JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Thursday, June 12, 2014

ISU KEKURANGAN BAHAN KEPERLUAN HARIAN


Minyak masak Malaysia seberangi Sungai Golok

M ZIN | .



RANTAU PANJANG: Masalah kekurangan bekalan minyak masak seperti menjadi kelaziman di negara kita setiap kali menjelang Ramadan dan musim perayaan.

Pelik lagi aneh kerana Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit antara terbesar di dunia. Apakah puncanya, kelemahan pengurusan ladang atau masalah pemasaran.

Isu sukar mendapat bekalan minyak masak kedengaran di mana-mana. Bekalan bahan keperluan tersebut juga sukar diperolehi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu.

Kekurangan bekalan itu memberi peluang kepada peniaga menaikkan harga minyak masak sehingga RM3.20 sekilogram.

Sedangkan harga biasa RM2.60 sekg. Malah ada kedai yang hanya menjual dua peket minyak masak sahaja kepada setiap pembeli.

Di Tumpat pula akhbar melaporkan pemborong “memaksa” peruncit membeli barang lain sebagai syarat untuk mendapat bekalan minyak.

“Kalau nak bekalan minyak masak, saya kena beli susu pekat manis. Saya juga diminta membeli gula sebagai syarat untuk membeli minyak masak,” lapor akhbar terbabit.

Masalah itu seperti tidak pernah selesai, apakah sebab musabatnya. Mungkin agak mengejutkan apabila tinjauan Harakahdaily kelmarin mendapati minyak cap 303, cap lada dan cap sukan banyak diangkut menyeberangi Sungai Golok.

Bekalan minyak berkotak-kotak yang tertera perkataan buatan Malaysia dipunggah ke tebing sungai dan diangkut pula dengan motosikal ke Bandar Sungai Golok.

Tinjauan ke Bandar Sungai Golok pula mendapati bekalan minyak tersebut diangkut ke tempat lain menggunakan perkhidmatan kereta api.

Malah seorang penduduk tempatan ketika ditemui mengakui bekalan minyak masak dari Malaysia mudah didapati di selatan Thailand.

“Saya diupah sebanyak RM15 setiap trip memunggah minyak masak dari tebing sungai ke stesen kereta api Sungai Golok,” katanya pekerja ketika ditemui.

Apakah ini faktornya sehingga bekalan minyak masak semakin sukar di pasaran tempatan. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Sumber HD - 12-6-2014

Apabila menjelang Ramadan…

SHUKRI ALIM | .
APABILA menjelang Ramadan mahupun lain-lain perayaan besar di Malaysia, akan berlakulah kekurangan bekalan barang-barang keperluan asas seperti minyak masak, gula dan sebagainya.

Seingat saya, sudah berpuluh tahun isu ini berlaku dan tidak pernah ada jalan penyelesaiannya. Yang hairannya, setiap kali timbul isu ini maka agensi penguatkuasa dilihat bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka dan kemudian berakhir dan senyap begitu sahaja sebaik tamat Ramadan atau perayaan tertentu.

Sampai bila keadaan ini akan berterusan? 100 tahun lagi?

Sepatutnya, para pemimpin dan kerajaan perlu menyediakan pelan jangka panjang untuk mengatasinya. Apa guna anda dibayar gaji mahal-mahal tetapi kesudahannya hanyalah langkah jangka pendek.

Antara langkah jangka panjang menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan stok barangan keperluan asas. Apabila pihak pengilang atau pembekal, mahupun peruncit menyorok atau menyembunyikan barangan asas kerana tujuan tertentu pihak kerajaan boleh mengeluarkan stok ini pada harga yang sama. Kerajaan juga boleh mengimport secara terus dari luar agar stok barangan sentiasa mencukupi.

Kerajaan tidak perlu takut kepada ugutan pengilang atau pembekal. Lesen mereka boleh ditarik balik dan diserahkan kepada pihak jika gagal mematuhi memenuhi keperluan pengguna.

Kerajaan juga perlu menghapuskan dasar monopoli dan memberikan lesen kepada beberapa pengeluar agar sentiasa ada persaingan yang sihat – sama ada dari segi harga, mutu dan perkhidmatan.

Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Sumber HD - 5-6-2014

No comments:

Post a Comment