JUMLAH PENGUNJUNG

AmazingCounters.com

Monday, July 7, 2014

SALAM IDULFITRI 1435H


Salam Idulfitri 1435H

Maaf zahir dan batin .


Makluman: Harakahdaily memberi peluang kepada warga Malaysia yang menuntut, bertugas dan menetap di luar negara untuk menyampaikan ucapan sempena Ramadhan dan Idulfitri 1435H kepada kaum keluarga dan sahabat handai di negara ini. Foto beserta nama, alamat dan ucapan boleh dihantar ke e-mel editorharakahdaily@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .




Daripada:Shahruznaim bin Shamsuddin
Lokasi:Bangalore,India
Kepada:keluarga di Malaysia

Ucapan:selamat hari raya aidilfitri kepada ibu bapa kami,guru-guru di Saser,STJ,MRSM Langkawi,MRSM Jasin,SBPI Batu Rakit,MRSM Serting,MRSM Jeli,Sains Machang,sahabat handai yang mengenali dan juga kepada penaja kami MARA.

Dari kami;
Pelajar tahun akhir MBBS International Medical School MSU Bangalore Campus
Bhagwan Mahaveer Jain Hospital




Saya Asyraf beralamat 76, Caddow Road, NR5 9PQ, Norwich, UK.

Berikut saya lampirkan gambar dan ucapan salam perantauan di Harakah:

Salam Ramadhan dan Idulfitri diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga di Ipoh, Perak dan Sg. Bakap, P.Pinang, keluarga dan sahabat handai yang mengenali kami, tidak lupa warga UIA Kuantan, UPM Serdang, KISAS dan SRC Ipoh. Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga, Muhammad Asyraf Md Hatta, Khalilah Ghazali, Afnan Wafi dan Nur Amni di University of East Anglia, Norwich, United Kingdom.




Kami ingin mengucapkan Salam Ramadhan, dan juga Salam Aidilfitri kepada kedua ibu bapa, keluarga, dan rakan-rakan kami di Malaysia. Tidak lupa juga kepada penaja kami, Majlis Amanah Rakyat (MARA); dan para tenaga pengajar di UniKL MIAT. Minta ampun, minta maaf di atas segala salah dan silap kami. Salam Perantau dan salam rindu daripada kami, pelajar-pelajar tahun akhir 'Licencing Program B2 Aircraft Maintenance Engineer' Air Service Training, Perth, Scotland. Barisan Atas (dari kiri: Fikry, Hakim, Ashraf, Adie, Zaim, Arif, Fauzee, Afnan, Hikmi). Barisan Bawah: Azri




Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat Hari Raya Idulfitri 1435 H kepada umi ayah, Pn. Rosminah dan En. Abd Latip, serta famili dan saudara mara yang berada di Taiping, Perak dan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini terutama dari UIA Kuantan. Maaf zahir dan batin dipinta dan doakanlah diri ini supaya selalu menjaga diri di negera orang. Daripada Muhammad Asyraf bin Abd Latip, The University of Sheffield, United Kingdom.



Selamat berpuasa danSalam Aidilfitri buat keluarga tercinta di Kuala Ketil, Kedah, sanak saudara di Kulim,Kedah dan Permatang Pasir,Pulau Pinang, guru-guru serta rakan-rakan yang mengenali diri saya. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada penaja, JPA. Semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Salam Aidilfitri.

Daripada :
Siti Masyitah binti Muhd Radzi,
Tahun 3,
Ekonomi dan Perbankan Islam,
Universiti Yarmouk, Jordan.



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Kareem & Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga terutama ibu saya, Puan Jamaliah binti Md Salleh dan ayah saya Mohammad Murad bin Hormen, serta adik beradik saya, Nurazlin Sofia binti Mohammad Murad & Nurul Amirah binti Mohammad Murad yang berada di Klang Selangor. Tidak lupa juga buat semua sanak-saudara dan rakan-rakan di Malaysia yang mengenali diri ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada;
Siti Khadijah binti Mohammad Murad,
University of New South Wales (UNSW), Australia.




Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya kepada Abi, Umi, Abah Ummi, serta keluarga di Padang Pak Omar dan Wakaf Bunut, Kelantan, warga Sek Men Keb Bukit Jawa (SMKBJ) dan sahabat handai yang mengenali kami. Ampun dan maaf dipinda dari kami Ahsan Nur Mubarak, Nen Hasbeyah dan Izz Walee Mahdi- Cranfield University, United Kingdom.




Daripada Maizatul Akmal,Adibah,Hamizah dan Ain Norshahiwa ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua warga Malaysia terutama ahli keluarga di Johor, Selangor dan Kelantan. doakan kami dipermudahkan dalam jihad menuntut ilmu dari kami mahasiswi Universiti Mu'tah The Heshimate Kingdom of Jordan.

Sumber HD - 7-7-2014

Sunday, July 6, 2014

PAS NEGERI KEDAH (JILID 2)

Militan: Mashitah usah merepek

ZULKIFLI YAHAYA | .


PENGERUSI Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Dato' Dr Mashitah Ibrahim mendesak kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau kewujudan sekolah pondok yang semakin banyak ditubuhkan tetapi terbabit menyebarkan fahaman ekstremis.

Mashitah berkata, ada pihak yang mendekati pondok untuk mengajak warganya menganggotai pasukan jihad yang boleh membawa kepada perjuangan militan. Katanya lagi, Islam tidak pernah mengajar fahaman ekstremis atau keganasan.

Entah apa merepeknya orang yang diamanahkan Dato' Seri Najib Razak untuk menjaga pondok ini tiba-tiba mengaitkan pondok dengan keganasan. Realiti yang berlaku di negara ini, begitu ramai ektremis datangnya dari sebuah parti politik asobiyah kaumiyah dan beberapa buah NGO yang jadi rakan sekutu mereka. Itu tidak dipedulikan. Pondok pula yang jadi sasaran fitnah jahat di bulan Ramadan ini.

Kumpulan rasis Melayu itu bertindak ganas dalam setiap isu yang melibatkan kononnya penentangan terhadap hak Melayu, Islam dan raja. Mereka paling banyak mengadakan 'himpunan haram' termasuk melakukan provokasi melampau berteraskan semangat rasis seperti mengusung kepala lembu berdarah dan sepanduk yang mengandungi kata nista.

Baru-baru kumpulan pelampau tersebut telah menyerang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang. Mujur tidak ada yang terkorban di sebalik keganasan tersebut. Dalam isu tertentu, ada pemimpin kumpulan pelampau itu yang mengugut untuk memancung kepala pihak yang tidak mereka senangi.

Tetapi oleh kerana kewujudan kumpulan pelampau ini adalah dari tarbiyah dan (mungkin) arahan parti asobiyah kaumiyah yang sedang menerajui negara maka tindakan ekstremis mereka semuanya 'ditanggung halal' belaka.

Usaha pihak tertentu mengaitkan pondok, bahkan PAS dengan kumpulan ekstremis adalah apabila tersebar khabar seorang ahli PAS melepaskan jawatan dalam parti, meninggalkan negara dan pergi mengangkat senjata untuk berperang dengan regim Basyar Assad. Dia pergi bukan atas arahan mahupun pengetahuan pemimpin PAS. Tindakannya secara bersendirian dan ijtihadnya untuk memilih kaedah berperang di negara orang itu pun keputusannya sendiri.

Ramai sangatkah warga pondok yang pergi berjihad di Syria? Pihak berkuasa Malaysia tentu ada maklumat. Tetapi kalau hendak dikata habis lengang pondok di Malaysia kerana warganya pergi berperang, tidak masuk akal. Berdasarkan maklumat yang diterima di alam maya, yang pergi berperang di Syria cuma seorang dari Malaysia, yang merupakan bekas anggota PAS.

Jika cuma seorang, apalah yang hendah dikepohkan sangat oleh Pengerusi Publisiti MCA, Dato' Chai Kim Sen yang meminta pihak polis agar membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berhubung isu jihad di Syria. Nampak sangat Pengerusi Publisiti MCA itu hanya mencari publisiti untuk dirinya.

Isu jihad tiada kena mengena dengan MCA. Sukar juga untuk diterangkan konsep jihad kepada pemimpinnya yang aqidah pun tidak betul.

Dalam konteks di Malaysia, PAS memilih berjihad secara 'muwajahah silmiyyah' iaitu perjuangan mendapatkan kuasa melalui cara yang aman. Tegasnya adalah melalui sistem demokrasi. Jika ada yang enggan memilih kaedah yang diguna pakai oleh PAS, tiada masalah. Mereka boleh berada di luar PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan serta memecat mana-mana ahlinya yang terlibat di dalam apa jua bentuk aktiviti yang bertentangan dengan prinsip perjuangan yang didokongi PAS selama ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang juga berkali-kali menegaskan bahawa pendekatan politik yang diambil PAS di negara ini adalah secara aman dengan terus terlibat dalam proses pilihan raya dan demokrasi walaupun ianya tempang dan tidak adil.

Berhubung isu di Syria, Presiden PAS juga pernah menghuraikan dengan mendalam situasi yang begitu kompleks di sana. Beliau mengambil sikap berhati-hati dan menjauhi dari memihak kepada mana-mana kumpulan, lantaran tidak mahu menjayakan agenda musuh Islam khususnya Barat untuk memecahbelahkan umat Islam sejagat. Sikap tersebut boleh difahami dengan jelas dalam tulisan mahupun ucapannya.

Keputusan seorang anggota PAS melepaskan kedudukannya dalam PAS sebelum pergi berjihad di Syria adalah tindakan yang tepat kerana dia tiada mengena lagi dengan apa-apa tanggung jawab dalam PAS.

Justeru, penglibatannya tidak perlu dikaitkan dengan PAS untuk tujuan mengaburi mata masyarakat umum bahawa PAS menyokong militan. Elok kerajaan BN mencari isu lain untuk memburukkan pondok atau PAS. - HARAKAHDAILY, 7/7/2014

Sumber HD - 7-7-2014

Pondok militan: Mashitah buat kenyataan 'cari pasal'

AHMAD TARMIZI SULAIMAN | .

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Umno Dr Mashitah Ibrahim berhubung isu militan.

Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikatakan berpotensi menghasilkan pengganas militan.

Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi.

Kata beliau juga, ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan‘jihad’yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Mashitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.

Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan beliau ketika itu.

Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada 'track record' baik kerajaan Umno terhadap institusi pondok.

Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan sedangkan kumpulan kongsi gelap yang mengganas dalam negara dibiar berleluasa.

Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.

Bekas senator itu juga jangan lupa, datuk kepada Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran Umno sehinggakan beliau menegur dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950an dahulu.

Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa judi loteri adalah haram.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi lagi.

Tokoh ulama berprinsip ini telah mengasaskan pondok di Pulau Pinang dan kekal sehingga kini.

Pemuda PAS Kedah juga menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Yahya yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) iaitu penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu berbeza yang tiada kaitan dengan fahaman sekolah pondok, dan ia perlu ditangani pihak berkuasa secara telus serta yakin mereka berkeupayaan memantau isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah bersepakat untuk mengambil saranan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin iaitu tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya.

Pandangan Dr Mashitah mengenai jihad perlu diperbetulkan selain menilai sekolah pondok secara fakta.

*Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

Sumber HD - 6-7-2014

Friday, July 4, 2014

DARI BLOG-BLOG LAIN




Peristiwa 13 Mei tidak akan berlaku lagi...

Aku semacam tidak percaya kenyataan TS Muhyiddin Yassin mengenai kemungkinan Peristiwa 13 Mei akan tercetus lagi. Aku terfikir takkanlah kenyataan sedemikian boleh terkeluar dari mulut seorang Timbalan Perdana Menteri. Ataupun berkemungkinan kenyataan beliau itu adalah ‘misquoted’ atau disalah tafsir oleh pihak media tentang kenyataan beliau itu. Walaubagaimana pun apa salahnya bagi seseorang Timbalan Perdana Menteri memberikan peringatan kepada rakyat tentang bahaya sedemikian.

Tetapi persoalan yang agak memeningkan kepala aku (mungkin kepala aku seorang agaknya) ialah apakah mudah benar bagi masyarakat Malaysia yang kononnya telah mencapai suatu peradaban yang tinggi, boleh mencetuskan perbalahan kaum. Sejarah telah menunjukkan bahawa selepas peristiwa tahun 1969 itu tidak pernah wujud lagi perbalahan kaum yang sedemikian rupa. Maknanya sudah 45 tahun kita rakyat Malaysia sudah boleh hidup dalam keadaan aman dan damai, walaupun terdapat perbalahan-perbalahan kecil di sana sini. Itu biasalah….

TS Muhyiddin menggunakan rasional dan memberi amaran tentang keumngkinan berlakunya peristiwa pahit itu memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain……..Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

Dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini kritik mengkritik antara satu sama lain (ataupun antara satu kaum dengan kaum lain) adalah merupakan perkara biasa, apatah lagi dengan kemunculan media baru yang sudah tidak dapat dikawal dan dibendung ini. Aku tidak mempunyai statistik tertentu tetapi apa yang aku perhatikan yang menjadi bahan kritik media baru ialah mengenai rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO (BN) dan para pegawai kerajaan.

Walaupun seribu alasan diberikan oleh pihak kepimpinan negara mengenai sesuatu ‘penipuan’ yang dijalankan, namun pihak yang terlibat tidak boleh ‘melangsaikan’ persepsi rakyat tentang sesuatu isu itu. Misalnya walaupun diberikan berbagai hujah untuk ‘menghalalkan’ pemberian kontrak untuk membangunkan beberapa UiTM baru-baru ini, rakyat tetap mempersoalkan kewajarannya.

Sebenarnya perpaduan kaum semakin kukuh kini berbanding dengan zaman sebelumnya. Yang melakukan kritikan yang berbagai-bagai melalui media sosial bukannya kaum bukan Melayu semata-mata tetapi kebanyakannya adalah terdiri dari cerdik pandai Melayu yang sudah tidak boleh ditipu dan dikelentong. Adalah salah sekiranya diandaikan bahawa yang menentang kepimpinan Melayu dalam UMNO itu hanya terdiri dari kaum bukan Melayu sahaja. Ramai juga orang Melayu yang menentang UMNO selagi UMNO tidak diperbetulkan.

Telah berlaku beberapa perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih. Dengan jelas telah memperlihatkan kepada kita bahawa perpaduan di Malaysia sudah semakin mantap. Kerjasama yang ditunjukkan oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia patut dipuji. Dan di peringkat bawahan kerjasama ini amat erat dan tidak menampakkan langsung kemungkinan seperti yang disuarakan oleh TS Muhyiddin Yassin itu.

Aku berani mengatakan bahawa peristiwa seperti mana yang tedapat pada 13 Mei 1969 itu tidak berlaku dan tidak akan berlaku. Sudah begitu banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menaikkan kemarahan kaum lain, namun ‘jawapan’ yang diberikan oleh kaum lain adalah jawapan beradab sesuai dengan masyarakat yang hidup dalam kurun ke-21.

Mengapa tidak berlaku keadaan yang tidak dingini apabila dilakukan provokasi sedemikian? Sebab kaum bukan Melayu merasakan bahawa yang melakukan perbuatan biadap yang sedemikian bukan dilakukan oleh majoriti orang Melayu. Orang bukan Melayu tahu dan sedar bahawa majoriti- Melayu yang ada di Malaysia adalah terdiri golongan yang mahukan kedamaian. Dan hanya segelintir Melayu yang menjadi ‘tentera upahan’ sahaja yang berperangai sedemikian. Lantas tidak berlaku perkara-perkara yang tidak dingini.

Oleh itu apa yang dirisau dan dibimbangi oleh TS Muhyiddin itu tidak akan berlaku. Yang pasti pihak kerajaan seharusnya melaksanakan undang-undang dengan seikhlas-ikhlasnya supaya jangan ternampak langsung unsur pilih kasih dari pihak kerajaan. Kegiatan biadap yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sepatutnya ditangani dengan tegas oleh pihak polis supaya jangan timbul perasangka yang bukan-bukan dari rakyat. Berindak dengan adil kepada semua kaum. Tak kiralah kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dll seharusnya diberikan layanan yang sama. Pasti tidak akan timbul keraguan terhadap kerajaan yang memerintah.

Kini timbul kisah seorang diplomat yang bertugas di New Zealand melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar diplomat yang pastinya mencemarkan namanya dan nama Malaysia (sekiranya betul pertuduhan terhadap diplomat berkenaan). Jikalau diperhatikan melalui facebook dan tweeter majoriti yang memberikan pandangan merasakan diplomat ini mesti dihadapkan di mahkamah di New Zealand. Dan kebanyakan yang memberikan komen sedemikian adalah terdiri dari golongan bukan Melayu. Seolah-olah ‘bergembira’ melihat kesusahan yang dialami oleh orang Melayu.

Bukan begitu. Orang Melayu yang rasional cara berfikirnya juga pasti merasakan bahawa diplomat berkenaan harus diadili dengan seadil-adilnya. Bukan cuba ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru’
Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Dikatakan sedemikian kerana peranan diplomat adalah membawa ‘bendera’ negara. Tercalarnya diplomat itu bererti ‘terkoyak’lah bendera Malaysia.

13 Mei pastinya tidak akan berlaku, Insyallah. Yang pentingnya pihak kepimpinan negara harus menyelami hati budi rakyat terbanyak dan jangan ‘take for granted’ budi baik rakyat Malaysia ini samada dari keturunan Melayu, Cina, India, Iban dll. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah bersatu. Cuma ada anasir-anasir yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia.

Tak tahu ler aku, betui ke tak betui apa yang aku tulis. Maaf ler kalau tersilap...

abuhassanadam

7 Julai 2014
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 7-7-2014

Ahli Parlimen DAP diludah ketika edar kurma di bazar ramadhan

http://www.amenoworld.net | .

Siang tadi.

MP Kluang dari parti DAP, Liew Chin Tong sekali lagi ke bazar ramadhan Kluang. Berikut yang dia kemaskini di laman twitternya.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 6-7-2014




Memberi sedekah lebih besar kesalahan daripada penari tiang, betul ke?


BETUL KE??? .... MEMBERI SEDEKAH KEPADA PENGEMIS LEBIH BESAR KESALAHANNYA DARI MENJADI PENARI TIANG???


Memberi sedekah kepada pengemis, Setiausaha Agung Umno Malaysia kata pemberi akan didenda RM150... tetapi penari tiang hanya sekadar didenda RM25 sahaja.

Ikut hukum akal logik... menjadi pemberi sedekah kepada pengemis dan fakir miskin kesalahannya jauh lebih besar daripada menjadi penari tiang.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 6-7-2014






Konflik suburkan ektremisme

IKHWANUL KIRAM MASHURI | .
Sejumlah pemimpin dunia, terutama di kawasan Asia Barat, kini sedang dirisaukan dengan pergerakan kelompok garis keras yang bernama Da’isy. Yang terakhir ini merupakan pecahan atau nama lain dari tanzim al-Qaeda di Iraq dan Syria.

Setelah berjaya menguasai Mosul, kota kedua terbesar di Iraq, mereka terus bergerak untuk menjangkau daerah-daerah di sekitarnya. Sejumlah kawasan di sempadan Iraq-Syria kini telah berjaya mereka kuasai. Dalam istilah pengamat Asia Barat, Abdul Rahman al-Rasyid, bahaya Da’isy kini sudah mencapai depan gawang Arab Saudi, Jordan, dan Turki.

Pada awalnya, kelompok garis keras ini mengatasnamakan perjuangan mereka sebagai pembebasan masyarakat yang tertindas dan dizalimi oleh rejim penguasa Presiden Bashar al-Assad di Syria. Juga membantu perjuangan kelompok-kelompok Sunni di Iraq yang merasa dipinggirkan oleh pemerintah Perdana Menteri Nouri al-Maliki yang menganut Syiah. Seperti diketahui, kelompok Sunni merupakan pendukung Presiden Saddam Husein yang digulingkan oleh pasukan sekutu pimpinan Amerika Syarikat.

Ketika muncul penentangan terhadap kekuasaan Presiden Bashar sekitar tiga tahun lalu, sejumlah negara Arab memang sedang digoncang oleh revolusi rakyat untuk menggulingkan rejim penguasa diktator-autoritarian. Revolusi rakyat yang kemudian dikenali dengan Al-Rabi’ al-Araby atau Musim Bunga Arab. Revolusi rakyat itu telah berhasil menggulingkan Presiden Tunisia Zine el-Abidine ben Ali, Presiden Mesir Hosni Mubarak, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, dan penguasa Libya Muammar Gaddafi.

Al-Rabi’ al-Araby itu kemudian juga menjalar ke Syria. Awalnya berupa demonstrasi, kemudian berkembang menjadi konflik bersenjata. Saat berlangsung revolusi rakyat di Syria ini masuklah orang-orang al-Qaeda untuk membantu melawan rejim Bashar al-Assad. Orang-orang al-Qaeda ini merupakan mereka yang selamat dari Afghanistan ketika diserang oleh AS dan sekutunya. Mereka kemudian melarikan diri ke negara-negara yang sedang berkonflik seperti Iraq dan Syria.

Di Iraq mereka bergabung dengan kelompok Sunni di wilayah Mosul dan sekitarnya. Di wilayah ini, Sunni merupakan majoriti namun kecewa terhadap dasar pemerintahan pusat di Baghdad yang didominasi oleh Syiah. Sedangkan di Syria mereka merapatkan diri dengan kelompok-kelompok oposisi yang berideologi Sunni. Bashar sendiri merupakan penganut Alawiyah.

Kekecewaan kelompok-kelompok Sunni Iraq dan Syria ini kemudian dimanfaatkan oleh orang-orang al-Qaeda untuk dapat wujud di kedua-dua negara tersebut dengan nama bermacam-macam. Seperti Jabhatu al-Nasrah, Ahraru Syam, Tandzimu Al-Daulah Al-Islamiyah fi Al-Iraq wa Al-Syam, ISIS, dan Da’isy. Media-media di Asia Barat lebih sering menyebut kelompok ini sebagai Da’isy yang ingin mendirikan Negara Islam di Iraq dan al-Syam.

Kelompok Da’isy ini kemudian merekrut ribuan pemuda untuk bergabung. Terutama mereka yang marah terhadap rejim Bashar al-Assad dan pemerintahan Iraq Nouri al-Maliki. Juga pemuda-pemuda dari berbagai negara. Para pemuda itu kemudian dilatih berperang. Mereka dicuci otaknya hingga siap menjalankan perintah "suci." Termasuk melakukan bom bunuh diri di manapun mereka diperintahkan. Mereka juga siap menjalankan teror di negara-masing-masing. Intinya, para pemuda itu siap untuk dieksport menjadi teroris internasional yang beroperasi di mana saja.

Semaklah apa yang disampaikan seorang pemuda dari Kota Cardiff, Wales, yang bergabung dengan kelompok Da’isy sejak sekitar 18 bulan lalu sebagaimana dikutip Washington Post dan Al-Sharq Al-Awsat dari sebuah video. Pemuda ini bernama Nasir Mutsanna. ‘‘Apa yang kami pahami adalah tidak ada batas (negara).

Kami telah ikut berperang di Syria. Sebentar lagi kami akan pergi ke Iraq untuk berjihad. Kami juga akan pergi ke Lubnan, Jordan atau ke mana pun sesuai dengan perintah Syeikh al-Baghdadi (Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin tertinggi Da’isy).’’

Mutsanna menjelaskan, keluarganya berasal dari Yaman dan kemudian berhijrah ke Britain. Sebelum menyertai "jihad," ia telah diterima di fakulti kedoktoran di empat universiti di Britain. Namun, ia lebih memilih "jihad" daripada kuliah yang dikatakannya sangat membosankan.

Mutsanna-mustanna lain yang bergabung dengan kelompok Da’isy kini jumlahnya boleh sampai puluhan ribu. Selain dari Iraq dan Syria, Al-Sharq Al-Awsat menyebutkan terdapat pemuda-pemuda dari berbagai negara Arab yang bergabung. Dari Arab Saudi saja diperkirakan tidak kurang dari seribu pemuda yang kini ikut "berjihad" di Iraq dan Syria. Mereka sangat militan dan sangat taat pada perintah Sheikh al-Baghdadi. Itu sebabnya, kelompok Da’isy ini boleh dengan mudah menguasai Kota Mosul dan daerah-daerah di sekitarnya. Juga wilayah-wilayah di sempadan Iraq dengan Syria.

Keberadaan Da’isy dan kelompok-kelompok garis keras lain yang semakin kuat di Iraq dan Syria ini kini menjadi masalah tersendiri bagi negara-negara Arab lainnya. Di satu sisi, mereka mengecam pemerintahan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan rejim Presiden Bashar al-Assad yang mereka anggap sebagai penyebab munculnya konflik berdarah dan tumbuh suburnya kelompok-kelompok garis keras.

Di sisi yang lain, menguatnya Da’isy -- yang meskipun sesama pengikut Sunni -- namun dianggap sangat membahayakan kepada keamanan negara-negara Arab, terutama negara-negara Arab di Teluk Parsi. Ideologi kekerasan yang mereka anut dan yang menghalalkan segala cara sungguh membimbangkan.

Kerana itu, Arab Saudi memasukkan Da’isy sebagai organisasi teroris yang dilarang keberadaannya di wilayah mereka. Bahkan sejumlah negara Arab kini berpandangan bahawa Da’isy dan kelompok garis keras lainnya lebih berbahaya daripada rejim Bashar al-Assad.

Intinya sebuah kekuasaan harus melibatkan semua komponen masyarakat. Kekuasaan yang didominasi kelompok-kelompok tertentu dan mengabaikan kelompok lain, seperti di Syria dan Iraq, justeru akan memunculkan sakit hati. Sakit hati yang kemudian boleh berubah menjadi konflik dan perlawanan. Konflik dan perlawanan yang akan menumbuhkan-suburkan bibit-bibit terorisme. - Republika

Sumber HD - 6-7-2014

Kenyataan KJ membuatkan Ku Nan tersentap

Kenyataan Khairy Jamaluddin Ini Sudah Pasti Akan Membuatkan Ku Nan Tersentap Dan Terduduk "

Kenyataan yang berbeza daripada dua menteri UMNO. KJ menafikan kata-kata Ku Nan yang mengatakan pengagihan makanan kepada gelandangan boleh mengundang kepada kekotoran. Ini baru namanya Menteri, yang betul dikatakan betul, bukannya macam Ku Nan main sergah saja.

Aku rasa dia sendiri pun belum pernah melihat aktiviti NGO PERTIWI bagi makanan percuma kepada gelandangan, itu pasallah dia tidak tahu keadaan sebenar.

TikaqBuloh setuju 100% atas kenyataan KJ tumpuan sepatutnya diberi untuk membasmi kemiskinan, bukannya menghapuskan orang miskin daripada pandangan orang ramai.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.

Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.

Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretarian Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook, katanya.

"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.

"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.

Beliau seterusnya berharapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus membantu usaha NGO tersebut.

"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO2 seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka.

"Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.

“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong."

"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya. Sumber

Sumber HD - 4-7-2014

Foto pasir setelah diperbesar 110 kali



Berikut ini bentuk-bentuk pasir dalam bentuk 3D oleh Greenberg dengan menggunakan Mikroskop Edge 3D (pembesaran 110 kali.










Sumber HD - 4-7-2014

Thursday, July 3, 2014

LAJNAH ANTARABANGSA PAS PUSAT (JILID 2)


China's Uighurs face new Ramadan restrictions

Islamic Human Rights Commission (IHRC) | .
China's decision to impose a ban on fasting during Ramadan in its majority Muslim western province of Xinjiang represents an attack on fundamental religious freedoms and is part of an ongoing attempt to destroy Uighur culture.

In a move that has become an annual occurrence Chinese authorities have banned government employees and schoolchildren from fasting on the spurious grounds that it is detrimental to health. Muslim restaurants have been forced to sign declarations that they would not close their doors during the holy month.

Although some of the restrictions are widely ignored they add to a list of repressive measures directed at the majority Muslim Uighurs which include preventing adults from taking children to mosques or teaching them about Islam, travelling to Mecca for pilgrimage or going overseas to study Islam, possessing Islamic literature that is not approved by the state including copies of the Quran, and wearing veils in public institutions.

They form part of a campaign of repression against Uighurs in Xinjiang that began after the region was absorbed into the People's Republic of China in 1949 resulting in the mass resettlement of Han Chinese into the region. At the time almost all of the native population was Muslim but the repopulation of millions of Han Chinese has resulted in them now almost equalling the Uighurs in number.

Today thanks to discriminatory state policy Han Chinese dominate the local economy. Moreover, Uighur residential areas as well as commercial and cultural centres have been demolished in some cities to make way for modern developments for the Han.

Uighur rights campaigners say that their language is being systematically eliminated from tertiary institutions, and classes on Uighur literature, instructed entirely in Chinese, are subject to inspection by "language police".

Uighurs also remain the only minority group subject to structural executions for religious offences.

Protests which regularly break out to resist the repression are typically met with a brutal response by the police, often supported by Han mobs who are allowed to attack Muslims with impunity.

The repression of the Uighurs stands in stark contrast to China's greater tolerance of its other major Muslim group, the Hui. The Hui number some 10 million and reside mainly in the Ningxia Hui Autonomous Region in central China.

The differential treatment arises out of the Uighur's aspirations for greater autonomy. These are equated with expressions of separatism and terrorism and repressed through ambiguous and far-reaching criminal laws. As a Turkic group the Uighurs are also seen as culturally distinct from the Chinese Hui.

IHRC chair Massoud Shadjareh said: "The continued targeting of Uighurs undermines China's position a a friend of the South. By continuing an essentially racist persecution of Uighurs, China is replicating a colonial process imported from the West it continues to critique. There is still scope for China to move away from the policy and work towards a policy of self-determination for Uighurs within a reinvigorated Chinese state, rather than push an agenda that only further imperils it periphery and fuels separatist and US interventionist ambitions."

Sumber HD - 7-7-2014

NGO Cina gesa batal larangan puasa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Beberapa NGO Cina di negara ini menggesa kerajaan negara China membatalkan larangan berpuasa khususnya di Wilayah Xinjiang di negara itu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan Malaysians for Beng Hock, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor dan Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan mengecam larangan tersebut yang disifatkan sebagai mencabul kebebasan umat Islam.

"Ini merupakan penindasan terhadap kumpulan agama minoriti di China dan kita membantah segala penindasan terhadap etnik dan kumpulan minoriti di dunia.

"Demi menjamin kebebasan beragama, kami menggesa kerajaan China menghapuskan printah tersebut dengan segera," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan tersebut dibuat bersama Penyelaras Malaysians for Beng Hock, Ng Yap Hwa, Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, Robert Lua dan Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan, Koo Kai Soon.

Menurut liputan media antarabangsa, kerajaan China melarang umat Islam etnik Uighur di Xinjiang daripada menunaikan ibadat puasa pada tahun ini.

Larangan tersebut dipercayai dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing.

Didapati beberapa agensi kerajaan China juga melarang kakitangan awam, guru dan pelajar muslim menunaikan puasa pada bulan ramadan.

Misalnya, Jabatan kaji cuaca di Qaraqash di barat Xinjiang menyebut larangan itu adalah 'arahan pihak atasan' dan ia meminta 'semua kakitangan dan bekas kakitangan tidak berpuasa dalam bulan Ramadan'.

Lebih teruk lagi, menurut Kongres Uighur Sedunia, pihak kerajaan China memberi makanan percuma kepada penduduk Xinjiang untuk menggalakkan Muslim tidak berpuasa.

Pihak berkuasa tempatan akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa.

Mengulas lanjut, NGO ini berkata, biarpun larangan ini atas alasan untuk meghapuskan pengganas (terrorist) dan pegiat pemisah (separatist) di Xinjiang, namun kaedahnya adalah salah.

"Malangnya penindasan dan penyekatan kebebasan beragama tidak akan mendatangkan harmoni, bahkan mendorong perkembangan kegiatan pemisahan sebagai tindakan reaksi yang menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap diskriminasi dan ketidaksamarataan di Xinjiang.

"Kami berasal dari negara bermasyarakat majmuk, memahami kepentingan saling menghormati antara kaum dan agama, ia merupakan pancasila keharmonian masyarakat," katanya. - HARAKAHDAILY 6/7/2014

Sumber HD - 6-7-2014


DAP turut kecam China larang umat Islam berpuasa

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: DAP mengecam tindakan kerajaan China yang melarang umat Islam negaranya menjalani ibadah puasa kerana ianya bertentangan dengan hak dan kebebasan beragama.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, tindakan menghalang muslim di wilayah Xinjiang berpuasa pada bulan Ramadan ini sekaligus memaksa mereka untuk tidak melakukan salah satu rukun Islam yang menjadi kewajipan bagi orang Islam.

"Ianya bertentangan dengan kebebasan agama termasuk kebebasan seseorang untuk menjalankan amalan agama serta meningkatkan keimanannya," kata beliau dalam satu kenyataan.

Malah beliau juga mengecam sekiranya tindakan seperti kerajaan China tersebut turut berlaku di negara ini.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyokong hak penduduk Islam di Xinjiang bahawa mereka mempunyai hak untuk berpuasa di bulan Ramadan.

"Kita menyeru semua orang bukan Islam di Malaysia untuk berdiri di atas landasan perpaduan untuk menyokong kebebasan beragama bagi semua golongan minoriti di seluruh dunia dengan berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan yang mulia bersama-sama dengan rakan-rakan Islam kita," katanya.

Kian Ming turut berkongsi pengalaman berpuasa pada Ramadan kali ini dan menghargai peluang yang diberikan untuk berkongsi pengalaman bersama-sama rakan-rakanya yang bergama Islam.

"Hari ini adalah hari yang kelima di mana saya berpuasa pada bulan Ramadan dan tahun ke-2 berturut-turut saya berbuat demikian," katanya.

Semalam, kerajaan pusat di Beijing, China, telah menghalang kakitangan awam, pelajar dan guru-guru di majoriti kawasan Muslim Xinjiang manjalani ibadah puasa.

Pihak berkuasa China mendakwa larangan itu adalah bagi memastikan kesihatan pekerja kerajaan tidak terjejas. - HARAKAHDAILY 4/7/2014

Sumber HD - 4-7-2014

Larang puasa: PAS tuntut penjelasan China

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS akan menuntut penjelasan daripada Beijing berhubung laporan bahawa penjawat awam, pelajar dan guru dilarang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini khususnya di wilayah Xinjiang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata jika laporan itu benar, ianya adalah suatu tindakan yang melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.

"Jika laporan ini benar, PAS membantah larangan ini kerana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia khususnya hak beragama.

"Ia juga bercanggah dengan dasar negara lain di dunia termasuk Amerika Syarikat dan Britain," katanya sambil merujuk sikap yang ditunjukkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Britain David Cameron.

Obama pada Isnin lalu menyampaikan ucapan selamat berpuasa 'Ramadhan Kareem' kepada seluruh umat Islam di dunia sempena kehadiran bulan yang mulia ini.

"Saya mahu menyatakan harapan terbaik kepada umat Islam di Amerika dan di seluruh dunia. Ramadan Kareem.

"Ramadhan adalah masa untuk refleksi diri dan ketaatan. Satu masa apabila umat Islam berpuasa pada siang hari dan melakukan solat tarawih pada malam hari, " kata Obama dalam satu kenyataan video.

Sementara itu, Cameron dalam mesej Ramadhan kepada masyarakat Islam pula memuji sikap umat Islam di negara itu yang banyak bersedekah dan menderma kepada komuniti yang memerlukan khususnya pada bulan Ramadhan.

"Sekali lagi tahun ini kerajaan menyokong program program Iftar (berbuka) beramai-ramai, dengan ratusan komuniti.

"Marilah saya ucapkan kepada kamu sekali lagi, 'Ramadhan Mubarak'," kata beliau.

Beberapa media antarabangsa semalam melaporkan Umat Islam di rantau Xinjiang, China yang bekerja sebagai penjawat awam, pelajar dan guru-­guru dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadhan.

Pihak berkuasa China mendakwa sekatan puasa adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan pekerja kerajaan tidak terjejas. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

Sumber HD - 3-7-2014

Wednesday, July 2, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN

TAZKIRAH RAMADHAN OLEH YB USTAZ IDRIS AHMAD: Zikir tapi masih lagi marah?
http://www.youtube.com/watch?v=JKw6gOIpZJE



Tidak wajar pemberi sedekah dikenakan tindakan

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Mengenakan hukuman kepada pemberi sedekah kerana membantu peminta sedekah adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

Menurut seorang penceramah bebas Abdullah Hanif Hassan, peminta sedekah akan wujud sepanjang zaman dan akan ada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini.

Malah katanya, peminta sedekah sudah lama berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi sehinggalah sekarang.

"Sebab itulah hieraki manusia yang Allah jadikan iaitu ada yang paling kaya dan ada yang paling merempat yang mana satu hari makan pun tidak cukup," katanya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah petang ini.

Tambahnya, kedatangan orang Islam bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengurangkan jurang antara golongan yang merempat dengan golongan yang paling kaya melalui sedekah iaitu zakat dan infak.

"Maksud Islam itu sendiri adalah sedekah dan sedekah itu memberi, bahkan ada yang wakafkan zakat-zakat mereka. Sedekah digalakkan untuk orang yang memerlukan," katanya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, pemberi sedekah akan berhadapan tindakan saman seandainya 'membantu' pengemis di ibu kota.

Katanya, peminta sedekah juga akan berdepan hukuman sama seandainya mengemis di tempat tumpuan.

"Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

"Langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara," katanya. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

Ustaz Abdullah Hanif Hassan - 
1. http://www.youtube.com/watch?v=zld1-psX85U

2. http://www.youtube.com/watch?v=IJEL4nidgXY


Sumber HD - 2-7-2014

MAJLIS KONSULTASI PERPADUAN NEGARA (MKPN)





Kenyataan Tun Hamid sarat emosi dan prejudis - MKPN

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Undang-undang dan Polisi, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kesal dengan kenyataan bekas Ketua Hakim Negara yang mempertikaikan kewibawaan MKPN dan melemparkan kesangsiaan kepada deraf rang undang-undang (RUU) baru yang dicadangkan.

Malah komentar Tun Abdul Hamid Mohammed itu dilihat tidak bersifat substantif sebaliknya lebih didorong emosi dan prejudis kepada kewujudan MKPN.

Dalam kenyataan bersama Ahli MKPN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Lim Chee Wee dan Datuk Saifuddin Abdullah yang dikeluarkan semalam, mereka menyifatkan Abdul Hamid sebagai gagal memahami matlamat penubuhan MKPN dan pandangan beliau yang mengaitkan MKPN dengan pembangkang sebagai mengecewakan.

Berikut adalah kenyataan media MKPN:

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi dan ahli MPKN, kami perlu memberikan beberapa penjelasan terhadap sikap kesangsian bekas Ketua Hakim Negara ini. Namun demikian kami agak kecewa kerana komentarnya tidak substantif kepada kandungan RUU sebaliknya komentarnya lebih terdorong kepada sikap emotif dan prejudis kepada kewujudan MKPN itu sendiri. Di bawah adalah beberapa fakta yang Tun Abdul Hamid Mohammed gagal memahami:

1. MKPN dibentuk oleh kerajaan dan setiap pemilihan anggota dan pengerusinya telah diambil kriteria dan pencapaian tertentu. Perdana Menteri telah memberi tauliah kepada setiap anggota majlis dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Pengerusi untuk memimpin anggotanya dalam skop menyediakan ‘blueprint’ perpaduan nasional untuk diteliti oleh Kerajaan.

2. Majlis ini tidak memperkenalkan dirinya sebagai pembangkang dan tidak berhasrat untuk berbuat demikian walaupun tidak semua ahli majlis mesti dari parti yang memerintah kerajaan Persekutuan. Saya dari parti PAS, Dato’ Saifuddin Abdullah dari UMNO, manakala yang lain adalah daripada masyarakat sivil dan aktivis dalam bidang masing-masing termasuk dari Majlis Peguam. Kami bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat kerja yang jelas dan kami tidak berminat untuk bertanya orientasi sokongan politik seseorang dan berdebat kerananya dalam mesyuarat-mesyuarat kami.

3. Kami dipimpin oleh seorang yang berpengalaman sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan sebelumnya menjawat beberapa jawatan tertinggi perkhidmatan awam. Saya tidak tahu sejauhmana dakwaan Tun Abdul Hamid Mohammed bahawa ia menolak jawatan Pengerusi MKPN yang pernah ditawarkan kepadanya atas alasan tidak mahu diperalatkan. Adakah Pengerusi sekarang rela diperalatkan? Implikasi kenyataan alasan beliau menolak amatlah mengecewakan dan ia tidak sepatutnya datang dari seorang bekas Ketua Hakim Negara.

4. Tuduhan yang menyatakan deraf RUU yang dicadangkan dikuasai pembangkang dan beliau merujuk kepada Majlis Peguam secara khusus adalah satu lagi sikap yang mengecewakan daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara. Beralasankan majlis makan malam yang didakwa seolah meraikan kemenangan pembangkang satu masa dahulu, ia sudah cukup bagi beliau untuk melabel Majlis Peguam sebagai pembangkang. Deraf RUU yang baik untuk rakyat Malaysia ini cuba dikaitkan dengan pembangkang walaupun Jawatankuasa yang menyediakan deraf ini terdiri daripada anggota pelbagai latarbelakang yang dimandatkan oleh MKPN.

5. Kami juga menafikan sekeras-kerasnya deraf RUU yang dicadangkan adalah agenda menyisihkan Hak Melayu, Hak Raja-Raja dan Hak Islam, bahkan dengan RUU ini kesemua asas negara ini akan lebih terjamin apabila kebencian agama dan kaum dijadikan sebagai satu jenayah. Apakah kita mahu terus dijajah oleh Akta Hasutan 1948? Apakah kita mahu terus melihat kebencian agama dan kaum menentukan masadepan negara? Kami juga akur bahawa akhirnya Pejabat Peguam Negara akan menasihati Kabinet deraf ini sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk proses bacaan dan perbahasan. Kami yakin Kabinet akan memastikan semangat perundangan ini dapat diketengahkan dan dijadian akta, sebab itu ia tetap akan menjalani proses biasa, cuma bezanya deraf RUU ini melalui proses konsultasi awam yang meluas supaya rakyat melihatnya telus dan bertanggungjawab. Tidak ada apa yang hendak disembunyikan untuk kepentingan bersama.

Oleh kerana itu, kami menganggap MKPN mempunyai tugas yang besar dan kerana itu kenyataan Tun Abdul Hamid Mohammed mestilah diberi perhatian pada masa rakyat negara ini ingin menentukan apakah masa depan negara yang mereka mahu.

Persoalannya mudah, adakah kita mahu memelihara negara ini untuk maju ke hadapan atau kita terus diheret dengan mentaliti prejudis sehingga menjejaskan keamanan negara yang berbilang kaum ini?

Kami menasihati Tun Abdul Hamid Mohammed mengambil masa membaca deraf ini terlebih dahulu dan menyarankan agar kritikan dan cadangannya dibuat secara konstruktif dan substantif untuk menambahbaik deraf RUU ini.


Yang benar;

YB DATO’ DR MUJAHID YUSOF RAWA
Ahli Parlimen Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi
Ahli MPKN

LIM CHEE WEE
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi
Ahli MPKN

DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
Anggota Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi
Ahli MPKN

Sumber HD - 2-7-2014



Bekas Ketua Hakim: MKPN didominasi pembangkang

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.

"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.

"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu.

"Ahli-Ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis," katanya.

Abdul Hamid juga mendakwa kerajaan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) secara sengaja atau tidak, telahpun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu 'Racial and Religious Hate Crime Bill', 'National Harmony and Reconciliation Bill' dan 'National Harmony and Reconciliation Commission Bill' kepada pembangkang, yang dilihat sebagai 'merampas' MKPN.

Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu
akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya.

Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiar menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri.

Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.

"Selepas itu kementerian atau jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu).

"Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan, mengapa amalan itu tidak diikuti?" katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau bukanlah menolak pembangkang dirunding mengenai rang undang-undang itu, namun janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali Umno dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

"Pemimpin-Pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu," katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara itu turut memperjelas sebab beliau mengaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang dengan merujuk satu insiden pada majlis makan malam anjuran badan itu selepas pilihan raya umum ke-12 semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara.

"Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang," katanya. - Bernama

Sumber HD - 1-7-2014

Tuesday, July 1, 2014

ISU KESIHATAN, PENYAKIT DAN PEMAKANAN



Denggi: Beri insentif pasang jaring

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberi insentif kepada orang ramai yang memasang jaring nyamuk di kediaman atau premis milik mereka bagi membendung nyamuk Aedes yang membawa demam denggi.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Penyakit Berjangkit Tropikal (TIDREC) Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, insentif tersebut akan menggalakkan orang ramai memasang jaring berkenaan yang dilihat lebih efektif dalam membendung nyamuk berbanding kaedah semburan asap.

"Kaedah semburan hanya berkesan untuk tempoh ketika semburan itu dilakukan dan 30 minit hingga satu jam kemudian nyamuk akan kembali semula.

"Tetapi jika jaring nyamuk dipasang, ia akan menghalang kemasukan nyamuk ke dalam kediaman sekali gus membendung penularan Aedes dan demam denggi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, kos pemasangan jaring tersebut agak tinggi namun jika sesuatu insentif seperti pemotongan cukai diperkenalkan ia akan menarik orang ramai untuk melaksanakannya.

Bagaimanapun, katanya, kaedah semburan asap tetap perlu dilakukan secara berkala di sesuatu kawasan kerana ia membantu mengehadkan aktiviti nyamuk untuk tempoh tertentu.

Katanya, kaedah yang paling efektif dalam membendung penularan denggi adalah dengan memastikan tiada individu digigit nyamuk dan ia boleh berlaku jika orang ramai mengubah cara hidup dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran nyamuk.

"Nyamuk sangat aktif pada waktu pagi dan senja, ini adalah waktu makan untuk nyamuk. Oleh itu, kita perlu mengelak berada di luar pada waktu itu atau memakai pakaian yang sesuai jika perlu berada di luar pada waktu itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, peningkatan kes demam denggi terutama di kawasan bandar berlaku disebabkan peningkatan jumlah penduduk dan ia akan terus meningkat jika tiada kaedah preventif berkesan dilakukan.

Sazaly berkata Universiti Malaya telah berjaya menghasilkan lingkaran nyamuk yang mampu membunuh nyamuk dengan cara yang berkesan.

Katanya, lingkaran nyamuk itu yang diberi nama 'Spokojan' mengandungi gabungan bahan organik yang bertindak menarik perhatian nyamuk dan membunuhnya berbanding lingkaran nyamuk biasa di pasaran yang bersifat menghalau nyamuk.

"Kita telah menjalankan kajian di sebuah perkampungan orang Asli di Jelebu, Negeri Sembilan di mana kita membekalkan sebanyak 50 buah rumah di kampung itu dengan Spokojan yang boleh digunakan untuk tempoh sebulan.

"Hasilnya, selepas sebulan nyamuk di kampung tersebut telah berkurangan walaupun pada waktu senja sedangkan kampung itu terletak di kawasan hutan," katanya.

Sazaly berkata pada masa ini pihak universiti sedang mempatenkan produk itu dan berusaha mendapatkan dana dari kerajaan untuk mengkomersialkannya.

Untuk rekod, bagi tempoh Januari hingga 28 Jun lalu, sebanyak 44,518 kes denggi dilaporkan iaitu meningkat 246 peratus atau 31,660 kes berbanding tempoh yang sama tahun 2013 iaitu 12,858 kes.

Dalam tempoh itu juga, sebanyak 85 kematian dilaporkan di seluruh negara berbanding hanya 27 kematian bagi tempoh yang sama 2013, peningkatan sebanyak 215 peratus atau 58 kematian.

Setakat ini, belum ada penawar atau vaksin ditemui yang mampu menyekat peningkatan kes demam denggi dan jumlah kematian akibat jangkitan Aedes. - BERNAMA

Sumber HD - 6-7-2014

Ancaman JE kembali: 16 kes dengan 4 kematian

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian dilaporkan sehingga hari ini.

Beliau berkata kes kematian itu melibatkan dua mangsa di Sabah dan masing-masing seorang di Kelantan dan Selangor.

Mangsa terbaru disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa itu terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April lepas.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan siasatan kes dan melakukan aktiviti kawalan di sekolah kanak-kanak itu di Seberang Perai Utara, dan kediamannya di Padang Serai, Kedah.

Antara aktiviti kawalan yang dilaksanakan adalah mengesan penduduk dan pelajar jika mempunyai simptom JE, melaksanakan semburan kabus, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan terhadap penduduk di sekitar kediaman, termasuk pelajar di sekolah berkenaan.

Dr Subramaniam berkata tiada penduduk atau pelajar yang mengalami tanda-tanda JE tetapi pemantauan ini tetap akan dilakukan sehingga tiada transmisi jangkitan berlaku.

Justeru, pihak sekolah diminta mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan atau aktiviti
malam di kawasan sekolah yang terletak dalam lingkungan dua kilometer radius
daripada ladang khinzir.

"Pekerja ladang ternakan khinzir dan penduduk yang tinggal berhampiran juga perlu mengambil langkah perlindungan diri dengan mengurangkan aktiviti luar di waktu senja hingga awal pagi, memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika di luar rumah atau semasa bekerja, serta menggunakan aerosol membunuh nyamuk dewasa terutama pada waktu malam hingga awal pagi," katanya.

Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan segera daripada klinik atau hospital berhampiran. - Bernama

Sumber HD - 1-7-2014