JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Friday, July 4, 2014

DARI BLOG-BLOG LAIN




Peristiwa 13 Mei tidak akan berlaku lagi...

Aku semacam tidak percaya kenyataan TS Muhyiddin Yassin mengenai kemungkinan Peristiwa 13 Mei akan tercetus lagi. Aku terfikir takkanlah kenyataan sedemikian boleh terkeluar dari mulut seorang Timbalan Perdana Menteri. Ataupun berkemungkinan kenyataan beliau itu adalah ‘misquoted’ atau disalah tafsir oleh pihak media tentang kenyataan beliau itu. Walaubagaimana pun apa salahnya bagi seseorang Timbalan Perdana Menteri memberikan peringatan kepada rakyat tentang bahaya sedemikian.

Tetapi persoalan yang agak memeningkan kepala aku (mungkin kepala aku seorang agaknya) ialah apakah mudah benar bagi masyarakat Malaysia yang kononnya telah mencapai suatu peradaban yang tinggi, boleh mencetuskan perbalahan kaum. Sejarah telah menunjukkan bahawa selepas peristiwa tahun 1969 itu tidak pernah wujud lagi perbalahan kaum yang sedemikian rupa. Maknanya sudah 45 tahun kita rakyat Malaysia sudah boleh hidup dalam keadaan aman dan damai, walaupun terdapat perbalahan-perbalahan kecil di sana sini. Itu biasalah….

TS Muhyiddin menggunakan rasional dan memberi amaran tentang keumngkinan berlakunya peristiwa pahit itu memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain……..Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

Dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini kritik mengkritik antara satu sama lain (ataupun antara satu kaum dengan kaum lain) adalah merupakan perkara biasa, apatah lagi dengan kemunculan media baru yang sudah tidak dapat dikawal dan dibendung ini. Aku tidak mempunyai statistik tertentu tetapi apa yang aku perhatikan yang menjadi bahan kritik media baru ialah mengenai rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO (BN) dan para pegawai kerajaan.

Walaupun seribu alasan diberikan oleh pihak kepimpinan negara mengenai sesuatu ‘penipuan’ yang dijalankan, namun pihak yang terlibat tidak boleh ‘melangsaikan’ persepsi rakyat tentang sesuatu isu itu. Misalnya walaupun diberikan berbagai hujah untuk ‘menghalalkan’ pemberian kontrak untuk membangunkan beberapa UiTM baru-baru ini, rakyat tetap mempersoalkan kewajarannya.

Sebenarnya perpaduan kaum semakin kukuh kini berbanding dengan zaman sebelumnya. Yang melakukan kritikan yang berbagai-bagai melalui media sosial bukannya kaum bukan Melayu semata-mata tetapi kebanyakannya adalah terdiri dari cerdik pandai Melayu yang sudah tidak boleh ditipu dan dikelentong. Adalah salah sekiranya diandaikan bahawa yang menentang kepimpinan Melayu dalam UMNO itu hanya terdiri dari kaum bukan Melayu sahaja. Ramai juga orang Melayu yang menentang UMNO selagi UMNO tidak diperbetulkan.

Telah berlaku beberapa perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih. Dengan jelas telah memperlihatkan kepada kita bahawa perpaduan di Malaysia sudah semakin mantap. Kerjasama yang ditunjukkan oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia patut dipuji. Dan di peringkat bawahan kerjasama ini amat erat dan tidak menampakkan langsung kemungkinan seperti yang disuarakan oleh TS Muhyiddin Yassin itu.

Aku berani mengatakan bahawa peristiwa seperti mana yang tedapat pada 13 Mei 1969 itu tidak berlaku dan tidak akan berlaku. Sudah begitu banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menaikkan kemarahan kaum lain, namun ‘jawapan’ yang diberikan oleh kaum lain adalah jawapan beradab sesuai dengan masyarakat yang hidup dalam kurun ke-21.

Mengapa tidak berlaku keadaan yang tidak dingini apabila dilakukan provokasi sedemikian? Sebab kaum bukan Melayu merasakan bahawa yang melakukan perbuatan biadap yang sedemikian bukan dilakukan oleh majoriti orang Melayu. Orang bukan Melayu tahu dan sedar bahawa majoriti- Melayu yang ada di Malaysia adalah terdiri golongan yang mahukan kedamaian. Dan hanya segelintir Melayu yang menjadi ‘tentera upahan’ sahaja yang berperangai sedemikian. Lantas tidak berlaku perkara-perkara yang tidak dingini.

Oleh itu apa yang dirisau dan dibimbangi oleh TS Muhyiddin itu tidak akan berlaku. Yang pasti pihak kerajaan seharusnya melaksanakan undang-undang dengan seikhlas-ikhlasnya supaya jangan ternampak langsung unsur pilih kasih dari pihak kerajaan. Kegiatan biadap yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sepatutnya ditangani dengan tegas oleh pihak polis supaya jangan timbul perasangka yang bukan-bukan dari rakyat. Berindak dengan adil kepada semua kaum. Tak kiralah kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dll seharusnya diberikan layanan yang sama. Pasti tidak akan timbul keraguan terhadap kerajaan yang memerintah.

Kini timbul kisah seorang diplomat yang bertugas di New Zealand melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar diplomat yang pastinya mencemarkan namanya dan nama Malaysia (sekiranya betul pertuduhan terhadap diplomat berkenaan). Jikalau diperhatikan melalui facebook dan tweeter majoriti yang memberikan pandangan merasakan diplomat ini mesti dihadapkan di mahkamah di New Zealand. Dan kebanyakan yang memberikan komen sedemikian adalah terdiri dari golongan bukan Melayu. Seolah-olah ‘bergembira’ melihat kesusahan yang dialami oleh orang Melayu.

Bukan begitu. Orang Melayu yang rasional cara berfikirnya juga pasti merasakan bahawa diplomat berkenaan harus diadili dengan seadil-adilnya. Bukan cuba ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru’
Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Dikatakan sedemikian kerana peranan diplomat adalah membawa ‘bendera’ negara. Tercalarnya diplomat itu bererti ‘terkoyak’lah bendera Malaysia.

13 Mei pastinya tidak akan berlaku, Insyallah. Yang pentingnya pihak kepimpinan negara harus menyelami hati budi rakyat terbanyak dan jangan ‘take for granted’ budi baik rakyat Malaysia ini samada dari keturunan Melayu, Cina, India, Iban dll. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah bersatu. Cuma ada anasir-anasir yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia.

Tak tahu ler aku, betui ke tak betui apa yang aku tulis. Maaf ler kalau tersilap...

abuhassanadam

7 Julai 2014
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 7-7-2014

Ahli Parlimen DAP diludah ketika edar kurma di bazar ramadhan

http://www.amenoworld.net | .

Siang tadi.

MP Kluang dari parti DAP, Liew Chin Tong sekali lagi ke bazar ramadhan Kluang. Berikut yang dia kemaskini di laman twitternya.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 6-7-2014




Memberi sedekah lebih besar kesalahan daripada penari tiang, betul ke?


BETUL KE??? .... MEMBERI SEDEKAH KEPADA PENGEMIS LEBIH BESAR KESALAHANNYA DARI MENJADI PENARI TIANG???


Memberi sedekah kepada pengemis, Setiausaha Agung Umno Malaysia kata pemberi akan didenda RM150... tetapi penari tiang hanya sekadar didenda RM25 sahaja.

Ikut hukum akal logik... menjadi pemberi sedekah kepada pengemis dan fakir miskin kesalahannya jauh lebih besar daripada menjadi penari tiang.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 6-7-2014






Konflik suburkan ektremisme

IKHWANUL KIRAM MASHURI | .
Sejumlah pemimpin dunia, terutama di kawasan Asia Barat, kini sedang dirisaukan dengan pergerakan kelompok garis keras yang bernama Da’isy. Yang terakhir ini merupakan pecahan atau nama lain dari tanzim al-Qaeda di Iraq dan Syria.

Setelah berjaya menguasai Mosul, kota kedua terbesar di Iraq, mereka terus bergerak untuk menjangkau daerah-daerah di sekitarnya. Sejumlah kawasan di sempadan Iraq-Syria kini telah berjaya mereka kuasai. Dalam istilah pengamat Asia Barat, Abdul Rahman al-Rasyid, bahaya Da’isy kini sudah mencapai depan gawang Arab Saudi, Jordan, dan Turki.

Pada awalnya, kelompok garis keras ini mengatasnamakan perjuangan mereka sebagai pembebasan masyarakat yang tertindas dan dizalimi oleh rejim penguasa Presiden Bashar al-Assad di Syria. Juga membantu perjuangan kelompok-kelompok Sunni di Iraq yang merasa dipinggirkan oleh pemerintah Perdana Menteri Nouri al-Maliki yang menganut Syiah. Seperti diketahui, kelompok Sunni merupakan pendukung Presiden Saddam Husein yang digulingkan oleh pasukan sekutu pimpinan Amerika Syarikat.

Ketika muncul penentangan terhadap kekuasaan Presiden Bashar sekitar tiga tahun lalu, sejumlah negara Arab memang sedang digoncang oleh revolusi rakyat untuk menggulingkan rejim penguasa diktator-autoritarian. Revolusi rakyat yang kemudian dikenali dengan Al-Rabi’ al-Araby atau Musim Bunga Arab. Revolusi rakyat itu telah berhasil menggulingkan Presiden Tunisia Zine el-Abidine ben Ali, Presiden Mesir Hosni Mubarak, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, dan penguasa Libya Muammar Gaddafi.

Al-Rabi’ al-Araby itu kemudian juga menjalar ke Syria. Awalnya berupa demonstrasi, kemudian berkembang menjadi konflik bersenjata. Saat berlangsung revolusi rakyat di Syria ini masuklah orang-orang al-Qaeda untuk membantu melawan rejim Bashar al-Assad. Orang-orang al-Qaeda ini merupakan mereka yang selamat dari Afghanistan ketika diserang oleh AS dan sekutunya. Mereka kemudian melarikan diri ke negara-negara yang sedang berkonflik seperti Iraq dan Syria.

Di Iraq mereka bergabung dengan kelompok Sunni di wilayah Mosul dan sekitarnya. Di wilayah ini, Sunni merupakan majoriti namun kecewa terhadap dasar pemerintahan pusat di Baghdad yang didominasi oleh Syiah. Sedangkan di Syria mereka merapatkan diri dengan kelompok-kelompok oposisi yang berideologi Sunni. Bashar sendiri merupakan penganut Alawiyah.

Kekecewaan kelompok-kelompok Sunni Iraq dan Syria ini kemudian dimanfaatkan oleh orang-orang al-Qaeda untuk dapat wujud di kedua-dua negara tersebut dengan nama bermacam-macam. Seperti Jabhatu al-Nasrah, Ahraru Syam, Tandzimu Al-Daulah Al-Islamiyah fi Al-Iraq wa Al-Syam, ISIS, dan Da’isy. Media-media di Asia Barat lebih sering menyebut kelompok ini sebagai Da’isy yang ingin mendirikan Negara Islam di Iraq dan al-Syam.

Kelompok Da’isy ini kemudian merekrut ribuan pemuda untuk bergabung. Terutama mereka yang marah terhadap rejim Bashar al-Assad dan pemerintahan Iraq Nouri al-Maliki. Juga pemuda-pemuda dari berbagai negara. Para pemuda itu kemudian dilatih berperang. Mereka dicuci otaknya hingga siap menjalankan perintah "suci." Termasuk melakukan bom bunuh diri di manapun mereka diperintahkan. Mereka juga siap menjalankan teror di negara-masing-masing. Intinya, para pemuda itu siap untuk dieksport menjadi teroris internasional yang beroperasi di mana saja.

Semaklah apa yang disampaikan seorang pemuda dari Kota Cardiff, Wales, yang bergabung dengan kelompok Da’isy sejak sekitar 18 bulan lalu sebagaimana dikutip Washington Post dan Al-Sharq Al-Awsat dari sebuah video. Pemuda ini bernama Nasir Mutsanna. ‘‘Apa yang kami pahami adalah tidak ada batas (negara).

Kami telah ikut berperang di Syria. Sebentar lagi kami akan pergi ke Iraq untuk berjihad. Kami juga akan pergi ke Lubnan, Jordan atau ke mana pun sesuai dengan perintah Syeikh al-Baghdadi (Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin tertinggi Da’isy).’’

Mutsanna menjelaskan, keluarganya berasal dari Yaman dan kemudian berhijrah ke Britain. Sebelum menyertai "jihad," ia telah diterima di fakulti kedoktoran di empat universiti di Britain. Namun, ia lebih memilih "jihad" daripada kuliah yang dikatakannya sangat membosankan.

Mutsanna-mustanna lain yang bergabung dengan kelompok Da’isy kini jumlahnya boleh sampai puluhan ribu. Selain dari Iraq dan Syria, Al-Sharq Al-Awsat menyebutkan terdapat pemuda-pemuda dari berbagai negara Arab yang bergabung. Dari Arab Saudi saja diperkirakan tidak kurang dari seribu pemuda yang kini ikut "berjihad" di Iraq dan Syria. Mereka sangat militan dan sangat taat pada perintah Sheikh al-Baghdadi. Itu sebabnya, kelompok Da’isy ini boleh dengan mudah menguasai Kota Mosul dan daerah-daerah di sekitarnya. Juga wilayah-wilayah di sempadan Iraq dengan Syria.

Keberadaan Da’isy dan kelompok-kelompok garis keras lain yang semakin kuat di Iraq dan Syria ini kini menjadi masalah tersendiri bagi negara-negara Arab lainnya. Di satu sisi, mereka mengecam pemerintahan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan rejim Presiden Bashar al-Assad yang mereka anggap sebagai penyebab munculnya konflik berdarah dan tumbuh suburnya kelompok-kelompok garis keras.

Di sisi yang lain, menguatnya Da’isy -- yang meskipun sesama pengikut Sunni -- namun dianggap sangat membahayakan kepada keamanan negara-negara Arab, terutama negara-negara Arab di Teluk Parsi. Ideologi kekerasan yang mereka anut dan yang menghalalkan segala cara sungguh membimbangkan.

Kerana itu, Arab Saudi memasukkan Da’isy sebagai organisasi teroris yang dilarang keberadaannya di wilayah mereka. Bahkan sejumlah negara Arab kini berpandangan bahawa Da’isy dan kelompok garis keras lainnya lebih berbahaya daripada rejim Bashar al-Assad.

Intinya sebuah kekuasaan harus melibatkan semua komponen masyarakat. Kekuasaan yang didominasi kelompok-kelompok tertentu dan mengabaikan kelompok lain, seperti di Syria dan Iraq, justeru akan memunculkan sakit hati. Sakit hati yang kemudian boleh berubah menjadi konflik dan perlawanan. Konflik dan perlawanan yang akan menumbuhkan-suburkan bibit-bibit terorisme. - Republika

Sumber HD - 6-7-2014

Kenyataan KJ membuatkan Ku Nan tersentap

Kenyataan Khairy Jamaluddin Ini Sudah Pasti Akan Membuatkan Ku Nan Tersentap Dan Terduduk "

Kenyataan yang berbeza daripada dua menteri UMNO. KJ menafikan kata-kata Ku Nan yang mengatakan pengagihan makanan kepada gelandangan boleh mengundang kepada kekotoran. Ini baru namanya Menteri, yang betul dikatakan betul, bukannya macam Ku Nan main sergah saja.

Aku rasa dia sendiri pun belum pernah melihat aktiviti NGO PERTIWI bagi makanan percuma kepada gelandangan, itu pasallah dia tidak tahu keadaan sebenar.

TikaqBuloh setuju 100% atas kenyataan KJ tumpuan sepatutnya diberi untuk membasmi kemiskinan, bukannya menghapuskan orang miskin daripada pandangan orang ramai.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.

Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.

Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretarian Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook, katanya.

"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.

"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.

Beliau seterusnya berharapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus membantu usaha NGO tersebut.

"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO2 seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka.

"Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.

“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong."

"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya. Sumber

Sumber HD - 4-7-2014

Foto pasir setelah diperbesar 110 kali



Berikut ini bentuk-bentuk pasir dalam bentuk 3D oleh Greenberg dengan menggunakan Mikroskop Edge 3D (pembesaran 110 kali.










Sumber HD - 4-7-2014

No comments:

Post a Comment