | .

Human trafficking blacklist

Malaysia has taken substantive measures in the past two years to improve the situation related to human trafficking and smuggling of migrants. In this light, the US State Department should reconsider its assessment on Malaysia.

Foreign Ministry, rejecting harsh US criticism for failing to tackle human trafficking after an annual State Department report shamed the Southeast Asian country, together with Thailand and Venezuela

Lifting ban fpr MPs to attend funeral

It is not clear at this stage whether the lifting of the ban is only temporary and for this specific purpose.

Teresa Kok, Seputeh MP, claiming she was informed by Sarawak Chief Minister’s private secretary Mustapa Han that his boss would lift a ban of entry on several Pakatan Rakyat MPs into Sarawak, to allow them to attend the funeral of Bukit Assek assemblyperson Wong Ho Leng

Selangor MB’s position

Do not ever sideline the people's wishes. They too have their rights because a MB is not owned by politicians, but is owned by the rakyat.

Iskandar Samad, Selangor PAS commissioner, calling Pakatan Rakyat politicians to "gather the public's opinion" regarding a possible change in the Menteri Besar’s post in the state

Rosmah’s defence

Although saddened by such allegations, I will not over react, give up or give in to their words.
Rosmah Mansor, Prime Minister’s wife, on the various allegations made against her

Najib’s strength

The country's success, including in Pekan, is because we are together. I cannot work without your support. Your support has given me the strength to lead the country.

Najib Razak, saying that the people has given him the strength to administer the country

Muhyiddin quitting?

We cannot follow this rhythm because we have to close rank and give undivided support to the prime minister and deputy prime minister.

Hishamuddin Hussein, Defence Minister, deriding quarters who spread the now debunked rumours that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin will quit

I have very close ties and understanding with him.

Najib Razak, denying that his deputy Muhyiddin Yassin is resigning and described the speculation as a "political creation by certain quarters"

No. I am alive and kicking.

Muhyiddin Yassin, deputy Prime Minister

Sumber HD - 23-6-2014

Sudah lama Muhyiddin pendam kecewa - Zam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya.

Sejak awal minggu ini desas-desus kononnya Muhyiddin akan digugurkan selepas rombakan kabinet berlegar di alam maya.

Malah perkara tersebut didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis veteran Umno.

Muhyiddin semalam bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyerahkan kedudukan beliau kepada Najib untuk menentukan.

Beliau menegaskan, sehingga hari ini tiada sebarang isu yang dibangkitkan berhubung kedudukannya dan perdana menteri tidak pula memaklumkan apa-apa kepadanya.

Menyentuh rombakan kabinet, Zam mendakwa dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan.

"Dan kabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz," tulisnya. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014

Anak jelaskan bekas timbalan menteri di pusat jagaan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Paduka Rahmah Othman ditempatkan di pusat penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer atas nasihat doktor dan persetujuan bersama ahli keluarganya.

Portal mStar Online semalam melaporkan, perkara itu disahkan oleh anak perempuannya, Raha, yang berkata ibunya kini berada dalam keadaan sihat dan selamat.

"Emak saya sihat walafiat, terlindung dan dijaga dengan baik. Dia memang ada penyakit Alzheimer kronik tetapi dari segi perubatan dan doktor semuanya dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut beliau, sememangnya doktor menyarankan tempat itu kerana ia tempat yang terbaik untuk pesakit Alzheimer.

Rahmah kini ditempatkan di Dementia Homecare Centre Sdn Bhd, Teluk Panglima Garang, sebuah pusat jagaan pesakit-pesakit Alzheimer berbayar yang menyediakan pelbagai aktiviti terapi dan penjagaan 24 jam.

Sumber HD - 20-6-2014

Salah alamat, Umno hantar semula surat ibu Dyana

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan surat tunjuk sebab pertama kepada Yammy Samat telah dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Ekoran itu katanya, pihaknya telah menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy yang juga ibu kepada calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.

"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita semalam.

Yammy kata Adnan, diberi tempoh 14 hari bagi menjawab surat berkenaan.

Tindakan menghantar surat tunjuk sebab dibuat Umno ekoran Yammy yang merupakan ahli Umno didakwa telah berkempen untuk anaknya dari DAP pada PRK Teluk Intan lalu.

Pada PRK itu, Dyana Sofya, kalah tipis kepada calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong, dengan majoriti 238 undi. - HARAKAHDAILY 20/6/2014

Sumber HD - 20-6-2014









Sanusi pertikai pemberhentian Sabbarudin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kabinet dan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid (gambar) mempertikaikan tindakan memberhentikan Tan Sri Sabbaruddin Chik daripada jawatan Pengerusi Bank Rakyat dan menyifatkan bekas rakannya dalam kabinet itu sebagai berintergriti tinggi.

Menulis dalam blognya, Sanusi mendedahkan bahawa Sabbaruddin sepanjang pengetahuannya tidak pernah meminta untuk menjawat Pengerusi Bank Rakyat namun ditawarkan ke jawatan itu oleh menteri yang bertanggung jawab ke atas koperasi pada waktu itu.

"... Menteri yang bertanggungjawab ke atas koperasi di waktu itu, pernah menjadi Setiausaha Politik Tan Sri Sabbaruddin, maka tidak hairanlah jika Menteri berkenaan terfikir mengenai kelayakan bosnya dulu untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas menjadi pengerusi bank.

"Sudah tentu menjadi Pengerusi Bank Rakyat itu lebih mudah dari menjadi seorang Menteri atau Setiausaha Agung Umno," ujarnya.

Mengimbau kembali persahabatannya dengan Sabbaruddin sejak di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sanusi menceritakan pengalaman rakannya itu ketika berkhidmat sebagai pegawai bank, setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan dan aktivis politik.

"Kami juga, selain pernah duduk bersama di dalam Kabinet Malaysia, sama-sama berpengalaman menjadi Setiausaha Agung Umno Malaysia," tulis Sanusi.

Beliau turut menceritakan pengalamannya meminta bantuan Sabbaruddin untuk meluluskan pinjaman bagi mendirikan rumah di satu kawasan ketika rakannya itu menjawat Pengerusi Bank Rakyat.

"... permohonan saya telah ditolak kerana pendapatan pencen saya tidak mencukupi untuk membayar balik hutang jika diberi.

"Saya terima penolakan ini dengan hati terbuka dan dengan itu jelaslah bahawa Tan Sri Sabbaruddin tidak mengguna pengaruhnya untuk menolong kawannya, dan menyerah pihak pengurusan bank untuk membuat keputusan mereka secara profesional," katanya.

Sanusi mengakui tidak malu mendedahkan perkara itu kerana kesal dengan tuduhan sesetengah pihak yang menganggap Sabbaruddin seolah-olah mementingkan diri sendiri apabila mempertikaikan penamatan kontraknya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.

"Bagi yang tidak emosional adalah perlu mereka melihat sebabnya Tan Sri Sabbaruddin diberhentikan.

"Jika seseorang itu menganggap keluhan Tan Sri Sabbaruddin itu tidak benar maka mereka membenarkan cara penggunaan dana Bank Rakyat tanpa mempedulikan tanggung-jawab kepada pemegang saham, yang menjadi pemilik bank itu, dan mereka juga membenarkan penyalahgunaan kuasa dalam memberi pinjaman sedemikian," tulis Sanusi.

Beliau turut mengakui terkesan dengan sebab pemberhentian Sabbaruddin berdasarkan pengalamannya sebagai pegawai kanan bank saudagar milik asing yang mementingkan profesionalisme dalam pengurusan.

Tulisan penuh Sanusi boleh diikuti di sanusijunid.blogspot.com - HARAKAHDAILY, 18/6/2014

Sumber HD - 18-6-2014










MCA desak Najib gugur Jamil Khir

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: MCA mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom daripada jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan Malaysia bukanlah sebuah negara sekular.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Syariah Undang-Undang dan Dasar Pelaksanaan MCA Gan Ping Sieu berkata, Jamil Khir sebagai salah seorang pemimpin kerajaan sewajarnya mengetahui fakta sebenar sejarah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 mengenai status negara sekular di negara ini, lapor portal Rakyat News.

Beliau menambah, pihaknya memandang berat jawapan Jamil Khir itu yang telah mengatakan bahawa 'Malaysia bukan sebuah negara sekular'.

"Jika Jamil Khir mahu putarbelit fakta sejarah, beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berintegriti dan jujur," katanya kepada Rakyat News ketika ditemui di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau turut mendesak Jamil Khir menghentikan serta merta berhubung status negara Islam yang cuba dipertahankan beliau.

Jamil dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat semalam menyatakan Malaysia bukan sebuah negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Menurutnya, perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. - HARAKAHDAILY 17/6/2014

Sumber HD - 17-6-2014

Punca ibu Dyana belum terima surat tunjuk sebab

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Yammy Samat, ibu calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya masih belum menerima surat tunjuk sebab terjawab apabila Umno didapati menghantar surat itu ke alamat rumah yang tidak didiaminya sejak 10 tahun lalu, lapor Mstar Online.

Difahamkan, Umno Pusat mengirim surat itu ke alamat rumah lama Yammy yang diperoleh menerusi data dalam rekod keahlian parti itu.

Sehingga berita ini ditulis, Umno Perak memaklumkan mStar Online bahawa pihaknya akan berbincang dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi, Yammy yang diberi surat itu kerana didakwa berkempen untuk calon DAP itu berkata, sehingga hari ke-13 iaitu sehari sebelum tarikh akhir surat itu sepatutnya dijawab, beliau masih belum menerimanya.

Malah, beliau mencabar Tengku Adnan untuk mengemukakan bukti bahawa beliau sudah menerima surat daripada parti itu seperti didakwa dan disiarkan media.

Sumber HD - 17-6-2014

Rekod cemerlang Ku Li tidak diakui

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah telah membina nama sebagai seorang yang diakui sebagai seorang planner yang berkesan untuk membentuk dasar dan pembangunan negara.


Nama beliau dijulang oleh masyarakat antarabangsa dengan terpilihnya beliau sebagai satu-satu pimpinan yang luar dari Amerika Syarikat yang dipilih sebagai Pengerusi Bank Dunia, tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, dalam usia yang masih muda Ku Li diakui sebagai seorang yang mempunyai kepimpinan dalam bidang kewangan dan akhirnya mampu untuk menjadi pengerusi kepada Bank Dunia.

Dalam masa yang sama Ku Li juga mengetuai Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Islam yang berpusat di Jeddah serta Bank Pembangunan Asia yang berpusat di Manila sebagai pengerusinya yang juga Pengerusi IMF semasa itu.

Dalam lain-lain perkataan, ujarnya Ku Li telah mengetuai empat institusi kewangan antarabangsa yang berlainan fungsinya dan ini merupakan rekod kecemerlangan anak watan negara kita di peringkat antarabangsa.

"Rekod kejayaan ini tidak mungkin dapat disaingi oleh sesiapa setidak-tidak dalam beberapa dekad yang akan datang baik oleh mereka dari negara kita mahu pun masyarakat peringkat antarabangsa," ulasnya lagi.

Tambahnya, rekod itu tidak disiarkan atau diakui oleh pimpinan tempatan kerana kejayaan Ku Li dalam bidang-bidang yang berbagai itu tidak digemari oleh sesama pemimpin di negara ini.

Ini, ujarnya kerana apa yang disebutkan sebagai yang berjiwa fakir dan tidak mahu mengakui kehebatan dan kejayaan rakan dalam parti dan kerajaan pimpinannya.

Menurut Aspan lagi, kejayaan Ku Li yang begitu besar itulah yang membunuh politiknya sendiri kerana perasaan amarah yang begitu menebal dalam kalangan beberapa orang pemimpin yang berjiwa fakir tadi.

"Ada orang yang tidak merasa senang dengan kejayaan seorang pemimpin yang secara 'natural' boleh mendampingi dan bersaing di peringkat antarabangsa itu," tulisnya.- HARAKAHDAILY 16/6/2014

Sumber HD -  16-6-2014















Pimpinan yang tidak berkepimpinan

ASPAN ALIAS | .
Saya menulis lagi sebagai sambungan kepada apa yang saya tulis dalam posting semalam dengan bahasa yang mudah seperti yang saya selalu lakukan. Bahasa yang mudah, tanpa istilah-istilah berat ini, diharapkan dapat memberikan kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dalam tulisan ini oleh ramai yang mahukan kebenaran dan kesedaran yang sejati.

Apabila sebuah rumah yang sudah reput di banyak sudutnya, kita tidak boleh memperbaikinya dengan hanya memperbaiki reputan itu dengan menampal dan menyambung yang putus sahaja. Sampai bila kita hendak membuang masa untuk memperbaiki rumah yang sudah reput di setiap sudut rumah itu?

Yang terbaik ialah dengan membina rumah baru di atas tapak yang sedia ada kerana tidak semua orang mempunyai dan boleh membina rumah baru di tapak yang lain, lebih-lebih lagi bagi politik negara kita yang sangat sofistikated ini.

Apabila dinding yang roboh itu diperbaiki, tidak lama lagi kita terpaksa memperbaiki pula lantai dan rasuk rumah yang juga sedang mereput itu. Sudah selesai memperbaiki lantai dan rasuk rumah yang reput itu selepas raya nanti terpaksa pula memperbaiki ‘ceiling’ yang sudah bocor pula, atau tiang sendi yang sudah dimakan anai-anai.

Itu sebabnya saya selalu memberikan pandangan dari tepian selama ini agar ada yang akan membuat ‘initiative’ untuk membina sebuah negara dan politik yang baru yang berlandaskan kepada tapak yang sedia ada. Maksud saya keadaan politik negara kita berlandaskan kepada kerjasama di antara kaum yang sihat dan bukannya memberikan tumpuan kepada kaumnya sendiri dan berteriak sebagai parti berbilang kaum di mana-mana.

Asas kerjasama di antara kaum itu telah lama wujud hasil dari perundingan pemimpin semua kaum terdahulu. Malahan kerjasama yang begitu utuh itulah yang menjayakan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin berbagai kaum di negara ini yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan negara. Sebelumnya kemerdekaan kita telah diperjuangkan oleh banyak pertubuhan dan pemimpin-pemimpinnya.

Perikatan telah membuatkan kaum Cina bersatu di bawah MCA, kaum India bersatu di bawah MIC dan kaum Melayu yang terbesar itu bersatu di bawah Umno. Ketiga-tiga parti ini memperkuatkan penyatuan kaum masing-masing dan ketiga-tiga parti ini bekerjasama dalam satu pasukan dengan begitu baik sekali.

Pendeknya parti berbilang kaum itu sudah wujud lama di negara ini. Ia wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi dan semasa itu parti itu dinamakan PERIKATAN yang bersimbulkan kapal layar. Itulah parti berbilang kaum yang sebenarnya. Selepas berlakunya pertumpahan darah pada Mei 1969 dahulu bentuk rupa Perikatan ini telah diubah dan diperbaiki dengan menambah bilangan parti berbilang kaum itu dengan pertambahan parti-parti mengikut kaum dari Sabah dan Sarawak, sejak kewujudan Persekutuan Malaysia dahulu. Nama parti yang menggantikan Perikatan itu ialah Barisan Nasional dengan dianggotai oleh 14 parti-parti di dalamnya.

Penubuhan BN anjuran Tun Abd Razak ini telah difikirkan dengan begitu teliti seperti juga yang dilakukan dalam penubuhan Perikatan yang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin berbagai kaum sebelum itu. Semua perkara diambil kira dan ia memakan masa yang agak lama sebelum ianya diwujudkan secara rasmi.

Ia menambah baik dengan dasar-dasar BN yang menyelesaikan masalah-masalah yang sedikit sebanyak wujud dalam Perikatan sebelum itu. BN telah mendapat sokongan yang paling hebat semasa pilihan raya 1974 dengan sokongan yang padu dari semua kaum dan rakyat yang berbilang agama dan cara hidup itu. Semasa itulah DEB wujud sebagai dasar memperbaiki kelemahan sedikit sebanyak yang wujud dalam Perikatan dahulu.

Negara maju dengan pantas dan kelihatan perpaduan di antara kaum itu. Apa sahaja dasar yang dibentuk dan digubal mendapat sokongan semua pihak dan semua memahami yang perpaduan kaum merupakan ‘ultimate’ bagi negara kita.

Tidak ada bangsa yang mahu kelihatan negara rosak lagi, dan semua mengakui pengagihan kekayaan di antara kaum yang seimbang merupakan perjuangan semua kaum. Semua mengakui hakikat yang tidak akan aman negara ini jika ada kaum yang ketinggalan dalam semua bidang apatah lagi jika kaum itu adalah kaum majoriti negara ini. Matlamat kita ialah untuk membina bangsa-bangsa dalam negara, 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah'. Itulah ‘ultimate’ kita dan telah dipersetujui oleh semua kaum.

Banyak sebab kenapa BN begitu mendapat sokongan dari rakyat. Ia bukan setakat dasar yang ampuh yang digubal, tetapi yang lebih dari segala-galanya ialah sikap dan nilai pimpinan. Yang memimpin kerajaan BN itu, terutamanya semasa zaman pencipta BN itu, Tun Razak dan panggantinya Tun Hussein Onn. Rakyat nampak dengan jelas kejujuran dan niat pimpinan yang benar-benar ikhlas untuk mencapai apa yang diidamkan dan dengan dasar gubalan semasa itu.

Di zaman Tun Razak negara mencapai begitu pesat pembangun dengan inisiatif-inisiatif yang berkesan yang di berikan kepada pimpinan didikan beliau untuk melaksanakan dasar secara organik dan nampak hasilnya secara jelas. Tun Hussein meneruskan segala dasar yang telah digubal sebelumnya dengan penuh dedikasi dan tidak melakukan tugasan beliau bersandarkan kepada kehendak peribadi beliau semata-mata.

Perdana Menteri semasa itu (Razak dan Hussein) tidak campur tangan dalam urusan perlaksanaan dasar, diberikan tanggungjawab kepada sesiapa yang telah dipilih untuk melaksanakannya. Kepada sesiapa yang diberikan tanggungjawab itu pula tidak akan menyalahgunakan kepercayaan pimpinan kerana mereka bersama-sama hand-in-glove dengan pucuk pimpinan bagi mempastikan segala dasar itu dilaksanakan dengan sempurna.

Semasa Perdana Menteri Razak dan Hussein mentadbir negara, tugasan perlaksana diberikan tanggungjawab dan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas dan Perdana Menteri tidak perlu masuk campur dengan tugasan harian pemimpin yang diberikan tanggungjawab negara itu. Semasa itu tidak timbul isu mereka yang bertanggungjawab itu melakukan pencemaran terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Tengku Razaleigh sebagai pemimpin (planner) penting dalam mencadang dan melaksanakan dasar negara semasa itu diberikan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas bagi melaksanakan sesuatu dasar untuk kebaikan negara. Ini hanya boleh dilakukan kerana semasa itu pimpinan semua peringkat fokus untuk melihat pembangunan negara, khususnya dalam bidang ‘social and economic engineering’ bagi pencapaian matlamat dan ‘ultimate’ iaitu pencapaian penyatuan kaum-kaum dalam negara yang maju.

Jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh TR seperti Jawatankuasa Pelaburan Kabinet yang sangat penting semasa itu telah berfungsi dengan begitu telus dan ia terlaksana dengan baik tanpa banyak masalah sampingan.

Dasar perlaksanaan memindahkan kekayaan negara kepada Bumiputra yang di koordinasikan oleh Jabatan Koordinasi dan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri misalnya, adalah hasil dari perancangan yang teliti dan rakyat masih merasakan nikmat perancangan itu sehingga hari ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

(bersambung)

Sumber HD - 15-6-2014

Umno lebih berminat sogok rakyat dengan hiburan

ASLANI M | .

TANAH MERAH: Rakyat usah mengharapkan Umno bagi membina manusia mengikut acuan ditetapkan agama kerana parti itu tidak berminat berbuat demikian.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata.

Katanya, beliau tidak yakin Umno mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

“Umno lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan.

“Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam ke seluruh dunia,” katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha, Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof dan wakil PKR Tanah Merah.

Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dalam misi jelajah penerangan di Kelantan. Malam semalam beliau berceramah di Gua Musang dan malam ini di Jeli.

Menurutnya juga Kelantan lebih dikenali berbanding negeri-negeri lain kerana ada identiti tersendiri mempunyai pemimpin yang bersih, jujur dan amanah.

“Sebab itulah saya tengok ada negeri-negeri lain yang turut mencontohi apa yang dilaksanakan di Kelantan,” kata beliau.

Katanya beliau mengenali Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 semasa sama-sama menjadi ketua kerajaan negeri.

Menurutnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sudah beberapa kali bertemu dengan Tok Guru, seorang pemimpin yang mempunyai integriti tinggi.

Mohd Amar pula menjelaskan hubungan lebih erat kerajaan negeri dengan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di Kelantan pada 1993 dapat dilaksanakan.

“Kita bincang antara kerajaan dengan kerajaan untuk pastikan perundangan hudud dapat dilaksanakan. Kalau Umno jujur mahu menyokong enakmen tersebut dilulus di parlimen nanti, sampailah hasrat kita.

“Sebaliknya kalau mereka khianat, parti itu akan dilabel rakyat sebagai tidak amanah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/6/2014

Sumber HD - 15-6-2014















Rasa ngeri apa yang negara hadapi di hari muka

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Selama ini kerajaan tidak pernah berjaya untuk mengubati 'penyakit' yang dihadapi oleh rakyat tetapi sekadar memberikan ubat penahan sakit.

"Itu sebabnya kerajaan sanggup memberikan wang bantuan 1Malaysia atau BR1M dan bantuan ini hanyalah menyelesaikan masalah jangka pendek sahaja," tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Baginya, jika BR1M dan bonus diberikan semasa hari raya hampir tiba ia hanya mampu menyelesaikan masalah menghadapi hari raya sahaja dan bukannya boleh membantu meningkatkan pendapatan rakyat untuk kesenangan jangka panjang.

Menurutnya, cara Umno mengendalikan isu seolah-olah parti itu lebih suka untuk rakyat terus berada dalam masalah yang mereka alami sekarang untuk mereka memudahkan membeli sokongan dan undi semata-mata.

"Umno nampaknya tidak berminat untuk membangunkan rakyatnya, di sebaliknya hanya inginkan sokongan apabila ia diperlukan," ujarnya.

Tambahnya, Umno dan pimpinan hari ini tidak memahami isu negara secara menyeluruh.

Menurut beliau, isunya berkait dengan isu kehidupan seharian hinggalah isu-isu besar negara yang tidak kunjung nampak apa yang mereka patut lakukan.

"Kadang kala mahu sahaja hendak menuduh yang kita sekarang seolah tidak mempunyai kerajaan yang mentadbir negara dengan baik. Di mana-mana ada masalah.

"Sesungguhnya negara kita mempunyai ramai pemimpin tetapi tiada yang berkepimpinan," tulisnya lagi.

Beliau menambah, persoalan-persoalan yang sangat perlu diberikan perhatian secara menyeluruh tidak diselesaikan dengan cara yang betul dan munasabah.

"Jika kita susun dari atas hingga ke bawah masalah-masalah yang kita hadapi, yang sedar akan merasa ngeri melihat apa yang negara akan hadapi di hari muka," ulasnya lagi.

Pertamanya, kata beliau masalah keadaan negara kita sebagai negara Persekutuan itu sendiri belum mendapat penyelesaian sehinggakan ada negeri-negeri dalam negara kita sentiasa tidak berpuas hati kerana Perjanjian Persekutuan itu sendiri menjadi persoalan dari segi perlaksanaan secara jujurnya.

Menurut Aspan, masalah kedudukan Sabah dan Sarawak yang masih menjadi duri dalam daging bagi negara masih belum selesai dan ini mempengaruhi kestabilan politik negara secara jangka panjangnya.

"Isu ini adalah isu besar tetapi pemimpin kita masih bercakap tentang isu seperti BR1M dan yang lain yang saya sebutkan hanya seperti memberikan ubat penahan sakit sahaja dan tidak memberikan penyelesaian terhadap isu-isu besar negara kita.

"Pemimpin-pemimpin kita tahu masalah ini, tetapi mereka lebih cenderung untuk menyusupkan masalah ini di bawah permaidani. Kenapa mereka berbuat demikian?" tambahnya.

Jawapannya, ulas Aspan ialah mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana mereka adalah pemimpin seperti yang beliau sebutkan sebagai pemimpin yang berjiwa fakir dan miskin dan tidak berani melakukan perubahan dan penyelesaian secara drastik dan ‘final’ bagi memastikan negara kita terletak di atas keadilan yang kesaksamaan yang utuh dan kuat untuk kekal sebagai negara yang demokratik yang benar dan betul.

Sumber HD - 14-6-2014

MP Kulim Bandar Baru sahkan notis diisytihar muflis

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengesahkan notis pengisytiharan muflis terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti disiar beberapa akhbar semalam.

Beliau berkata memang wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya dan beliau telah menghubungi pihak bank bagi membincangkan penyelesaian baki tunggakan tersebut.

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu.

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat.

Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya dipetik mStar Online.

Sejak semalam, salinan notis muflis terhadap beliau itu tersebar di internet dan aplikasi media sosial yang lain.

Ianya muncul ketika isu serupa membabitkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah yang difitnah oleh sebuah blog pro Umno kononnya beliau dikenakan tindakan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Pada satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Raja Baharin bagaimanapun menafikan perkara itu dan berkata akan menimbang untuk menyaman pihak yang mencipta fitnah tersebut.

Dalam pada itu, pengisytiharan muflis terhadap Abdul Aziz boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, jika beliau gagal menjelaskan hutang tersebut. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014


















Kongsi gelap: Zahid tak tunggang motor besar lagi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tentunya orang ramai tertanya-tanya, kenapa tiada tangkapan terhadap kongsi gelap sepanjang kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Teluk Intan tempoh hari jika menteri berkenaan tahu perkara itu.

"Kegiatan kongsi gelap bukan sekadar diberi amaran, tetapi harus dibendung sehabis-habisnya," tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

Baginya, jika pengakuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh diambil kira yang menyatakan beliau kenal semua kongsi gelap itu dan tahu di mana mereka bersembunyi, tentulah tidak sukar untuk melakukan serbuan atau tangkapan.

Namun demikian, tulisnya kenyataan Zahid itu juga ada kontradiksinya apabila kelmarin beliau juga menyatakan sudah meninggalkan hobi menunggang motosikal besarnya buat sementara waktu.

Ini, kata Zahid kerana mematuhi nasihat polis yang bimbangkan ditembak oleh kumpulan gangster.

"Kalau sudah boleh membuatkan kumpulan kongsi gelap mendengar serta patuh dengan amarannya, kenapakah beliau tidak boleh memberi amaran agar jangan menembaknya ketika menunggang motosikal besar?" tanya Shahbudin. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Sumber HD - 11-6-2014




















Umno responsible for portraying Islam in worst light

Harakahdaily | .


Last Tuesday premier Najib attended a lecture on Islam delivered by a scholar from the UK. In his own address to the participants of the lecture, Najib pontificated that Muslims should offer to non-Muslims a clearer picture of what Islam was all about.

He went to the extent of saying that in today’s society, Islam was largely misunderstood where some people feared it while some others “formed stereotypes about it”. Hence he said that it was up to the Muslims – he included – to change theses perceptions and offer “a clearer picture of what Islam was all about”.

What wonderful words. But these are just like what the Malay proverb says, “menanam tebu di bibir” (putting the sugarcane on the lips, which means that one uses sweet/good words to fool others). Malaysians are fully aware of the real nature of the regime led by Umno which has as its president, Najib.

Just how could this man talk about his role in “giving a clearer picture” of Islam? Does he mean to say that his indirect endorsement of the vile attack on the Penang State Legislative Assembly on May 21st would give a clear picture of what Islam is all about? Or the numerous other statements and actions of a racist nature that he and his party Umno are famous for like his support for Umno paper’s “apa lagi Cina mahu”(What else do the Chinese want?) comments? Or the silent support his party gives to the actions of certain NGOs that are trying to burn this nation down with their racist and extremist religious outbursts that have seen in the past churches being torched, cow head protests held to vilify another religion and other acts of an extremist nature that have kept racial and religious tensions in this multi-racial, multi-religious nation high?

And what about the comments of the Home Minister during the campaign for the Teluk Intan by election recently when he labelled Chinese as ingrates for not supporting BN despite the Malays giving them business by patronising their shops – an event caught live by a web TV?

One must ask as well if the massive corruption that has plagued this nation for so long and which is linked to the ruling party would help “correct the misunderstanding about Islam” or the “stereotype” that it would have caused? Or is it his sarcastic way of saying that corruption is part and parcel of the religion?

Following the May 21st forced intrusion of the Penang State Legislature by Umno elements, Umno Youth also held demonstrations in front of the DAP building in KL and Kuantan. In the KL gathering they threatened to burn the building down. This will give a clearer picture of what Islam is about to the non-Muslims?

Now how on earth are Muslims in this country who genuinely practise the tenets of Islam as opposed to the pseudo version that Umno and its leaders portray going to “reach out to the non-Muslims” when stereotypes would not be easily removed due to the narrow, dogmatic and false picture of Islam being portrayed by the actions and statements of Umno leaders of the country whose president is the prime minister?

The glorious days for Islam in this part of the world would be achieved only after Umno is thrown into the dustbin of history. As long as Umno remains, Islam will continue to suffer ignominy as Umno is only bent on retaining power at all costs even to the extent of defiling the religion as they have been doing all this while.

Sumber HD - 11-6-2014

No comments:

Post a Comment